Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita semakin berserabut serta bercelaru untuk ditangani. Kedatangan mereka bukan sahaja membimbangkan masyarakat setempat, malah memeningkan kerajaan untuk memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasinya. Kehadiran PATI juga bukan sahaja mengundang ke arah peningkatan gejala sosial, malah penyebaran penyakit-penyakit berbahaya turut mengancam keselesaan msyarakat setempat.Namun begitu, disebalik kehadiran mereka yang sanggup meredah lautan dengan bot-bot kecil, berhimpit di dalam kontena yang sempit hingga mengancam nyawa mereka sendiri, tujuan mereka hanya satu di sini, untuk mencari rezeki. Ini adalah disebabkan oleh situasi negara masing-masing yang tidak stabil serta mengancam kehidupan mereka. Dan di Malaysia pula, banyak-banyak peluang-peluang pekerjaan yang terhidang untuk mereka bagi mencari rezeki.
Penulisan kali ini tidaklah menyokong kehadiran PATI ini secara 100 peratus total dengan kehadiran mereka ke tanah air kita yang tercinta. Tetapi hanya sekadar bermuhasabah diri melihatkan suasana politik yang berserabut sekarang.
Desperado terfikir, jika Tuhan Yang Maha Kuasa itu menterbalikkan situasi ini, dan terkena pula pada rakyat negara kita Malaysia, bagaimana pula kita akan mengatasinya. Maksudnya di sini ialah, jika negara Malaysia menjadi huru-hara akibat ketidaktentuan politik serta ekonomi, dan rakyat terpaksa berhijrah ke negara luar untuk mencari rezeki. Berhijrah dalam erti kata terpaksa menjadi PATI di negara-negara jiran sebagaimana yang terjadi kepada PATI-PATI yang sedang berada di Malaysia. Pastinya kita akan berasa betapa siksa dan sengsaranya mereka yang berhijrah secara haram ke negara kita. BERNAMA ada melaporkan tentang 3 orang rakyt Malaysia yang menjadi PATI di sana. (Klik sini untuk baca selanjutnya)
Isu kebanjiran warga asing perlu ditangani dengan bijak tetapi serius demi kesejahteraan dan kedaulatan negara ini. Satu pelan jangka panjang perlulah dirangka semula oleh kerajaan demi keselamatan rakyat tempatan. Kerajaan telah memperuntukan hampir RM 50 juta (klik untuk baca selanjutnya) sebagai kos untuk mengusir PATI-PATI yang berada di Sabah serta akan menjalankan operasi secara besar-besaran (klik untuk baca selanjutnya) pada Ogos ini.
Kemudian sebuah NGO, Badan Kebajikan Islam (Nebisa) telah mencadangkan agar PATI-PATI ini diberi pengampunan terakhir (klik untuk baca selanjutnya) untuk mereka pulang dengan sukarela dan secara tidak lansung kerajaan dapat menjimatkan wang. Cadangan tersebut turut mendapat sokongan sebuah lagi NGO, Borneo Heritage Foundation. Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bersetuju bagi mempertimbangkan cadangan tersebut. Tindakan memberi pengampunan adalah salah satu langkah yang lebih berperkemanusiaan daripada menangkap serta mengusir terus PATI-PATI ini. Di sinilah kita harus berfikir, jika situasi ini terjadi kepada kita, adakah kita juga akan diusir seperti anjing kurap? Desperado kali ini amat menyokong program pengampunan yang dicadangkan oleh NGO tersebut agar kita lebih bertindak seperti seorang manusia dan bukan haiwan.

2 comments:
salam Desprado,
Isu ini mnjadi nostalgia era Allahyarham Tun Ghafar Baba semasa TPM yang mengambil langkah drastik menyapu bersih PATI. Pada masa itu, hampir ratusan ribu PATI di hantar pulang ke negara masing2 terutama Indon.. sehingga kapal perang mereka datang untuk mengambil warga mereka yang mencari rezeki di sini.. selepas itu kebanjiran PATI DI NEGARA KITA AGAK REDA cuma mereka yang ada KARTUS sahaja di benarkan bekerja di sini....setelah berpuluh tahun tanpa mengambil memperdulikan isu ini... kebanjiran mereka 3x ganda lebih ramai dari dulu...
PS* MLAYSIAKU BUMI BERTUAH..
Salam Kulat...
Memang betul kebanjiran mereka hingga melebihi etnik ketiga terbesar di negara kita, orang INDIA, biar la kita halau mereka secara terhormat, kerana mereka juga manusia...
wallahualam
Post a Comment