Tuesday, July 22, 2008

SIAPA "GERUDI" SIAPA?


INUL DARTISTA KATA :

"Saya harus bersyukur kerana masih diberi peluang membuat persembahan pada 27 Julai di Bukit Jalil dan saya harus hargai peluang itu. Air mata saya yang tertumpah tidak sia-sia dan apa yang telah terjadi bukan kesilapan saya mahupun penganjur. Tak sangka juga tiba-tiba timbul masalah sebegini tapi kami harus akur dengan ketentuan ini.

"Saya juga masih bangga kerana masyarakat Malaysia amnya dan orang Indonesia di sini sangat menyokong. Teman media di Malaysia begitu memberi dorongan dan sokongan kepada saya. Niat saya melakukan persembahan ini sekadar menghibur dan memberi mesej yang positif kepada rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia supaya bekerja dengan baik dan tidak menimbulkan huru-hara di negara orang. BACA SELANJUTNYA...

HERMAN SHAMSUDEEN (KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS WILAYAH) KATA :

"Semasa konsert berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun beliau berjanji tidak melakukannya.Jadi adakah ada lagi mana-mana pihak boleh menjaminkan perkara yang sama tidak berlaku?"

"Walaupun apa jua alasan yang dilontarkan, Pemuda Wilayah mengingatkan bahawa rakyat tempatan menolak konsert ini. Rata-rata penonton yang hadir pada siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau ditanahair sendiri." BACA SELANJUTNYA...

DESEPRADO KATA:

BATAL...LULUS...BANTAH, DESPERADO TAK BERAPA SANGAT DENGAN DANGDUT NI...ADA SESAPA NAK KOMEN? ROSLAN AZIZ...MAU KOMEN LAGI KA? FREDDIE FERNANDEZ...HOW BOUT YOU? NASIB LA HAJJAH INUL OII...KAMU DATANG SILAP HARIBULAN NIE... SEKARANG TENGAH GAWAT NI...WADUH!

3 comments:

apisfires said...

laki pkr tunjuk bontot tak pa...
orang pas mana marah...
orang pas iman tak kuat kot, biasanye diorang yang "gerudi" perempuan masing2...
sendiri mau ingat la....
tu pasal pas ni mengarut saja, tak nak tengok jangan la tengok...
aku tak tengok pun...

kulatlapok said...

salam Desp...

Masa Alak buat show tu ari dia punya tak berapa baik tu yang meluat nak tengok tu..sama je..

tapi kalu si Inul ni..waduhhh berdenyut benda alah tu di buatnya... tapi betulah Do.. Indon ni datang silap haribulan... kan negara ni tengah gawat dia datang nak seronok pulak... hammpeehhh

mrf said...

alak alak..biasa la alak time aku serumah dgn dia masa kat itm dulu mmg dia suka tunjuk boxer time tido..

pas ni aku tgk ntah hapa2..taknak muzakarah dgn umno katanya sbb umno sekular..aku tak nampak islamnya pkr dan dap.lebih sekular malah firaun..

nik aziz tu ulamak palsu..lebih pentingkan parti dan diri sendiri daripada perpaduan melayu dan islam..dia kene ingat, dulu kepimpinan mahathir, sekarang paklah..kalau dendam dulu masih ada sebab mahathir selalu hentam dia, itu dendam dia pada mahathir..bukan umno..ulamak yang masih menyimpan dendam..hmm..ulamak ke tu..??masih berdendam pada umno sampai sekarang.

RELATED POSTING

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin