Saturday, July 26, 2008

MAT ZENI DAN PEDRA BRANCA...

Semalam Mat Zeni datang jumpa teman, katanya nak rakam lagu nasyid.

Lupa teman nak cakap pasal Mat Zeni ni, Mat Zeni pandai main keyboard, memang handal orangnye, dengar lagu sikit jer, lepas tu terus boleh tiru dan mainkan balik lagu tu.


"Kome ade mase tak?" tanya Mat Zeni sambil menjenguk dari pintu bilik teman.


"Nape? Sibuk sikit nie, tapi boleh la," saja jual mahal sikit, tapi sebenarnya tak sabo nak sembang dengan Mat Zeni.

"Ni ha, ade ustaz sekolah agama petang nak mintak tolong," kata Mat Zeni sambil masuk ke bilik teman.


"Ape ke heenyer? Sampai ustaz nak mintak tolong ni, nak mintak tolong baca tahlil ke?" tanya teman berseloroh.


Luas mata Mat Zeni memandang teman, "Hish kamu ni! Ade ke situ pulak, teman setakat baca Ya Sin boleh la...alah, ni ha, dia mintak teman buatkan lagu nasyid nie, minus one pakai keyboard, luse nak bertanding,"

Teman pun sambut, "Laaa...ate, lagunye dah kamu rakamkan ke dalam keyboard tu?" tanyaku lagi.


"Dah, tapi ustaz tu nak due lagu, keyboard boleh rakam satu aje, kome rakam masuk komputer dulu satu, karang teman main lagi satu," terang Mat Zeni.


Teman pun bukak le laptop sambil Mat Zeni sibuk memasang keyboard. Sesambil tu sempat juge dia berceloteh ceghite pasal tanah la, ceghita pasal deghoyan la, yang paling best ceghite pasal Pedra Branca (Pulau Batu Puteh).

"Aku baca surat kabor dua hari lepaih, katanya Singapore nak tuntut berapa ratus batu kawasan ayor Pulau Batu Puteh tu? Betui ke?" tanya Mat Zeni sambil nekan kod C pada keyboard.

"200 batu nautika!" jawab teman, pendek.


"Uih, idak ke itu sampai ke Kolumpo?" bulat mata Mat Zeni terkejut.


"Entah, mane teman tahu, Singapore tetibe aje buat tuntutan tu," kata teman.


"Bior benar kome, kalau di kira dalam kilometer, ade le dalam 370 km, idak gitu?" tanya Mat Zeni sambil membilang jarinya.


"Hish!, tak tahu la teman, teman tak pandai la pulak mengira jarak laut dengan km, lagipun tak gheti teman nak bercakap pasal tuntutan tu, semuenye bahasa laut," jawab teman panjang pada Mat Zeni.

Mat Zeni membalas, "Itu la kome, kita kena amik tahu juge...,"

Teman terus potong cakap Mat Zeni, "Nak amik tahu macam mane, deme cakap bahasa lain, teman cakap bahasa lain."


Mat Zeni meneruskan pemasangan keyboard. Keyboard tu pun satu hal, kejap bunyi kejap tak bunyi. Mat Zeni terus menekan-nekan sambil membelek suis di dinding.


Mat Zeni berdiri depan teman, "Pulau Batu Puteh tu, yang teman bace le, dua tiga ketul batu besar yang timbul ajer kan? Boleh ke buat tuntutan sebagai pulau?"


"Ate kamu ni asyik menanyekan aku aje, mana aku tahu!" sergah teman pada Mat Zeni.


Mat Zeni tersengih, "Ate jangan le kamu marohkan aku,"


Mat Zeni menyambung sambil bercekak pinggang, "KALAU SINGAPORE MEMBUAT TUNTUTAN DENGAN MENGGUNAKAN BATU-BATU TERSEBUT, INI BERMAKNA, MALAYSIA PUN BOLEH BUAT TUNTUTAN JUGE!"


Terdiam teman, "Macam mana pulak? Kamu ni ade-ade ajer le..."


Mat Zeni duduk pulak sebelah aku, "ATE KAN KE MALAYSIA PUN DAPAT DUA TIGA KETOI BATU SEKITAR BATU PUTEH TU, IDAK KE PUN BOLEH KITA PUN CLAIM PERAIRAN SITU? APE KE NAME OMPUTIH NYER BATU-BATU TU?"


"Middle Rock dengan South Ledge!" jawab teman.


"Hah! Deme, Singapore dapat batu ajer, itu pun claim, takkan Malaysia dapat batu tak nak claim?! Bior rase kan si Singapore tu. Ape ingat die ajer boleh claim, aku pun boleh claim!" tegas Mat Zeni.


"Huh! Kamu nak claim ape?" tanye teman.


Mat Zeni tersengih, "Teman nak claim milage pegi mesorat minggu lepaih...hehehe!"


"Ceh, ingat tadi macam serius, memain pulak!" kata teman.

"Sesekali berseloroh dengan kamu! Tapi memang betui la, teman rasa Malaysia pun boleh buat claim..."


"Kome pegi la cakap kat Rais Yatim, teman tak reti undang-undang laut, tu dah siap ke belum?" teman memotong cakap Mat Zeni.


Mat Zeni tak menjawab. Dia terus menekan kod-kod lagu nasyid sambil memejam mata mecari irama lagu. Teman pun malas nak bercakap pasal tu lagi. Bior la deme menyelesekan dengan cara deme sendiri. BOLEH PAKAI KE IDEA MAT ZENI?

2 comments:

kulatlapok said...

salam desprado,

episod mengejar batu... jangan kita lupa episod si PEKAN..kesian emaknya mengejar batu sehingga ditelan oleh Batu Belah Batu Bertangkup.. kita mengejar batu sampai ke Belanda.. dapat dua ketul je.. pas tu bukan main girang sekali... kita pun siap dengan hantar Jabatan Pemetaan untuk istiharkan batu tu kita punya, bukan main posing lagi staff pemetaan dalam paper, kononya bangga dah selesaikan amanah kerajaan..pada hal dah memang pun kita yang punya....punyalah kelakar ..!!

Desperado said...

Salam kulat...

Jangan yang lelain tercicir....jenuh mengejar...negara tercinta, harus dijaga kedaulatannya...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin