Adun DAP ciplak soalan bekas Adun BNBekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat, Ong Thean Lye terkejut apabila mendapati tiga soalan bertulisnya - yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu - diceduk oleh seorang Adun Pakatan Rakyat untuk dikemukakan pada persidangan kali ini.
Bercakap dalam sidang akhbar di luar persidangan hari ini, Ong berkata ayat yang digunakan oleh Adun Pakatan Rakyat berkenaan adalah sama dengan ayat dalam soalannya sebelum ini.
Soalan Ong terkandung dalam buku Susunan Urusan Mesyuarat semasa persidangan pada 19 November tahun lalu, sementara soalan Adun Pakatan Rakyat itu terkandung dalam buku Susunan Urusan Mesyuarat bagi penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 yang bermula semalam.

ONG THEAN LYE - ADUN DATO KERAMAT (YANG DI TIRU) KATA :
"Saya terkejut apabila mendapati soalan saya tahun lalu diambil bulat-bulat oleh Adun itu."
"Adun itu nampaknya meniru ayat yang sama dengan soalan saya itu. Jika ada yang berbeza pun hanya pada kata sambung 'dan' yang digantikan dengan noktah."
"Bagaimanapun saya bangga soalan itu ditiru kerana ia membuktikan bahawa soalan saya itu adalah berkualiti"
KOID TENG GUAN - ADUN SG. PINANG (SI PENIRU) KATA:
"Saya cuma memberikan senarai isu yang hendak diajukan dan selebihnya dilakukan oleh pembantu saya. Jadi saya tidak mengetahui perkara ini,"
DESPERADO KATA :

SEBELUM KATA APA-APAMARI KITA GELAK BERAMAI-RAMAI DAHULU......
11 JAHANAM YANG MEMANG MENJAHANAMKAN KERAJAAN...(GELAK BALIK)..!
BUAT MALU KOMPENI SAJA, HARAP RAMBUT SIKAT BELAH TEPI, PERANGAI MACAM BUDAK DARJAH 4, BUAT KERJA RUMAH SALIN KAWAN-KAWAN PUNYA, LEPAS TU KANTOI....(KETAWA BALIK)..!

LEPAS TU SALAHKAN KAWAN DIA PASAI KANTOI....
NI, NAK HABAQ MAI KAT CEK, NAK JADI WAKIL RAKYAT, BUKAN SAJA KENA MENJENGOK RAKYAT, TANYA HABAQ, TAPI KENA LA PANDAI MENGARANG...TULIS SOALAN, TULIS JAWAPAN...KALAU PEMBANTU BUAT SILAP PUN...TAKKAN LA CEK TAK PI BUAT SEMAK DULU, NI MAIN HANTAQ TERUS SAJA KA, NASIB BAIK PEMBANTU CEK TU LURUS BENDUI, KALAU DIA PUN PANDAI KONA, DIA BUBUH SURAT PAJAK GADAI...BAGHU HANG TAU.....AKAI ADA KA?
3 comments:
Budaya plagiat nie nampaknya sudah merebak kedalam Parlimen... Agak-agaknya kita kena cek laporan-laporan tahunan atau pembentangan belanjawan, ade tak guna idea-idea yang sama?
Salam Do,
Mak Cik dengar-dengar saja berita ini dah tergelak malam tadi.
Teringat pulak Mak Cik macam budak-budak sekolah yang masuk exam hall tak belajar apa-apa terus cekup jawapan rakan sebelah.
Apa nak jadilah dengan YB YB ini. Sudahlah cakap Melayu pun tak tahu, assistant dia cekup soalan TAHUN LALU pun dia tak tahu. Jadi Apa yang dia orang tahu?????
kalu kita dapat tengok balik latar belakang YB PR nie..kadang leh tergelakla pulak..dikatakan ada yang ex posmen ade..taukeh kedai bundle pon ade..mekanik pon ader..wallahualam..
Post a Comment