Friday, August 8, 2008

LAGI DEBAT MENANTI...

Satu lagi debat menarik dijangka dijalankan di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur antara Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkenaan isu-isu semasa pada 20 Ogos ini.

Jurucakap parti Gerakan memberitahu Bernama Rabu malam bahawa debat anjuran portal berita, Agenda Daily yang dijangka dipanaskan dengan menyentuh isu-isu semasa terutama Pulau Pinang, merupakan kali kedua antara Koh dan Lim.

Ia pernah diadakan 10 tahun lalu ketika kedua-dua mereka merupakan pemimpin pemuda parti masing-masing.

Katanya portal berita itu sedang menyediakan format, lokasi dan tema debat, yang telah diperkatakan sejak minggu lepas. (READ MORE HERE)


TAN SRI KOH TSU KUN KATA :
"Lim telah bercakap kepada media terlalu banyak dan telah mengelirukan rakyat. Sekarang, ini peluang Gerakan untuk bertindakbalas terhadap propaganda DAP, kami akan membiarkan orang ramai untuk memutuskan sama ada Lim hanyalah tin kosong yang sekadar membuat bunyi bising,"
LIM GUAN ENG KATA:
"Apa yang rakyat mahu tahu adalah berkenaan penyelewengan tanah. Jika anda mahu berdebat mengenai isu-isu lain, ia tidak mencapai matlamatnya"
DESPERADO :
GUAN ENG, RAKYAT NAK DENGAQ KA...HANG YANG NAK DENGAQ? BUAT MODAL NAK BERKEMPEN....

HAMPA BERDEBAT BAHASA MELAYU...AKU PUN NAK DENGAQ JUGAK!

7 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Do, di pagi Jumaat yang mulia ini Mak Cik doakan kesejahteraan buat kamu sekeluarga, Amin!

DEBAT lagi? Itu lah kerja ahli Politik sekarang..bercakap saja. Modal air liur..buatlah kerja untuk rakyat pulak.

More action lah..less taliking

Desperado said...

Terima Kasih atas ucap selamat makcik...Amin...

Che Eduardo said...

Makcik,

I choose to disagree.. Biar Tan Sri Koh berdebat. Pemerintahan baru hanya memalukan pemerintahan beliau dengan membuat tuduhan liar tapi tak berani nak buat laporan BPR atau polis.. Atau tunjukkan bukti kepada rakyat. Adakah bukti disimpan untuk kempen PRU-13? Atau memang tak adapun bukti penyelewengan..

YB Lim mungkin sudah takut, 10 tahun lalu beliau kalah. Jangan sangkal kebijaksanaan Tan Sri Koh. Dengar cerita LIVE di Media Prima, entah channel ape..

Che

unlisted_one said...

Salam Desperado,

Ooo,..debat lagi la. Rakyat mengundi dia nak suruh dia anjurkan debat la agaknya. Dari start menang sampai sekrg, tau cari salh org aje, tak sedar2 diri lagi ke, dia tu bukan pembangkang lagi, dah jadi kerajaan. 5 thn tu cpt je, kalau buang masa cari slh org aje, tak membangun la negeri tu..tak reti2.

kulatlapok said...

salam Bro...

bila aku buka je post kau ni..ADA SCUTRITY WARNING..?? Nape ekk..

Bila koje nak sipa bro.. asik Debat je.. tak datang yang menguntungkan langsung ..Rakyat ayik tengok je sampai ternganga.. diaorang politik juga yang untung dapat publish...

t i u n g said...

musim berdebat la ni..

bulaz bujamil said...

Salam,

Bagus jugak ada Debat ni.

Dapat juga kita tengok kredibiliti pemimpin2 kita ini bercakap mengenai sesuatu secara 'live' & 2 hala.
Mcm Tan Sri Koh kata, "Debat di tv adalah yang paling telus".

Cuma x tau bila nak sampai giliran PM @ TPM kesayangan kita ek :)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin