Jangan uji Malaysia Singapura tidak patut buat tuntutan EEZ sekitar Batu Putih – Rais JELEBU 26 Julai – Singapura diingatkan agar tidak ‘menjolok sarang tebuan’ dengan menimbulkan isu-isu sensitif terutamanya dalam hal berkaitan dengan tuntutan kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Putih.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Malaysia tidak akan bertolak-ansur dalam perkara berkenaan dan berharap republik itu lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan yang mampu menggugat hubungan dua hala.
Jelasnya, tuntutan berkenaan menunjukkan sikap tergopoh-gapah negara itu sedangkan penyelesaian secara teknikal antara kedua-dua pihak masih belum berjalan sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan hak kedaulatan Batu Putih kepada republik itu.
‘‘Nak berunding buat cara berunding, tidak payah cabul mencabul, tidak payah test market atau uji perairan kita,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Kelab Warga Emas dan Program Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan di Kampung Simpang Durian hari ini.
Tegas Rais, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kanan Singapura, Balaji Sadasivan adalah di luar daripada bentuk persefahaman yang telah tercapai selepas penghakiman Batu Putih oleh ICJ The Hague, Mei lalu.
“Sebelum ini kerajaan Singapura tidak pernah timbulkan isu EEZ, (kenapa) apabila mereka mendapat hak ke atas Batu Putih baru persoalan ini timbul. Jadi Malaysia berpendapat kenyataan berkenaan berlandaskan politik semata-mata,” katanya.
Menurut Rais, isu perairan wilayah dan EEZ adalah tertakluk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak memandangkan Batu Putih bukan sebuah pulau yang mampu menampung kehidupan ekonomi.
ULASAN : RAIS YATIM MEMBERI AMARAN KEPADA SINGAPURA AGAR "TIDAK MENJOLOK SARANG TEBUAN". JOLOK? SINGAPURA BUKANNYA MENJOLOK LAGI DAH, TINGGAL NAK BAKAR AJER LAGI TU...KERAJAAN TIDAK BOLEH LAGI HENDAK BERDOLAK-DALIK DENGAN IBLIS SELATAN NIE..
KALAU DI BIARKAN LAGI, DESPERADO AMAT PASTI, POKOK TEMPAT SARANG TEBUAN BERTAUT ITU PUN AKAN DITUMBANGKAN OLEH IBLIS SELATAN NI...

0 comments:
Post a Comment