Terengganu boleh guna kereta rasmi Mercedes KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata isu pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta selesai dan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan boleh menggunakan kenderaan baru itu.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi kebenaran itu semalam.
"Masalah kereta dah selesai. Saya dah berbincang dengan Pak Lah dan Datuk (Seri) Najib," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Badan Amal Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi, di sini, hari ini.
THIS NEWS JUST COMING IN....
Terengganu tidak dibenar guna Mercedes: PM
Wan Hazmir Bakar dan Abdul Razak Raaff
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata Kerajaan Terengganu perlu akur dengan arahan penggunaan kereta Perdana V6 Eksekutif untuk kegunaan Exco Kerajaan Negeri. Bercakap kepada pemberita di sini, Perdana Menteri berkata, disebabkan kerajaan negeri terbabit sudah membeli 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta, ia akan digunakan untuk kegunaan tetamu kerajaan negeri itu.
Awal hari ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, isu pembelian kereta Mercedes itu sudah selesai hasil pertemuannya dengan Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Kuala Lumpur, semalam.
MINTOK MAAP LA....
2 comments:
Do,
PM hanya membenarkan kenderaan itu digunakan untuk tujuan lain, seperti menjemput kenamaan dsb; dan bukannya untuk tujuan kegunaan rasmi anggota EXCO dan pegawai tinggi kerajaan negeri.
Harap maklum,
Che
Do,
Bagi chance saja la dia orang nak rasa pakai mercedes, tak bila lagi?
Salam.
Post a Comment