Wednesday, August 6, 2008

MENGGEMPUR PERMATANG PAUH!


PAS kerjasama dengan KeADILan, DAP bantu Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - PAS akan berganding bahu dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP untuk mempastikan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat bertanding di Permatang Pauh.

SALAHUDDIN AYUB KATA :
"Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh"

ULASAN : HMMM...DULU ANWAR KUTUK DEPA RAPAT! TAKPA LA, DEPA SUKA PEGANG KATA-KATA "BIASA LA DALAM POLITIK, ADA MASA KAWAN, ADA MASA LAWAN!" SUKA HATI HAMPA LA...

KALAU BOLEH TOLONG NASIHATKAN MANGKUK-MANGKUK AYUN YANG DOK BERKEMPEN SURUH TERBALIKKAN BENDERA MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN NI...
KALAU NEGARA NAK HURU-HARA PUN PASAL DEPA NI LA...

5 comments:

Che Eduardo said...

Des,

Adakah usaha kita akan mencapai kegagalan? Kenapa kita dituduh tidak cukup ilmu? Kata mereka itu bukan disrespect; tetapi sign of distress.. Apa yang mereka distresskan sangat? Adakah pada tahun ke-51 merdeka mereka memanggil penjajah kembali?

Ramai yang saya lihat menerima dakyah mereka; tetapi ramai yang kita kenal mendiam diri. Adakah diam diri tanda sokongan? Atau kita sudah malu dengan bendera kita sendiri? Semuanya kerana politik; rakyat sudah berpecah belah..

Che

Desperado said...

Che...

Samdol-samdol nie memang tak layak jadi rakyat malaysia...depa marah marah kalau kita terikut-ikut budaya barat...
Depa sendiri yang menjilat budaya barat...!

anakmalaysia said...

Entahlah... yang menyeru nama2 besar kunun2...

yang mengikut tak mau berpikir dulu...

melayuangkat said...

BAGUSLah Do,

Baguslah PAS dan DAP bantu Anwar Ibrahim.

Yang PASTI menang nanti lambat laun adalah DAP.

Orang Melayu tidak boleh nampak ini semua..mereka diayun kuat keinginan merebut kuasa antara satu dengan lain.

Ada yang kepala hotak songsang jadi mereka pun nak songsang terbalikkan Bendera Negera yang tidak berdosa.

Sungguh kurang ajar. Belum apa apa lagi dah tunjuk samseng.

Kesian Orang Melayu kalau ada Pemimpin berkepala hotak songsang. Tak sabar agaknya Rice dan mungkin Bush juga nak hantar ucapan tahniah ke Penang tak lama lagi.

Maaf dan Salam Do.

Anonymous said...

Bendera ni lain negara lain makna dan caranya.

Modul mat saleh pun mengiktiraf lainnya cara dan makna jika bendera itu bendera dari negara Islam. Yg republik ada caranya dan yang tak republik ada caranya.

Kalau tak puas hati ada banyak cara lain nak salurkan ketidakpuashatian tu. Nak jadi kreatif pun kena kreatif juga.

Janganlah atas nama kreatif satu cara yang salah itu digunapakai. Gunapakai cara yg salah tu bukan kreatif tapi dungu. Sebab orang kreatif sudah pasti tau cara nak mengelakkan landasan yg tak betul. Org dungu ni tiru org lain dan tak tau nak fikir sendiri.

Bendera tu ada makna hormat pada Agama Islam iaitu agama rasmi, ada makna taat kpd Agong. Kalau terbalikkan dah menjadikan makna berlawanan. Lainlah kalau dah tak taat lagi, nak jadikan republik.

Taubatla.. Cari cara lain sajalah..

-Kekawan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin