Monday, July 28, 2008

CHELSEA VS MALAYSIA

LUIZ FELIPE SCOLARI KATA (PENGURUS CHELSEA) :
'Tiga perlawanan pertama di Asia termasuk menentang Malaysia lebih kepada perlawanan untuk latihan sahaja"
B. STAHIANATHAN KATA (JURU LATIH MALAYSIA) :
"Jangan pandang tinggi sangat mereka. Yang penting dapat main dengan baik dan beri tentangan kuat kepada Chelsea. Buktikan pemain dari Malaysia juga ada kebolehan dan bakat besar dalam bola sepak"
NORHAFIZ ZAMANI MISBAH KATA (PERTAHANAN MALAYSIA) :
“Saya berharap pemain muda dalam skuad kebangsaan kini tidak akan terlalu menghormati lawan, apa yang penting kami juga harus menunjukkan kepada mereka kami mampu memberi cabaran kepada mereka”
DESPERADO KATA (CHELSEA'S FAN) :

"Gulp!........."


p/s : Di hati kecil hati ini tersimpan satu impian serta harapan ingin melihat pasukan bola sepak Malaysia di mata dunia. Kenapa? Kerana aku adalah generasi yang hanya mendengar cerita tentang kehebatan Mokhtar Dahari, So Chin Aun, entah sapa lagi hero bola sepak di era kegemilangan Malaysia tanpa dapat merasainya dengan sendiri di stadium. Aku kini tetap menanti dengan penuh harapan.....

7 comments:

anakmalaysia said...

Aku (MU fan) kata... cukuplah chelsea yang datang Malaysia.

jangan marah...

Harimau-Menaip said...

Cheh..Selagi bolasepak di Malaysia terpalit campurtangan politik, selagi itu ia tetap di ranking yang sama.

Aku jangka Malaysia kalah 5-0 (kurang sikit dari kemenangan MU)

Desperado said...

Tok Ghimau...kasi can la nak feeling...lima kosong...? perghh..!

kpasu guy said...

Sekadar memenuhi kepuasan pencinta bolasepak. Tengok aje ..lah jangan tanya Malaysia menang atau tidak

Che Eduardo said...

Aku tak minat sangatlah, Do.. Walaupun MU datangpun aku tak layan, baik aku pergi tengok Selangor main; sekurang-kurangnya ada juga nostalgia dalam hati aku ini..

Mesti ramai yg sanggup pergi tengok permainan latihan ini; belanja beratus, kenapa bola sepak kita tiket RM10 tak boleh keluar?

Che

apisfires said...

arsenal fan...
nak wat macam mana, kat malaysia ni semua politik...
takda yang yak bbas politik....

t i u n g said...

tggu dan saksikan..chelsea dok tau dah kata power..tapi tatau la kot mlm ni malaysia jd power plak :D

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin