Thursday, May 29, 2008

PENGHARAMAN ISLAM HADHARI

Islam hadhari: Perak digesa contohi S'gor, P Pinang
May 28, 08 (Malaysiakini.com)
Perak disaran mengikut jejak langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan program dan promosi yang ada kaitan dengan konsep Islam hadhari yang diperkenalkan oleh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Saranan tersebut dibuat oleh Pemuda PAS kawasan Ipoh Timur dan Pasir Salak hari ini."Kami menyarankan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Perak supaya mengambil pendirian yang sama bagi mengembalikan ajaran Islam yang sebenar," kata dua kawasan itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.Kenyataan itu ditandatangani oleh ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dan ketua Pemuda kawasan Pasir Salak, Zamarul Aini Abd Malik.

ULASAN: USAHA UNTUK MEMPERKASAKAN PENGETAHUAN ISLAM OLEH KERAJAAN NAMPAKNYA DI PANDANG RINGAN OLEH NEGERI-NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PEMBANGKANG. MENGAPA PEMBANGKANG MEMBANGKITKAN ISU YANG SUDAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SELURUH DUNIA INI. PENDEKATAN ISLAM HADHARI BUKAN MENGUBAH AKIDAH SESEORANG MUSLIM ITU, IANYA HANYA SATU PENDEKATAN YANG MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN. THE CORE OF ISLAM IS STILL THERE.

SETIAP PRINSIP YANG DIAMALKAN DI DALAM ISLAM HADHARI SEMUANYA DAPAT DIBAHASKAN DAN TERBUKTI DENGAN DALIL-DALILNYA SEKALI. PERSOALAN YANG SELALU DITIMBULKAN:

1. Adakah Islam Hadhari mazhab baru, ajaran baru atau agama baru?

Jawapan:

Islam Hadhari bukanlah mazhab baru, ajaran baru atau agama baru tetapi ia merupakan pendekatan atau usaha kerajaan untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar menurut al-Quran dan al-Sunnah. Islam Hadhari merupakan satu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. tanpa mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariah. Perkara yang ingin diperbetulkan ialah mengenai al-Tadayyun iaitu cara umat Islam memahami dan mengamalkan ajarannya.
Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta alam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal secara seimbang untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

2. Islam itu satu, tidak dua atau lebih. Tiada “Islam Hadhari” tiada “Islam akidi” dan tiada “Islam Madani”, yang ada hanyalah Islam syumul yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Apakah memilih Pendekatan Islam Hadhari bererti meninggalkan Islam yang sebenar?

Jawapan:
Islam tetap Islam yang satu. Kita dapati tasawwur (gambaran) dan persepsi masyarakat Islam terhadap agama yang berbeza antara satu sama lain kerana Islam itu sendiri sangat luas dan pengetahuan mereka sangat terbatas. Contohnya empat orang buta yang memegang gajah di mana setiap orang yang memegang gajah pada tempat yang berbeza. Justeru mereka mentakrifkan gajah mengikut apa yang mereka rasa. Maka umat Islam berpecah sehingga timbullah apa yang disebut Islam Sunni, Islam Syiah, Muktazilah dan sebagainya. Memilih Pendekatan Islam Hadhari bukanlah bererti meninggalkan Islam yang sebenar kerana Islam Hadhari adalah satu pendekatan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam mengikut perubahan masa sama sekali tanpa mengurangkan prinsip akidah dan syariah.

3. Kenapa Islam Hadhari tidak Hadharah Islamiah?

Jawapan:
Hadharah Islamiah adalah merujuk kepada kejayaan atau tamadun umat Islam yang telah lampau seperti tamadun Umayyah, Abbasiyyah dan Andalus. Manakala Pendekatan Islam Hadhari adalah merujuk kepada kedudukan umat Islam masa kini yang didapati mundur, lemah dan ketinggalan dalam apa jua bidang menyebabkan mereka gagal menjadi umat contoh dan pembawa rahmat kepada dunia. Kita perlu menjadikan kejayaan umat Islam yang lampau sebagai contoh dalam apa jua tindakan bukan hanya sekadar berbangga dengan kejayaan yang dicapai. Dengan demikian kerajaan telah merangka satu pendekatan untuk membangunkan ummah pada masa kini dan pada masa akan datang yang dikenali dengan nama Pendekatan Islam Hadhari.

BANYAK LAGI KUPASAN DAN PERSOALAN YANG BOLEH DIPEROLEHI DI LAMAN

TAHNIAH DAN SELAMAT BERJUANG


Ezam kembali kepada UMNO
KUALA LUMPUR 28 Mei (Utusan Online)

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor kembali menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada parti pembangkang itu tahun lalu.
Borang keahliannya diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas sidang akhbar bagi mengumumkan kemasukkannya ke parti itu di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Mohamad Ezam, 41, menyerahkan borang keahlian bersama yuran ahli seumur hidup RM100.

ULASAN: DESPERADO MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA EZAM YANG TELAH KEMBALI KE PANGKUAN UMNO YANG DITINGGALKANNYA HAMPIR SEPULUH TAHUN YANG LALU. BERJUANGLAH DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN, PEDULIKAN KOMEN-KOMEN MEREKA YANG DENGKI SELAMA INI...
PARTI-PARTI YANG BERKENAAN, PASTI TAK SENANG DUDUK DENGAN KEHADIRAN EZAM YANG KEMBALI KE UMNO. PASTINYA ADA YANG TAK LENA TIDUR AKIBAT TINDAKAN EZAM...
BARANGKALI SUDAH ADA YANG MERASA DIRI MEREKA UMPAMA TELUR DI HUJUNG TANDUK...
SELAMAT BERJUANG EZAM!!!

Wednesday, May 28, 2008

BERAT SEBELAH??!!!

Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia bermula hari ini ! - Pakatan Rakyat
Wan Nordin Wan Yaacob (Harakahdaily.net)
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.
Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.


ULASAN: INI KEMPEN SUDAH BUSUK LA...! PEDULI LA KALAU PAKATAN RAKYAT NAK BOIKOT PUN, SETIAP AKHBAR PASTI ADA PRO DAN KONTRANYA, KALAU AKHBAR UTUSAN MENGAKKAN KEBENARAN KERAJAAN, AKHBAR-AKHBAR PARTI PEMBANGKANG PULA BUAT APA? MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH?!!!

BANYAK ISU-ISU YANG DITULIS PADA AKHBAR UTUSAN BERKISAR TENTANG BERITA DI SELURUH NEGARA, BUKAN HANYA BERKENAAN POLITIK, TETAPI AKHBAR-AKHBAR PEMBANGKANG HANYA MENULIS TENTANG POLITIK...TIADA ISU ATAU BERITA TEMPATAN YANG DITULIS...SIAPA YANG BERAT SEBELAH????

LATE COMERS...


Ketuanan bangsa, strategi terdesak Umno - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob (Harakahdaily.net)
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan konsep ketuanan bangsa Malaysia yang dikemukakan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak adalah strategi terdesak Umno tatkala parti itu semakin tidak diterima umum.
Bercakap kepada Harakah di Pejabat Pembangkang di Parlimen semalam, Presiden PAS berkata, konsep yang diperkenal Umno itu sebenarnya usaha terdesak untuk memenangi semula hati rakyat.
PAS melihat Umno gagal menjadi pembela kepada rakyat pelbagai bangsa, malah 'Ketuanan Melayu' yang diagungkan Umno sejak dahulu tidak mampu membela nasib bangsa Melayu sendiri.



ULASAN : ALAHAI TUAN GURU...NAPA LAMBAT BEBENOR DATANG KOMENNYER? ORANG DAH SAMAPI ISU LAIN DAH PUN, KARPAL PUN DAH PUTIH KELABU JANGGUTNYA, INI MESTI NAK TUNGGU KES DAH REDA, ORANG TAK BISING-BISING, BARU NAK CAKAP. BUKANNYA APA, TUAN GURU KITA NIE TAKUT ORANG NANTI KATA DIA PEMBELA KARPAL SINGH. MEMANG LA LUARANNYA MEREKA BERSATU, HAKIKATNYA, SATU KAFIR, SATU ISLAM, AKIDAH KENA JAGA, BETUL TAK TUAN GURU?


ANYWAY TUAN GURU NIE KETURUNAN JAWA SIAM KOT, ITU PASAL LA TAK KISAH SANGAT DENGAN KETUANAN MELAYU...

BILA SI MISKIN BERSUARA...



Banyak yang diperkatakan oleh Negeri Paling Pokai setelah di ambil alih oleh Pihak Pakatan Rakyat. Geli hati juga apabila pelbagai isu yang diperbangkitkan lansung tidak ada kena mengena dengan kemahuan rakyat. Pelbagai laporan dibuat atas janji-janji yang dibuat, namun mereka hanya pekakkan telinga. Antara perkara yanng dihangatkan bagi menutup kelemahan pentadbiran mereka adalah seperti:

1. Pengharaman aktiviti yang berkaitan tentang ISLAM HADHARI di negeri Selangor.

Memang isu ini begitu sensasi dari sebelum kemenangan Pakatan Rakyat lagi. Seolah-olah dendam mereka akan terbalas apabila mereka memerintah. Perkara baik, benda baik, hanya 'term' yang digunakan menyebabkan aktivitinya telah disekat. PM telah berkali-kali menerangkan tentang konsep Islam Hadhari dan rakyat telah dapat menerimanya dengan kefahaman yang tinggi hanya pemimpin yang berpendidikan tinggi ini sahaja cuba menyempitkan pemikiran mereka dengan menabur pelbagai propaganda cuba menjatuhkan kerajaan.

2. Bos (Tan Sri Khalid Ibrahim) negeri miskin telah menyatakan hasratnya untuk menyediakan peruntukan untuk ahli-ahli keluarga mangsa ISA. Ini lagi satu tindakan yang mengejutkan ramai pihak apabila peruntukan untuk kroni-kroninya didahulukan dan janji-janji kepada rakyat telah dibelakangkan. Bayangkan janji-janji hadiah RM 1000 untuk anak-anak Selangor yang berjaya ke menara gading diabaikan, sedangkan keluarga kroni-kroninya yang disumbat ke dalam ISA telah didahulukan. Rakyat Selangor telah ditipu hidup-hidup.

3. Tan Sri Khalid Ibrahim juga cuba menutup tuduhan-tuduhan ke atas kerajaan negeri yang menipu rakyat dengan janji-janji manis sebelum pilihan raya dengan membuat kenyataan media bahawa ada EXCO-EXCO sebelum ini tidak mengisytiharkan harta mereka. Alahai...benda-benda ini dah kecoh dah pun tahun lepas. Ramai yang telah dikenakan tindakan mahkamah. Sibuk dengan tuduhan hingga kebajikan rakyat terabai.

4. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali telah sekeras-kerasnya menafikan bahawa PKR telah berjanji untuk menutup kilang arak dan kandang babi jika mereka memerintah. Betul kata Dr Hassan Ali, kalau tidak dari mana pulak datangnya duit nak nak dibelanjakan untuk pembangunan rakyat selangor yang mengundi mereka. Kilang arak dan babi merupakan pendapatan paling lumayan yang boleh diperolehi oleh Kerajaan Negeri Selangor. Itu lah sebabnya Kerajaan Selangor beria-ia untuk meneruskan pelaburan dalam industri babi yang bernilai hampir RM100,000.


TEPUK DADA TANYA SELERA....EEEIII...SELERA BABI!!!

Monday, May 26, 2008

EZAM...



PKR terkejut Ezam 'masuk' UMNO
KUALA LUMPUR 22 Mei (Sumber : Utusan Online)

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terkejut dengan berita kemasukan semula bekas pengasas parti itu, Ezam Mohd. Noor (gambar) ke dalam UMNO.
Beliau berkata, walaupun telah dimaklumkan ura-ura mengenainya sebelum ini, namun secara peribadi tidak pula menyangka bahawa akhirnya Ezam memilih UMNO

ULASAN: DIA BUKANLAH SEHEBAT TUN DR MAHATHIR YANG KELUAR DARI UMNO, NAMUN TETAP MENJADI REBUTAN...BANYAK RAHSIA NAK KENA KOREK NIE...LA..PAS PUN NAK JUGAK KER...KENA BAWAK GI INTERNATIONAL COURT OF JUSTICE NIE...APE-APE JE LA YOP...MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG BABI? HA AH, AGAKNYER EZAM TAK NAK MASUK KANDANG BABI KOT...

Friday, May 23, 2008

DAH START NAK PIJAK KEPALA NI....

LOBI PARLIMEN JADI KELAB SUKA RIA

KUALA LUMPUR 21 Mei
Sumber: Utusan Online
Parlimen hari ini bertukar menjadi 'kelab suka ria' apabila beberapa anggota pembangkang dan sekumpulan 20 orang awam mengambil kesempatan mengadakan majlis hari jadi anak seorang pemimpin Hindraf di lobi Parlimen.
Tindakan mereka itu mengundang perasaan kurang senang pengunjung lain kerana Parlimen yang merupakan kawasan keselamatan dan institusi yang dilindungi kini dicemari majlis sosial yang diadakan dengan sesuka hati oleh pihak tertentu.
Keadaan riuh rendah hari ini membabitkan beberapa anggota pembangkang dan sekumpulan kira-kira 20 lelaki dan wanita dipercayai penyokong Hindraf membawa kek dan menyanyikan lagu Happy Birthday To You secara beramai-ramai di kawasan lobi Parlimen.
Tidak cukup dengan menyanyikan lagu selamat hari jadi, upacara memotong kek turut diadakan di kawasan ruang menunggu tetamu berdekatan lounge Ahli-Ahli Parlimen iaitu tempat mereka mengadakan sidang akhbar sebelum itu.
Mereka menyalakan enam batang lilin di atas kek berkenaan sebagai menandakan sambutan hari lahir W. Vaishnavi, 6, anak kepada P. Waytha Moorthy, pemimpin Hindraf yang kini mencari perlindungan di Britain.
Sementara itu, di atas kek tersebut tertera perkataan 'Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)'. Sambutan hari jadi kanak-kanak berkenaan dieksploitasi untuk tujuan politik.

ULASAN : TINDAKAN BODOH YANG TIDAK TAHU MENGHORMATI TEMPAT DAN MASA. INILAH LANGKAH-LANGKAH AWAL HINDRAF JIKA TUNTUTAN MEREKA SEMUANYA DIPENUHI. TINDAKAN PEMBANGKANG YANG SEPERTI TIDAK TAHU ADAT JUGA AMAT MEMERANJATKAN. TIDAK CUKUP DENGAN ITU, TINDAKAN MENGEKSPLOITASI KANAK-KANAK BAGI TUJUAN POLITIK AMATLAH MENGECEWAKAN. HINDRAF CUBA MENCIPTA SIMPATI DENGAN MEMBAWA KANAK-KANAK UNTUK PERJUANGAN KARUT MEREKA...SILAP HARIBULAN, MAUNYA DI BUKANYA LOUNGE WITH BAR KAT BAWAH LOBI PARLIMEN TUH SIKIT HARI LAGI...
HINDRAF SUCKS!!!!!!

Thursday, May 22, 2008

KEHARMONIAN...

ALANGKAH INDAHNYA...
(Dipetik dari Agendadaily.com)
Bagi para pemerhati politik dan wartawan, bangunan Parlimen sekarang adalah tempat terbaik untuk mendapat serba serbi petanda tentang senario politik semasa. Sepanjang sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang di sinilah tempat berhimpunnya taiko-taiko utama parti politik di negara ini yang merupakan para Ahli Parlimen BN maupun pembangkang. Walaupun dalam sidang Dewan Rakyat adakalanya Ahli Parlimen BN dan pembangkang berentap sakan...tetapi suasana-suasana sebegini yang berterusan sepanjang sidang yang bermula 30 April lalu memberi sesuatu indikasi yang ada makna tersendiri dalam kontek senario politik semasa.
Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai ) berdiri di kanan sekali Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berdiri di tengah sedang ‘tenang-tenang’ bersama Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabrey Cheek duduk di hujung meja,Saifuddin Nasution (PKR-Machang ), Ir Hamim Samuri (BN-Ledang), Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat),Ku Kamal,Setiausaha Akhbar Datuk Zahid Hamidi,Datuk Tajuddin Rahman (BN-Pasir Salak),Md Sirat Abu (BN- Bukit Katil) dan Datuk Zainal Abdul Rahim,Penyelaras Ahli Parlimen BN

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz dalam suasana relaks selepas kena nasi bungkus dan kari kepala ikan di anjung depan bilik rehat Ahli Parlimen bersama 'Singa PKR' N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa (kiri sekali) Membongkok ialah Yusmady Yusof (PKR-Balik Pulau). Manakala wanita di tengah ialah Lim Bee Kau,bekas Ahli Parlimen BN dari parti MCA kawasan Padang Serai. Mendengar kemesraan cara Bee kau dan Gobalakrishnan bersembang siapa pun tidak mungkin sangka mereka dari dua kem yang berbeza

Mungkin sebagai orang lama di Parlimen... Datuk Shahrir Samad dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) boleh memberi satu kesimpulan yang menarik
Siapa kata dunia politik Malaysia sudah kacau?... (gambar bawah) kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi boleh rancak bersembang macam tak ada hal dengan Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).

BAPAK BOREK ANAK RINTIK...


Utusan Online - 22 Mei 2008
KUALA LUMPUR 21 Mei - Ahli korporat, Datuk Mokhzani Mahathir (gambar) hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO, sebagai mengikut jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, beliau telah menghantar surat mengenai perkara tersebut ke pejabat UMNO Bahagian Merbok menerusi faks, semalam.
''Surat itu bagi membatalkan keahlian saya dalam UMNO dan keputusan itu dibuat kerana bersetuju dengan pendapat ayah saya bahawa UMNO sekarang bukan lagi UMNO yang sebenar,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wednesday, May 21, 2008

Chinese Graduate From Al-Azhar Can Become Kelantan MB

KLANG, May 20 (Bernama)
Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said a Chinese can become the Kelantan Menteri Besar as long as he is a graduate of Al-Azhar University. "If there is a Chinese graduate from Al-Azhar, I am willing (to hand over my post as Mentri Besar)," he said at a ceramah organised by the Selangor Pakatan Rakyat government, here last night.At the same function, PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said the success of the Pakatan Rakyat in governing five states after the recent general election showed that a paradigm shift had occurred among the people in the country. This was proven when the Chinese and Indian communities voted for the PAS candidates while PAS supporters also voted for the DAP and Party Keadilan Rakyat (PKR) candidates. "We succeeded in breaking the wall separating the communities which Umno had failed to do," he said.


Tuesday, May 20, 2008

TUN...KELUAR NAK PI MANA TU?



PENGUMUMAN KELUAR DARI UMNO
Petikan dari chedet.com
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.


ULASAN : TUN DR. MAHATHIR TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK KELUAR DARI PARTI UMNO YANG MANA DIANGGOTAINYA SEUMUR HIDUP. TINDAKAN BELIAU BELIAU TIDAK UBAH SEPERTI KANAK-KANAK YANG TIDAK MENDAPAT APA YANG DIHAJATI DARI IBU BAPANYA. MERAJUK...MENANGIS...MOMBOIKOT....HIDUP KITA MEMANG UMPAMA RODA, BERMULA SEBAGAI KANAK-KANAK, MEMBESAR SEBAGAI REMAJA, BERFIKIR SEBAGAI DEWASA, KINI TUA KEMBALI KEKANAK-KANAKKAN....KEMUDIAN MATI JANGAN BERAGAN...

KEMELUT TUN HANYA BERKISAR KEPADA PERIBADINYA YANG KIAN UZUR. NAMUN TIDAK DAPAT DINAFIKAN JIKA IANYA ADA AGENDA YANG TERSEMBUNYI. JIKA TIDAK MENGAPA BELIAU TERLALU BERIA-IA INGIN KAN PAK LAH BERUNDUR.
SEBAGAI MANA YANG TERJADI PADA 1969, BELIAU BERKERAS DAN MEMAKSA SERTA MENGHANTAR PELBAGAI SURAT KEPADA ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN SUPAYA BERUNDUR KERANA PADA HEMATNYA TUNKU MENGABAIKAN KOMUNITI MELAYU. KETIKA ITU, TUN DR MAHATHIR TELAH KEHILANGAN KERUSI PADA PILIHANRAYA TERSEBUT. NAMUN TUNKU TIDAK MENGALAH DENGAN TUNTUTAN TERSEBUT MALAH TERUS MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN KERANA TENGGUNGJAWAB SEBAGAI PERDANA MENTERI MASIH MILIKNYA. BERKEMUNGKINAN PAK LAH AKAN MELEPASKAN JAWATANYA, NAMUN TIDAK SECEPAT ATAUPUN SEPANTAS YANG DIHARAPKAN. SUASANA MASIH BELUM STABIL, INI AKAN MENYEBABKAN PENTADBIRAN NEGARA AKAN MENJADI KACAU BILAU. PAK LAH MUNGKIN AKAN MENURUTI CORAK PERLETAKAN JAWATAN OLEH ALLLAHYARHAM TUNKU YANG MASIH UTH MEMEGANG JAWATAN PERDANA MENTERI SELAMA 7 BULAN SELEPAS KEKALAHAN YANG DITERIMA PADA PILIHANRAY 1969 DAN PADA 22 SEPTEMBER 1970, BELIAU LANSUNG MELETAKKAN JAWATAN DAN MENYERAHKANNYA PADA TUN ABDUL RAZAK...INI SEMUA BERPUNCA DARI TINDAKAN TUN MAHATHIR JUGA....ORANG PENTING DALAM MECIPTA SUASANA PECAT MEMECAT NIE...

PEMERGIAN BELIAU TIDAK PERLU DIRISAUKAN, INI KERANA BUKAN BELIAU SEORANG SAHAJA BEKAS PEMIMPIN UMNO YANG KELUAR DARI PARTI, DAH RAMAI DAH YANG BUAT, TUNKU ABDUL RAHMAN, DATUK ONN JAAFAR, TUN HUSSIEN ONN, SO APA NAK HERAN? ELOK BENARLAH TUN BERENTI DAN BEREHAT...BAWAK-BAWAK LA KE MASJID...


MENGENAI KENYATAAN PEMBANGKANG TENTANG TUN MAHATHIR DAN UMNO...TUN MAHATHIR JER YANG TAK RELEVAN, UMNO MASIH LAGI RELEVAN SETELAH BERUSIA 62 TAHUN, PARTI PEMBANGKANG AJER YANG TAK BERAPA RELEVAN, MANA TAKNYA, MEMBANGKANG JER, TAPI TAK DAPAT GAK NAK PERINTAH NEGARA MALAYSIA TERCINTA NIE...BANGKANG LA SAMPAI MATI....

Sunday, May 18, 2008

DENDAM ANWAR

Anwar Ibrahim...nama yang cukup digeruni sekarang walaupun kurang membuat kenyataan media setelah PKR menang mewah pada pilihanraya kali ini. Beliau juga telah berjaya membangkitkan isu yang cukup mendebarkan seluruh pimpinan Barisan Nasional pada waktu dan ketika ini.
Isunya cuma MELOMPAT PARTI. Walaupun kata-katanya itu hanya sekadar kata-kata yang berbaur permainan politik, namun usahanya itu telah berjaya memorak perandakan suasana politik di dalam negara. Ramai pemimpin BN mula membuat spekulasi dan kenyataan yang begitu sensasi dan sebagai contoh kenyataan paling hebat ialah dari Datuk Ahmad Shaberi apabila beliau membuat kenyataan Ahli Politik yang melompat parti kerana wang, adalah seperti PELACUR YANG KEHAUSAN PELANGGANNYA. dan ramai yang turut terkejut dengan kenyataan drastik tersebut. Begitulah manusia, barangkali ramai yang terkejut dengan kenyataan tersebut adalah mereka-mereka yang menyimpan di dalam hati impian untuk melompat parti. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya...
Berbalik kepada Anwar Ibrahim, beliau semestinya berasa puas dengan suasana yang diciptanya. Jika diperhatikan dari sejarah penangkapan beliau, beliau sememangnya terkontang-kanting pada hari "black 14" tersebut. Kini, beliau telah berjaya membangkitkan semula suasana kelam kabut tersebut sekali lagi, namun kali ini sebagai manusia yang bebas.

JANJI YANG KEMPUNAN..


INSENTIF : SELANGOR BERDALIH LAGI
Oleh ZABRY MOHAMAD (Utusan Online)
SHAH ALAM 17 Mei - Insentif pelajaran RM1,000 untuk anak-anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini akan dihadkan kepada golongan miskin berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan sahaja.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, insentif itu tidak dapat diberikan kepada setiap anak negeri pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana kekurangan peruntukan.
"Belanjawan bagi tahun ini sudah banyak dipakai dan tidak banyak baki yang tinggal. Kita akan rangka rancangan kewangan bagi tahun depan supaya janji-janji negara berkebajikan yang telah kita buat semasa pilihan raya umum dapat dipenuhi," katanya.


ULASANA : ISH! ISH! ISH! KASIHAN RAKYAT SELANGOR, ABIS NAK BUAT MACAM MANA? DAH ITU YANG RAKYAT HENDAKKAN, PARTI TAKDER DUIT YANG MEMERINTAH, NASIB LA, UDAH LA JANJI-JANJI DALAM MANIFESTO TAK DAPAT DILAKSANAKAN, DUIT PULAK DIHABISKAN KE KANDANG BABI LA AGAKNYA, TU PASAL LA KERAJAAN NEGERI NI TAKDER DUIT NAK TUNAIKAN MANIFESTONYA PADA RAKYAT...

THIS GOES TO ALL STATES WHICH "owned" BY OPPONENTS...TUNAIKAN JANJI ANDA...!!!

Saturday, May 17, 2008

FAIRUZ AKUR...NIZAR TERUS MEMBISU...



Oleh ABD RAZAK OSMANrazak@kosmo.com.my (KOSMO Online)

BUTTERWORTH - "Tunggu dulu dan saya akan buat kenyataan mengenainya sedikit masa lagi."
Demikian kata Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairuddin yang mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai kemelut jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kelmarin.
Menurutnya, beliau akan akur dengan keputusan pihak istana mengenai kedudukan jawatan itu.
ULASAN : Hmmm...NIZAR? Takut hilang jawatan? Malu untuk bersuara? Dipijak oleh DAP? Anda fikirkan lah sendiri wakil yang anda undi....

video

Wednesday, May 14, 2008

NAK TOLONG...TAPI TAKUT-TAKUT!!


Gred Jamry tidak capai taraf jawatannya
Abdul Halim Mohd Rashid Tue May 13, 08(Harakah Daily)
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Kebanyakan pengarah Jabatan Agama Islam tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam, kata Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar)
Beliau mendedahkan perkara itu ketika mencadangkan usaha-usaha pengukuhan institusi agama Islam supaya setanding dengan institusi-institusi lain.
Sebagai contoh, katanya, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury bukan sahaja tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dalam agama Islam malah gred perjawatannya pula tidak mencapai taraf untuk dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam....


ULASAN : Hmmm...kesian..Dr. Mujahid Yusuf Rawa ni...dia sebenarnya nak tolong geng-geng DAP nie...maklumla, rakan seperjuangan Pakatan Rakyat, tapi tak nak pertolongannya itu di salah ertikan oleh masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan Big Monkey Karpal ni...takut dituduh menyokong parti DAP secara terang-terangan, al maklumlah jugak, pegangan dan perjuangan yang berbeza jaraknya, satu kafir dan satu lagi lagi memperjuangkan Islam...Ish!Ish!Ish!


So Dr. Mujahid ni pun carilah isu-isu yang entah mana dia korek...tak pasal-pasal latar belakang orang tuh pulak jadi isunya, taraf jawatan pulak dipersoalkan, Aloo..Dr. Kalau orang tu tak layak nak pegang jawatan tuh...buat aper di tawarkan jawatan tersebut...come on la...cari la idea-idea yang lebih realistik untuk hentak Jamry tuh... nak cakap lebih-lebih takut kena murka dek sultan! Hehehehe...tapi nak ampu jugak DAP tuh!!!

Tuesday, May 13, 2008

TAFSIRAN MELAMPAU KHOO...

Jangan termakan gimik Umno mengenai ketuanan Melayu
Bashir Ishak Mon May 12, 08 9:19:20 pm MYT (Harakah)
SIMPANG EMPAT, 12 Mei (Hrkh) - Orang ramai tidak perlu bimbang dengan istilah "Ketuanan Melayu" yang dicipta oleh pihak Umno kerana ia suatu konsep yang tidak logik dan tiada dalam perlembagaan.
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis, Khoo Yang Chong berkata demikian dalam ceramahnya di Markas PAS Simpang Empat dekat sini baru-baru ini.
"Hak keistimewaan orang Melayu dan Orang Asli Sabah-Sarawak sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Jika adanya ketuanan Melayu, bagaimana dengan bangsa yang lain? Adakah mereka hamba atau abdi? Ini adalah satu istilah yang tidak logik dan tak masuk akal. "

ULASAN : SEDAP BETUL CIKGU KHOO KATA KETUANAN MELAYU ADALAH SUATU KONSEP YANG TIDAK MASUK AKAL DAN TIDAK LOGIK. CIKGU, KALAU CIKGU NIE BETUL CIKGU, LEARN FROM THE HISTORY LA! ORANG CINA DULU DATANG DARI MANA? MENUMPANG SEKARANG DI MANA? DI BAWA OLEH SIAPA? BUKANNYA KETURUNAN YANG DI LAHIRKAN DI TANAH MELAYU PUN. ITU PUN NASIB BAIK PENJAJAH BAWAK DATANG CINA-CINA, KALAU TIDAK ENTAH APA LA JADI DI NEGARA SENDIRI, OH...SEPERKARA LAGI, PROF EMERITUS KHOO KAY KIM DARI UNIVERSITI MALAYA JUGA PERNAH MENYATAKAN, CINA-CINA YAG MULA-MULA DATANG KE TANAH MELAYU NIE DULU PUN BUKAN DARI GOLONGAN-GOLONGAN YANG BAIK-BAIK, ADA YANG KETURUNAN PENYANGAK, PEROMPAK, SENANG BICARA, KETURUNAN PENJENAYAH LA....(that's why Lim Kit Siang not so agree with Prof Khoo), SO, JANGAN CAKAP PANDAI SANGAT PASAL KETUANAN MELAYU LA...RESPEK SIKIT KALAU NAK MENUMPANG...YANG SI MELAYU NIE PULAK, SANGGUP PEGI DENGAN CINA YANG TAK BERSUNAT TU DOK BAGI CERAMAH DOK KUTUK HAK-HAK MELAYU...

FIKIRLAH SENDIRI...SIAPA YANG MENUMPANG, SIAPA YANG MENGHINA, SIAPA YANG MEMBELA?

Friday, May 9, 2008

KETUANAN MELAYU TELAH DISANGGAH!!!!!!



video

WAHAI BANGSA-BANGSAKU!!! BANGKITLAH....KETUANAN MELAYU KITA TELAH DISANGGAH..DI MANAKAH PARTI-PARTI MELAYU LAIN YANG MEMBELA MELAYU???

HANYA UMNO MEMBELA NASIB KITA!!!!!

KENAPA AKU MEMBISU...


Nizar membisu
Utusan Melayu Online


IPOH 8 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil sikap berdiam diri dengan tidak menyatakan sebarang pendirian terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Ketika diminta menyatakan pendirian berhubung perkara itu beliau hanya menjawab: ''Tiada, tiada, tiada, tiada komen, tiada kenyataan daripada saya.''
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Meskipun didesak oleh para wartawan, Mohammad Nizar tetap mengelak untuk memberikan sebarang komen.
ULASAN : Mana la kawan tu tak membisu...serba salah mengelabah namanya...Satu pasal pecat pegawai kerajaan yang dipekenankan Sultan, Kedua Sultan sudah sound sama dia, Ketiga Big Monkey Karpal hina Sultan dia pulak...Keempat, Sudah la menjadi tunggangan DAP...IKUT JER LA....

MUSUH DALAM SELIMUT UNTUK MELAYU...


Husam salahkan media

Sumber : Utusan Malaysia Online
KOTA BAHARU 8 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang semalam mengelak daripada mengulas isu pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan kuasa sultan, hari ini menyalahkan media yang menyebabkan isu itu menjadi besar.
Beliau berkata, isu itu tidak akan menjadi besar jika media tidak memberi perhatian atau liputan meluas mengenainya.
"Isu Karpal (Singh) ini kalau media tak layan, tak ada apa pun, sepatutnya media jangan terlalu ikut rentak Karpal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Homestay di Pantai Mek Mas, di sini hari ini.


ULASAN : Laa...salahkan media pulak dah...orang sedang sibuk memperjuangkan nasib Melayu yang semakin terumbang-ambing, dia boleh kata media besarkan cerita yang remeh temeh. Macam mana boleh jadi pemimpin orang Melayu nie...Karpal tu dah sah sah mempertikaikan kuasa Sultan, Husam nie boleh kata perkara kecik...HUSAM, Don't bark if you can't bite.

Thursday, May 8, 2008

RAKAN KETAWA RAMAI, RAKAN MENANGIS....KESIAN "BIG MONKEY" KARPAL!


Pemimpin Pas elak ulas Karpal

Utusan Malaysia Online
KOTA BHARU 7 Mei - Dua pemimpin kanan Pas mengambil pendekatan berhati-hati dengan tidak memberikan sebarang ulasan berhubung tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempersoalkan bidang kuasa Sultan Perak.
Meskipun beberapa pihak menyifatkan tindak tanduk Karpal itu sebagai biadap, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Mat dan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa enggan mengulas, seolah-olah cuba mengelak daripada turut terjebak dalam isu itu.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang komen kerana bimbang ia akan dijadikan isu oleh pihak tertentu.
Meletup"Itu saya tidak mahu (mengulas mengenai kenyataan Karpal)... meletup kena kepala saya, jangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.

MB YANG MENGELABAH!




Pemuda Pas beri Pengarah JAIP memorandum
Oleh TAJUL SAFUAN ABU HASSANtjsafuan.hassan@kosmo.com.my
IPOH - Dewan Pemuda Pas kawasan Ipoh Timur menyerahkan memorandum desakan dan tuntutan agar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury menunjukkan sikap profesional ketika menjalankan tugasnya di Kompleks Islam di sini semalam.
Ketuanya, Salman Salleh berkata, pihaknya mempunyai bukti bahawa Jamry merupakan ahli UMNO yang berdaftar di Cawangan Taman Kerian, Parit Buntar dan ekoran itu, beliau secara peribadi gusar dengan tindakan orang nombor satu JAIP itu yang mungkin tidak dapat memberi kerjasama yang baik dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.




ULASAN : Hmm...tak habis-habis lagi kes nie...Kerajaan Negeri Perak sekarang seolah-oleh mengamalkan pemerintahan ala-ala Serbia di Bosnia pulak. Pemerintahan PEMBERSIHAN ETKNIK, di mana, kita boleh lihat, mereka langsung tidak mahu mana-mana sahaja pegawai yang berlabelkan BN di dalam pemerintahan mereka. Bukannya apa...takut pekung di dada terkeluar! Apa yang dikaji oleh mereka bahawa Jamry merupakan ahli UMNO di kawasan Parit Buntar. Hanya ahli biasa, bukannya ada jawatan apa-apa pun. Lagipun dah ramai ahli-ahli yang berdaftar ngan UMNO tak mengundi BN pun...kan ker BN kalah hari tuh...Nak takut apa?!! Yang datang hantar memorandum pun satu, bagitau la kat press, apa sangat la si Jamry tak bleh kasik kerjasama, dari segi apa? dari aspek mana? Ini asyik cakap, tak boleh bagi kerjasama, itu jer alasannya...tak kukuh langsung!

Monday, May 5, 2008


Pemimpin UMNO kesal Karpal, Koo Ham cabar titah Sultan Perak
(Sumber : Utusan Malaysia)

IPOH 4 Mei - Pemimpin UMNO di Perak hari ini kesal dengan perbuatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manong, Datuk Ramly Zahary berkata, pandangan itu tidak benar kerana telah wujud konvensyen antara kerajaan negeri dan istana membabitkan pentadbiran agama Islam di Perak.
''Pihak istana berhak menentukan arah tuju peraturan agama Islam negeri berlandaskan konvensyen itu," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris yang memetik Karpal Singh sebagai berkata, sebarang kenyataan yang dibuat oleh Sultan Perak perlu mendapat nasihat daripada pegawai undang-undang dan sultan tidak berhak untuk memecat atau menukar mana-mana pegawai kerajaan termasuk di JAIP.


ULASAN : Tak serik-serik lagu pembangkang "big monkey" nie...Jangan di cabar kuasa Sultan, itu sudah dikira sebagai satu penghinaan kepada Baginda malah kepada kaum Melayu dan Umat Islam secara khasnya. Memang nak kena buang negeri la apek dengan singh dua ekor nie...

Sunday, May 4, 2008

JANGAN UNGKIT JIKA ADA MASALAH...


Kerajaan Kedah kaji naikkan elaun guru KAFA
Bashir Ishak Sun May 04, 08 Harakah Daily
ALOR STAR, 4 Mei (Hrkh) - Kerajaan Kedah sedang mengkaji untuk menaikkan elaun guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini.
Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata beliau secara dasarnya dengan cadangan tersebut dan Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah akan membuat kajian berapa banyak kenaikan yang terbabit.
"Peruntukan yang dicadangkan ialah sebanyak RM1.6 juta. Jumlah kenaikan akan diberi mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri dalam bajet akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Persatuan Guru-Guru Darjah Khas Quran/Tajwid (SPI/KAFA) di Dewan Besar Menara Zakat dekat sini semalam.
Menurutnya lagi, di Kedah terdapat seramai 2,772 .


KESIMPULAN : Terima kasih diucapkan pada kerajaan negeri Kedah yang baru ini dengan menaikkan lagi (walaupun masih diperingkat kajian pasal kerajaan negeri tak ada duit) elaun guru-guru KAFA di sini. Tetapi sekali lagi diingatkan kepada kerajaan negeri Kedah, apabila elaun tersebut dinaikkan, janganlah di ungkit-ungkit seperti pengurangan kadar cukai beberapa hari sebelum ini. Kenaikkan tersebut seharunya ikhlas dan tidak bercirikan politik serta mementingkan kebajikan guru-guru tersebut. Jangan pula nanti Kerajaan Kedah membuat kenyataan bahawa "KERAJAAN NEGERI TELAH KERUGIAN RM 1.6 JUTA AKIBAT PEMBERIAN DAN KENAIKAN bla..bla..bla..."

Saturday, May 3, 2008

YOU BOTH ARE so BUSTED!


Apa punya Menteri daa...Manifesto belum selesai tunaikan pada rakyat, sibuk memecat pegawai-pegawai kerajaan pula...pastu kena hambur...baru ko tahu langit tinggi rendah! Mangkuk ayun betul la! LONG LIVE THE KINGS...ALLAHUAKBAR!

Friday, May 2, 2008

TUHAN ITU MAHA KAYA!



Arahan tarik balik...hormati Sultan!


May 2, 2008 : 07.36 PM (Sumber Agenda Daily)
Ini keputusan Istana Perak berhubung arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury … tarik balik arahan pertukaran dan hormati Sultan dan jangan belakangkan Sultan dalam buat keputusan yang babitkan kuasa Sultan. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran yang dibuat ke atas Jamry Selasa lalu. Serentak dengan itu, Mohammad Nizar dimaklumkan bahawa hubungan kerja yang menghormati Sultan merupakan konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak Istana selama ini.


Kenyataan akhbar yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, menjelaskan bahawa titah Raja Nazrin adalah atas nama baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) Mohammad Nizar semasa mengadap Raja Dr. Nazrin, diingatkan bahawa Jamry, selaku Pengarah JAIP juga berperanan sebagai Setiausaha MAIAMP, dan lantikan Jamry dilakukan selepas mendapat perkenan Sultan Perak kerana urusan agama Islam serta badan dan agensi berkaitannya adalah di bawah kuasa Sultan. Oleh itu, menurut kenyataan itu, pada tafsiran Sultan, Menteri Besar mempunyai tanggungjawab untuk menghadap dan berdatang sembah bagi memaklumkan kepada baginda dan juga Raja Muda bagi mendapat perkenan sebelum mengambil sebarang tindakan berhubung apa-apa urusan berkaitan agama Islam.

KESIMPULAN : Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Saksama, belum pun hilang panasnya penarikan perletakan jawatan Shabudin Yahya sebagai Yang Dipertua MAIPP, kini Sultan Azlan Shah pula menolak dan meminta MB Perak, Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran 24 jam ke atas Jamry, Pengarah JAIP. Ini adalah kerana tindakan Nizar itu telah membelakangkan institusi raja di negeri Perak. Jawatan Jamry juga adalah urusan Sultan yang berkuasa ke atas adat istiadat dan agama Islam negeri.

Hmmm...macam mana boleh jadi Menteri Besar pun tak tahu la, adat istiadat Melayu dan Istana boleh sepak tepi jer...Kurang hajor betul! Kan dah kena seketul ngan Sultan. Suka suka jer nak pecat pegawai yang Sultan lantik...Jamry tu bosnyer Sultan, Kome MB Nizar bosnyer DAP, itu pasal la dia pandang remeh pada situasi ni....now who's the Boss?!!!!

YANG BENAR TETAP BENAR!


Saya diminta terus terajui MAIPP – Shabudin
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN (Utusan Malaysia Online)
TASEK GELUGOR 1 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Sehubungan itu, Shabudin yang telah mengumumkan peletakan jawatannya pada 8 April lalu selaras dengan kehendak kerajaan negeri yang baru telah diminta meneruskan tugasnya sehingga tempoh watikah pelantikan berakhir pada 31 Disember tahun depan.
Menurut Shabudin, beliau bersama ahli majlis MAIPP telah diminta menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 28 April lalu untuk memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan tersebut.
‘‘Tuanku Mizan berpendapat semua ahli majlis (MAIPP) yang lain perlu meneruskan tugas dan tanggungjawab sehingga berakhir tempoh watikah pelantikan.
‘‘Baginda juga meminta segala perancangan dan usaha yang dirancang untuk kepentingan umat Islam sebelum ini diteruskan bagi mencapai kejayaan yang diharapkan,” katanya.
Pada 8 April lalu, Shabudin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua MAIPP selepas menerima desakan daripada kerajaan negeri pimpinan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu jawatan itu diberi kepada calon baru.

KESIMPULAN : Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih. Begitulah yang terjadi kepada Yang dipertua MAIPP yang dipaksa meletak jawatan oleh balaci tunggangan DAP, Mohammad Fairuz, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1. Kini Yang Dipertuan Agong sendiri mahukan beliau kekal di kerusi tersebut. Sememangya tidak relevan dan diluar jangkaan tindakan TKM 1 Pulau Pinang tersebut apabila memaksa Shahbudin meletak jawatan. Beliau hanya menjalankan amanat dan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi bagi menegakkan Islam yang menjadi golongan minorti di Pulau Pinang. Dengan ini, terserlah kebenaran permainan politik Fairuz yang inginkan kerusi tersebut diisi oleh kroni-kroni PKR yang tidak layak. Adakah situasi ini sama terjadi seprti di Perak? Moga kebenaran juga akan terserlah...

Thursday, May 1, 2008

PEMBANGKANG MACAM BERUK MENDAPAT BUNGA



Siaran langsung Dewan Rakyat dikaji semula

(Sumber Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 30 April - Slot siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama setengah jam akan dikaji semula berikutan kekecohan yang berlaku pada hari pertama sidang Dewan itu hari ini, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau kecewa kerana kemudahan itu disalah guna oleh ahli Parlimen pembangkang untuk menonjolkan diri mereka dan bukannya mengetengahkan isu-isu kepentingan rakyat.
''Saya kecewa dengan apa yang berlaku. Parlimen telah disalahgunakan. Siaran langsung disalahgunakan. Ahli Parlimen pembangkang tidak menghargai institusi Parlimen yang berperanan untuk berbincang dan mencari yang terbaik untuk rakyat.

video


Perbahasan hari pertama Parlimen hangat dan gamat dengan 'pertikaman lidah'
Wan Nordin Wan Yaacob Foto Nasir Sudin Wed Apr 30, 08 (Harakah Daily)
Seperti yang dijangkakan kemasukan 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP membawa satu senario baru dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Suasana tidak lagi seperti pada penggal yang lalu (selepas pilihan raya umum 2004) yang hanya menyaksikan babak ampu mengampu sahaja yang berlaku.Sebaliknya kali ini Dewan Rakyat menyaksikan satu kehangatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


KESIMPULAN : Senario baru abah kau! Membuang masa lagi ada la..buang karan..kononnya nak tunjuk terer la pada perwakilan-perwakilan baru dalam dewan, tapi perangai pembangkang tak ubah macam beruk tua mendapat bunga. Bukan sahaja pembangkang mengambil kesempatan atas siaran lansung yang diadakan, malah cuba mempromosikan diri sendiri pada khalayak ramai.

“Saya harap ‘bigfoot’ dari Kinabatangan tidak akan mengganggu saya. Bigfoot sit down,” kata Karpal.
Bung Moktar kemudiannya bangun dan berkata : ‘‘Berdirilah kalau berani. If I’m bigfoot, you are big monkey!"

Cubalah kita perhatikan siapa yang berkata-kata perkataan sedemikian. Dan cuba kita beri perhatian kepada siapa yang memulakannya...Pembangkang yang sememangnya dari sejak azali lagi Tuhan jadikan untuk menentang, telah memulakan pertikaman lidah yang kebudak-budakan tersebut. Udah la dah tua si Karpal nie...kaki cacat...mulut tak berinsurans....hai si tua oh si tua!

MANIFESTO MAKAN DIRI!

Kedah turun kadar bayaran cukai tanah
Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI (Utusan Online)
ALOR STAR 30 April - Menteri Besar, Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan penurunan kadar bayaran cukai tanah di antara 25 hingga 75 peratus berkuat kuasa Januari lalu.
Beliau berkata, penurunan kadar bayaran tersebut adalah sebagai memenuhi janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, dengan membabitkan tiga kategori tanah iaitu pertanian, perusahaan dan bangunan.
Bagaimanapun, katanya, penurunan kadar bayaran tersebut menyebabkan kerajaan negeri kerugian RM15 juta.

KESIMPULAN: Bodoh punya manifesto. Siap makan diri sendiri lagi. Kononnya buat kenyataan untuk mengih simpati rakyat la tuh "MENYEBABKAN KERAJAAN NEGERI KERUGIAN RM15 JUTA". Nak bagi macam-macam, tapi duit tadak, sekarang sendiri juga susah...tu la, kejap-kejap batal saman tu, batal lesen ini, mansuhkan itu, mansuhkan ini...lama-lama hapa pun tadak...tinggal telur jer..!



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin