Monday, August 4, 2008

TUGU NEGARA


Dr. Asri kata (Mufti Negeri Perlis) :

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

"Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

"Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?"

Desperado kata :

Saya memohon maaf atas ulasan saya sebelum ini. Terima kasih saya ucapkan pada rakan Harimau saya yang sempat menegur kesilapan saya. Nampaknya saya telah dikaburi oleh media yang menjadi rujukan ramai orang di alam siber ini, kalau dulu kita mula membenci media prima dari TV dan Surat khabar, kini media alternatif pula cuba merosakkan minda masyarakat dengan menambah- nambah kenyataan yang tidak pernah ada.

Perenggan merah di atas tidak terdapat di dalam kenyataan Dr. Asri di website beliau, www.drmaza.com, tapi ketika saya membaca kenyataan di dalam Malaysiakini...ada pulak...ko biau betul bab agama ni...

5 comments:

Harimau-Menaip said...

"Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?"

Aku tak jumpa lah perenggan ni bro.
Hang rujuk direct dari blog dia atau dari blog lain?

3 kali aku check tapi masih tak jumpa. Mungkin aku buta kot?

Desperado said...

Tok Ghimau...den tengok MalaysiaKini...silap bahan rujukan ka?

Harimau-Menaip said...

Alhamdulillah. Malaysiakini dah terkantoi. Yang buat den baran, bab agama pulak tu. Harap Dr. Asri saman je. Dah lah banyak kena fitnah Mufti tu.

cheguman said...

Aku dah check dua setengah kali dlm Mingguan Malaysia 3 Ogos, jeng.. jeng.. jeng... memang tak de pun perenggan tu.

Aku setuju dgn Dr Asri dlm bab ni (ewah... mcm la aku lak lebih terrer dari dia).

my said...

Salam,

Bukan nak memihak kepada MalaysiaKini ke haper..tapi aku rasa..perenggan yang dimerahkan tu adalah ulasan lanjutan dari temuramah MK dengan MAZA(mungkin)...kite kena bersangka baik...tapi pada waktu sama..apa kata kita tanya sendiri MAZA.. :D

- http://wacanapascapru12.blogspot.com -

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin