Thursday, July 10, 2008

TECK LEE TUDUH BN PECAH BELAHKAN SAPP...

CHUA SOON BUI KATA:
Partinya tidak akan lagi meneruskan hasrat mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

MAJIMBUN KATA :
"Mungkin."
"Bila tiba masanya nanti. Kita kena tengok senario yang sesuai."


RICHARD YONG KATA:
"Kita tidak mahu usulkan undi tidak percaya sekarang kerana bimbang pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan menuduh SAPP bersifat perkauman.
"Ia juga kerana keadaan politik di negara ini yang tidak menentu kebelakangan ini dengan pelbagai isu yang mengelirukan rakyat."
"Kenyataan Chua Soon Bui disalah tafsir oleh media. Soon Bui tidak pernah menyatakan yang SAPP akan menarik balik keputusan untuk mengemuka usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri"


YONG TECK LEE KATA:
"Sepanjang tempoh 30 hari itu BN akan berusaha untuk mempengaruhi dua pemimpin tertinggi SAPP supaya tidak menyokong saya selaku presiden parti dan seterusnya menyisihkan saya."
"Ini adalah usaha senyap mereka untuk memecahbelahkan parti. Pada mulanya saya hairan mengapa SAPP diberi tempoh selama 30 hari tetapi selepas itu barulah saya baca taktik BN Pusat.
"Sebelum ini saya sudah pun memberitahu Soon Bui supaya berhati-hati apabila berhadapan dengan pemimpin-pemimpin BN di Kuala Lumpur, dia boleh diibaratkan berenang dengan jerung. Saya bimbang ketika berada di sana, mereka mempengaruhi Soon Bui dan Raymond Tan dan seterusnya mereka akan menyisihkan diri daripada saya,"
"Selepas BN menyingkirkan USNO daripada gabungan itu, tidak lama selepas itu BN kalah teruk dalam pilihan raya umum pada tahun 1985 kepada USNO dan Parti Bersatu Sabah (PBS)."

DESPERADO KATA: GET YOUR ASSES OUT OF HERE!!!

2 comments:

Che Eduardo said...

Sideburn... Sideburn.. Aku nak burn sideburn itu.. Rasanya dia dah takut ada orang berani lawan dia jadi presiden baru la tu..

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Betul, Mak Cik setuju!!

Belit atas belit, pening kepala. Nak keluar keluar sajalah. Buat kita semua suspense saja.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin