Monday, August 4, 2008

SHE WANTS TO LEAVE...2009

PM terkejut keputusan Rafidah

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan keputusan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mahu melepaskan jawatannya pada pertengahan tahun 2009.

Abdullah berkata, beliau menerima keputusan tersebut dan telah mendapatkan persetujuan daripada Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini untuk tidak bertanding melawan Rafidah pada pemilihan hujung tahun ini.

Sementara itu, Rafidah pada sidang akhbar selepas Majlis Wanita Bersama Pemimpin berkata, beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Shahrizat dan berharap tiada pihak yang cuba merebut dua jawatan tertinggi pergerakan itu pada pemilihan akan datang. - Utusan

Desperado: Bye..bye...Kak Pidah...jaga cucu elok2 dan banyakkan beribadah...Kalau boleh...cover2 la rambut yang ikal mayang tu...

2 comments:

Che Eduardo said...

Des,

Itu Kak Pidah banyak jasa sama negara.. Satu dunia dia sudah rounding promo ini negara.. Lagi, satu dunia pun tahu iron lady Malaysia; mahu datang dagang sama ini negara.. Che banyak sedih; tapi semua orang pun kena retire, bukan?!

Che

Desperado said...

Do..

Memang betul Do...around the world dia bawak MALAYSIA..maybe dia dah penat dengan situasi sekarang...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin