Wednesday, August 6, 2008

CALON WANITA?

Calon wanita paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana ia mudah diterima oleh pengundi termasuk golongan lelaki.

Semalam, bekas ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Ahmad Saad mendakwa Umno ketandusan calon yang sesuai untuk menentang bekas timbalan perdana menteri itu. (READ MORE HERE)

Datuk Jahara Hamid (Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang) kata :

"Wanita gigih, tidak mudah mengalah dan berputus asa dan kerana itu ia amat sesuai untuk menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami (pergerakan Wanita) mempunyai calon wanita yang memenuhi ciri-ciri tersebut"

Datuk Ahmad Saad (Bekas Orang Kuat Anwar) kata :

"Umno ketandusan calon yang sesuai untuk menentang bekas timbalan perdana menteri itu.Beberapa nama yang disebut menjadi calon, sebenarnya tidak mencapai standard untuk mencabar Anwar"

Desperado kata :

Hah! Wanita dah bersuara...ada berani mau letak ka? Kalau ikut jalan ceritanya... lelaki memang mudah tewas dengan wanita...Ustaz Pirdaus pun kalah dengan wanita (Wan Azizah) dua kali! Tapi Uncle Anwar ni, ngan wanita mau ke dia....... mengalah?

Wallahualam...

8 comments:

Che Eduardo said...

Des,

Kita org cadang engkauje jadi calon.. Kau dah dapat percalonan aku, Tiger, dan MakCik melayu kite.. wahahaaa!!

Che

anakmalaysia said...

Anwar tak mau kot... tak syok katanya.

Kau org permatang pauh kan... eloklah kau jadi calon

anakmalaysia said...

Anwar tak mau kot... tak syok katanya...

eloklah kalau kau jadi calon... kan kau anak tempatan

Harimau-Menaip said...

Tapi Des, sebelum menjadi calon, pastikan kau pakai spender...bukan apa..jaga adab.(sendiri tafsir lah).

ayor lemuju said...

Jaafar Onn tak minat jadi calon ke?

Des, masukkan link teman sebagai team Perak kot?

unlisted_one said...

Salam Desperado,

Tak kisah la sape calonnya, tapi jgn la sape2 yg tak pernah org tau, tetiber nak jadi calon, memang cari nahas la tu. Saper nak vote mcm tu.

melayuangkat said...

Salam Do,

Bertandinglah,lelaki atau Perempuan..tengoklah rezeki masing masing.

Kalau Kamu dicalonkan, pasti Mak Cik doakan setiap hari..

Editor Sukan Bola said...

salam,

gua sokong kita lawan abis abisan si nuar ni. Dialah penyebab rasuah dalam bolasepak Malaysia.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin