UMNO minta papan tanda jalan dalam bahasa Cina diturunkan PULAU PINANG 23 Julai — Umno Pulau Pinang mahu supaya papan tanda nama jalan bertulisan Cina yang dipasang oleh Pemuda Gerakan di beberapa jalan di sekitar bandar raya Georgetown sejak Isnin lepas diturunkan segera.
Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau telah menghubungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk Zainal Rahim Seman meminta MPPP mengarahkan pihak yang memasangnya supaya menurunkan papan tanda itu.
“Jika mereka enggan, Datuk Zainal sudah memberi jaminan yang mereka (MPPP) akan menurunkannya sendiri,” katanya.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Penaga mengulas bantahan Pemuda Umno negeri terhadap tindakan anggota Gerakan yang memasang papan tanda dalam bahasa Cina berkenaan.
Pemuda Umno turut mendesak supaya papan tanda nama jalan dikekalkan dalam satu bahasa saja iaitu bahasa Malaysia.
Isnin lepas, salah seorang anggota jawatankuasa Pemuda Gerakan, Dr Thor Teong Ghee bertindak memasang papan tanda itu di enam lokasi iaitu di Lebuh Pantai, Jalan Burmah, Jalan Macalister, Lebuh Carnavon, Lebuh Chulia dan Jalan C Y Choy.
ULASAN: NAMPAKNYA 11 JAHANAM TELAH BERJAYA MEMBUATKAN DR THOR TEONG GHEE DARI PARTI GERAKAN, CAIR DAN MENGIKUT APA SAJA CADANGAN YANG DICADANGKAN OLEH KERAJAAN NEGERI. GERAKAN PULA BEGITU GALAK MENCARI PENGARUH DARI PENGUNDI CINA YANG TELAH MEREKA HILANGKAN KETIKA PRU 12...JANGAN BERMAIN DENGAN API...NAK MAIN JUGAK, MAIN LA TAKRAW, TAK PA... WELCOME TO MALAYSIA'S HONG KONG!

2 comments:
Much ado about Bangsa Malaysia. In their mind, Bangsa Malaysia means anything which has got nothing to do with Malay race. And Gerakan was lured to the baits.
Beginilah Do,
Suruh aje Datuk Azhar taruk pulak papan tanda jalan raya dalam Bahasa Jawi/Arab di seluruh P Pinang.
Mereka tak akan turunkan papan tanda bahasa mandrin tu, sebab pada mereka Penang tu mereka punya, macam Singapore..faham fahamlah.
Jadi, tidak lama lagi P Pinang akan PENUH dan SARAT BARAT dengan Papan Tanda. Sebab, lepas ini mesti Orang India pun nak papan tanda dalam Bahasa dia orang, lepas tu Orang Bengali pulak.
Post a Comment