Sunday, August 3, 2008

DARI PERMATANG PAUH...

Desperado baru saja pulang dari kampung halaman, Permatang Pauh atas urusan keluarga. Di samping itu, sempat juga meninjau-ninjau perkembangan terbaru dunia politik di sana selepas perletakkan jawatan oleh Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkan merangkap kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Antara tinjauan yang sempat diikuti dan diperhatikan ialah program perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Penyatuan Melayu Pulau Pinang yang diadakan di Politeknik Seberang Perai. Perhimpun
an ini telah berjaya menghimpunkan hampir tujuh ribu hadirin (tidak termasuk penonton-penonton FUTSAL KOSMO, yang turut diadakan sama pada hari tersebut, kalau campur mau 10 ribu...).

Program seperti ini, pada pandangan Deseprado, amat begitu relevan di Pul
au Pinang khususnya. Sebagai golongan yang paling hampir terpinggir, masyarakat Melayu Pulau Pinang telah terbahagi kepada tiga kelompok dek kerana pegangan politik masing-masing. Antara pemidato-pemidato yang turut terlibat ialah, Datuk Jins Shamsudin, Datuk Dr. Malip Munip, dan tidak ketinggalan, saudara Trojan Horse, Ezam Mohamad.
Kesimpulan ringkas daripada pidato-pidato yang telah laungkan, Desperado merasakan pidato dari Dr. Malik Munip telah berjaya memberi sedikit kesedaran kepada masyarakat Melayu, khususnya kepada Melayu Pulau Pinang. Beliau turut menyentuh bagaimana penjajah telah berjaya menjajah minda masyarakat Melayu hingga sukar bagi kita untuk membuang pemikiran tersebut. Turut dibincangkan bagaimana penjajah juga berjaya memanipulasikan peribahasa melayu supaya ianya disalah tafsirkan oleh masyarakat Melayu itu sendiri.
Sempat juga Desperado menjeling beberapa hadirin yang menitiskan air mata taktala lagu Warisan dilagukan ketika tamat pidato dari Datuk Dr. Malik Munip. Terharu melihat bangsanya dipermainkan dek kebodohan diri sendiri.


Kesimpulan pidato-pidato lain banyak berkisar mengenai politik, mungkin kerana suasana semakin hangat dengan pilihanraya kecil yang bakal diputuskan tarikhnya pada hari Rabu ini. Pidato dari Trojan Horse kebanyakannya seperti biasa banyak menghentam bos lamanya. Beliau turut menjelaskan rumus yang mengatakan bahawa beliau akan bertanding di Permatang Pauh.

Katanya,
"Bukan saya yang menawarkan diri untuk bertanding di Permatang Pauh, tapi media yang datang tanya pendapat saya, takkan saya nak jawab saya takut dan tak bersedia, mesti la saya jawab saya telah bersedia untuk "berperang" bila-bila masa, bab nak bertanding di sini, bukan urusan saya, itu pihak tertinggi Barisan Nasional yang tentukan...." begitula lebih kurang.

Antara cakap-cakap di kenduri kawin serta kedai kopi, ada juga yang berbisik-bisik mengatakan PAS tidak begitu mengambil berat tentang pilihanraya kecil kali ini. Desperado juga sempat mem"browse"
MSO punya artikel terbaru mengenai situasi ini. Terbukti juga memang ada cakap-cakap belakang mengenainya walaupun belum ada pengesahan yang sah. Mungkin luka lama masih terasa.

Pada malam ini turut diadakan Ceramah mengenai Pilihanraya Kecil oleh DSAI ditapak EXPO Seberang Jaya. Desperado tak sempat untuk menjenguk kerana terpaksa pulang atas urusan kerja pada esok hari. Confirm panas kempen pra-pilihanraya kecil ini, kerana di dalam masa yang sama turut diadakan perhimpunan Melayu di Kepala Batas.


Apa yang ditunggu-tunggu sekarang ialah siapakah calon yan
g bakal menghadapi DSAI (Kalau sempat, kot ditangkap, Kena cari orang lain la pulak). Mengikut pengalaman politik di sini (Permatang Pauh aje ye...) penentuan calon kadang-kadang hinggakan ke akhir jam tarikh tutup...hmmm...terpaksa la main teka-teka dulu...Dengar-dengar cerita Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) pun nak hantar wakil....betul ke?

Itulah serba sedikit cerita terbaru dari Permatang Pauh, next week kita tengok pulak apa perkembangan tebaru....


"UMNO UMPAMA BAHTERA PERJUANGAN YANG MENGHIMPUNKAN SELURUH MELAYU DI DALAMNYA, JIKA ADA PERSELISIHAN, TAMPALLAH IA, PERBAIKILAH IA, BETULKANLAH IA AGAR IA DAPAT BELAYAR KEMBALI TANPA TENGGELAM, DAN JANGAN SESEKALI ENGKAU HANCURKAN BAHTERA TERSEBUT, NESCAYA SELURUH PENUMPANG DI DALAMNYA AKAN MATI KELEMASAN...." Datuk Dr. Malik Munip
memetik dari kata-kata Zaaba.

12 comments:

~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~ said...

salam Des,

meriah dah ekk kat sana..mau kalah sure heboh ni..

ni la dunia politik sentiasa penuh dgn kejutan dan teka-teki..tak pasal2 rakyat pening kepala buat andaian..

wallahualam

anakmalaysia said...

jangan kuda trojan sudahlah...

Piggy Singh said...

Salam DES,
Memang datang jenguk your blog on daily basis tapi tak tinggal comment coz having too much of liwat, dah jadi fed up.
Terbaca your komen dalam blog budak suruhan Anwar, Amin Iskandar, you mentioned that PKR even offered RM 1500 to buy vote, I believe you knew better coz you were there.
Take care and wassalam.

Harimau-Menaip said...

Betul ke piggy? Aku terlepas kot komen si Des ni.

Tapi Des, kurang rencah sebab hang tak pegi Ceramah Anwar bagi mendapat pandangan yang balance.Aku ni bukan sehari dua dengar ceramah UMNO/BN ni. Yang ramai tu orang luar je. Datang siap rombongan dan pakai bas Jabatan Kerajaan lagi (kalau diorang sewa tu aku tak tahulah).

Kekanda Aku kira ketua UMNO cawangan dan sepupu aku Dato' @#$#@ dan jadi pecacai UMNO ni.Area lembah Klang. Kira aku ni lahir dalam kelompok tu jugaklah.

Cuma , aku ni abnormal sikit. Tak mudah nak percaya membuta tuli dan aku akui aku pergi semua ceramah tak kira BN ka, PAS ka, PKR ka waima DAP sekalipun (Lim kitsiang dan di Seremban2).

Jadi, itulah justifikasi kenapa aku neutral walaupun undi aku tetap berubah. However, thanks for your info. bro.

Desperado said...

Anak Malaysia...

Saya pun harap begitu...

Ummi...

Memang meriah!

Piggy...

Timaseh

Tok Ghimau...
Den pun lobih kurang engko juge...den elaborate apo bondo yang den dongar jo...Ingat nak pegi juga yang DSAI tu, tapi bini den sibuk nak balik...Pasal perhimpunan tu, yang lelain pidato den tak ulas pasal semua cito politik yo...dah tau dah...den dongar Malik Munip cakap sikit jo pasal politik...tapi dio sontuh banyak pasal penjajahan minda melayu oleh penjajah dulu...itu yang buat den tersodar seketika...ado bondo yang tak terpikir oleh den....

Che Eduardo said...

Des,

Kan dia orang cari anak jati PP nak bertanding dgn saudara kite itu.. Macam mana are you game for it?!

Che

kulatlapok said...

salam DESPRADO...

gambar-gambar ko semuanya cun2lah.. ko ni aku dah agak dah memang pandai Adobe.. betul tak?
Ok bro teruskan poster2 yang cantik2...

kulatlapok said...

salam DESPRADO..

semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada rkyat Pulau Pinang..tetapi perlu berhati-hati ..bimbang penceramah yang diundang tu puilak mempunyai agendanya tersendiri terutama Kuda yang Depsrado bawak tu.... Wallahualam

melayuangkat said...

Assalamualaikum Do,

Apa khabar?

Mak Cik mengaku rindu dari tulisan2 kamu semua. Dan anak-anak Mak Cik suruh Mak Cik blog semula supaya pengalaman dapat dikongsi bersama, InsyaAllah.

Do,

Semalam Mak Cik telah ke Sungai Petani atas urusan peribadi. Sepanjang perjalanan dari Perak lagi Mak Cik teringat akan kau.
Mak Cik terfikir apa agaknya 'the latest' yang akan Do tuliskan di blog.

Bila lihat simpang ke PERMATANG PAUH, hati Mak Cik sayu. Betapa Mak Cik fikirkan Orang Melayu akan berlaga lagi dengan Orang Melayu dan bertambah kecuh lagi berebutan kuasa antara satu dengan lain.

Betapa feel feel kita semua akan diperhatikan sahaja oleh bangsa lain terutamanya yang hati busuk macam dari DAP tu.

Namun, apalah orang terlalu kerdil macam Mak Cik ni boleh buat dan kalau kata apa apa pun siapa yang hendak dengar? Hanya DOA saja yang Mak Cik boleh, Doa semoga Allah swt akan menyelamatkan Bangsa kita, supaya kita akan bersatu semula, InsyaAllah.

Do,

Mak Cik baru sampai suratul Anbiyaak..harap boleh Khatam sebelum satu Ramadan. Lambat sebab banyak sangat hal, hujung minggu ada saja kenduri kendara.

InsyaAllah, Mak Cik harap dapat menjengok ke blog Do untuk the Latest dari Permatang Pauh. Mak Dengar hebat betul pengaruh DSAI di situ.

WaAllahuALam.

melayuangkat said...

Salam lagi DO,

Mak Cik ada info pasal Seminar Al Quran dan Hadis di UM InsyaAllah 27 dan 28 Ogos ini.

Sila ke blog untuk makluman lanjut.

Desperado said...

Salam Makcik...

Thanks for the info...insyaalah...sebelum ramadan settle la tu...

Pengaruh DSAI memang kuat di sini, mana tidaknya, ini memang kawasan dia, hatta, kalau yang akan bertanding dengan beliau pun, semua nya geng-geng lama dia dulu...kawan baik...teman rapat...semua orang dia...

Wallahualam...

Pisau said...

desprado.

aku dok seberang jaya,kat sini mmg ramai yg dok ckp2 pasal anwar ,kwn2 aku ramai yg dalam PKR & PAS dah start berbunyi..kenapa anwar takdak isu lain?benda yg sama.. heran jugak aku kenapa depa cakap mcm tu..walhal kalau anwar cakap apa pun depa terima bulat2 ni dah lain mcm..
ntah la kalau org pmtg pauh dah sedar ker tak?

info lain yang aku dgr dari org dalam pkr & dap pun kerap gaduh jugak dlm komtar tu..tapi perkara ni org luar tak tau pun..

fairus dok kena maki mcm tu jer.. buat reja tak reti.. org pi jumpa atas urusan pentadbiran dia dok kalut cerita pasal politik..ni la jadi kalau pakat tangkap muat jer..
dulu dok bawah senang la nak complain atau kritik..bila dah dok atas dok buat reja yg sama..tak reti2 lagi..

best part is.. time fairus baru jadi TKM tak sampai sebulan dah terus order mercedes, slip gaji pun tak keluar lagi ..dah kalut nak pakai kereta besar.nyusah orang..byk la isu mamat ni yg akan aku dedah lagi..

sapa kata depa ni bersih??

haha.. tunggu pendedahan lanjut dari aku..

byk benda la yg aku dgr.. dari sumber yang paling rapat dgn pkr & dsai

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin