Sunday, July 27, 2008

KITA BENARKAN...


ULASAN : SATU DEMI SATU KELONGGARAN TELAH DIBERIKAN SEMENJAK PRU 12 BERLANSUNG. TERBARU, AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) TELAH DISEMAK SEMULA BAGI MEMBERI KELONGGARAN KEPADA MAHASISWA-MAHASISWA YANG KONONNYA BERJIWA PEMIMPIN INGIN BERSUARA.

SEBELUM TU, TEMAN ADA MENONTON RANCANGAN TERBITAN RTM PASAL AUKU NI. TEMAN CUKUP BERSETUJU DENGAN PENSYARAH DARI USM TU YANG MANA BELIAU MENEGASKAN BAHAWA AUKU TIDAK MENJANJIKAN SESEORANG PELAJAR ITU "THINKING OUT OF THE BOX". INI KERANA, MENURUTNYA LAGI, KEMAHIRAN BERFIKIR SESEORANG ITU ADALAH ATAS DASAR KEINGINAN SERTA INISIATIF DIRI PELAJAR ITU SENDIRI. KALAU SERATUS ORANG DATANG MEMBERI CERAMAH SEKALIPUN, KALAU HIDAYAH TAK TERCAMPAK KE DALAM HATI, NAK BERFIKIR DI LUAR KOTAK HAPA NYE...

SEPANJANG PENGAJIAN TEMAN DI UNIVERSITI, TEMAN JUGA BERGERAK AKTIF DALAM BERPERSATUAN. PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN HINGGA KE LUAR NEGARA PUN PERNAH DILAKSANAKAN. ISU AUKU HANYA AKAN TERBANGKIT APABILA TIBA PEMILIHAN PERWAKILAN PELAJAR DI MANA SEMUA ORANG SIBUK BERKEMPEN, YANG ITU DAPAT SPONSOR DARI SINI, YANG SANA PULAK DAPAT SPONSOR DARI SANA...LEPAS SIBUK MELAUNG-LAUNGKAN KERAJAAN MENYEKAT SUARA PELAJAR. TEMAN TENGOK, TAK ADA PULAK YANG DISEKAT, TERPEKIK TERLOLONG JUGA BAGI CERAMAH...BILA TENGOK RESULT YANG TERPEKIK TERLOLONG TU, HMMM...THREE POINTER PUN MECAKAR NAK DAPAT...

KINI KERAJAAN TELAH MEMBENARKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG UNTUK MASUK KE UNIVERSITI DENGAN TUJUAN MEMBERI CERAMAH MENGENAI AKADEMIK DAN PENGAJIAN MAHSISWA. SAMPAI BILA? 5 MINIT CERAMAH BOLEH LA BAGI NASIHAT, LAGI 45 MINIT....KULIAH SUBUH DI MASJID PUN BOLEH JADI MEDAN TEMPUR POLITIK....

TAK TAU LA APA NAK JADI DENGAN BEBUDAK U NI LEPAS NI. PAKAT-PAKAT PI DENGOR CERAMAH LA GAMAKNYA...BELAJOR NTAH KE MANA...YANG MANA TEKUN BELAJAR, ALHAMDULILLAH, YANG MANA MACAM LALANG...SIAP LA LEPAS NI...JANGAN SAMPAI SILAP MEMILIH RAKAN...

WALLAHUALAM..

8 comments:

unlisted_one said...

Salam desperado,

Masa dkt 'U' dulu diaorg tak benarkan pelajar berpolitik pun ramai yg berkompang2 marahkan kerajaan. Bukan tau benda pun diaorg tu, main terpengaruh aje. Ini kan pulak dah dibenarkan, lagi naik lemak le. Pointer tu kalau tak dpt 3 pointer, mencungap nak cari keje lak tu. Tak tau lak kalau diaorg tak target nak keje, tapi takat nak ikut berkempen aje lps grad nanti.

Desperado said...

Salam unlisted one...

Pelajar kini perlu lebih pandai memilih, tak boleh nak harapkan orang lagi...yang mudah terpengaruh paling dirisaukan....mengikut ke mana saja tanpa berfikir panjang...silap-silap ada yang kena telanjang!

anakmalaysia said...

Tulah jiwa muda... senang dipengaruh.

Dah besar sikit baru nak sedar.

ada tu aku baca kat komen chedet siap mintak maaf lagi sebab dulu hina chedet. sekarang baru sedar.

Master Yoda said...

Salam tuan empunya blog...

Nak ikuti perkembangan politik bleh...Tapi jgn sampai abaikan study la...Mesti ade check and balance...

Jgn biarkan keadaan mcm bak kata pepatah " Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

man_helang said...

salam bro...

ank muda seharusnya pandai gunakan fikiran...sepatutnya bila telah bergelar mahasiswa n siswi mereka harus bijak menilai, mana yg perlu diutamakan, bkn aku katakan politik tak penting, tp jgnlah sampai abaikan pelajaran...politik bg aku hanyalah sebagai pengetahuan sahaja, supaya kelak bila aku memangkah aku tdk tersilap pilih...

Desperado said...

Salam anak malaysia, master yoda, man helang....

Itulah yang diharapkan agar mahasiswa kita dapat berfikir secara matang bagi menilai apa sahaja input input yang bakal diterima...
Apa yang paling penting, pelajaran mereka di universiti harus diutamakan!

zeme said...

Salam,

Saya masih ingat pesan arwah datuk saya yang merupakan salah seorang ahli UMNO di Bahagian Gua Musang Kelantan semasa saya menuntut di Universiti Malaya. Pesan arwah cukup mudah dan bermakna iaitu agar saya memberikan keutamaan kepada pengajian terlebih dahulu sebelum ingin melibatkan diri dalam dunia politik kerana pengajian itu adalah asas kepada segala bidang. Pesan arwah lagi selepas saya menamatkan pengajian sepenuhnya, maka terpulang pada diri saya untuk bergiat secergas mana pun dalam politik kerana tiada halangan selepas keutamaan telah dipenuhi.

Wasalam

kulatlapok said...

salam DESPRADO;

oklahtu... nampaknya dah ada kelonggaran dan timbang rasa sikit dari kerajaan, Kalu zaman TDM, hampehhh.. so lepas ni ramai mahasisiwa dapat mendedahkan diri mereka kepada peimimpin... tak seperti zaman aku.. tak berpeluang langsung pemimpin pembangkang atau kerajaan nak masuk kampus...pasal akupun tak berpeluang duduk U, masuk U dah bnayak kali itupun kleuar masuk keluar masuk aje.... apa boleh buat.. kesiannn.!!!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin