
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
Masih terngiang-ngiang di telinga aku, suara budak KeAdilan ketika di meja panas, N11 DUN Penanti, di depan SMK Guar Perahu, di depan jalan pintu masuk untuk ke tempat mengundi. Budaknya masih muda, tua sedikit dari aku, awal 30 an mungkin, "smart", baju tuck in, pakai topi siap payung kecik lekat kat atas, menunggu pengundi-pengundi turun dari kereta untuk merayu supaya mengundi mereka.Di depan pintu masuk tersebut, bukan sahaja ada budak-budak seperti ini, malah makcik-makcik, kakak-kakak yang setia berkhidmat dalam apa jua situasi.
Situasi yang pada mulanya tenang dengan sedikit pekikan-pekikan sinis dari pemandu, kini mula menjadi kecoh apabila, salah seorang dari budak KeAdilan ini mengejek salah seorang dari perayu undi dari Barisan Nasional (wanita lingkungan awal 50 an) dengan cara yang sinis. Beliau tanpa segan silu datang merapati wanita tersebut sambil mengulangi kata-kata ini :
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
Wanita tersebut pada mulanya bersabar sambil tidak mempedulikan kata-kata budak tersebut akhirnya mencapai payung yang sedang dipegang lalu cuba memukul dan menghalau budak tersebut, namun tindakannya telah mendapat mendapat respon yang cukup menakutkan untuk seorang wanita berumur sepertinya. Sekumpulan budak-budak KeAdilan yang cuba di halaunya tadi datang dengan mengherdik beliau....bayangkan lah seorang wanita yang boleh dikatakan sebaya dengan umur ibu-ibu mereka diherdik dan dicaci. Mujurlah ada pihak-pihak yang meleraikannya. Budak-budak keAdilan tersebut terus mengherdik sambil menyanyi beramai-ramai dari jauh, aku hanya memandang sambil mengelengkan kepalaku,
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..." (Fade out)
Hampir 4 bulan berlalu
Kini, keAdilan, PAS dan DAP telah berjaya menawan Pulau Pinang. Mungkin budak-budak keAdilan yang bersorak pada hari tersebut tidur lena, senang hati dan berbangga dengan usaha mereka ketika hari mengundi tersebut telah membuahkan hasil.
Namun, antara mereka yang bersorak pada hari mengundi tersebut pastinya tidak menyedari atau pun sedar apa yang telah terjadi pada hari ini di Pulau Pinang. Mereka sangka, lompatan mereka, sorakan beruk mereka pada hari mengundi tersebut hanyalah untuk dikawasan N11 sahaja. Mereka lansung tidak fikirkan kesan jangka panjang perbuatan mereka. Mereka juga tidak sedar bahawa di Pulau Pinang, mereka adalah golongan minoriti yang bakal merempat jika bangsa lain yang memegang tampuk pemerintahan.... Kini terbukti, lihat sahaja bagaimana dengan perlahan-lahan golongan minoriti akan dirempatkan oleh golongan pemerintah. Terbaru sms yang ku terima, (sebijik copy)
Dasar perumahan bumi di penang akan di gubal. Tiada lagi kuota rumh bagi melayu. Mungkin ramai cha ya nun alif akan tinggal di p. pinang dan org melayu terpaksa cari rumah di negeri lain. Maklumat ini dihantar oleh agen kita yg terlibat dlm menyiapkan draf untuk pembentangan dlm persidangan dewan negeri pada minggu ini oleh EXCO Pakatan Rakyat.sebarkan.......t.k.zbSebelum-sebelum itu, papan-papan tanda juga telah berjaya ditambah dengan tulisan mandarin. Kononnya untuk UNESCO. UNESCO my arse! Suppose kita kekalkan apa yang ada sebab ianya peninggalan sejarah. Lakukan penambahbaikkan bukan menokok tambah papan tanda.
Siapa Melayu yang nak membela nasib melayu di Pulau Pinang. ADUN N11, Mohd Fairus? Dia sendiri terkedu berhadapan dengan sepet-sepet yang lain. Portfolio yang dipegang mungkin sudah berhabuk sekarang. Kenapa? Sudah lah gaji pemain bola sepak Pulau Pinang tak terbayar, kebajikan pemain lansung terabai. Dialah wakil kesayangan budak-budak keAdilan yang mengejek pada hari mengundi,
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
Pasti kini ada yang gembira atau yang mengeluh dan mungkin ada yang menyesal.
KINI SIAPA YANG MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI?

1 comments:
Salam Do,
Untuk pengetahuan Do, budak budak Keadilan di sini pun kurang ajar kurang ajar jugak dan samseng.
Takut dengar cerita perangai mereka pada PRU lalu. Walaupun Mak Cik tak terlibat tetapi ramai rakan yang sebaya atau yang lebih tua menceritakan.
Mereka diejek, budak budak tu datang ramai ramai naik motor buat bising depan bilik gerakan dsb. Ingatkan di Subang, Shah Alam saja macam tu rupanya di Utara Tanah Air pun macam tu.
Gerun kita apa akan jadi pada masa akan datang pada budak budak kurang ajar macam itu. Kalau orang tua pun mereka tidak hormat, alamat sangat tak baik.
Kesian orang Penang, sudahlah rumah mahal, sekarang tiada quota pulak. Kalau mereka DAP dapat Federal Government, alamat satu Malaysia pun tak ada kuota!! Habis tanah orang Melayu mereka kebas tukar title. Waliyazubillah!!
Post a Comment