Thursday, July 24, 2008

ADA YANG BANGGA...

Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri Pulau Pinang:
  • Beliau sendiri bukan anak jati Pulau Pinang. Lim Guan Eng memulakan pendidikan awalnya di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, dan kemudianya di Batu Pahat Montfort Primary English School. Pada pendidikan menengahnya pula, beliau belajar di Batu Pahat High School dan Melaka High School.
  • Lansung tak ada heart connection dengan Penang.....macam pemain import main untuk pasukannya, semangat kenegerian kurang...

Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng ambil contoh Khalifah Umar Abdul Aziz:
  • Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai rujukannya dalam memerintah negeri.
  • Semuanya modal untuk berpolitik. Kenapa harus Khalifah Umar, kenapa tidak mahu terus mencontohi Rasulullah, agaknya susah nak sebut kot...tak pasal-pasal bila taip pada Google, Khalifah Umar, terus ada approximate result dengan Lim Guan Eng...getik aku!
Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng sebab naik kapal terbang kelas tiga
  • YAB Mr. Lim, you have my deepest respect. You have made history by being the first Chief Minister in this country to sit in Economy Class whilst in office as Chief Minister. You really mean what you say when you talk about cost-cutting. Sir, you have shown me leadership by example. Ning Baizura
  • Memang la naik kelas ekonomi, pasai firts class dah penuh. Lim Guan Eng pegang berapa kerusi, satu Parlimen, satu lagi DUN, travel kena selalu, sampai kadang-kadang lupa nasib rakyat di seberang, naik first class selalu, tokey balak pun terlondeh kain pelikat!
Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng pasal pertikaikan DEB
  • Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.
  • Bagus la, bangsa dia semua kaki berniaga, Melayu di Pulau Pinang baru nak bertatih berniaga. Kontraktor kelas F di Pulau Pinang mula garu kepala dengan sistem terbuka. Kononnya, healthy competition....nasib la!
Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng menyokong Papan Tanda Bahasa Cina
  • A group of Gerakan members has put up six road signs in Chinese here to tell the DAP that it has to come up with such road signs since the party is now helming the state. In what appears to be a tit-for-tat move, former Penang Municipal councillor Dr Thor Teong Ghee, who is a Penang Gerakan Youth committee member, said such road signs were now vital as George Town had been listed as a World Heritage Site by Unesco.
  • Mangkuk ayun ni dulu masa DAP bubuh semua orang marah. Lepas dapat Penang dia sendiri yang pegi pasang. Alasan UNESCO...UNESCO suruh letak papan tanda tulisan Cina ka? Bahlul!
Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng pasal menang DUN dan PARLIMEN
  • Pada pilihan raya umum 2008, Lim Guan Eng berjaya memenangi kerusi parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang. Beliau berjaya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, selepas kejayaan DAP menumbangkan penguasaan daripada Barisan Nasional.
  • Tahniah la diucapkan, tapi sempat ke terkejar-kejar, kejap ke Parlimen, kejap ke DUN, bila masa yang nak jengok pengundi-pengundi setia anda. Lagi satu hal, siapa yang menguruskan Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang yang semakin nazak, sampai terpaksa memohon jasa baik penonton untuk dibayar gaji mereka...untuk pengetahuan Lim Guan Eng, Penang baru kena belasah dengan Kedah, 2 - 6, untuk saingan Piala Malaysia 2008!

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang melalui timbalan presiden dan anggota majlis persatuan sedang menjalankan kutipan derma untuk membantu pemain Pulau Pinang, presiden dan juga belia yang sudah berberapa bulan tertunggak gaji disebabkan kehabisan dana.

Pihak persatuan memohon jasa baik peminat ,orang perseorangan ataupun pihak sektor swasta membantu kewangan persatuan yang sekarang ini dalam keadaan kritikal.

Diharap sedikit sebanyak derma yg diberi dapat meringankan beban yang ditanggung pemain2 tempatan yang masih berjuang dipadang walaupun tidak menerima gaji.

Semua derma boleh disalurkan secara tunai ataupun cek kepada Persatuan Blasepak Pulau Pinang di jalan scotland.

Keprihatinan anda dihargai


Desperado tak bangga apa-apa lansung...cuma terguris hati bila Melayu di Pulau Pinang bergolak...

2 comments:

melayuangkat said...

Salam Do,

Mak Cik yang di Shah Alam ini pun terguris. Tetapi apa boleh buat. Orang Melayu pun ramai sayang pada dia.

They can keep him.

man_helang said...

salam bro...

maaf kalu apa yg aku ckp membuatkan ko tak berpuas hati...aku rasa ko tahu kan sape kepala UMNO disana, maksud aku kepala segala kepala...kenapa selama 50 tahun UMNO memerintah kita tak lihat pun sebarang perubahan kpd bangsa melayu???kalau itulah yg diperjuangkan oleh mereka...aku percaya pengundi2 melayu hanya mahu mengajar mereka akan siapa kah BOS yg sebenar, supaya UMNO dlm masa 4 tahun akan dtg sedar akan kesilapan mereka...insyaallah next election parti melayu akan menang balik...aku bkn tak marah dkt kaum mate sepet nih...tp aku lebih marah kat kaum aku sendri yg suker menindas bangsa mereka...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin