Friday, August 1, 2008

MAT ZENI DAN PILIHANRAYA KECIL...

CLICK PICTURE TO ENLARGE

Mat Zeni hari ni masam aje mukenya...entah apa yang mengacau fikirannya, teman pun tak tahu. Dengor-dengor pasal kes naik pangkat...pentadbir tak hantor permohonan, pastu diorang "pusing" Mat Zeni, katanya Mat Zeni dulu ada kes! Teman idok le tahu pase teman pun baghu lagi kat sini. Agoknye itu le sebabnye.

Sedang teman leka menaip keghoje dalam bilik, muncul pulak si Mat Zeni.


"Nah!" hulur Mat Zeni sambil tersengih.

Mat Zeni hulurkan RM 100 pada teman. Ah! Sudah, duit ape pulak ni?


"Ape ni?" tanya teman.


"Duit upah hari tuh!" kata Mat Zeni.

"Upah apa?" balas teman balik.


"Kome ni banyak tanye la, ndak ke idak? Itu duit CD nasyid yang kite buat untuk Ustaz sekolah agame petang hari tu, deme dapat nombor due!" jelas Mat Zeni.

"Oh, ye ke, ish, banyak ni Mat, berape kamu mintak kat Ustat tu," tanya teman balik.

"Mana ade aku mintak, dia yang bagi, aku amik aje, dia bagi dua ratuih, kamu seratuih, aku seratuih! Ok?" kata Mat Zeni.

Lantak la Mat Zeni, lepaih minyak keta teman. Teringin teman nak bertanyekan pasal kes naik pangkat tu. Segan pulak rasenye, takut Mat Zeni naik hangin dengan teman pulak. Tiba-tiba Mat Zeni bukak ceghita politik luar. Ape lagi, pasal Pakcik Anwar la dengan Wan Azizah la.

"Wan Azizah udah lepaih kan kerusi Parlimen Permatang Pauh, ate nanti kamu kena balik la yek nak ngundi semule?" Mat Zeni membuka kata.


"Nampak gayenye, gitu la!" pendek aje teman menjawab.


"Kalau mengikut pengiraan, silap-silap, bulan puasa mengundi tuh! Takde la deme nak mengutuk-ngutuk waktu berkempen, maklum la, bulan puase..." Mat Zeni meneka-neka tarikh pilihanraya kecil.


"Ala, tempoh 60 hari, bile-bile boleh jadi tu," balas teman.

"Tapi Anwar ni bijak la..." kata Mat Zeni.


"Aik? Memuji nampak, bukan ke kamu orang kuat Najib?" tanya teman.


"Nanti la, aku belum habih cakap kamu dah potong, maksud aku, Anwar ni bijak memanipulasikan suasana politik tanah air ni," jelas Mat Zeni.

Teman tanye lagi, "Macam mane pulak tu?"


Mat Zeni menyambung, "Iye la, sekarang ni die akan bertanding di Permatang Pauh, tempat kamu kan? Haa, kes liwat die pulak dah masuk fasa akhir, tapi belum ade tuduhan ataupun penahanan dibuat."


"Betul, tapi ape yang bijaknye?" tanye teman lagi.

"Anwar pule dah umumkan dia akan bertanding Pematang Pauh, mengenai kes liwat pulak, kalau terbukti ada kes, Anwar pasti akan ditahan, dan teman pasti penahanan ni akan tetap berlaku, jadi, semua orang, terutamenye penyokong-penyokong Anwar akan mula menyerang kerajaan, dengan tuduhan, kerajaan menahannya kerana tidak mahu dia bertanding di situ," panjang lebar Mat Zeni menerangkan.


"Abih tu, pilihanraya kecil?" tanya teman.

"Pilihanraya kecil tetap kene diadakan pasal Azizah dah lepaskan kerusi tu. Sape nak bertanding, itu teman tak tahu la, Anwar pula hilang kelayakan dan berkemungkinan dibicarakan. Benteng Anwar apa lagi, mestilah penyokong-penyokong fanatik beliau, boleh kacau bilau negare dibuatnye, alah, semua idea ni dah ada dalam poket teman, semua orang tahu bende ni confirm akan jadi," jelas Mat Zeni lagi, bangga macam betul.


Teman terkebil-kebil bertanya pada Mat Zeni lagi, "Kira konspirasi lagi le ni?"


Mat Zeni menyambung, "Pandai pun kamu. Anwar akan kata, ini semua konspirasi kerajaan untuk menghalangnye bertanding di Permatang Pauh. Padahal, dia dikehendaki untuk siasatan kes liwat tu. Mase tuh rakyat akan terabai seketike dari kes liwat, pasal sibuk dengan kempen!"


Konspirasi lagi, bile le gamoknye cerita macam ni nak habis. Mat Zeni tadi dah keluar pegi kantin. Sempat juge teman bertanyekan pasal kes naik pangkat tu, Mat Zeni kata konspirasi jugak....tapi dia kata dia tak peduli sangat. Kalau pasal nak gaji banyak bila naik pangkat, memang Mat Zeni tak peduli sangat, ade aje sumber duitnye, baru-baru nie baru beli VIVA, untuk bapak mentua katanye.........

9 comments:

Perak Bangkit said...

Saya dengan segala sukacitanya ingin mengajak semua rakan siber dan blogger dalam kategori berikut:-

1. Semua Warganegara & Marhaen
2. Anti Anwar
3. Pro BN/UMNO
4. Anti Pakatan Rakyat
5. Anti DAP
6. Anti PKR

Kita tinggalkan perbedaan kecil antara kita buat sementara. Untuk sama-sama merapatkan barisan dan jurang. Dan bersatu hati dan tenaga. Kita wujudkan satu kesatuan pemikiran dan kesatuan tindakan. Kita ada tugas besar untuk menumpaskan Anwar Ibrahim.

Demi negara yang tercinta. Petualang bangsa seperti Anwar Ibrahim mesti dibunuh karier politiknya. Biar dia menjadi nisan politik Malaysia dan rakyat biasa yang tiada lagi menganggu ketenteraman politik tanahair.

Kita akan mulakan perjalanan ini satu demi satu dan Insha Allah kita akan menjadi satu pasukan yang kuat. kami di Perak Bangkit amat yakin usaha murni kita ini akn pasti mendapat keredhaan Illahi.

Kami nantikan maklum balas daripada kalian sekalian selaku para pejuang yang budiman. Anwar adalah Musuh No.1 kepada Negara Malaysia, Agama Islam & Bangsa Melayu. Beliau mesti dihapuskan. Allahu Akbar!

E-Mail : perakbangkit@yahoo.com

Che Eduardo said...

Des,

Kau dah balik PPkah?! Kempen dah nak mula ini; hari penamaan calon pun belum, kempen dah MULA.. Apa macam ini??

Che

Desperado said...

Che Do...

Yes, aku kat permatang pauh sekarang...ceramah anwar aje di atur hampir dua kali sehari...
BN tengah kira budget...!

guru_cikgu said...

Salam perkenalan dan perjuangan.PASTIKAN PERJUANGAN SELESAI

Che Eduardo said...

Apa,apa ajela.. Jalankan kewajipan pada negara, ok!! Kalau boleh kau live dari PP, tahu macam Charles Mohan utk NTV7..

joyah said...

Anwar tak payah bajet sebab dapat duit dari Amerika dan Israel.

Piggy Singh said...

Salam DES, nak tambah sikit dari list Perak Bangkit:
7. Anti Dollah Al-Tidori
8. Anti Khairy Al-Khianati
9. Anti Kamaluddin Al-Greedy
Tiga makhluk bersama dengan Anwar ni menjadi punca pemusnah kredibiliti sebuah pertubuhan Melayu yang dulunya gemilang, tapi hari ini hanya tinggal temberang.
Wassalam

mrf said...

aik apa kene mengena dgn si kamaludin plak..

tak sampai 3bulan PKR tadbir selangor, anwar dah masukkan adiknya dalam KDEB.. dia ingat KDEB tu mak bapak dia yang punya??
pastu khabarnya laki anakbuah dia pon ada dlm KDEB..
wah2..guna kuasa sakan nampak

kalau PKR tadbir malaysia??? habis semua anak beranak dia kaut duit negara masuk kontena dia sendiri..

yang aku pasti semua musuh2 dia dikalangan umno mungkin akan ditangkap..sebab nak balas dendam..
pak lah yang org kata lembab tu pon lebih berhemah, adil dan terbuka..kalau tak jgn harap la anwar boleh menyalak sana sini mcm anjing kurap menyalak mintak tulang..
renungkan lah...

Harimau-Menaip said...

La..gaduh-gaduh pun, perut diorang gak kenyang. Baik kita bersahabat.

Des;

Bila nak letak entri baru ni? Hang cuti sakit ka?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin