ADA YANG MENYOKONG...ADA YANG MEMBANTAH... BERIKUT ADA LA DUA TIGA KOMEN SOKONGAN DAN BANTAHAN YANG DAPAT DIKUMPULKAN...YANG MEMBANTAH :
SMS DARI UTUSAN MELAYU
APAK
KALAU servis kereta Perdana pun beratus ribu ringgit, cuba bayangkan servis untuk Mercedes. Tolonglah fikirkan bebanan yang rakyat tanggung sekarang.
HANANSIASATAN terperinci perlu dibuat ke atas kos senggara sebuah Perdana V6 yang terlalu mahal dan tidak masuk akal itu.
ABD. YAMIN
JIKA terbukti kotak gear Perdana V6 mudah rosak serta kos penyenggaraan terlalu tinggi, Proton perlu tingkatkan usaha dan strategi dalam meningkatkan kembali keyakinan pengguna terhadap kereta nasional.
013-7009XXX
MEMANG kita orang Melayu mudah lupa. Kenapa menghina kereta nasional kita sendiri? Nak bergaya pun biarlah bertempat.
DIN SAYUR KODIANG
MB Terengganu guna Mercedes untuk jalan jauh dan cepat. Kalau macam itu elok beli 14 buah helikopter sahaja lagi cepat. HELIKOPTER?!!!
YANG MENYOKONG
SUARA SUKJ
Sebagai seorang yang pernah menggunakan Perdana V6, saya menyokong alasan Menteri Besar Terengganu yang menyatakan kualiti Perdana V6 amat mengecewakan serta sentiasa memerlukan penyelenggaraan yang mahal dari masa ke semasa.
Cuma yang saya tidak setuju ialah tindakan Menteri Besar Terengganu memilih waktu yang kurang tepat untuk membeli Merce E200 Kompressor untuk kegunaan Exco dan Peg Kanan Kerajaan Negeri Terengganu. Selain dari itu kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi hingga mencecah ratusan ribu ringgit juga boleh dipersoalkan?
Berikut saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya yang pernah menggunakan Proton Perdana V6:
1) Saya beli 'brand new' model tahun 2001 - WJR 6198
2) Harga - RM106,000
3) Masalah yang selalu saya hadapi ialah bila break...tayar bergegar. Bila hantar ke pusat servis Proton saya tetap kena bayar walaupun baru beli?
4) Kereta baru tapi...bunyi sana...bunyi sini...sana longgar...sini longgar? Bila bawa mesti sakit telinga dan sakit hati.
5) Jika kita bediri 50m ke 100m dihadapan Perdana V6, kita akan nampak seolah-olah ada satu objek terlerai kebawah iaitu penutup bahagian bawah enjin. Bila saya bawa ke pusat servis Proton minta objek tersebut di skru atau dikunci supaya tidak terlerai kebawah....mereka beritahu benda itu memang dah macam tu tak boleh dibaiki lagi? (baca selanjutnya)
MB AHMAD SAID SENDIRI
Proton Perdana V6 Executive yang digunakan anggota Exco dan pegawai kanan sekarang sering menghadapi masalah kerosakan kotak gear dan cakera brek.
Katanya, keadaan tersebut menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian akibat kos penyelenggaraan tinggi sehingga mencecah RM30,000 bagi setiap kali kenderaan itu dihantar ke pusat servis.
"Lebih membimbangkan, masalah ini (kotak gear rosak) sering kali berlaku dan semalam saya mendapat maklumat lengkap menyatakan kita terpaksa keluarkan belanja sebanyak RM69,000 untuk satu kenderaan yang diselenggara dalam tempoh dua tahun hanya kerana perlu tukar kotak gear.
"Ini baru satu buah kereta. Bayangkan kebanyakan Proton V6 Executive yang dimiliki Terengganu turut menghadapi masalah sama dan kita terpaksa keluarkan belanja ratusan ribu ringgit dalam tempoh singkat semata-mata untuk penyelenggaraan saja," katanya. (baca selantjutnya)
ULASAN : DESPERADO? SETUJU? TAK SETUJU? ENTAH LA...DEME ADA DUIT, DEME BELI LA...LEPAS NI JANGAN LUPA ORDER HELIKOPTER PULAK!
MB - Menteri Besar
or
MB - Mercedes Benz

2 comments:
Menarik tertarik kau memang the boom.
Salam Do,
Tak habis habis isu ini, lepas satu satu..bagi chancelah orang tu ni nak pakai mercedes, tak bila lagi?
Yang lain kalau nak rasa, bertandinglah dalam PRU 13 nanti.
Post a Comment