Monday, June 30, 2008

ANAK MURID YANG NAKAL...

Gobind Singh dilarang masuk Dewan Rakyat dua hari

KUALA LUMPUR 30 Jun - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Yang Dipertuanya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar peraturan mesyuarat 44 berikutan enggan mematuhi arahan pada sesi soal jawab diadakan.

Beliau dilarang memasuki Dewan selama dua hari selepas enggan duduk ketika diarah berbuat demikian oleh Pandikar Amin ketika bangun membuat soalan tambahan berkaitan dengan projek perumahan yang terbengkalai.

ULASAN : BOTOL KICAP PUNYA AHLI PARLIMEN! DALAM PARLIMEN ADA KETUA, KALAU ADA KETUA, MAKNA MUDAHNYA, KENA LA PATUH...KALAU YB DAH SANGKAK SANGAT, TAK PAHAM SUASANA DALAM PARLIMEN, BIARLAH DESPERADO BAGI CONTOH PALING MUDAH...

DI DALAM SESEBUAH KELAS ADA 40 ORANG MURID DAN SEORANG GURU KELAS. GURU KELAS ADALAH KETUA PENTADBIR YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBAJIKAN SERTA MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID-MURIDNYA DENGAN BANTUAN KETUA DARJAH. JIKA GURU MENGARAHKAN SUPAYA MURID DUDUK DAN TIDAK MEMBUAT BISING, MURID SEPATUTNYA IKUT PATUH ARAHAN GURU. JIKA MURID ITU NAKAL DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN GURU, MURID TERSEBUT AKAN DI DENDA, SAMA ADA DI TEGUR SECARA LISAN, ATAU PUN DI ROTAN. DAN JIKA GURU TERSEBUT ADALAH SEORANG GURU YANG TIDAK MEMPEDULIKAN APA YANG AKAN TERJADI KEPADANYA (TERMASUKLAH TINDAKAN IBU BAPA MENYAMAN KE ATAS NYA) SAYA PERCAYA, MURID NAKAL TERSEBUT AKAN DI PENERAJANG ATAU DI HENTAK DENGAN BANGKU KELAS ATAS KENAKALANNYA...

OLEH ITU, YB PUCHONG AMAT BERTUAH KERANA MENDAPAT GURU YANG MENTADBIR SECARA PROFESSIONAL DAN TIDAK MENDAPAT GURU YANG TIDAK MEMIKIRKAN MASA DEPANNYA. JIKA TIDAK, YB PUCHONG MUNGKIN AKAN DIBALING DENGAN KERUSI YANG SEDANG DI DUDUKI OLEH TAN SRI PANDIKAR AMIN. YB JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MEMPERSOALKAN "SIAPA DIA UNTUK MENGHALAU SAYA KELUAR?!!!" YANG BERCAKAP ITU ADALAH SEORANG "PENDEKAR!" DESPERADO PAHAM, BAPAK BOREK ANAK RINTIK...OLEH ITU JAGALAH ETIKA KETIKA BERBABAHAS.

OH! SEBELUM TERLUPA YB PUCHONG, BILA MENJAWAB ATAU BERTANYAKAN SOALAN, BIARLAH KENA PADA TAJUK PERBINCANGAN. INI ADALAH KERANA , JIKA DI SEKOLAH, GURU YANG TIDAK MEMIKIRKAN MASA DEPAN, AKAN SENANG-SENANG MELEMPANG SERTA MENYIKU ANAK MURIDNYA YANG MEMBUAT KARANGAN YANG LARI PADA TAJUKNYA. (CONTOH KARANGAN BOLEH REFER PADA SKRIP ASAL FILEM POLITIK MALAYSIA HARIMAU MENULIS) DAN SEKALI LAGI YB PUCHONG TERSELAMAT KERANA MENDAPAT SEORANG GURU YANG CUKUP BERDEDIKASI DAN BERHEMAH. YB JUGA BERUNTUNG KERANA HANYA DI HALAU KELUAR SERTA DIGANTUNG DUA HARI.
CUBA YB PUCHONG BAYANGKAN, JIKA SEORANG CIKGU BERTANYAKAN KEPADA MURIDNYA "SIAPAKAH NAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA?" DAN MURID NAKAL TERSEBUT MENJAWAB " GEORGE BUSH CIKGU!" TIDAK KAH YB RASA INGIN MEMBERI PENERAJANG MAUT SAHAJA KEPADA MURID TERSEBUT. TETAPI TIDAK KEPADA PANDIKAR AMIN...DIA CUMA MENGHALAU YB PUCHONG SUPAYA KELUAR SAHAJA...SO BESOK TAK PAYAH DATANG YE...DESPERADO TAKUT NANTI ADA CIKGU YANG TIDAK MEMIKIRKAN MASA DEPAN MENUNGGU PULAK NANTI...

DI SINI DESPERADO SERTAKAN ULASAN DARI
AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Dalam sidang Parlimen 30 Jun 2008, Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong, anak Karpal Singh) telah melanggar peraturan Dewan Rakyat bila membangkitkan perkara yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan. Gobind Singh terus menerus tidak mengendahkan teguran dari Speaker Dewan Rakyat. Di luar dewan, Gobind Singh Deo mempertikaikan siapa Speaker Dewan Rakyat untuk menghalaunya keluar. Gobind Singh menyatakan ini bukan cara yang demokrasi. Terlupakah Gobind bahawa kalau negara ini tidak demokrasi, dia pun tidak boleh jadi ahli parlimen. Dahulu, bapanya iaitu Karpal Singh telah mempertikaikan kuasa Sultan, hari ini anaknya pula melawan cakap Speaker. Ketika Dato' Seri Najib tengah berucap, bangun pula Kit Siang membantah. Seterusnya mengajak semua ahli parlimen pembangkang keluar dari Dewan dalam keadaan bising dan tanpa mengikut peraturan dewan. Yang menariknya ahli parlimen Melayu PKR dan PAS ikut sama rentak Kit Siang. Tidak sedarkah mereka bahwa Kit Siang bukan Ketua Pembangkang atau Timbalan Ketua Pembangkang pun. Kit Siang yang duduk bersebelahan dengan anaknya Guan Eng tidak hormat lagi pada Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang? Inilah padahnya bila wakil DAP yang anak beranak ini menguasai Dewan Rakyat. Siapapun jadi Ketua Pembangkang, Wan Azizah atau Haji Hadi Awang, DAP sudah tidak ada hormat lagi pada orang Melayu. Samalah seperti di Johor, kerana angkuh dan sombong, DAP tidak mahu pakai songkok.

OOPS...HE DID IT AGAIN! (PART 6)

ULASAN : FINALLY HE IS OUT FROM THE TURKEY'S AMBASSADOR BUILDING AFTER BEING CONFIRMED THAT HE WAS SAFE FROM THE DEATH TREAT?
BUT THIS STATEMENT WHICH WAS MADE BY HIM WERE QUOTED BY SEVERAL BLOGGERS

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berlindung di kedutaan Turki, mendakwa laporan polis menggemparkan terhadapnya dibuat bagi menghalang beliau bertanding semula dalam pilihanraya. "Inilah niat mereka. Anda tahu, kami akan mengumumkan satu pilihanraya kecil dalam satu pilihanraya kecil," katanya sebuah agensi berita AFP. "Saya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, polis juga sudah mengetahui (perancangan) itu."

But not all bloggers successfully mention the last part of it which I watched just know in the news...

Minggu ini juga, akan ada 4 ahli Barisan Nasional akan melompat ke dalam Pakatan Rakyat !- Anwar Ibrahim ...or what so ever...I heard


Now, who the hell are they? Damn! There more questions than the answer...dang! dang! dang! And the pilihanraya kecil, is it Sri Petaling?

Sunday, June 29, 2008

POLITIK...PENING AKU MEMIKIRKANNYA..


1 mayat orang tua dikeluarkan dari peti simpanan mayat untuk dikebumikan. ....apabila dikeluarkan. .. ada air mengalir di muka mayat orang tua tersebut..seakan peluh....

dengan rasa ketakutan... cucu orang tua itu pon memanggil isteri kepada si mati...

"Nenek! muke atuk kuar peluh!"

Nenek pon dengan tenang merapati cucunya dan berkata

@

@

"Atuk kamu 1st time meninggal... mestila die nervous sket...."

sebutir kata:
Kuang-kuang... wakakakakaka! !!!!
Tima Kasih kepada DIN MACHANG BUBUK....

OOPS...HE DID IT AGAIN?(PART 5)


ULASAN : NI LA MAMAT KE SODOM (MENGIKUT LAPORAN) TUH!!!

OOPS...HE DID IT AGAIN?(PART 4)

ULASAN : ANGIN KENCANG MULA BERTIUP...TUDUH MENUDUH MULA HANGAT DIBAHASKAN... BERMACAM SPEKULASI DI BENTUK BAGI MEMERIAHKAN LAGI SUASANA...ADAKAH IANYA BERTUJUAN MELINDUNGI SATU PIHAK DENGAN MENUDUH SATU PIHAK YANG LAIN?
DISEBALIK SENARIO JIJIK INI, DESPERADO PASTI ADA YANG SEDANG BERTEPUK TANGAN, MELOMPAT-LOMPAT KEGEMBIRAAN, MELIHATKAN AGENDANYA TELAH BERJAYA...
DATO SERO ANWAR IBRAHIM, TUDUHAN MENYODOM KE ATASNYA SEPULUH TAHUN YANG LALU TELAH DIGUGURKAN, KINI TIMBUL SEMULA. PADA DESPERADO LA WALAUPUN BERLAINAN IDEOLOGI POLITIK, DESPERADO DAPAT MERASAKAN YANG BELIAU TIDAK LANSUNG BERBUAT PERKARA-PERKARA YANG SEDIMIKIAN. INI ADALAH DARI SALAH SATU SUDUT PANDANGAN SAHAJA. DESPERADO TIDAK TAHU LAH JIKA ADA YANG SANGAT MEMPERCAYAI TUDUHAN INI (THE FANATICS). WELL, SATU SEBABNYA, HE GOT A BEAUTIFUL WIFE (BEAUTY IS SUBJECTIVES)..UMUR PUN DAH MENJANGKAU 61 TAHUN, KALAU MENGIKUT REPORT BUDAK MUDA SAIFUL BAHRI TERSEBUT BARU BERUMUR 23 (TAKEN FROM ROCKY'S BRU BLOG)
The following police report was made on 28 June 2008 at 5.45 PM by Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, who turns 23 next week (i/c no 850706-01-5687):
"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."
IANYA TELAH BERLAKU TANPA KERELAANNYA. HMMM...SEORANG ANAK MUDA YANG AKAN MENYAMBUT HARI LAHIRNYA YANG KE 23 MINGGU HADAPAN TELAH MENGAKU DINODAI TANPA RELA, SEDANGKAN YANG MENODAINYA ADALAH SEORANG YANG BOLEH DIKATAKAN AGAK BERUMUR, TAKKAN LA TAK BLEH NAK SEPAK TERAJANG SIKIT...TAK KAN MENYERAH JER...
WELL, APA PUN CONCLUSION YANG NAK DI BUAT...BIARLAH REALISTIK DENGAN KEADAAN.
PASAL KES ROSMAH AND NAJIB PUN SATU HAL. DESPERADO TAK DAPAT LA NAK BAYANG KANG SI ROSMAH TU LETAK BOM KAT BADAN ALTANTUYA, LEPAS TU TENGOK TUBUH TERSEBUT HANCUR BERKECAI...SHIT! INGAT CERITA CANNIBAL HOLLOCAUST KA...
DESPERADO MASIH RAGU-RAGU LAGI DENGAN KEDUA-DUA KES HIGH PROFILE NIE..
APA-APA PUN...BIARLAH POLIS BUAT KEROJE DEME...

OOPS..HE DID IT AGAIN? (PART 3)

ULASAN : DESPERADO SEDANG MENUNGGU BERITA TERBARU DI BULETIN 1.30 SAMBIL BERFIKIR SEGALA KEMUNGKINAN PENYEBAB SKRIP INI BERULANG DIPENTASKAN SEMULA...
JIKA DILIHAT DARI SENARIO POLITIK DI BAWAH PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT, IANYA KELIHATAN SEPERTI DIPUKUL OMBAK, TERHOYONG-HAYANG BERSAMA NAKHODA YANG BEGITU RAMAI...KEADAAN INI TIDAK HANYA DIPERHATIKAN DARI SUDUT SIARAN OLEH MAINSTREAM MEDIA YANG DIANGGAP PRO KERAJAAN, MALAH IANYA TURUT TERSEBAR LUAS DI MEDIA-MEDIA ALTERNATIF SEPERTI DI BLOG...PENTADBIRAN YANG DIRASAKAN TELUS NAMUN BERCAKARAN DI BELAKANG, SEOLAH-OLAH ADA TUKANG KARUT YANG MENCERITAKAN SESUATU DI DALAM DIKIR BARAT YANG CUBA DIPENTASKAN...
BERIKUTAN DENGAN ITU, DATO SERI ANWAR IBRAHIM MUNGKIN MERASAKAN KARIER POLITIKNYA KINI SEMAKIN GOYAH DAN JIKA PAKATAN RAKYAT TIDAK LAGI SEKUKUH SEPERTI YANG DIHARAPKAN MAKA IMPIANNYA KE PUTRAJAYA MUNGKIN MUSNAH. JANJI-JANJI YANG DITABUR UNTUK MENANTI 16 SEPTEMBER JUGA NAMPAKNYA SEMAKIN KABUR...SO (MAYBE THIS IDEA WAS A BIT EXTREME, BUT IT JUST A "MAYBE") MUNGKIN INILAH CARANYA DSAI INGIN BEREHAT DAN MENGAKHIRI KARIER POLITIKNYA.......................

I DON'T KNOW...MAYBE THIS ASSUMPTION A LITTLE BIT EXTREME...BUT WHO KNOWS, ANYTHING CAN HAPPEN IN POLITICS...I'M SURE YOU GUYS OUT THERE HAVE SOMETHING TO SAY...JOM TENGOK BERITA...!

OOPS..HE DID IT AGAIN? (PART 2)


ULASAN : PART 2 IS HERE...NAMPAKNYA SKRIP LAMA TELAH BERULANG LAGI...MEMANG BENARLAH YANG DINYATAKAN ITU ADALAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM. DAN MANGSANYA (I 'M NOT SURE WHO IS THE VICTIM) KALI INI IALAH SAIFUL BAHRI PEMBANTU KHAS KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT.

BUT WHY?

ADAKAH KERANA PERDEBATAN DI ATAS? ADAKAH KERANA PERDEBATAN DI ATAS AKAN MERUNGKAIKAN SATU LAGI RAHSIA...

WALAU BAGAIMANAPUN, TIMBALAN MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI DATUK WAN FARID WAN SALLEH TELAH MENYATAKAN BAHAWA IANYA BEBAS DARI UNSUR-UNSUR POLITIK. TAPI...SEJAUH MANAKAH KEBENARAN INI?

WALAU APA PUN TOHMAHAN DAN TUDUHAN YANG DKENAKAN, DESPERADO AMAT MENYOKONG ULASAN YANG DITULIS OLEH SUKJ...

1) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak....ia hanya sekadar memalukan
lagi seluruh umat Melayu dan Islam dinegara ini sahaja.

2) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak....ia hanya sekadar menjatuhkan
lagi maruah dan darjat seluruh umat Melayu dan Islam dinegara ini sahaja.

3) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak....ia hanya sekadar memecah
belahkan lagi perpaduan umat Melayu dan Islam dinegara ini sahaja.

4) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak...ia hanya sekadar untuk
memburukan lagi imej 'Islam' dinegara ini sahaja.

5) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak....ia hanya sekadar menambahkan
lagi keadaan suasana negara yang sedang menghadapi berbagai masalah yang
menghimpit rakyat dinegara ini sahaja. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa
kerana permainan politik oleh Pemimpin-pemimpin parti politik yang hipokrit dan
mementingkan diri sendiri.

Thank you SUKJ...

OOPS..HE DID IT AGAIN? (PART 1)

ULASAN : PAGI NI BILA DESPERADO BUKAK AJER BLOG, KLIK PADA LINK-LINK YANG BERKAITAN, MASIN-MASING MEMAPARKAN CERITA LIWAT...HUH! TERUS TERBAYANG WAJAHNYA YANG HENSEM ITU...TAPI...BETUL KER?
THEN, DESPERADO BROWSE PULAK UTUSAN, ADA CERITA LIWATNYA, TAPI HANYA MELETAKKAN AHLI POLITIK DAN SEORANG PEMUDA BERUSIA 23 TAHUN...
ADA CERITA, NTAH LA..DESPERADO TAK MAU BUAT TUDUHAN LAGI...KITA LIHAT KEBENARAN DULU, KEMUDIAN BARU KITA HENTAM...!!!
SO FOR THIS MOMENT, WE JUST WAIT AND SEE...

DESPERADO - Sedap ke? Geli aku memikirkannya...

Saturday, June 28, 2008

KEDAH TEWAS PERLAWANAN KETIGA PIALA MALAYSIA


Barisan Azraai Khor Abdullah kelihatan keletihan sejak wisel permulaan, dan ia memberi peluang kepada Kuala Lumpur untuk mempamerkan aksi permainan menyerang walaupun bermain tanpa tenaga import.

Keruntuhan Kedah jelas kelihatan apabila pelawat menjaringkan gol menerusi Stanley Bernard pada minit ke-69 yang mengesahkan kemenangan pelawat walaupun Kedah cuba mengasak hingga wisel penamat dibunyikan pengadil.

ULASAN : MENGIKUT BERITA TV3, KEKALAHAN KEDAH PADA MALAM INI SEBENARNYA MENUNJUKKAN RASA TIDAK PUAS HATI DAN PROTES DENGAN KERAJAAN NEGERI MENGENAI PEMBAHAGIAN GANJARAN SETELAH MEMENANGI PIALA FA TERDAHULU...

APA LA HAMPA NIE...SABAQ-SABAQ LA SAT, MB BARU PLAN NAK TEBANG POKOK, BILA DAH TEBANG NANTI, BARU LA DUIT MASYUK, SABAAAAR.....

CADANGAN PAPAN TANDA BERBAHASA MANDARIN DAN TAMIL

Syor papan tanda turut guna bahasa Mandarin, Tamil

BUKIT MERTAJAM 27 Jun - Seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seang Hooi hari ini mencadangkan supaya semua papan tanda di jalan-jalan utama di negeri ini menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu.

Ketika mengemukakan cadangan itu dalam mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini, beliau berkata, perubahan itu perlu dibuat bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini.

"Papan-papan tanda menggunakan bahasa Mandarin ini juga penting untuk memudahkan penduduk di kawasan-kawasan yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Cina terutamanya di Bukit Mertajam," katanya.

BANYAK CANTIK, KALAU DAH DUDUK KAT MALAYSIA, TAK GHETI NAK CAKAP MELAYU, NI BANGSA MALAYSIAN MALASYIA HAPA NIE? NAK AKU HALAU BALIK, HAMPA KATA HAMPA RAKYAT MALAYSIA, BILA AKU KATA KETUANAN MELAYU, HAMPA KATA AKU RACIST! PENAMPAQ MAU?

Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu kemudiannya menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.

"Artikel 152 Perlembagaan dengan jelas menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, saya fikir dalam konteks (papan tanda) ini adalah selaras dengan peruntukan itu," jelasnya.

HAA...MANGKUK AYUN NIE TAK GHETI PERLEMBAGAAN RUPANYA. BACA, KHATAM, BUAT KARANGAN ATAU ULASAN SEBANYAK 350 PATAH PERKATAAN TENTANG PERLEMBAGAAN, LEPAS TU BARU BOLEH MASUK DEWAN NAK BERBAHAS!

Seang Hooi yang juga bekas guru Bahasa Melayu kemudiannya mencelah dengan menegaskan, perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa penggunaan bahasa-bahasa lain juga digalakkan sejajar dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, cadangan itu bukan sesuatu yang ganjil untuk dilaksanakan memandangkan ia sudah dilakukan di sebuah bandar di Sarawak.

Mendengar kenyataan Seang Hooi itu, Farizan berkata, pihaknya akan mengajukan cadangan itu kepada kerajaan negeri terlebih dahulu untuk perbincangan lanjut.

FARIZAN BAWAK PERKARA KE KERAJAAN NEGERI? KETUA MENTERI SAPA? DIA CAKAP BAHASA APA? HABIH LA PULAU PINANG...

Ketika ini, seorang lagi Ahli Majlis MPSP, Oon Neow Soon yang menyatakan persetujuan dengan cadangan tersebut, bangkit dan meminta Farizan menjelaskan secara terperinci bila perkara itu akan diajukan kepada kerajaan negeri.

Farizan kemudiannya memberi jaminan bahawa cadangan itu akan dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bulan depan.

ULASAN : DESPERADO PETIK ULASAN INI DARI SAUDARA ROSLAN SMS CORNER
Mungkin kerana komposisi kaum di Pulau Pinang atau kedudukan politiknya maka Teoh dan Oon mempunyai alasan yang kukuh untuk menuntut penggunaan pelbagai bahasa untuk tanda-tanda jalan di kawasan mereka. Mereka menggunakan kuasa politik untuk membawa perubahan, itulah yang dibenarkan oleh proses demokrasi di negara kita tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan selagi mana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
PROFESOR KHOO KAY KHIM DALAM TEMURAMAHNYA DI DALAM BERITA RTM SEBENTAR TADI TURUT MENYATAKAN PENDAPATNYA BAHAWA IDEA INI TIDAK MASUK AKAL...INI ADALAH KERANA, WALAUPUN KOMPOSISI MASYARAKAT CINA RAMAI, NAMUN INI TIDAK MENJADI SATU ALASAN YANG MEREKA TIDAK TAHU DAN FAHAM BAHASA MELAYU. HANYA PENDUDUK YANG LAHIR SEBELUM MERDEKA SAHAJA YANG MUNGKIN ADA MASALAH TERSEBUT. SETELAH MERDEKA, KITA PUNYA SEKOLAH, SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN YANG MENGAJAR BAHASA MELAYU...OLEH ITU, GENERASI PASCA MERDEKA HARUS DAN WAJIB MENGETAHUI DAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU...

THIS IS OUR NATIONAL LANGUAGE...IF YOU ARE NOT ABLE TO UNDERSTAND AND READ THE LANGUAGE AS YOU DECLARE YOURSELF A MALAYSIAN...

ANDA TIDAK LAYAK TINGGAL DAN BERMASTAUTIN DI SINI KERANA NENEK, MOYANG, ANDA YANG TIDAK TAHU BERBAHASA MELAYU SUDAH PUN DIKUBURKAN DI BUKIT-BUKIT BERDEKATAN...

SAKIT HATI BETUL DESPERADO DENGAN ISU NI! ITU LA KORANG, UNDI LAGI PELIK-PELIK...DAH DI MINTAKNYA PELIK-PELIK...RASAKAN!!!

KABINET CORAKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM

FOTO EHSAN MASTER DEDAH
ULASAN : BANYAK PIHAK YANG KINI MENUNGGU 16 SEPTEMBER TARIKH KERAMAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM INGIN MENGOTAKAN JANJINYA. ADA YANG MENCABAR BELIAU, ADA YANG RAGU-RAGU, ADA YANG BERKEYAKINAN PENUH, ADA YANG MELETAK HARAPAN TINGGI MENJULANG DAN ADA YANG TIDAK MEMBERI PERHATIAN LANSUNG TENTANG SITUASI YANG BERLAKU.
APA PUN YANG AKAN BERLAKU, GAMBAR DI ATAS MUNGKIN BOLEH MENJADI LAKARAN AWAL ARKITEK YANG TAK BERTAULIAH BAGI MEMUDAH KAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM UNTUK MELANTIK KABINET-KABINETNYA...
HAYATILAH WAJAH-WAJAH HARAPAN...(TERUTAMANYA, TIMBALAN PERDANA MENTERI TUH...)
Desperado - Thanks Master Dedah for this"INI HANYA LAKARAN IMAGINASI PEMAJU"

MAT SABU PERTAHANKAN ROSMAH...

KUALA LUMPUR 28 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa pihak berkuasa mendakwa pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin kerana membuat tuduhan yang serius terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, tuduhan Raja Petra dalam akuan bersumpahnya terhadap kes pembunuhan Altantuyaa Shaariibuu itu sesuatu yang amat serius dan memburukkan nama TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri.

"Dakwaan itu sangat serius, kerajaan perlu segera mendakwa Raja Petra bagi membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri dan isterinya daripada dakwaan terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya," ujarnya ketika berceramah bersempena Program Pelancaran dana Kebajikan Muslimat dekat Temerloh malam tadi.

ULASAN : UIH! MACAM TAK PERCAYA JE TAJUK BERITA NIE...WELL I GOT THE STORY FROM HARAKAH DAILY..

BAGUS LA KALAU ADA YANG MEMPERTAHANKAN DATIN SERI ROSMAH, DESPERADO INGATKAN PEMBANGKANG MENYOKONG TINDAKAN KING PETRA, MAKLUM LA, DIAM JER... ALHAMDULILLAH ADA JUGA YANG MENGAMBIL BERAT DAN MENGAMBIL TAHU...TERUSKAN PERJUANGAN ANDA DENGAN MEMPERJUANGKAN MARUAH TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG POLITIK...SYABAS DIUCAPKAN!!!

Friday, June 27, 2008

HAJAT UNTUK POPULAR KINI TERCAPAI...

ULASAN : SELEPAS MAGHRIB TADI, DESPERADO TELAH DI DATANGI SEORANG WARTAWAN YANG JUGA MERUPAKAN TEMAN SEMASA DI UNIVERSITI DAHULU. MUKA MACAM ADA SESUATU NAK BAGI TAHU,
"APA HAL?",
DIA JAWAB, "NI HA, ADA BENDA AKU NAK BAGI KAT ENGKO"
DESPERADO PUN TERUS TANYA, "ENGKAU NI NAK BAGI APA SAMPAI SOROK-SOROK DALAM KERETA NIE."
"ADA LA, NAH, WARKAH TERBARU DARI NIZAR KEPADA RAKYA PERAK!" SAMBUNGNYA...
OOO...NAK KASI BULETIN RUPANYA, SEBELUM INI, KERAJAAN NEGERI PERAK KETIKA DI BAWAH PIMPINAN BN ADA MENGELUARKAN BULETIN BULANAN YANG MENCERITAKAN TENTANG PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN, INSTITUSI DIRAJA, SITUASI MASYARAKAT, PROGRAM-PROGRAM ANJURAN KERAJAAN NEGERI DAN PELBAGAI LAGI.
ABIS TU, APA YANG ANXIOUS SANGAT PASAL BULETIN KALI INI, RUPA-RUPANYA BULETIN KALI NIE DAH BERTUKAR WAJAH. DARI WARTA PERAK MENJADI CITRA PERAK. KAWAN DESPERADO NIE PUN BERCERITALAH DENGAN PANJANG LEBAR LAGI, MAKLUMLAH WARTAWAN, DIA KATA, HABIS SEMUA SIDANG REDAKSI TERDAHULU DIBUANGNYA, TERMASUKLAH JURU KAMERA, EDITOR, KIRA SEMUALAH... ELEH! ITU PUN NAK PELIK, KALAU TAK PECAT, CAMNA NAK TULIS CERITA YANG PENUH DENGAN "KEBENARAN". TAPI, NIZAR DULU SUDAH BERJANJI KEPADA PENGARAH PENERITAN TERDAHULU, ENCIK MSROM MALLEHAM, BAHAWA DIA AKAN DIKEKALKAN, SEKALI KENA SACK JUGAK DAN DIGANTIKAN DENGAN WAKIL PKR IAITU SAUDARA ZULKIFLI IBRAHIM...MAKA TERMAKAN JANJILAH HAMBA ALLAH TU..
DESPERADO PERNAH MENGULAS BAGAIMANA TAMPUK PEMERINTAHAN DI BAWAH MB NIZAR SELAMA 100 HARI YANG SEOLAH-OLAH INGINKAN POPULARITI. MANA TIDAKNYA, BELIAU SENDIRI MENGAKU BAHAWA SEGALA AKTIVITI KEBAJIKAN YANG DILAKAKUKANNYA TIDAK DIKHABARKAN DAN DITERBITKAN DI DALAM MEDIA MAINSTREAM. NAH! SEKARANG BELIAU SUDAH BOLEH POPULAR, EDISI PERTAMA CITRA PERAK, DARI MUKA SURAT SATU SAMPAI DUA PULOH, SEMUA GAMBAR DIA...HEBAT BELIAU SEKARANG...SUDAH MACAM ARTIS.
BULETIN TERSEBUT JUGA MEMPUNYAI KUALITI YANG CUKUP BAGUS, BUKAN MACAM AKHBAR BIASA, KERTAS GLOSSY MACAM MAJALAH-MAJALAH HIBURAN, TETAPI LEBIH TEBAL KUALITI KERTASNYA. BARU LA CLEAR GAMBARNYA!
TAPI SAYANG, PENGISIANNYA HANYALAH BERKISAR MENGENAI PERKEMBANGAN POLITIK DI PERAK. MUNGKIN MEREKA MASIH CUBA MEMBETULKAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PAKATAN RAKYAT. BERBANDING DENGAN WARTA PERAK YANG DAHULUNYA BANYAK MENCERITAKAN TENTANG KEMAJUAN NEGERI, MASALAH RAKYAT, PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN DAN LAIN-LAIN LAGI. DALAM ERTI KATA LAIN, CITRA PERAK INI TIDAK UBAH SEPERTI HARAKAH VERSI PERAK. HANYA SEGELINTIR BERITA, 1 PERCENT JE KOT PASAL MASYARAKAT SETEMPAT. EVEN PENULISAN PUISI DI KAKI BULETINNYA PUN MENGUTUK KERAJAAN TERDAHULU, DAN JAUH BERBEZA DENGAN PUISI WARTA PERAK YANG BANYAK BERKISARKAN PERPADUAN DAN KEDAULTAN RAKYAT...
WELL, ANYWAY NIZAR KINI SUDAH ADA AKHBAR BULETINNYA SENDIRI...SEMOGA TERUS POPULAR!

PESERTA YANG AKAN TERKELUAR PADA MINGGU INI IALAH...

Khalid mula bersihkan Selangor.
Setelah menamatkan khidmat Pengarah Muzium Selangor, kini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghunus pedang pemutus sekali lagi. Kali ini pancungannya keras dan tuntas sekali.
Dalam mesyuarat Lembaga Universiti yang diadakan lewat petang Khamis Naib Canselor Unisel, Prof. Dato’ Dr. Razali Agus diberitakan diberikan notis berhenti 24 jam.
Serentak itu, Timbalan Naib Canselor, Pro. Dr. Rustam Abbas juga ditamatkan tempuh pinjaman dan dikembalikan semula ke UiTM.

ULASAN : ALAHAI TAN SRI, ADA PENYINGKIRAN LAGI MINGGU NIE...YA RAJA PECUT...EH! RAJA PECAT KITA TELAH BERJAYA MENYINGKIRKAN PEGAWAI-PEGAWAI YANG BERBAUR PRO KERAJAAN. TERBARU ADALAH PENYINGKIRAN DATO DR RAZALI AGUS YANG MERUPAKAN NAIB CHANSELOR UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL). MENGIKUT LAPORAN, BELIAU TELAH DIBERI ARAHAN AGAR BERCUTI DAN JANGAN JEJAKKAN LAGI KAKI DI PINTU PEJABATNYA...
TAN SRI KHALID DAH MACAM BUAT REALITY SHOW PULAK...MAIN FIRED FIRED PULAK...NTAH LA..LEPAS NIE SAPA PULAK PUN TATAU...

PEMBANGKANG PULAU PERSIDANGAN DEWAN NEGERI PERAK

ADUN BN pulau persidangan dewan negeri Perak

IPOH 26 Jun — Kesemua 28 wakil Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak memulaukan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kerana membantah keputusan Speaker yang tidak membenarkan seorang wakil mereka memulakan perbahasan.

Tindakan itu dilakukan sebelum perbahasan usul terima kasih titah Sultan Perak bersambung pada hari ketiga persidangan hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mengetuai wakil BN keluar dewan pada kira-kira 10.35 pagi selepas Speaker S. Sivakumar memilih wakil lain memulakan perbahasan.

Sebelum itu itu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin (BN-Kubu Gajah) telah bangun untuk memulakan perbahasan yang ditangguh petang semalam.

Sivakumar bagaimanapun memberi peluang berbahas kepada Chang Lih Kang (PKR-Teja) dan keputusannya itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah dan bantahan daripada wakil-wakil BN.

Sebelum meninggalkan dewan, Tajol Rosli (BN-Pengkalan Hulu) memberitahu dewan bahawa semua wakil rakyat BN akan keluar daripada dewan sekiranya Kubu Gajah tidak diberi hak untuk meneruskan perbahasan.

ULASAN : WAA...SUDAH BERANI KELUAR LA, TAPI MESTI ADA SEBAB YANG MUNASABAH. KALAU TAK BUAT APA TAJOL NAK LARI KELUAR PULAK. RUPA-RUPANYA KEADILAN TIDAK TERCETUS KETIKA SESSI PERBAHASAN. ORANG LAIN PATUT CAKAP DULU, TAPI PELUANG TELAH DIDAHULUKAN KEPADA YANG TAK SEPATUTNYA...OH! PATUT LA BENGANG...TAPI SALAH SATU STATEMENT TAJOL YANG KITA HARUS BERFIKIR TENTANG KERAJAAN BAWAY BIMBINGAN NIZAR NIEKAN,

“Semalam persidangan ditangguhkan pada 7.10 malam, maghrib masuk waktu 7.19 malam. Jadi apa nak tambah, setengah jam sahaja dan beliau (Timbalan Yang Dipertua) sudah berjanji mahu memberi Raja Ahmad Zainuddin berucap. Kalau beliau mahu tangguh sampai 9 malam, tidak ada masalah,” katanya.

HMMM...SPEAKER DEWAN NIE BRAND APA? BRAND KARI CAMPUR YONG TAU FU KA? PATUT LA BERSIDANG SAMPAI MAGHRIB...KAMI ORANG ISLAM, MAGHRIB MASUK WAKTU, KAMI PUN KENA SOLAT...KENA FAHAM LA...TAPI LEPAS TU JANGAN LA BUAT-BUAT LUPA SAPA PUNYA TURN..EVEN TUAN SPEAKER DAH TUKAR SHIFT! KATA MASA INTERVIEW HARI DAH KHATAM HABIS BUKU-BUKU PERLEMBAGAAN LA, CARA-CARA BERSIDANG LA..TUAN SPEAKER BACA BUKU NEGARA LAIN KOT...

HELMET MANIA...

Nik Aziz: 'Serban' same as helmet
KOTA BARU: The thick serban offers the motorcyclist the same protection as a crash helmet, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said yesterday.
The 71-year-old, who also sports a serban, said he supported the state police's move to nab motorcyclists who rode motorcycles wearing the kopiah (skull caps) as this would pose a danger to them.

ULASAN : MENGIKUT UNDANG-UNDANG JALAN RAYA MEMANG LA SAH KALAU PAKAI SERBAN NAIK MOTOR, TAPI MENGIKUT UNDANG-UNDANG KEMALANGAN (ADA KE ACCIDENT LAW?) KO PAKAI HELMET KE, KO TAK PAKAT HELMET KER, KALAU KENA, MAU BERKECAI BERAMBUR OTAK TU ATAS JALAN...SEKURANG-KURANGNYA HELMET TU SEBAGAI SALAH SATU USAHA MURNI NAK MELINDUNGI KEPALA, KALAU ACCIDENT, KEPALA KITA TU, INSYAALLAH DENGAN IZIN TUHAN, TERPELIHARA LA SIKIT, TAKDER LA ORANG NAK SOLAT KAN MAYAT TU NGERI TENGOK, TAPI KALAU PAKAI SERBAN JER...KEPALA BERBALUTKAN KAIN AJER....ISH! TAK NAK LA DESPERADO NAK BAYANGKAN...

DESPERADO BUKAN ANTI ORANG PAKAI SERBAN, ADA JER AHLI KELUARGA DESPERADO YANG MEMAKAI SERBAN NI...TAPI KALAU NAIK MOTOR, DEME RELA LETAK SERBAN KAT BAWAH, PASTU PAKAI HELMET, BILA DESPERADO TANYA DEME, "KENAPA PAKAI HELMET? PAKAI SERBAN KAN BOLEH JER BILA NAIK MOTOR?" JAWAPANNYA. "PAKAI UNTUK KESELAMATAN...."
video
http://armsproductions.blogspot.com/

CUTTING DOWN TREES AND ALLIANCE

Source: NST Online - Lim Guan Eng (left) says clearing water catchment areas can jeopardise projects under the Northern Corridor Economic Region, while Azizan Abdul Razak took a swipe at non-governmental organisations for being 'selective' in their criticism of the proposed project.

ULASAN : AIK! DAH BERANTAKAN NAMPAK...POWERFUL STATEMENT FROM NON-MUSLIM TO "USTAZ" -
On Azizan's contention that he wanted to make money from logging the catchment areas as timber was a gift from God, Lim said: "There is nothing wrong in making money but logging is not the way to do it."This is especially when it involves getting timber in a manner that raises more questions than answers. It is okay if you want to make profit but don't destroy God's gifts in the process."
GUAN ENG WAS MAKING A STATEMENT AS SUCH USTAZ AZIZAN DON'T KNOW WHAT HE IS DOING WITH GOD'S GIFT! FUH...THAT IS WHY MUSLIM PEOPLE IN PENANG LOVE HIM SO MUCH...NOT TO MENTION THAT HE USED KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ AS HIS IDOL...

CAREFUL GUYS, PEOPLE ARE WATCHING!

Desperado - Guan Eng dah bersunat ke belum?

CONGRATULATION TO CIMIN AND NADIA


Dikesempatan ini, Desperado ingin mengucapkan tahniah kepada rakan Hasminzalmi dan Nadia yang telah menimang cahaya mata yang kedua Hayfa Naznee seberat 3.24 kg pada 23 Jun 2008 yang lalu pada pukul 7.52 pagi.
Tahniah dan selamat berproduktif selalu!

MEREKA SUDAH MULA TERASA...


ULASAN : WARGA PENANGITES, KINI MULA TERASA KEPERITANNYA SETELAH SELEPAS 100 HARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT. MASING-MASING KINI MAHU MENYUARAKAN KTIDAK PUASAN HATI MEREKA. NAMUN APA BOLEH BUAT, PEMILIHAN TELAH DILAKUKAN, NEGARA KITA NEGARA YANG DEMOKRASI, UNTUK MENUKAR PEMIMPIN BUKANNYA MUDAH, HARUS MELALUI SALURAN-SALURAN YANG SAH DAN BUKAN JALAN-JALAN BELAKANG YANG DIGUNAKAN OLEH SEGELINTIR PEMIMPIN YANG TIDAK BERMORAL.

SEDIH DESEPRADO MELIHAT SEGELINTIR...NOT SEGELINTIR, KEBANYAKAN KONTRAKTOR KELAS F DI PENANG MULA MENGELUH. ANTARA KELUHAN MERAKA IALAH , SISTEM OPEN TENDER YANG TELAH DI AMALKAN OLEH DAP DAN KEMUDIANNYA YANG TERBARU IALAH NILAI KONTRAK YANG DITAWARKAN LANSUNG TIDAK MUNASABAH DENGAN HARGANYA. PROJEK-PROJEK YANG DITAWRKAN JUGA ADALAH LEBIHAN-LEBIHAN PROJEK DARI KERAJAAN TERDAHULU, MALAH PROJEK MAJLIS PERBANDARAN TERPAKSA MENGGUNAKAN PERUNTUKAN SENDIRI. JIKA TIDAK, PROJEK KE MANA, MODAL KE MANA...JELAS SEKALI DI SINI, KERAJAAN NEGERI TIDAK MEMLIKI DANA YANG CUKUP UNTUK MEMBANGUNKAN KEBAJIKAN RAKYAT SERTA NEGERI SECARA UMUMNYA.

Lebih 1,400 kontraktor kelas F di negeri ini mengeluh kerana kebanyakan
kerja-kerja kontrak ditawarkan oleh kerajaan negeri bernilai RM5,000 hingga RM20,000 sahaja.Sedangkan dalam keadaan ekonomi ketika ini, nilai
kerja-kerja yang ditawarkan perlu dinaikkan antara RM20,000 dan RM100,000 bagi membolehkan kontraktor terbabit mendapat keuntungan yang sewajarnya.
Menurut Pengerusi Persatuan Kontraktor Binaan Bumiputera Kelas F Pulau Pinang, Abdul Wahab Hamid berkata, adalah tidak berbaloi bagi seorang kontraktor yang mendapat kontrak bernilai hanya RM5,000 dan selepas itu tidak lagi dibenarkan untuk menyertai mana-mana tender atau sebut harga lain.

KEMUDIAN DESPERADO TERBACA KELUHAN PENDUDUK BANDAR BAYAN BARU, PULAU PINANG YANG MENGATAKAN, SEJAK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT, WAKIL RAKYAT MEREKA LANSUNG TIDAK PERNAH MENJENGUK UNTUK BERTANYAKAN MASALAH ATAU PUN SEKADAR WINDOW SHOPPING. BERBEZA DENGAN WAKIL RAKYAT SEBELUM INI YANG SERING MEMBUAT LAWATAN, MENGADAKAN DIALOG DAN LAIN-LAIN LAGI DEMI KEPENTINGAN MASYARAKAT DI SANA. MUNGKIN WAKIL RAKYAT TERSEBUT TERLALU SIBUK, MAKLUM LA BARU DAPAT KERJA..NTAH LA...
ISU RUMAH TERBENGKALAI SEMEMANGNYA ISU YANG SUDAH SERING DIPERKATAKAN DI MEDIA-MEDIA MASSA, NAMUN DESPERADO TETAP BERSIMPATI DENGAN NASIB YANG MELANDA PEMBELI-PEMBELI RUMAH DI SIMPANG EMPAT TAMAN KOPETRA. MEREKA MENUNGGU BUKAN SETAHUN DUA, MALAH HAMPIR DUA BELAS TAHUN RUMAH YANG 80% BARU SIAP. PALING MENYEDIHKAN, PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SITU, AWAL-AWAL LAGI TELAH MENGAMBIL JALAN MUDAH DENGAN MELEPASKAN LEHER MEREKA MENGATAKAN BAHAWA IANYA SUDAH DI LUAR BIDANG KUASA MEREKA...HABIS TU? SAPA NAK TOLONG MEREKA? KETUA MENTERI KOT?

TO ALL PENANGITES...NILAIKANLAH KEMBALI UNDI ANDA...

DI TELAN MATI EMAK...

ULASAN : AKHIRNYA BARISAN NASIONAL MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGARAHKAN DATUK YONG TECK LEE MENUNJUKKAN SURAT TUNJUK SEBAB BERIKUTAN KENYATAAN MELAMPAUNYA TIDAK LAGI MEMPUNYAI KEYAKINAN PADA KETUA PEMIMPIN NEGARA, DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI.
ITU LA, NAK DIBUANG TERUS, KURANG PULA AHLI PAKATANNYA, TAK DI BUANG, MEREKA BERTINDAK SEPERTI KERBAU BERJALAN, HABIS TERPALIT LUMPUR PADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG LAIN-LAIN...HMMM NTAH LA..
KEPADA TOK GHIMAU (HARIMAU MENAIP - 13 - Malang atau Tuah? ), ADAKAH IGAUAN ANGKA 13 MASIH BERMAIN DIFIKRAN ANDA? BERKEMUNGKINANKAH 14 GABUNGAN BARISAN NASIONAL AKAN HANYA TINGGAL 13..TUNGGULA SURAT DULU...

Thursday, June 26, 2008

HALO MB! ORANG SUDAH MAIN, KASI BAYAR LA!

PETIKAN DARI BERITA HARIAN...Keengganan kerajaan negeri Perak membantu PAFA daripada segi kewangan juga menyebabkan kantung PAFA kini kosong selepas bantuan yang biasa diterima sebelum ini, tidak lagi diterima sejak kerajaan negeri bertukar tangan.
PAFA sudah memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri ketika ini, tetapi tiada sebarang tindakan diambil sehinggakan persatuan terpaksa bersendirian mengharungi kemelut kewangan meruncing. "Presiden PAFA (Datuk Muhiyuddin Abdullah) sudah berusaha mendapatkan bantuan kewangan, malah kami sudah memohon secara rasmi kepada kerajaan negeri tetapi masih belum ada sebarang tindakan. "Masalah PAFA bukan berpunca daripada masalah pecah amanah, tetapi ia adalah kerana sumber kewangan yang diterima daripada kerajaan negeri kini tidak lagi diterima PAFA. Kantung kosong PAFA juga bakal memberi kesulitan kepada skuad Perak untuk bertandang ke tempat lawan dalam saingan Piala Malaysia, dan Darby sendiri tidak tahu bagaimana mereka akan ke Johor bertemu Johor Pasir Gudang pada 30 Jun ini.

ULASAN: TERGAMAK MB NIZAR MEMBIARKAN PEMAIN BOLA SEPAK NIE TAK BERBAYOR GAJINYE..HELLO MB! ORANG SUDAH MAIN, KASI BAYAR LA..DIORANG PUN ADA ANAK BINI NAK DI BAGI MAKAN JUGA, TAKKAN NAK BAGI PASIR JER...KALAU ORANG MARAH, MERAJUK...KATA ORANG TAK AMIK GAMBAR DIA TOLONG ORANG LA..NTAH APA APA LAGI LA YANG DIA MEMBEBEL...NAK POPULAR JADI ARTIS LA! BAGI LA PERUNTUKAN WANG SEBAGAIMANA KERJAAN NEGERI DULU KAT PERSATUAN TU WEI..DEME SAMPAI NAK PEGI GAME KAT JOHOR PUN DAH TAKDER DUIT DAH TUH...ALAHAI...MB NI DAH ABAIKAN SUKAN NOMBOR SATU DI NEGARA KITA! PLAYERS TU TAKDER SORANG PUN DILANTIK OELH BARISAN NASIONAL, (ITUPUN KALAU MB NAK BERKIRA SANGAT LATAR BELAKANG POLITIK LA), SEMUANYA PEMAIN PROFESIONAL YANG BERBAYAR...


BAYOR LA GAJI DIORANG!

RAHSIA SOLAT


ULASAN : MASA DESEPRADO BALIK DARI KERJA TADI...SESAMBIL TENGAH SESAK DI JALAN RAYA, TERDENGAR LA INFO RINGKAS SINAR...SATU PENEMUAN TERSEMBUNYI (BUKAN PENEMUAN TERBARU, PASAL TUHAN DAH BAGI LAMA DAH, AKAL MANUSIA JER YANG TAK TERCAPAI) DARI PADA RUKUN ISLAM YANG YANG KEDUA IAITU, SOLAT DAPAT MERAWAT MATI PUCUK DAN SAKIT PINGGANG...

HE..HE..HE..APA SENGIH-SENGIH? HAA..NI DESPERADO NAK BERPESAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN JUGA KEPADA JANTAN-JANTAN YANG BERASA DIRI KURANG SEMPURNA DITAMBAH PULAK KURANGNYA SUJUD PADA YANG ESA, TUNAIKANLAH KEWAJIPAN KITA SEMUA. TAK RUGI PUN SOLAT NI, BANYAK RAHSIA KEHEBATANNYA...SALAH SATUNYA SEPERTI CONTOH DI ATAS. NIE BUKAN MAIN-MAIN, KAJIAN INI TERBUKTI SECARA SAINTIFIK...JADI BERSOLATLAH KITA, DAN JANGANLAH BERSOLAT HANYA KERANA SETELAH MENGETAHUI RAHSIA INI...TETAPI BERSOLATLAH ATAS KEIKHLASAN SERTA RASA TANGGUNGJAWAB KEPADANYA YANG ESA...

MANGKUK TINGKAT PUNYA BANGLA...


ULASAN : MANGKUK TINGKAT PUNYA PENDATANG...DAH LA DATANG SECARA HARAM...KENA TANGKAP, DUDUK DALAM TAHANAN, MAKAN FREE, BERAK CANGKUNG (TAK TAU LA KOT KAT DEPO TAHANAN TU PAKAI TANDAS DUDUK), LEPAS TU MERUSUH SURUH HANTAR BALIK... YANG ENGKAU DATANG SECARA HARAM TAK PERNAH RISAU NAK KENA TANGKAP KE? HABIS DUIT RAKYAT, DOK BAGI MAKAN MANGKUK-MANGKUK AYUN NIE..MAU PAKSA SEMUA MASUK DALAM DEPO TAHANAN TU, KUNCI DARI LUAR, SIMBAH MINYAK, BAKAR SAMPAH TEPI DEPO TUH (HE...HE...HE...JGN DI BAKOR NYER DEPO TUH PULAK) BIAR ASAP-ASAP SAMPAH TU MASUK IKUT TINGKAP...BARU DIORANG RASA LEMAS! ISH! RIMAS DESPERADO BACA BERITA NIE!

DOA PEMBANGKANG DIMAKBULKAN

ULASAN : DESPERADO BUKAN LAH ALIM ULAMA YANG INGIN BERBICARAKAN TENTANG AGAMA SECARA PANJANG LEBAR, TETAPI ALHAMDULILLAH SETAKAT INI, YANG WAJIB KITA TUNAIKAN, YANG HARAM KITA TINGGALKAN, YANG SUNAT KITA BANYAKKAN... NAMUN BUKAN DIRI INI YANG MENJADI TOPIK PERBINCANGAN, TETAPI SECARA TETIBA TERPANCAR SEDIKIT KESEDARAN KETIKA MEMBACA ARTIKEL PENULISAN MOHD FAKRI MOHD AZMI INI...




Allah pasti akan tunaikan doa yang dibuat oleh kita samada kita sedar atau tidak. Yang perlu dilakukan oleh kita, adalah bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah.

Walaupun demikian, ada had dan batas yang perlu kita ketahui apabila berdoa. Pengertian 'istidraj' dan doa hamba yang soleh perlu difahami sedalam-dalamnya agar konsep berdoa tidak disalah tafsirkan.

Tidak bermakna doa yang dipohon selama ini masih tidak dirasai nikmatnya bermakna doa tidak diterima Allah. Mungkin Allah kasih akan hambaNya itu dan sentiasa mahu mendengar hambaNya itu berdoa kepadaNya.

Mungkin juga hamba Allah yang tidak pernah menjalani kehidupan seorang Muslim sebenar telah termasuk dalam 'istidraj' oleh Allah walaupun mendapat kesenangan berlipat kali ganda sewaktu di dunia yang sementara ini.

Begitu juga perlu kita fahami, apabila seseorang itu memperkatakan sesuatu ke atas orang lain berulang-ulang kali, maka itu adalah doa. Samada secara baik atau tidak. Kefahaman kita, apabila telah melebihi 40 kali, mungkin Allah akan memakbulkan kata-kata itu.

Apa yang ingin diterangkan di sini adalah betapa pembangkang terutamanya yang Muslim selama ini secara sedar atau tidak telah mendoakan sesuatu kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bertahun-tahun lamanya mereka memperkatakan perkara itu secara berulang-ulang kali dan mungkin telah melangkaui berjuta-juta kali. Kefahaman kita, apabila disebut berulang-ulang kali maka ia sudah jadi suatu doa. Pada hari ini, dapat kita lihat doa-doa mereka nampakkan 'dimakbulkan'.

Selama ini, pembangkang asyik dengan poster dan kata-kata "BN = Barang Naik". Inilah yang diusung dan diperkatakan oleh mereka sewaktu siri demonstrasi dan Pilihan Raya Kecil sebelum ini. Tidak pernah terlihat oleh kita kata-kata seperti "BN : turunkan harga barang" atau "kami berdoa pada Allah semoga Kerajaan mendapat ilham untuk menurunkan harga barang". Yang selalu didengar adalah sorakan dan pekikan "BN : Barang Naik".



Bayangkanlah apabila ribuan orang menjerit dan memekik berulang-ulang kali, maka sudah tercapai hasrat mereka. Harga-harga barang sudah tidak dapat dikawal kenaikannya walaupun Kerajaan berusaha dengan bermacam-macam cara untuk mengawalnya. Kerajaan memberikan subsidi minyak berbillion RM setiap tahun yang akhirnya terpaksa dikurangkan kerana 'doa mustajab' oleh pembangkang.

Justeru, jangan dipersalahkan Kerajaan dalam soal kenaikan harga barang kerana pembangkang sendiri yang meminta perkara ini dimakbulkan.

Sepatutnya, pembangkang dan seluruh rakyat bersatu untuk sama-sama berdoa agar Kerajaan yang ada pada hari ini dapat menangani segala permasalahan globalisasi.

Pastinya dengan doa yang setulus hati kepada Allah, pasti Allah tidak akan menghampakan doa hambaNya yang sedang berada dalam kesempitan.

Jangan terus berada dalam suatu keadaan apabila kita tidak dapat menerima sesuatu, maka kita marah, memaki-hamun, melontarkan fitnah yang pelbagai dan mengatakan bahawa Kerajaan yang ada pada hari ini zalim dan tidak pandai.

Ingatlah, bahawa Iblis juga marah dan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s kerana perbezaan sumber penciptaan. Allah sendiri menegaskan bahawa Iblis dan malaikat yang lain bahawa mereka tidak mengetahui apa yang Allah ketahui. Pastinya ada hikmah disebalik setiap kejadian Allah.

Hari ini pula, kita lihat bahawa doa-doa pembangkang iaitu "BN : Barang Naik" telah dimakbulkan. Itulah punca atas kejadian dan pastinya hikmah Allah akan ada selepas ini. Kita perlu terus berdoa untuk kebaikan negara ini dan pemimpin-pemimpinnya. Begitulah mustajabnya seutus doa.

UNTUK ARTIKEL PENUH, KLIK PADA LINK DI BAWAH:

http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=7653

KITA UMAT ISLAM, DOA MERUPAKAN SENJATA PALING BERHARGA DIKURNIAKAN ALLAH...POHONLAH PADANYA KEBAIKAN...INSYAALLAH...

Wednesday, June 25, 2008

BILA KING PETRA BERTITAH...

Dakwaan Raja Petra bermotif politik: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkan beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai bermotif politik. Timbalan Perdana Menteri berkata, tuduhan dan pembohongan Raja Petra itu adalah 'sampah' yang sengaja direka semata-mata bagi memburukkan imejnya.
Katanya, polis sudah mengambil kenyataan Rosmah dan selepas ini akan mengambil kenyataan beliau serta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Saya harap siasatan itu dapat diselesaikan segera kerana saya tidak nampak alasan lain kenapa dakwaan itu ditimbulkan," katanya.

ULASAN : SEBENARNYA DESPERADO MALAS NAK ULAS PASAL KES KING PETRA NIE...PASAL TAK BERAPA NAK KENAL SANGAT PUN, KENAL HARI TU PASAL KES BLOG DIA MALAYSIA TODAY. TAPI HARI NI TERASA TERPANGGIL PULAK NAK MENCORET SEPATAH DUA KATA. KOT KALAU ADA SESAPA YANG KENAL LEBIH LANJUT DENGAN KING PETRA NIE, MENYOKONG TINDAKAN BELIAU, SANGAT DIALU-ALUKAN MEMBERI KOMEN SERTA INFORMASI TAMBAHAN TENTANG BELIAU...

KETIKA KES ALTANTUYA DI HEBOH DICERITAKAN DI MAHKAMAH, TIDAK PULA KEDENGARAN TENTANG KING PETRA NI MEMBERI ULASAN-ULASAN YANG SENSASI. TETAPI SETELAH SUASANA MENJADI TENANG SEKETIKA, BELIAU MUNCUL DENGAN ARTIKEL KONTROVERSINYA "LET SEND ALTANTUYA MURDER TO HELL" YANG MENGAITKAN BEBERAPA ORANG PEMIMPIN NEGARA SEPERTI DATO SERI NAJIB DAN ISTERINYA DAN LAIN-LAIN LAGI. LEPAS TU MOGOK DALAM PENJARA..PATUT DI BIARKAN JE...KEMUDIAN MUNCUL PULA DENGAN PENGAKUAN BERSUMPAHNYA YANG MENGATAKAN BELIAU MEMPUNYAI SUMBER-SUMBER YANG SAHIH MEMBERITAHU BELIAU MENGENAI SKANDAL ALTANTUYA NI...

ISH! SIAPA SEBENARNYA KING PETRA NIE? DIA NI MENGUNDI KE TIDAK? KENAPA DIA BEGITU MEMBENCI PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA? KENAPA BELIAU GEMAR MENULIS PERKARA-PERKARA SEDEMIKIAN? YANG PALING PENTING, SIAPA DALANG YANG ME"WAYANG KULITKAN" SI BOTAKING INI? ADAKAH INI TUJUAN POLITIK? BENARKAH BELIAU INGINKAN KEADILAN DALAM SETIAP PENULISANNYA ATAU SEBALIKNYA? SIAPAKAH "SUMBER-SUMBER YANG SAHIH" YANG MEMBERITAHU SEMUA PERKARA-PERKARA KARUT INI? KENAPA TIDAK "SUMBER-SUMBER YANG SAHIH" ITU SENDIRI MELAPORKANNYA KEPADA PIHAK YANG BERKUASA?

SO, PLEASE LA..TOLONG LA JAWAB PERSOALAN-PERSOALAN DI ATAS...SITUASI YANG DITIMBULKAN OLEH KING PETRA MENYEBABKAN BELIAU SEPERTI BERNIAT JAHAT DAN SEOLAH-OLAH BERTOPENGKAN SYA.....

DESPERADO - Raja Petra ni kerja sepenuh masa dia apa ye?

HIDANGAN AIR KENCING SETAN JADI PILIHAN

YA...MUNGKIN INI LAH AKIBATNYA SETELAH PERBUATAN SEBILANGAN BESAR PENGUNDI DI PULAU PINANG YANG INGIN MENCUBA MENUKAR PEMENRINTAHNYA SEBELUM INI. ARAK DIJUAL DI TEMPAT TERBUKA! JURU AUTO CITY MENJADI MEDAN PENJUALAN AIR KENCING SETAN INI KETIKA KARNIVAL BELIA DI PULAU PINANG SEDANG BERLANSUNG. SUDAH LA KARNIVAL BELIA, GOLONGAN PALING MUDAH TERPENGARUH...DIHIDANGKAN DENGAN AIR JIJIK INI...MARUAH ISLAM SEMAKIN TERCALAR DI PULAU PINANG...PENGANJUR NAK BATAL BUAT APA KALAU DAH DIORANG SENDIRI PUN MELANTAK BENDA ALAH HARAM NI...NAK LAPORKAN PADA MENTERI BESAR? DIA PUN DUA KALI LIMA..

DESPERADO RASA, SEBAB ITU LA HAMPIR 351 ORANG AHLI MIC, MCA DAN GERAKAN MENYERTAI PAKATAN RAKYAT...
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat, Lim Boo Chang yang mewakili kumpulan itu berkata

"Kami memilih PKR kerana parti itu
mengamalkan politik sederhana dan telus
serta berminat dengan objektif parti menentang
rasuah, kronisme dan nepotisme."
“Tindakan kami menyertai PKR
adalah demi kepentingan awam,”
katanya yang sebelum ini menganggotai MCA - Lim Boo Chang
KALAU DALAM BARISAN NASIONAL, MAMPUS TAK BOLEH MABUK-MABUK HAAA! KALAU JOIN PAKATAN RAKYAT, ADA CAN LA NAK JOIN PARTI MABUK-MABUK BERSAMA RAKYAT.
BOLEH BERAMBUS...LEPAS NIE JANGAN JILAT LUDAH SENDIRI SUDAH!

THE RETURN OF...

WELCOME BACK!

TAN SRI ISA SAMAD KINI TELAH BEBAS DARI PENGGANTUNGANNYA DI DALAM UMNO SELAMA TIGA TAHUN. TAN SRI ISA SEBENAR ADALAH SALAH SATU CONTOH YANG PATUT DI DIIKUTI OLEH POLITIKUS-POLITIKUS LAIN YANG AKUR DENGAN ARAHAN SERTA KEHENDAK PARTI JIKA MELAKUKAN KESILAPAN. DI SAMPING ITU KESETIAAN KETIKA DI GANTUNG BEGITU UTUH DAN TURUT MEMAINKAN PERANAN PENTING KETIKU ISU LOMPAT PARTI HANGAT DIPERBINCANGKAN.

SYABAS DAN TAHNIAH JUGA KERANA TELAH BERJAYA MENGHARUNGI KEPERITAN PERGANTUNGAN SELAMA TIGA TAHUN. PENGALAMAN SERTA ILMU POLITIK YANG ADA PADANYA HARUS DIPERGUNAKAN SECARA LEBIH EFEKTIF UNTUK DI IKUTI OLEH GOLONGAN MUDA DI DALAM POLITIK. PEMBEBASAN BELIAU MUNGKIN AKAN MENCERIAKAN KEMBALI SUASANA POLITIK DI NEGERI SEMBILAN..
MUNGKINKAH BELIAU AKAN BERSAING POSISI NAIB PRESIDEN UMNO YANG DIA SENDIRI KOSONGKAN SERTA MASIH KOSONG HINGGA KINI? NANTIKAN...

Tuesday, June 24, 2008

AKU DAH KATA DAH!

Kedah tetap mahu tebang balak
22/06/2008 3:13pm
ALOR STAR 22 Jun – Kerajaan Kedah tetap mahu menebang balak di kawasan tadahan air negeri ini meskipun pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang meminta cadangan itu dikaji semula.
Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak bagaimanapun memberi jaminan pembalakan di kawasan tersebut tidak akan menjejaskan alam sekitar dan bekalan air untuk kegunaan pertanian.
Katanya, penuaian balak akan dijalankan secara teratur dan sistematik seperti 'mencabut uban di celah-celah rambut' iaitu hanya pokok tua yang akan ditebang, melibatkan tiga hingga empat batang bagi setiap hektar.
''Mungkin sesetengah orang akan menganggap kita mahu menggondol hutan tetapi kita tidak akan buat macam itu. Kalau kita tebang, kita akan pastikan bahawa alam sekitar tidak terjejas,'' katanya.

ULASAN : HAH! KAN DESPERADO DAH CAKAP...DIA MESTI TEBANG PUNYA WALAU PUN KERAJAAN AKAN BAYAR PAMPASAN...

WHY?

PASAI KEDAH MENANG PIALA MALAYSIA...PEMAIN-PEMAIN PERLU DI BAYAR GANJARAN SEPERTI MANA YANG DIBUAT OLEH KERJAAN YANG TEDAHULU YANG TAHU MENGHARGAI ERTI KEMENANGAN...DI SAMPING MENYAMPAIKAN RASA TERIMA KASIH.
USTAT AZIZAN KITA NIE SUDAH GELABAH, NAK BAYAR, DUIT TAK DAK, YANG DIA DOK NAMPAK HUTAN MAAR HIJAU TROPIKA TEMPAT TADAHAN AIR DI NEGERI KEDAH. RAMAI ORANG KOMPLEN, USTAZ TAK PANDAI URUS SUMBER, BUKAN DIA TAK PANDAI, KALAU TAK PANDAI BUAT APA JADI MENTERI BESAR, CUMA LAMBAT PICK UP SIKIT...BIASA LA ORANG LAMA. NEGERI-NEGERI JIRAN PUN SUDAH MENGELABAH, LIM GUAN ENG KATA, KALAU HANG TEBANG, HABIH MELIMPAH AYAQ MASUK KE PULAU PINANG. SATGI HUJAN LEBAT MAI, HABIH BANJIR LA NEGERI AKU...AKAI ADA KA! TUAN GURU NIK AZIZ PUN DAH PENING KEPALA MEMIKIRKAN TEMAN SEJAWATNYA INI. NAK TEGUR, TAHUN LEPAS KELANTAN PUNYA BUKIT BANYAK TERGONDOL.
USTAZ KATA PENEBANGAN DI JAMIN TIDAK AKAN MENCEMAR ALAM SEKITAR, KATA MEMANG SENANG, ESOK BILA DAH JADI, SINTING SELUAR SAMPAI KEPALA LUTUT LA. PENEBANGAN TERSEBUT JUGA DIKATAKAN UNTUK KITARAN ALAM. TEBANG POKOK LAMA, BIAR POKOK BARU TUMBUH. LA...ITU KITARAN SEMULA JADI, BUKAN MANUSIA YANG SAJA PI TEBANG. POKOK TU BUKANNYA BOLEH TUMBUH SETAHUN DUA, BERPULUH-PULUH TAHUN BARU BESAR MACAMA GITU...HMMM...


...ALAHAI USTAZ AZIZAN...

TAWARAN LUMAYAN DI OLIMPIK

Atlet negara menang emas Olimpik dapat RM1 juta
KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini dan temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ianya wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.
“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukanlah satu perkara yang mudah kerana pertandingan pada Olimpik semakin sukar. Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi kita lihat standard semakin meningkat.
“Oleh itu kita haruslah meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di sini.
Najib berkata, negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$1 juta untuk atlet mereka yang meraih emas di temasya Olimpik.

ULASAN : FUH! LUMAYAN...CUKUP LUMAYAN...INI ADALAH SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA ATLIT-ATLIT YANG BERJAYA DIPERSADA PALING BERPRESTIJ DALAM ARENA SUKAN. JADI BERUSAHALAH BETUL-BETUL DAN DI HARAPKAN ATLIT-ATLIT KITA BERJUANG TIDAK HANYA KERANA WANG GANJARAN TETAPI JUGA UNTUK MENINGKATKAN NAMA NEGARA DI PERSADA DUNIA...
SO...PADA PIHAK-PIHAK YANG TAK BERSETUJU KERAJAAN MEMBELANJAKAN WANG TERSEBUT, FIKIR-FIKIRKAN LAH, ANAK KITA DAPAT BAGUIH KAT SEKOLAH PUN KITA BAGI HADIAH, INI KAN PULA KERAJAAN, KALAU DAH BERJAYA NAIKKAN NAMA NEGARA, MENJADI KEBANGGAAN RAKYAT, TAK KAN TAK DAPAT APA-APA KUT...MESTI LA BAGI SIKIT...UPPS, BANYAK SIKIT...DON'T WORRY, GANJARAN CUMA SEKALI SAHAJA, TAK MACAM GAJI KHALIB KENA BAYAR TIAP-TIAP BULAN...

NICE NUMBERS...


I LIKE THIS ONE...

Gincu, tumit tinggi haram di K. Bharu
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.
Yang dipertuanya Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.Katanya lagi, lapor Bernama, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada; memakai baju berlenganpanjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.
ULASAN : DESPERADO TAK NAK KOMEN BANYAK...TINDAKAN YANG BIJAK UNTUK MENAMBAH BAIK AKHLAK MUSLIMAH AMATLAH DI SOKONG. DAH HUKUM, WAJIB IKUT! TAK KENA SAMAN DI DUNIA, KORANG JAWAB LA KAT "SANA" NANTI...

Monday, June 23, 2008

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH...

ULASAN : APA CERITA NI? PATUT LA TARGET BERKUMPUL 100 RIBU ORANG, TAPI YANG DATANG CUMA HAMPIR 15 RIBU...NAK KUMPUL DUIT RUPANYA...YB KHALID CAKAP TAK PERLU KUTIP...IYER LA, BUKAN DIA YANG NAK, ADA LA KUMPULAN-KUMPULAN TERTENTU YANG NAK MENGAMBIL KESEMPATAN. KOT-KOT MASUK LA NANTI PERCENTNY JADI LA...
AKTIVITI KUMPUL "DERMA" MACAM NI DAH LAMA DAH MULA, DARI PADA MULA BERKEMPEN PILIHANRAYA DULU LAGI, MEMANG LA BUKAN UNTUK ORANG YANG BERCERAMAH...BANYAK AGENDA LAIN YANG TERSEMBUNYI.
KALAU DILIHATKAN KEMBALI KETIKA KEMPEN PILIHANRAYA DULU, DALAM GELAP GELITA ORANG RAMAI BERKUMPUL MENDENGAR CERAMAH, ADA JE INDIVIDU YANG MENADAH SONGKOK, BAJU, PLASTIK SAMPAH PUN MEMINTA "DERMA" PADA ORANG RAMAI YANG HADIR PADA MALAM TU... SANGGUP BERJALAN MEREDAH RIBUAN YANG HADIR UNTUK "DERMA" MEREKA...
RUPA-RUPANYA AKTIVITI TERSEBUT BERLANJUTAN HINGGA KINI, EVEN DAH MENANG PUN BUA JUGA BENDA MACAM NIE. SILAP HARIBULAN, WAKTU KAT STADIUM HARI TU, ADA JUGA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MENADAH "DERMA" DI SETIAP BANGKU PENONTON DAN DI TENGAH PADANG...YB KHALID KATA "TAK SEBERAPA PUN"...TU PASAL LA MASUK DALAM AKAUN PKR, LEPAS TU NAK DIBEKUKAN..CAKAP JE TU...SAPA TAHU? KALAU SUMBANGAN DARI SYARIKAT SWASTA, TAK KAN "TAK SEBERAPA" JER KOT? YANG MENADAH DALAM STADIUM TU? KALAU SORANG KASI SERINGGIT, 15 RIBU ORANG BAGI, HUH! TAK LIMA BELAS RINGGIT? KAYA! KAYA! KAYA!
NILAI KAN SENDIRI UNDI ANDA SEBELUM INI...

SEMUANYA TAK KENA...

ULASAN : HMMM...DAH NAMANYA PUN PEMBANGKANG, APA KITA BUAT SEMUA TAK KENA. KALAU MENGHARAPKAN DIORANG, SILAP-SILAP DAH KENA JUAL NEGARA NIE, OK LA TUH, DARIPADA 100 HARI HABUK PUN TAK ADA...BALIK-BALIK DEMONSTRASI, SEJAM LEPAS TU BERKUMPUL RAMAI-RAMAI, TERPEKIK TERLOLONG, SEMINGGU LEPAS TU, BERKUMPUL KAT STADIUM, PASAL APA? NAPA TAK BERKUMPUL TENGAH JALAN LAGI? OOH..SEBAB SENANG PARKING...

MACAM MANA NEGARA NAK AMAN KALAU ASYIK BERKUMPUL JER...TANGGAPAN ORANG LUAR DAH JADI BUSUK, MANA TAK NYA, DATANG NAK MELANCONG, ASYIK TENGOK ORANG TERPEKIK TERLOLONG...

BERFIKIR SECARA INOVATIF DAN KREATIF, BOLEH JUGA TINGGKATKAN PRODUKTIVITI, INI ASYIK BAGI CONTOH YANG BURUK, CUBA BAGI CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKKAN...APA LA NAK JADI...

RAKYAT PERAK MASIH MENUNGGU SELEPAS 100 HARI

"Much ado about nothing. This pretty much describes the political scenario in Perak over the past 100 days since Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin took over the reins as the 10th menteri besar on March 17. "

Ulasan dari M. Husairy Othman, NSTP

ULASAN : 100 HARI BERLALU, YB NIZAR ESOK AKAN MEMULAKAN PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG PERTAMA. PEMBANGKANG (YANG DAHULUNYA KERJAAN) PASTI SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN PERSIDANGAN INI. HAMPIR 300 SOALAN LISAN AKAN DIPERDENGARKAN. KITA TINGGALKAN DULU TENTANG PERSIDANGAN YANG HANYA AKAN BERMULA BESOK, TETAPI TUMPUKAN APAKAH YANG TELAH DILAKUKAN OLEH MB NIZAR SELAMA SERATUS HARI.

RAMAI YANG MASIH MENGELUH, TERUTAMA YANG BERADA DICERUK KAMPUNG, MASIH LAGI BELUM TERASA BAHANGNYA KERAJAAN BARU INI. APA YANG DIFOKUSKAN HANYA DI BANDAR IPOH DAN MASIH LAGI MENUDING JARI TENTANG KELEMAHAN KERJAAN LAMA. STOP IT NIZAR! RAKYAT PERAK TELAH MEMILIH ANDA SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA DAN MEREKA TIDAK MAHU MENDENGAR SEGALA MACAM KERENAH BIROKRASI YANG ADA PADA KERJAAN TERDAHULU. MEREKA SUDAH BOSAN SEBAB ITULAH MEREKA MEMILIH ANDA SEBAGAI PEMIMPIN.

SEDANG KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DAN SELANGOR TELAH MENYEDIAKAN BLUE PRINT PRERANCANGAN MEREKA (ENTAH BUAT ENTAH TIDAK...JANJI BENTANG!), MB NIZAR MASIH LAGI TERCARI KE MANA HALA TUJUNYA. TIDAK HABIS DENGAN ISU-ISU LEPAS DIBANGKITKAN, DITUDINGNYA JARI KEPADA MEDIA-MEDIA MASSA YANG DIKATAKAN TIDAK MEMBERINYA PELUANG UNTUK BERSUARA DAN MUNCUL SEBAGAI HERO RAKYAT. COME ON LA YB, KALAU DIIKUTKAN PERJUANGAN PAS, TUAN GURU NIK AZIZ KATA, KITA KERJA KENA IKHLAS, TAK KELUAR TV PUN TAK APA, JANJI RAKYAT TAHU KITA BUAT KERJA. TAPI MB BARU NI LAIN PULAK SONGEHNYA, NAK KELUAR KAT RADIO, NAK GAMBAR-GAMBARNYA SEDANG MENOLONG ORANG DIPAPARKAN DI DADA AKBAR MAINSTREAM

"Pictures of me giving assistance to the poor were shown on Internet newspapers but I did not see my pictures in the mainstream media. "I tell you it is painful being a menteri besar and not see the photographs of me giving assistance to the hardcore poor," he said during a press conference. -MB NIZAR-


...MANA KEIKHLASAN ANDA SEBAGAI WAKIL RAKYAT. BUAT KERJA LA DULU...BARU HAPUSKAN SAMAN...ISU PEMEBERIAN HAK TANAH PUN BELUM SELESAI...TAK KAN ITU PUN NAK SURUH MASUK PAPER...HARI TU KAN DAH POPULAR PASAL PECAT KAWAN KITA TU...


BUAT LA KERJA DULU KALAU NAK KEKAL LAMA...JANGAN JADI TUNGGANGAN ORANG SEMATA-MATA. OKAYLA..NIE LA GAMBAR-GAMBAR YANG NAK SANGAT MB PERAK KITA DIPAPARKAN DI DADA AKHBAR....

SI CACAT YANG HINA

JOHOR BARU: (NST ONLINE)
Beggars can't be choosers, but one was so well-off he offered a RM200 bribe yesterday to a welfare officer to let him go.
Johor Baru Welfare Department officer Manayi Ibrahim said the Chinese national tried to bribe one of the officers during an operation to round up beggars who ply their trade around the underpass near the Causeway.Two Chinese nationals and two local men were held.The 46-year-old man tried to bribe the officer when told to get inside the department van."The officer was taken aback by his audacity," said Manayi.
The man, whose left leg was amputated at the thigh, had RM174 and an undetermined amount in foreign currency. The other Chinese beggar, also an amputee, refused to speak but his companion said they were living in a nearby hotel."They stay in hotels, communicate using Nokia mobile phones and earn hundreds of ringgit a day by begging," said Manayi."We caught them around 11am yet they had already collected hundreds of ringgit. "Those who gave them money probably earn less than they do."The operation involved nine welfare officers and was the third this week. The department will continue its checks in the city as the number of beggars is expected to rise before and during the fasting month.


ULASAN : ISH...ISH...SUDAH LA CACAT, BUAT PERANGAI MERASUAH PULAK LAGI...SAJA JER CARI NAHAS MAMAT CINA NIE...RUPA DIORANG NIE ADA KOMPLOT DENGAN GENG-GENG CACAT YANG UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI MEMINTA SEDEKAH INI...KUTIPAN HARIAN BOLEH MENJANGKAU RATUSAN RINGGIT. JANGAN LA KITA DOK PEGI BUAT BENDA-BENDA TAK SENONOH NIE, EVEN HARGA MINYAK NAIK, BERUSAHALAH DENGAN JALAN YANG LEBIH HALAL DAN SESUAI DARI MENAGIH SIMPATI ORANG DI TEPI JALAN.

DESPERADO : TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA

GIMIK BERBASIKAL YANG MURAHAN


(Petikan dari Agendadaily.com)
Empat Ahli Parlimen pembangkang hari Isnin memulakan 'gimik' awal ekoran kenaikan harga minyak dengan menaiki basikal datang ke Dewan Rakyat. Mereka ialah Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua, Zulkefli Nordin (Kulim Bandar Bharu) dan Gobalakrishnan (Padang Serai). Mereka berkata, tujuan mereka menaiki basikal untuk menunjukkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Namun pada masa yang sama perkarangan Parlimen tempat letak kereta penuh dengan kereta Ahli Parlimen termasuk pembangkang, pegawai kerajaan dan para pemerhati. Malah ada yang terpaksa meletakkan kereta di luar kawasan Parlimen. Mereka yang turut mencabar Perdana Menteri datang ke Parlimen menaiki basikal bagi merasai kepayahan yang dihadapi rakyat serta menunjukkan contoh mengubah gaya hidup.
ULASAN : DESPERADO RASA DEME NIE LEBIH-LEBIH LA, SAJA NAK MENCARI PUBLISITI MURAHAN. RASANYA TAKDER RAKYAT YANG MENDERITA SAMPAI MENCAKAR PASIR MENCARI REZEKI, SAJER JE LEBIH-LEBIH. SELALU BERFIKIRAN NEGATIF, KALAU NAK BERUBAH, KENAPA MESTI BERUBAH KE ARAH YANG MENYEKSA DIRI SENDIRI, KENAPA TIDAK BERUBAH KEPADA YANG MEMUDAHKAN DIRI, EMPAT-EMPAT JANTAN DI ATAS HANYA MENGAJAK MASYARAKAT DAN RAKYAT SUPAYA BERFIKIRAN LEBIH SEMPIT. SEHARUSNYA, JIKA KEADAAN MENJADI SEBEGINI RUPA, HARUSNYA KITA SEBAGAI PEMIMPIN MENGGALAKKAN RAKYAT BERFIKIRAN SECARA LEBIH KREATIF, BUKAN DENGAN MEMBERIKAN CONTOH-CONTOH MURAHAN SEPERTI DI ATAS. DESPERADO MENYOKONG PENULISAN SU-KJ.BLOGSPOT YANG MENCERITAKAN TENTANG KETIDAD IKHLASAN PERBUATAN DI ATAS.
DESPERADO TENGOK SI INDIA TU DAH BERPELUH KETIAK DAH TU, CONFIRM BAU TUNGKIK! KALAU BETUL DEME MENCABAR KERAJAAN SEDEMIKIAN, DESPERADO CABAR KEEMPAT-EMPAT WAKIL DI ATAS JUAL KERETA MASING-MASING, NAIK BASIKAL SAMPAI LA HARGA MINYAK TURUN!!!

SEPANYOL LAYAK KE SEPARUH AKHIR!


Lengkap 4 Pasukan ke separuh akhir setelah Sepanyol berjaya menewaskan Italy 4 - 2melalui sepakan penalti. Sepanyol merupakan satu-satunya pasukan yang menjuarai kumpulan yang layak ke separuh akhir. Sepanyol akan bertemu Russia pada Khamis ini...

PAS AJAK SAPP JOIN...!


Isk! Desperado terkedu seketika bila terbaca berita di Harakah Daily bila Tuan Guru Nik Aziz nak offer SAPP untuk join PAS...BIAR BETUL TUAN GURU! Walaupun Desperado tahu kalau nak dibandingkan logonya kedua-dua parti tu ada la kesinambungan (satu gambar bulan, satu lagi matahari, match la kot, ke Tuan Guru dok nampak SAPP di terbalikkan jadi PASS?),lupakan la saja niat tu Tuan Guru. Deme tu pembohong...tambah-tambah Teck Lee.
Lagipun, selain dari UMNO, deme percaya pada Tuan Guru jer...tinggal deme jer la parti Melayu yang nak memperjuangkan nasib bangsa kite. Nak mengharapkan DSA Anwar, hmmm, yang mengikut di belakang dia tuh ramai pulak yang tak bersunat...PIKIR-PIKIRKAN LAH (ke Tuan Guru saja nak buat lawak....)

Sunday, June 22, 2008

SEDIH?


Aik Tun!...baru cakap camtu you dah sedih...come on la Tun, I know you for how long? twenty plus years...You are stronger than this...dah jangan sedih-sedih...malu kat orang la...You kan hati kering, apa orang kat you tak peduli pun selama ni...dah dah la tuh...pegi rehat yer Tun...tak pun gi update blog tuh...I tengah tunggu artikel baru u nie...

TARGET 100000, YANG DATANG CUMA 15 RIBU?


Antara gosip hangat yang kini berlegar ialah mengapa ketiga-tiga Menteri Besar PAS tidak hadir pada majlis sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan di Stadium Shah Alam Jumaat malam.Sebelum ini poster yang dipasang di berbagai tempat memberitahu ketiga-tiga Menteri Besar Kelantan,Kedah dan Perak akan hadir.Juga tidak hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang.Dalam pada itu pihak penganjur juga dikatakan amat kecewa jumah kehadiran orang ramai.Paling banyak mengikut anggaran kasar ialah sekitar 15,000 iaitu jauh dari sasaran asal hendak menghimpunkan seramai 100,000 orang pada malam itu!
Pada Desperado, Himpunan 100 hari ini hanya bertujuan untuk kepentingan Dato Seri Anwar Ibrahim sahaja bagi mencari pengaruh saja. Masyarakat dah bosan dengan ucapan-ucapan yang membuak-buak berkinginan untuk menjadi Perdana Menteri beliau.
Buat apa la Tuan Guru kita susah nak turun dari Kelantan, penat balik dari umrah pun belum habih lagi, lepas tu nak dengar cercaan, fitnah di kalangan beribu orang, hmmm...buat dapat dosa kering jer la...baik tak payah pergi. Lagipun, hala tuju PAS bukannyer sama pun. Tapi tak tau la kot dah keliru sekarang...
Kalau dah pemimpin-pemimpin tertinggi di dalam PKR pun tak datang, apa makna semua perhimpunan nie? Bayangkan la, MB Selangor jer yang dok mengipas bontot DSAI, lepas tu ada la si apek Kit Siang...kononnya mewakilkan anaknya...hampeh! Waktu Kit Siang berucap, geng-geng yang berpurdah, berkopiah putih, dah keluar dari stadium pun...pada fikiran mereka, "buat apa aku nak dengar kafir nie berucap berucap"...
Aaaaah!!! Semua ni buang masa...sikit-sikit nak berkumpul, berhimpun...kononnya perhimpunan akan menjadi benchmark untuk perhimpunan satu lagi yang akan diadakan pada 6 Julai ini...APA LA DIORANG NIE, TAKDER KERJA LAIN KE? ASYIK BERHIMPUN JER..BILA KERJA NAK JALAN...

SEKALI SEKALA SEMBANG EURO...





TIGA PASUKAN TELAH MENEMPAH TIKET UNTUK KE SEPARUH AKHIR EURO 2008. TURKEY,GERMAN DAN YANG TERBARU RUSSIA. JIKA SEKLAI PANDANG, SEMACAM ADA SATU PATTERN YANG BERLAKU KETIKA PUSINGAN SUKU AKHIR INI BERLANSUNG. KE SEMUA JUARA KUMPULAN TEWAS DI PUSINGAN SUKU AKHIR. MANAKALA, PASUKAN-PASUKAN YANG BERMASALAH KETIKA PERINGKAT PUSINGAN KUMPULAN BEGITU MENYERLAH. ADAKAH PERLAWANAN PADA PAGI ESOK AKAN MENURUTI PATTERN YANG SAMA? JIKA IANYA BENAR, MAKA ITALY DAPAT MENARIK NAFAS LEGA, NAMUN BOLA ITU BULAT, APA SAJA BOLEH TERJADI (PETIKAN DARI KATA-KATA HASBULLAH AWANG) JANGAN LUPA SAKSIKAN PERLAWANAN INI PADA PUKUL 2.45 PAGI...LEPAS TU JANGAN PONTENG KERJA! MAKCIK ANGKAT MELAYU...ADAKAH MASIH ADA HARAPAN PADA TURKEY?

TAHNIAH KEDAH!!! MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN PIALA FA...




Hari ni Desperado balik dari kampung, risau tak sempat tengok Final Piala FA between Kedah and Selangor. Mujur sempat lepak kat R N R Bukit Merah, rupanya deme pun dok layan Final. Terus lepak! Masa Desperado sampai, kedudukan dah Kedah 3 Selangor 1, uih! Hampir benar ramalan ku, tapi yang pasti nak tengok 5 biji gol dijaringkan, dengan harapan Kedah dapat menyumbat lagi satu gol, sekali penalti daaaa....takperlah, 3 - 2! Takperlah, janji ada 5 biji gol yang dijaringkan, anyway Congratulation to all the players, coaches for the great and entertaining game tonight! HAAA...MB AZIZAN, CARI LA HUTAN MANA-MANA HABUAN NAK TEBANG, KOT-KOT BOLEH DAPAT UNTUNG PASAI NAK KENA BAGI IMBUHAN PADA PEMAIN-PEMAIN YANG BERJAYA MENAIKKAN NAMA KEDAH NIE...JANGAN PI JUAI PULAU LAGKAWI SUDAH LA...YANG ITU CHE DET PUNYA, SATGI DIA MENGAMUK...NAYA KITA!

Saturday, June 21, 2008

KESIAN PENYOKONG KEDAH..

Ulasan: Nasib...nasib! Dah la kena travel hampir 500 km, sampai stadium, tiket pulak mahal. Harga biasa tiket ialah RM10 untuk tempat duduk biasa kini naik RM 20 manakala harga tempat duduk utama pula dinaikkan ke RM 40 daripada RM 20. Jadi, itulah kesimpulan negeri yang ditadbir pembangkang dan tidak beduit, mereka sanggup lakukan apa sahaja temasuklah mengugut kerajaan, tebang hutan kawasan tadahan air dan termasuklah menaikkan tiket bola... mana tidaknya, nak buat pembangunan semua pakai duit...

Desperado meramalkan malam ni
Kedah 4
Selangor 1

Friday, June 20, 2008

AYAM GORENG HANGIT PUNYA DAP!!!

Adun DAP langgar etika kena halau dari dewan

JOHOR BAHRU: Penggal persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-12 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini, semalam, kecoh apabila Ahli Dewan Undangan (Adun) Bentayan, Gwee Yong Hiong daripada DAP, tidak dibenarkan menghadiri majlis perasmian oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar. Gwee yang hadir dengan berpakaian kot serta tidak bersongkok berada dalam dewan ketika ia bermula kira-kira jam 9.30 pagi, tetapi tidak dibenarkan masuk semula ke dalam dewan selepas ia ditangguhkan kira-kira jam 9.50 pagi ketika Sultan Iskandar berangkat merasmikannya kira-kira jam 10.15 pagi.
ULASAN : APEK NIE SEKOR LAGI, BUKAN SAHAJA TAK PAKAI SONGKOK, ATTIRE YANG DISURUH BUAT PUN DIBIARKAN KAT TOKEY KEDAI KAIN/BAJU. DATANG PAKAI KOT, APER KO INGAT NAK MESYUARAT BELI TENDER/JUAL TENDER KER? INGAT BAPAK KO PUNYA DEWAN KE? EH...KALAU BAPAK KO PUNYA PUN MAUNYER KENA TEMEPELENG DEK BAPAK KO PASAL TAK IKUT PERATURAN TAU...!
Sebelum dewan ditangguhkan, Speaker, Datuk Ali Hassan mengingatkan semua Adun perlu berpakaian rasmi dan bersongkok ketika Sultan berangkat merasmikan dewan.
ULASAN : LAA...DAH ADA ORANG INGATKAN DAH PUN! INI APEK MACAM BUDAK SEKOLAH DALAM KELAS, CIKGU BAGITAU SURUH BUAT KERJA RUMAH, BESOK HARI RABU, DATANG PAKAI UNIFORM, TAPI DIA TIDO!!! PASAL TU DATANG PAKAI BAJU LAIN...
Berikutan itu, Gwee terpaksa mengikuti majlis perasmian berkenaan bersama dengan wartawan serta jurugambar di Bilik Gerakan Tun Hussein Onn menerusi layar besar. Gwee ketika ditanya mengenai tindakannya untuk tidak berpakaian rasmi serta bersongkok ketika majlis perasmian berkenaan, berkata ia adalah berkaitan dengan prinsipnya dan tidak akan bertolak ansur. "Saya menghormati Tuanku Sultan dan Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau pun sudah mengingatkan supaya memakai pakaian berkenaan pada kali pertama, tetapi saya tetap dengan pendirian saya. "
ULASAN : TETAP PENDIRIAN ABAH KO...KO KERJA DENGAN SAPA? KO INGAT KALAU KO KERJA DALAM KOMPENI PUN, ORANG SUKA-SUKA BOLEH BUAT HAL DIA KA? ADA LAW KENA IKUT LA...BUKAN IKUT SUKA HATI

I'M SORRY IF ANY HARSH WORDS WERE USED...DESPERADO TAK TAHAN KALAU BAB BAB KECIK MACAM NIE PUN TAK DAPAT DI IKUT, MALAH MEMBANGKANG LAGI!

ASTAGHFIRULLAH...


Marahkan suami, al-Quran dihina
Jun 20, 08 5:03pm
Seseorang mungkin terlalu geram terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya? Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun. Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.

ULASAN: NAUZUBILLAH...DESPERADO BERDOA KEPADA DIRI SENDIRI SERTA KELUARGA SEMOGA DIJAUHKAN DARI PERANGAI YANG TIDAK BERMORAL INI. KUATKANLAH IMAN JANGAN SAMPAI TUHAN PULA DISALAHKAN...

Yong yang tamak!


Celah kuku je..tak heran la..

ALHAMDULILLAH...PAS DAH BERUBAH

BERIKUT ADALAH SURAT DARI RUANGAN FORUM UTUSAN DARI PA' SHEIKH
Tahniah, Pas sudah berubah
Bandar Baru Bangi
UCAPAN tahniah patut diberi kepada Pas terutama Dewan Ulama Pas kerana Pas telah berubah.
Kalau dahulu menurut ulama-ulama Pas, dalam Islam hanya ada dua hari perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Tetapi sekarang Pas menyambut Hari Wanita, Hari Ibu dan memberi ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan lain-lain.
Sekarang ada majlis hi-tea Hari Wanita
. Cuma yang belum boleh lagi ialah Hari Kekasih (Valentine's Day), mungkin menjelang pilihan raya umum akan datang ia dibolehkan mengikut keadaan.
Suara wanita adalah aurat maka negeri Kelantan Darul Naim tidak menghantar wakil qariah pada Tilawah Al-Quran anjuran kerajaan (kerajaan Taghut - menurut Pas). Tetapi sekarang ketua pembangkang di Parlimen adalah seorang wanita, suara wanita ini bukannya sebahagian dari aurat - dibolehkan.
Sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu, fatwa Pas - wanita tidak boleh jadi calon tetapi mengikut keadaan fatwa berubah dan ia dibolehkan. Yang anehnya ada kawasan pilihan raya, yang mana calon Pas seorang lelaki dan calon UMNO seorang wanita.
Semasa kempen pilihan raya di kawasan tersebut, Pas berkempen tidak boleh mengundi calon wanita. Sesiapa mengundi calon wanita adalah dayus kerana wanita tidak boleh jadi pemimpin. Kalau calon Pas seorang wanita, kempen Pas lain pula. Ini adalah kenyataan bukan cerita yang diada-adakan.
UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain (parti orang-orang kafir), menurut Pas adalah haram. Ada pihak mencadangkan agar UMNO dan Pas duduk berunding - pemimpin Pas tolak.
Alasannya, UMNO tolak Islam. Sekarang Pas berada dalam Pakatan Rakyat (Keadilan, Pas, DAP). Para pemimpin Pas rupanya lupa sejarah iaitu ucapan Presiden DAP sekarang - ''Langkah mayat saya dahulu... (sebelum mewujudkan negara Islam)''.
Pada pilihan raya umum lepas, ada kawasan ADUN yang menyaksikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) seorang Cina dan BN seorang Cina dari MCA.
Jentera Pas kawasan tersebut berkempen untuk calon PKR. Dalam kawasan Parlimen pula, calon BN seorang Cina dan calon PKR seorang Melayu lalu Pas berkempen, jangan undi Cina kafir laknat. Ini kebenaran yang berlaku. Nampaknya Pas juga mengamalkan cara matlamat menghalalkan cara.Tahniah sekali lagi kerana Pas telah berubah dan mengikut keadaan semasa.
Pas tidak ada bezanya dengan parti politik biasa. Tiba masanya untuk kesucian Islam - nama Islam pada Parti Islam Se-Malaysia itu diubah menjadi Parti Umat Se-Malaysia atau sebagainya demi kemuliaan Islam.
Akhir sekali saya terpaksa mengikut jejak langkah Allahyarham saudara Amaludin Darus sebagaimana dalam buku tulisan beliau yang bertajuk Kenapa saya tinggalkan Pas terbitan tahun 1977.
Bagi generasi baru dalam Pas (terutama Ketua Pemuda Pas dan Timbalan Presiden Pas), saya syorkan supaya membaca buku tersebut. (Amaludin adalah pemimpin awal penubuhan Pas). Dalam Islam, kita kena istiqomah dalam perjuangan.
Petikan akhir kata-kata Amaludin: ''Saya tidak mahu menyertai satu kumpulan yang bercakap tetapi tidak berbuat. Menegur orang lain, tetapi memejam mata kepada kesilapan-kesilapan golongan sendiri."

Thursday, June 19, 2008

MB KEDAH BLACKMAILING...GOVERNMENT?!

Kedah ugut tebang balak
Oleh shariza abdullah
ALOR STAR 18 Jun - Kerajaan Kedah mengugut akan menebang balak di kawasan tadahan air di negeri ini jika Kerajaan Pusat enggan membayar pampasan untuk khidmat alam sekitar (PES) yang sepatutnya diberikan kepada mereka.
Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri terpaksa menjalankan pembalakan di kawasan hutan simpan berkenaan bagi menjana ekonomi negeri.
Menurutnya, Kedah akan memperoleh sejumlah RM100 juta setahun dengan penebangan balak di keseluruhan kawasan tadahan air tersebut...more news on Utusan Online

ULASAN : APA NIE DATO...JANGAN MAIN UGUT-UGUT, TAK BAIK LA MACAM TU, KITA SESAMA MUSLIM KENA LA DENGAN CARA DIA, SABAQ DATO NO...SABAQ...DATO PUN BUKAN SIHAT, UZUR TUH, BAWAK-BAWAK LA BEREHAT...SAT GI DOK KALUT PI TEBANG POKOK, MEMBER KAT PEJABAT PAKAT DOK HAMBAT KELUAQ, DENGAQ MACAM-MACAM CERITA, ADA DAH YANG DOK PASANG ANGAN-ANGAN NAK GANTI DATO...KENA JAGA TU...JANGAN LA DATO DOK PI TEBANG HABIH HUTAN KAT KEDAH TUH, BUKAN KA TU KAWASAN TADAHAN, SATGI BANJIR HABIH KAMPUNG-KAMPUNG KAT BAWAH TU...DAPAT RM 100 JUTA PUN TAK GUNA, DOK KENA PEBAIK RUMAH DEPA HAT KENA BANJIR PASAI DATO TEBANG HUTAN DEPA TUH...TAK PA DATO, PELAN-PELAN LA, NANTI DATO LAH BAGI LA TU...SABAQ SAT!

Desperado saja tulis loghat utara, sesapa baca paham, kira ok la tu, kalau tak paham, lantak korang la...cuma nak pesan kat orang-orang kampung kat kaki bukit kawasan tadahan temapat MB nak tebang tu, SEDIAKANLAH BOT SEBELUM BANJIR...

SANGLANG...HERE WE GO AGAIN!

ULASAN : ALA USTAZ HASHIM NIE...BUAT-BUAT KELIRU PULAK...MAHKAMAH DAH TAK BOLEH NAK ISYTIHARKAN YOU MENANG (AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA SECTION 35 (C) YANG MEMBENARKAN MAHKAMAH MEMUTUSKAN CALON SEBAGAI PEMENANG TELAH DIHAPUSKAN PADA TAHUN 2003), LAWAN LA BALIK...NAK TAKUT APA? HARI TU KALAH PUN BARU 149 UNDI JE KAN? KERAJAAN BN SEKARANG KAN TENGAH KELAM KABUT, YOU SURE PUN BOLEH SAPU BERSIH PUNYA LA...TUAN GURU NIK AZIZ PUN SETUJU DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH...KE TAKUT KALAH?

BOLEH BLAH!

KOTA KINABALU: Selepas beberapa minggu mengkritik Kerajaan Pusat, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tindakannya itu bagaimanapun tidak mencerminkan keputusan sebulat suara kepimpinan parti apabila Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan, yang bukan saja tidak bersetuju tetapi terkejut dengan pengumuman berkenaan... (Berita Harian Online)

ULASAN: YONG TECK LEE SEMACAM KOMUNIS DI ZAMAN MODEN YANG MENJADI PEMBELOT BUKAN HANYA PADA SATI PAKATAN, TAPI DUA PAKATAN YANG PERNAH DIANGGOTAINYA..

SIAPA APEK TAK BERSUNAT INI?

1. PADA MAY 1986, APEK INI PERNAH DIDAKWA ATAS KESALAHAN MEMILIKI SENTAJA BERBAHAYA. SENJATA BERBAHAYA? NAK PEGI BERPERANG KA?

2. PADA DISEMBER 1990, BELIAU TELAH DIDAKWA KERANA MENGINGKARI ARAHAN POLIS UNTUK BERSURAI KERANA BANTAHAN KETIKA HARI PENCALONAN PADA OKTOBER 1990. KES TERSEBUT BERLANJUTAN HINGGA MAY 1996 DAN APEK INI TELAH MENGAKU SALAH SERTA DI DENDA RM1000 (SERIBU JE?).

3. PADA OKTOBER 1997, APEK INI ADALAH DI ANTARA NAMA YAG TERSENARAI DALAM KONSPIRASI MENJATUHKAN AWANG TENGAN AWANG AMIN DARI JAWATANNYA SEBAGAI PEMANGKU PENGARAH JABATAN PERHUTANAN SABAH.

4. PADA JUNE 2001, APEK INI TELAH KEHILANGAN KERUSI NEGERINYA APABILA MAHKAMAH PILIHANRAYA TELAH MENSABITKAN KESALAHAN BELIAU DENGAN MEMBAWA PENGUNDI HANTU PADA PILIHANRAYA 1999.

5. MAHKAMAH JUGA TURUT MENSABITKAN KESALAHAN BELIAU KERANA MENGUNAKAN PAPAN-PAPAN IKLAN BESAR UNTUK DIGUNAKAN BAGI TUJUAN MEMFITNAH PARTI LAWAN.

6. BELIAU JUGA TELAH DIKRITIK HEBAT APABIA HAMPIR 57 000 RAKYAT SABAH KERUGIAN HAMPIR RM 400 JUTA SETELAH MELABUR DI DALAM AMANAH SAHAM SABAH. AMANAH SAHAMA INI DILANCARKAN KETIKA DI BAWAH PEMERINTAHAN BELIAU SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH.

SO, DENGAN REKOD YOU YANG TAK SEBERAPA SERTA KERUSI DI DALAM BN PUN HANYA SEKANGKANG KERA...YOU CAN GET LOST!!!

KEPADA RAKAN DESPERADO YANG MENG "SMS" KATA-KATA INI (I QOUTE), TAK PAYAH LA RISAU...

SMS DARI RAKAN DESPERADO
"1 dhn dh patah!..dah la p0k0k kali ni xbrapa nk rimbun..daun pun byk dh guguq..anai2 makin rakus dok mkn btg p0k0k..takt es0k lusa rebah ke tanah ja..hem!" :0 -
bonser parit buntar

Tuesday, June 17, 2008

100 HARI BERPANTANG DAH HABIS...DAPAT LA RM 100...

DAP dengan bangganya mengumumkan untuk memberi RM 100 pada setiap keluarga miskin di Pulau Pinang setelah 100 hari berjaya memerintah Pulau Mutiara. How noble!!! Guan Eng mengatakan bahawa RM 100 ini akan diberikan kepada 100 000 keluarga miskin di Pulau Pinang. Ini bermakna, kerajaan negeri akan membelanjakan RM 10 juta untuk tujuan tersebut.
Namun apa yang memusykilkan di fikiran Desperado yang sememangnya anak jati Pulau Pinang, statistik golongan miskin di Pulau Pinang, tidaklah sampai 100 000 orang pun...this is ridiculous! Hundred thousand is too much.

Mengikut statistik Yayasan Basmi Kemiskinan (http://www.ybk.org.my/artikel/20070713%20UM.htm) negeri Pulau Pinang merupakan negeri paling rendah peratus kemiskinanannya berbanding negeri-negeri lain. IT IS ONLY 0.3%! Penduduknya pula hampir 1,401,400...so simple calculation should get around 42042 people only. Mana pulak datangnya lagi lebih 60 ribu orang tuh...biar betul Guan Eng...10 juta tu nak bagi pada siapa sebenarnya?
video
Desperado terbayang...apa la nak dibuat ngan seratus ringgit tuh? Seratus Hari dapat RM 100, kalau seribu hari maybe dapat RM 1000 kot..

HAYATI PERBANDINGAN INI...

ISU HARGA MINYAK MASIH MENJADI TOPIK HANGAT WALAUPUN HAMPIR 2 MINGGU PENGUMUMANNYA BERLALU. APABILA KERAJAAN CUBA MENERANGKAN MENGAPA PERLUNYA HARGA TERSEBUT DINAIKKAN, RAKYAT TETAP MARAH TERUTAMA PEMBANGKANG YANG KERAP MENGGUNAKAN ISU INI BAGI MENJATUHKAN KERAJAAN.

TIDAK KAH KITA BERFIKIR SECARA MENDALAM TENTANG PENINGKATAN HARGA TERSEBUT? KITA DISOGOKKAN DENGAN PERBANDINGAN HARGA MINYAK DARI NEGARA-NEGARA PENGELUAR UTAMA DUNIA SEBAGAI CONTOH ARAB SAUDI, IRAN, VENEZUELA, BRUNEI DAN LAIN-LAIN LAGI. RAKYAT MELENTING BILA KERAJAAN MEMBUAT PERBANDINGAN DENGAN HARGA DI NEGARA JIRAN YANG JAUH LEBIH MAHAL DARI NEGARA KITA. ALASANNYA...MEREKA BUKAN PENGELUAR MINYAK... BUKAN SATU FAKTOR YANG MENYEBABKAN HARGA MINYAK SESEBUAH NEGARA TERSEBUT, DI SINI DESPERADO MEMINJAM INFORMASI DARI pu3saadong UNTUK DIBUAT PERBANDINGAN SEBENAR...

UAE
Jumlah Penduduk = 4,380,000
Minyak dalam simpanan = 97 bilion tong
Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari
Umur simpanan = 107 tahun
Kuwait
Jumlah Penduduk = 2,851,000
Minyak dalam simpanan = 99 bilion tong
Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari
Umur simpanan = 108 tahun
Saudi Arabia
Jumlah Penduduk = 24,735,000
Minyak dalam simpanan = 260 bilion tong
Jumlah pengeluaran = 8.8 juta tong sehari
Umur simpanan = 81 tahun
Iran
Jumlah Penduduk = 71,208,000
Minyak dalam simpanan = 136 bilion tong
Jumlah pengeluaran = 3.9 juta tong sehari
Umur simpanan = 74 tahun
Nigeria
Jumlah Penduduk = 148,093,000
Minyak dalam simpanan = 36.2 bilion tong
Jumlah pengeluaran = 2.3 juta tong sehari
Umur simpanan = 43 tahun
Venezuela
Jumlah Penduduk = 27,877,000
Minyak dalam simpanan = 80 bilion tong
Jumlah pengeluaran = 2.4 juta tong sehari
Umur simpanan = 91 tahun
Malaysia
Jumlah Penduduk = 27,452,091
Minyak dalam simpanan = 4.8 bilion tong
Jumlah pengeluaran = 550,000 tong sehari
Umur simpanan = 33 tahun

GRAND DESIGN CONSPIRACY...


ULASAN: TEORI INI DIPETIK DARI TKO (TAJUK FORUM: Awas lakonan Anwar,Pak Lah dan Mahathir!) KALAU TEORI NIE DI BUAT FILEM, MAHU PECAH PANGGUNG!!!
I QOUTE FROM habaqmai:
Sebenarnya pemimpin2 Umno tak pernah berpecah. Yang berpecah pembangkang jer.
1)Selepas kejatuhan ekonomi tahun 1997, pemimpin2 tertinggi Umno telah mengadakan satu Grand Design secara sulit untuk memulihkan dan menaikkan balik ekonomi Malaysia dengan mengadakan lakonan secara sulit dan terancang secara rapi untuk jangkamasa hayat perjuangan Umno dan Melayu 50 tahun akan datang.
2)Tujuan lakonan ini terutamanya yg melibatkan Mahathir, Anwar, Pak Lah, Najib, BTN, Mageran, Polis, ATM dan beberapa pemimpin Badan Tertinggi Melayu yang lain ialah untuk memulihkan ekonomi Malaysia, mengadakan reform dalam Umno untuk menghalang rasuah dan seterusnya meminggirkan kaum Cina dan India dari politik dan ekonomi Malaysia.
3)Anwar telah buat2 berlakon dan digambarkan kepada rakyat Malaysia dan dunia sebagai pemimpin yg 'tertindas' akibat drpd daripada 'fitnah' liwat oleh Dr.M dengan mengadakan lakonan reformasi, menghasut demonstrasi jalanan, ditangkap di penjara, dipukul oleh Rahim Noor, kena arsenik, slip disc dsbnya untuk menggambarkan Anwar sebagai "Hero yang tertindas " di mata dunia. Malaysia pada ketika itu amat memerlukan sumber kewangan untuk memulihkan ekonomi negara kerana Malaysia tidak hendak bantuan IMF. Oleh krn cerita 'fitnah' ini Anwar telah berjaya mendapat simpati drpd dunia Islam dan berkelilinglah Anwar ke negara2 Arab dan Brunei untuk mendapatkan bantuan kewangan. Bantuan2 ini disalurkan melalui korporat2 Melayu dengan cara melobi projek2 di Arab. Sebenarnya sehingga skrg kontrak2 berbillion2 yg diperolehi oleh Syed Mokhtar Albukhary, UEM, GLC adalah hasil recommendation dan lobi yg dibuat oleh Anwar di luar negara!
4)Anwar dengan 'lakonannya' yg tanpa diketahui oleh sesiapa pun dari kalangan pemimpin2 PKR yg lain even Dr.Wan Azizah, Azmin, Ezam, Saifudin dll telah menubuhkan PKR konon untuk berjuang membela nasib penduduk berbilang kaum di Malaysia. Tujuan PKR dibuat ialah untuk mendivert sokongan kaum Cina dan India drpd BN kepada PKR dan DAP dan seterusnya membuang kaum Cina dan India dari kjaan. Lakonan ini berjalan dengan jayanya dan lihatlah tiada lagi menteri2 cina dalam kabinet setelah MCA, Gerakan, MIC kalah dalam pru ke-12 baru2 ini akibat tertipu dengan janji2 manis anwar kpd kaum Cina jika PKR membentuk kjaan.
5)Mahathir terlalu banyak berlakon dan digantikan pulak dengan Pak Lah utk lakonan seterusnya utk mereformkan Umno. Maka baru2 ni Mahathir dan Pak Lah telah berjumpa di Tokyo untuk merancangkan skrip baru mereka. Pertemuan sulit antara org Mahathir, Anwar, Daim, Pak Lah dan Najib dengan Ezam telah diadakan di London untuk menceritakan yg pergaduhan antara Mahathir, Anwar dan Pak Lah hanya lakonan semata2 demi menyelamatkan Melayu dan Islam dan Ezam di minta masuk balik ke dalam Umno untuk mereformkan Umno dari dalam, membersihkan rasuah krn melihat bakat dan potensi yg ada pada Ezam sebagai gandingan kpd Mukhriz, KJ sebagai generasi baru Umno.
6.Ezam telah faham maksud grand design untuk menyingkirkan kaum cina/india dari politik dan ekonomi malaysia telah bersetuju untuk menyertai Umno semula atas nasihat Anwar. 7.Reformasi dalam Umno akan diadakan dengan membersihkan Umno dari penyelewengan dan rasuah.
8.Setelah Umno bersih dari rasuah dan berjaya menipu dunia dan rakyat Malaysia PKR akan dibubarkan dan anwar akan masuk balik Umno dan menjadi PM.
9.Anwar akan mengusahakan pertemuaan antara Pas-Umno untuk penyatuan Melayu.Tuntutan Pas akan dipenuhi.
10.Kaum Cina akan disingkirkan dari politik dan ekonomi Malaysia sehingga mereka lari dari sini.

Monday, June 16, 2008

INTONASI BACAAN KENA BETUL

"PEMUDA PAS BERHIMPUN JIKA KONSERT DANGDUT, ROCK DITERUSKAN" Ini kalau silap baca...lain jer bunyinyer title nie...

MB KHALID PUN MANUSIA JUGA..NAK KAN HIBURAN PLUS DUIT BOLEH MASYUK UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT...DAH RAKYAT PILIH DIA..BUAT PER NAK BANGKANG-BANGKANG PULAK...ORANG TU KAN NAK CARI DUIT UNTUK MELUNASKAN JANJI PILIHANRAYA HARI TUH...COME ON GIVE HIM A BREAK!!! YOUR ROCKDUT LEADER!!!

MELAYU ISLAM DAH ABIS KE?

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) -
Cadangan orang bukan Islam menjadi ahli PAS mungkin akan menjadi kenyataan, kata AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa.
Katanya, walaupun belum ada keputusan rasmi tetapi secara inisiatif sudah ada perbincangan meluaskan skop ahli Kelab Penyokong PAS untuk menjadi ahli PAS.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional berkata, kelab tersebut menunjukkan perkembangan positif dan pemimpin PAS melihatnya sebagai satu keperluan strategik bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam struktur parti.
"Maknanya mereka boleh menyertai PAS cuma memerlu sedikit pindaan di peringkat perlembagaan iaitu bab keahlian yang mensyaratkan seorang ahli yang menyertai PAS mesti beragama Islam. "

ULASAN : HUH! TAK PAHAM..TAK PAHAM...CAMNO PARTI PAS NIE...DAH NAK BUKAK PADA NON MUSLIM @ NON MALAY PULAK NIE...MANA HALA TUJU MEREKA SEBENARNYA?
DULU DESPERADO KECEWA DENGAN PRU 12 PASAL PENANG JATUH PADA BANGSA BUKAN MELAYU SEBAB GOLONGAN MELAYU HANYA MINORITI DI SANA, TAPI DESPERADO TAK KISAH SANGAT KEDAH AND KELANTAN PAS PEGANG (PASAL DALAM HATI INI BERKATA-KATA : "BIARLAH MEREKA MEMERINTAH, BURUK BAIK, MELAYU JUGA YANG PEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN"). TAPI SEKARANG..?
KONFIUS...KONFIUS...!!!!

RAKYAT THAILAND KURANG AJAR...

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah membongkar taktik baru penyeludup minyak yang mengubah suai tayar ganti untuk dijadikan tangki rahsia bagi menyorok bahan api itu. Taktik itu dikesan UPP hasil pemeriksaan rapi ke atas lapan kenderaan Thailand, termasuk lima lori di sekatan jalan raya berhampiran kawasan sempadan Malaysia/Thailand di sini pada Khamis dan Jumaat lalu. Berikutan itu, UPP menahan lapan pemandu berusia lingkungan 40-an serta menyita lapan kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut.
ULASAN: NIE YANG BUAT DESPERADO BENGANG BETUL...DAH BAGI BETIS NAK PEHA..BAGAI MELEPAS BIAWAK DARI TERSEPIT...COME ON, APER LAGI PEPATAH YANG BURUK BOLEH DITERJEMAHKAN UNTUK RAKYAT GAJAH PUTIH YANG KUANG HAJO NIE...
KITA DAH BAGI KEBENARAN NAK ISI MINYAK BALIK KAT MALAYSIA, DIHENTAMNYA ISI SAMPAI BERATUS-RATUS LITER...ADA YANG UBAH SUAI TANGKI MINYAK MASING-MASING SAMPAI 1000 LITER...MELAMPAU BETUL LA NIE...
HAA...BARU INGAT LAGI SATU PERIBAHASA, MADU YANG KITA BAGI, TUBA DI BALASNYA...TAK GUNA BETUL..
(THESE COMMENTS ARE NOT FOR THE SIAMESE WHO DO NOT A VEHICLES...)

Sunday, June 15, 2008

ROKOK...NAK KASI KE?


video


Semalam Desperado tak sempat nak tengok berita sampai habis...lepas tu hari nie belek-beleklah website tv3, nak nengok berita semalam...terkejut jugak tengok part berita yang ini...mungkin ramai yang dah kenal Maznah Nahu, tapi ni la pertama kali Desperado tengok wajah dia...tak sangka, orangnya sebegitu, rupa-rupanya tauke rokok, pembetulan Tauke Kilang Rokok..huih..


Saja tukar angin petang nie, malas nak nulis cerita politik, sembang bab tauke kilang rokok la pulak, she claimed that custom dah block dia punya lesen nak on dia punya kilang, hangin la satu badan...rokok tak berasap...Dia nak saman Chief Custom pasal mengesyaki dia jadi penyuludup rokok...Negeri Selangor bukan ke dah haramkan rokok...kan MB Khalid Ibrahim?


Sebenarnya apa yang Desperado nak tekankan di sini ialah Desperado bangga ada anak Melayu yang menjadi Usahawan Jutawan yang berjaya...tapi kalau jual rokok...konfius, nak marah pun ada, tapi nak wat camner, dia pulak yang nampak lubang niaga tuh yang menguntungkan...Alahai naper la tak jual tuala ka, gula ka, pemadam pensel ke...kan ke halal tuh..rokok nie hmmm...

ALHAMDULILLAH...

SYUKUR LA DARI TAK DAPAT LANGSUNG...

Menurut kenyataan Pos Malaysia Bhd (PMB), petang semalam, pembayaran di semua pejabat pos yang mempunyai sistem berkomputer seluruh negara berjalan lancar walaupun menghadapi beberapa masalah kecil sebelah pagi. Kerajaan memutuskan memberi rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian bagi petrol dan diesel selepas penstrukturan semula harga bahan api berkenaan minggu lalu.
Shaziman berkata, pembayaran rebat tunai bagi keseluruhan pemilik kenderaan yang memperbaharui lesen pada tempoh 1 April hingga 31 Mei itu membabitkan 1.7 juta kenderaan dengan nilai antara RM700 juta hingga RM800 juta. Katanya, pemilik kenderaan yang layak menerima rebat tunai tidak perlu tergesa-gesa menuntutnya kerana tarikh akhir tuntutan berakhir 31 Mac 2009.


ULASAN : SYUKUR LA DENGAN APA YANG DAPAT DARIPADA PEGI BERATUR TENGAH PANAS, MENJERIT-JERIT MEMAKI HAMUN KERAJAAN, MENGUTUK ORANG ITU INI, DAH PENAT, PANAS, DOSA PUN DAPAT LAGI...CUBA PEGI BERATUR KAT PEJABAT POS TUH.. DAPAT JUGA SERATUS DUA...LEPAS ISI MINYAK... DESPERADO GELI HATI TENGOK GAMBAR YANG MEMEGANG SEPANDUK TURUNKAN HARGA MINYAK TUH, ADA MACAM-MACAM RUPA, INDON PUN ADA, BANGLA PUN ADA, MYANMAR PUN ADA SIKIT-SIKIT...EH! BETUL KER PEMBANGKANG KUMPULKAN PENYOKONG MEREKA DAN RAKYAT MALAYSIA? ATAU...PENUNJUK PERASAAN INI PUN DI IMPORT DARI LUAR....?

ISU GAJI PEKERJA KERAJAAN 2 KALI SEBULAN

JANGAN ADA YANG JADI BATU API...

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini.
Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil bagi membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api.
‘‘Separuh pertama gaji akan dibayar pada pertengahan bulan setiap bulan manakala separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.
‘‘Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan,’’ kata Abdullah pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.
Di sini Desperado melihat kerjaan cuba sedaya upaya membantu rakyat dengan sebarapa boleh yang terdaya. Namun jika diperhatikan dari respon atau komen di atas, ada segelintir masyarakat malaysia, melayu terutamanya, masih singkat akalnya dalam berfikir. Paling menyedihkan apabila beliau menjadi batu api serta penghasut ke arah kejahatan serta keburukan. Mengajak orang berdemonstrasi, berpiket, mogok dan segala yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat. Jika diperhatikan dari segi komen yang dibuat, Desperado dapat mengagak yang beliau merupakan seorang penjawat awam. Sudahlah dibayar gaji oleh kerajaan, kemudian menentang pula orang yang memberinya rezeki yang disediakan oleh Allah. Lihatlah betapa busuknya hati beliau...

Sebenarnya masalah gaji 2 kali sebulan ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Operator kilang pun dapat dua kali sebulan. Itu gaji tak sampai seribu tuh...boleh ajer hidup beranak pinak. Sebenarnya yang penting sekarang adalah sikap kita sendiri. Kenapa tak dibiarkan sahaja gaji yang masuk pada pertengahan bulan itu hingga ke akhir bulan? Bukankah konsepnya sama. TAPI TABIAT KITA SENDIRLAH YANG PERLU DIPERHATIKAN...pantang ada duit dalam akaun...nak tekan jer...biarlah kerajaan bayar tiap-tiap minggu sekalipun duit gaji, kalau sikap kita tidak berubah..kita tidak akan ke mana-mana. Pesanan ini turut disampaikan kepada diri Desperado sendiri...marilah kita menjadi insan yang berhemah daripada menjadi seperti insan di atas yang busuk hatinya menjadi batu api...

Komen di atas di petik dari http://dppwp.wordpress.com/2008/06/12/gaji-kakitangan-awam-dibayar-dua-kali-sebulan-mulai-ogosada-yang-tidak-setuju/

APA PULAK PEJABAT PAS...PEJABAT POS LA!

ULASAN : HE...HE...HE...BOLEH MAIN DIVERT DIVERT PULAK DIORANG NIE...NTAH HAPA-HAPA..DARIPADA PEGI PEJABAT PAS BAIK PRAKTIS PEGI PEJABAT POS! DAPAT JUGAK DUIT...PEGI PEJABAT PAS BUANG BOREH JE!!!!

TINDAKAN DAYUS...EKSPLOITASI KANAK-KANAK

48 kanak-kanak serah 'teddy bear'
Abdul Rahim Sabri Jun 14, 08 4:48pm (Malaysia Kini)
Kira-kira 48 kanak-kanak, dengan ditemani kira-kira 30 penyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) berarak kira-kira 100 meter menujuk ke kawasan Istana Negara pagi tadi untuk menyerahkan 'teddy bear' kepada Yang di-Pertuan Agong sempena menyambut Hari Bapa.Mereka tiba dengan sebuah bas, kira-kira jam 10.40 pagi. Perarakan itu terdiri daripada kanak-kanak yang terdiri daripada umur tujuh tahun hingga 12 tahun telah beratur untuk menuju ke Istana.Sambil berarak mereka mereka memegang teddy bear yang diletak dalam bakul. Turut bersama berarak ialah kira-kira 30 penyokong Hindraf, termasuk beberapa pemimpin, sambil melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Bebaskan Tahanan ISA".Perarakan itu telah diketuai oleh Penyelaras Hindraf, R S Thanenthiran dan S Jayathas. Mereka berarak ke kawasan istana dan tiba di situ kira-kira 10 minit kemudian.Sebelum itu, penasihat undang-undang Hindraf, N Surendran telah ditahan polis bersama-sama dengan tiga ahli Parlimen PKR kerana didakwa menghalang polis menjalankan tugas di depan Istana Negara.Bagaimanapun, ketika menghampiri Istana Negara, perarakan mereka terhenti kerana jalan masuk ke situ telah dihalang oleh kira-kira 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Turut berada di situ ialah kira-kira 30 lagi anggota polis biasa.Thanenthiran kelihatan berbincang sesuatu pihak polis. Bagaimanapun, mereka masih tidak dibenar meneruskan perarakan menuju ke pintu utama istana.

ULASAN : SEDIH LA DESPERADO TENGOK SITUASI KARUT MACAM NIE...NIE DAH MASUK KALI KEDUA MANGKUK-MANGKUK TANDAS NIE BUAT HAL, BELUM PUN DAPAT KUASA MEMERINTAH SEPENUHNYA, KALAU DAPAT ENTAH PALA JADI PADA NEGARA MALAYSIA KU YANG TERCINTA...ADA KE PATUT DI GUNANYA BUDAK-BUDAK NAK BERPOLITIK...APA YANG DIA PAHAM...IYER LA..KONONNYA NAK LEPASKAN BAPAKNYER YANG KONONNYA DITINDAS...BERSUARA IKUT SALURANLAH...BUKAN BUAT TINDAKAN MURAHAN MACAM INI...

LEPAS TU YANG DESPERADO TAK PUAS HATI SEKARANG NIE...YANG KENA TANGKAP KAT SEBELAH NIE SEMUANYA BELUM BERSUNAT... TAPI KENAPA YANG BERTUDUNG PUN ADA BAWAK TEDDY BEAR...?

Saturday, June 14, 2008

PECAT LAGI...

Surat 26 Mei dianggap notis tamat perkhidmatan
SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menghentikan pembayaran elaun bulanan 362 ketua kampung di seluruh negeri itu yang dilantik Barisan Nasional (BN) mulai bulan ini. Surat pemberitahuan diedarkan kepada semua ketua kampung pada 26 Mei lalu atas arahan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Yaakob Sapari.
Berikutan arahan terbaru itu, ketua kampung yang dilantik BN tidak lagi menerima elaun bulanan antara RM50 hingga RM200 sebulan seorang. Bagi ketua kampung yang berkhidmat kurang lima tahun, kerajaan negeri membayar RM50 sebulan, manakala Kerajaan Pusat RM400, lima hingga 10 tahun menerima masing-masing RM400 hingga RM100, manakala 10 tahun menerima RM400 dan RM200. Presiden Persatuan Ketua Kampung Selangor, Mohd Ishak Abdullah, berkata surat menghentikan bayaran elaun secara langsung bermakna kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan mereka sebagai ketua kampung.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, ketua kampung yang mampu berkhidmat untuk semua tanpa mengira fahaman politik menjadi kriteria utama untuk dipilih semula. Mengulas perkara itu, Mohd Ishak berkata, kriteria itu sudah diamalkan ketika BN memerintah dan tidak mustahil kerajaan negeri akan memujuk ketua kampung yang dilantik BN itu supaya menukar haluan dengan menyokong Pakatan Rakyat.

ULASAN: KESIAN...APA NAK BUAT, ORANG DAH TAK MAHU...SEDANG KITA SIBUK MENGATAKAN TENTANG KEUPAYAAN MASYARAKAT KITA MENGHADAPI KRISIS MINYAK SERTA HARGA MAKANAN YANG MELAMBUNG TINGGI, YB KHALID TELAH MENGAMBIL TINDAKAN DRASTIK DENGAN MENGHENTIKAN KETUA-KETUA KAMPUN YANG SEBELUM INI LANTIKAN DARI BARISAN NASIONAL. JELAS SEKALI PEMIKIRAN MENTERI BESAR HANYA MAHUKAN KRONI-KRONINYA SAHAJA MEMONOPOLI JAWATAN-JAWATAN PENTING HINGGA KE AKAR UMBI. DULU MARAHKAN BN SEBAB MENDAHULUKAN KRONI...TAPI SEKARANG...MALASLAH NAK ULAS LAGI...NASIB BAIK JKKKP ADA...KALAU TAK...

Thursday, June 12, 2008

JANJI YANG SEMAKIN KELAM KABUT...

ULASAN : TELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG...!!!

Dan antara janji-janji manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat Selangor yang diragui keberkesanannya setelah beberapa insiden dan kejadian mula menular ke dalam kerajaan negeri Selangor...

* memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
* menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri

* menghentikan projek-projek membazir dan rugi



* memastikan ketelusan pentadbiran negeri



* menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan

* melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan.


Wednesday, June 11, 2008

PERBANDINGAN YANG TIDAK RELEVAN


Gaji menteri vs seruan 'ubah gaya hidup rakyat'

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan minggu lalu sehingga 41 peratus amat menjejaskan kehidupan dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia.
Namun dalam 'lelah' rakyat Malaysia mendepani kemelut kenaikan harga minyak ini, kelompok menteri yang mempertahankan keputusan kerajaan pula menasihatkan rakyat agar 'mengubah gaya hidup' bagi meringankan penderitaan.
Laungan kelompok menteri bagaimanapun tidak berdasarkan kepada hakikat yang sebenar kerana perbezaan taraf kehidupan antara menteri dan rakyat kebanyakan dari sudut pendapatan cukup ketara.
Pendedahan menarik berhubung gaji dan 'keistimewaan' para menteri di Malaysia ini merupakan satu renungan buat rakyat yang selama ini diseru menteri yang kaya supaya mengubah gaya hidup.
Pendedahan ini pernah disiarkan di dalam beberapa blog dan difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang dikenali sebagai pegawai kerajaan di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online tahun lalu yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.
Menurutnya, rekod tersebut adalah berdasarkan kepada pendapatan bulanan menteri kabinet pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.
Berikut adalah perbandingan gaji menteri dengan persoalan 'ubah gaya hidup' yang disarankan kepada rakyat::-
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-

ULASAN: SUDAH BANYAK BLOG-BLOG YANG MENGHURAIKAN DARI PERSPEKTIF MEREKA SENDIRI TENTANG GAJI-GAJI MENTERI YANG DITERIMA. KEBANYAKANNYA MENGHENTAM DAN MEMBERI ALASAN GAJI MENTERI BEGITU MAHAL DAN DIBANDINGKAN DENGAN SITUASI SEKARANG, IANYA KELIHATAN SEPERTI TIDAK ADIL DI PANDANG MATA MASYARAKAT.

DI SINI DESPERADO INGIN MENGULAS SECARA LOGIK DITERIMA AKAL LA, BUAT APA LAH KITA HENDAK MEMBANDINGKAN GAJI YANG DITERIMA OLEH MENTERI-MENTERI SERTA TIMBALANNYA...DAH NAMANYA PUN MENTERI, PERDANA MENTERI LAGI, TIMBALAN MENTERI LAGI...TAKKAN LA NAK BAGI GAJI RM 1500 JER KOT, TAKKAN LA NAK SAMAKAN DENGAN ORANG YANG BEKERJA DI PEJABAT BIASA JER, ORANG TU MENJALANKAN PENTADBIRAN NEGARA, SETIMPAL DENGAN PENDATANNYA, ORANG YANG KOMPLEN TU YER LA, GAJI TAHAP SPM, SRP, DARJAH LIMA JE, MEMANG LA DIA NAMPAK GAJI MENTERI-MENTERI BANYAK GILA! LAIN KALI BELAJAR PANDAI-PANDAI, BOLEH JADI PERDANA MENTERI! KECIK-KECIK TAK NAK MAMPUS, BESAR MENYUSAHKAN ORANG!

COMPARE LA DENGAN GAJI-GAJI MENTERI KAT LUAR NEGARA TUH!!! OOO...BILA NAK COMPARE HARGA MINYAK, PANDAI PULAK KORANG CARI, SELIDIK NEGARA-NEGARA YANG BERKAITAN...BILA SAMPAI KAT GAJI MENTERI, TAK NAK PULAK DI BANDINGKAN DENGAN GAJI MENTERI KAT ARAB SAUDI TU KA, MENTERI DI IRAN KA?!!!

TAK PAYAH SURUH PUN...

Dewan Pemuda Pas mahu projek pembangunan koridor dihentikan
PUTRAJAYA, 10 Jun - Dewan Pemuda Pas meminta kerajaan menghentikan projek-projek mega termasuk koridor pembangunan wilayah yang didakwanya tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Timbalan ketuanya Nasrudin Hassan berkata kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat khususnya di luar bandar kerana masih terdapat lagi kawasan kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.
ULASAN: GESAAN YANG MEMBOSANKAN...NAK DIHENTIKAN? TAK PAYAH SURUH PUN, MEMANG DAH ADA DALAM NIAT DAN PERANCANGAN KERAJAAN UNTUK HENTIKAN BEBERAPA PROJEK MEGANYA, MAKLUM LA, SEKARANGKAN KRISIS HARGA MINYAK, TAMBAHAN PULA, ADA DUA TIGA NEGERI BUKAN KERAJAAN PUNYA...SO BUAT APA HABISKAN DUIT MELABUR DI NEGERI PEMBANGKANG YANG DI PILIH RAKYAT... NI SEMUAKAN RAKYAT YANG TENTUKAN... MEREKA MEMANG TAK NAK KAN PEMBANGUNAN.. APA BOLEH BUAT... SO BETTER SIMPAN JER GESAAN SAUDARA TUH...SEBAB GESAAN TU DAH ADA DALAM POKET SELUAR SEBELAH KIRI PEMIMPIN KITA YANG DI ATAS TUH...

ALAHAI...KESIANNYA!

Tajol Rosli dianggap tidak gentleman
GERIK 9 Jun – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin kecewa dengan sikap Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kerana sehingga kini masih belum menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada beliau.
Menurutnya, Tajol Rosli sepatutnya lebih terbuka dengan datang berjumpa dengannya untuk menyerahkan tugas Menteri Besar itu sebaik sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum lepas.
Kata beliau, sikap bekas Menteri Besar itu yang sehingga sekarang tidak mahu berbuat demikian di- anggap tidak gentlemen (bersifat lelaki budiman) malah jauh berbeza dengan bekas Menteri Besar Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
‘‘Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang), bekas Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo) dan Menteri Besar lama Kedah (Datuk Seri Mahdzir Khalid) semuanya bersalam dan serah tugas secara rasmi kepada penggantinya. Tetapi sampai sekarang orang ramai tidak pernah tengok pun bekas Menteri Besar Perak bersalam dengan saya serah tugas, apa salahnya jumpa saya seperti bekas Menteri Besar lain,” katanya.

ULASAN : APABILA DESPERADO TERBACA BERITA DAN TERDENGAR DI DALAM BERITA RADIO, MB PERAK YB MOHAMMAD NIZAR MENGADU BAHAWA DIA TIDAK MENERIMA PENGHORMATAN TUGAS SECARA RASMI OLEH YB TAJOL ROSLI TERUS DESPERADO TERGELAK BESAR. DAN SATU LAGI DOMBANYA, BELIAU MERASA KECIL HATI KERANA PIHAK RADIO BERITA RTM TIDAK MEMBERINYAA PELUANG UNTUK KE UDARA.

YB, YB, TERBAYANG WAKTU KANAK-KANAK DAHULU KETIKA MASIH BERHINGUS KERING DI PIPI, BERKAKI AYAM, BERLARI-LARI SEKELILING KAMPUNG SAMBIL TERSELIT LASTIK DI BELAKANG SELUAR. PABILA LAPAR, TERUS SAJA KEMBALI KE RUMAH UNTUK MENJAMAH NASI DI TENGAHARI. DAN KETIKA ITU, LALULAH DIA DI HADAPAN RUMAH RAKANNYA DAN PADA KETIKA ITU TERNAMPAKLAH DIA BAPA RAKANNYA TELAH MEMBELI KFC KEPADA ANAKNYA...MAKA TERLIURLAH DIA DAN TERUS BERLARI PULANG LANTAS MERENGEK-RENGEKLAH DIA KEPADA BAPANYA...

"PAK...PAK...TADIKAN ADIK LALU DEPAN RUMAH KHALID BERAHIM, BAPAK DIA BELIKAN KFC...ADIK NAK JUGAK...BOLEH TAK BAPAK...?" KATANYA

BAPANYA LANTAS MENJAWAB "GAJI BELUM LAGI, JANGAN NAK NGADA-NGADA..."

"ALA PAK...NAK JUGA...NAK JUGA..." RENGEKNYA LAGI...

"EH BUDAK NIE! AKU LEMPANG JUGAK KARANG NIE...!"

HMMM...YB NIZAR LEBIH KURANG CAM CERITA BUDAK NIE LA..SPECIFICALLY BUDAK TU LA...MERENGEK-RENGEK NAK MACAM ORANG LAIN DAPAT...DAH DAPAT KUASA TU DAH LA...NAK JUGA ORANG DATANG MENYEMBAH...ALAHAI KESIANNYA...

Tuesday, June 10, 2008

LANGKAH KERAJAAN DI PANDANG SINIS

Wakil rakyat PAS potong elaun 25 peratus sejak 18 tahun lalu
Tue Jun 10, 08 (Harakahdaily)
TUMPAT, 10 Jun - Mungkin bagi pemimpin Umno pengumuman pemotongan elaun jemaah menteri sebanyak 10 peratus merupakan sesuatu yang luar biasa ketika krisis harga minyak sekarang.
Sedangkan di Kelantan elaun wakil rakyat dipotong sebanyak 20 peratus sejak 18 tahun lalu. Itu belum lagi diambil kira potongan sebanyak lima peratus bagi Tabung Serambi Mekah yang dibuat setiap bulan.
Ini bermakna elaun setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sehingga 25 peratus. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, bagi kakitangan lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat juga dipotong sebanyak lima peratus setiap bulan.
Pemotongan itu dibuat sejak lebih 18 tahun lalu, bukan sekadar ketika krisis kenaikan harga minyak sekarang,katanya ketika ditemui di rumahnya di Alor Pasir, hari ini.
Semalam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong sebanyak 10 peratus berkuatkuasa 1 Julai depan.
Menurut Perdana Menteri pemotongan itu dibuat bagi meringankan beban rakyat ekoran kenaikan begitu tinggi harga minyak sekarang.

Ahmad berkata, pemotongan yang serupa juga melibatkan semua anggota-anggota Parlimen PAS sebagai usaha menjaga kebajikan rakyat dan parti.
Selepas wakil-wakil rakyat PAS diisytihar menang dalam pilihan raya mereka akan diberi borang khas untuk diisi bagi pemotongan elaun bulanan yang diterima mereka.
Perkara itu bukan baru sebaliknya sudah lebih 18 tahun lalu ketika kerajaan PAS mula-mula berkuasa di Kelantan selepas pilihan raya umum 1990,ujarnya.
Sebagai contohnya katanya, elaun bulanan beliau sebagai Timbalan Menteri Besar dipotong sebanyak RM2,800 sebulan iaitu untuk Tabung Serambi Mekah dan kebajikan rakyat.

ULASAN : DAH NAK PERGI HAJI, TAK PAYAH LA KOMPLEN NAK BUAT PEMOTONGAN ELAUN, ELOK-ELOK NAK DAPAT HAJI MABRUR, HAJI LAIN PULAK YANG DAPAT NANTI...

Menurutnya polisi itu ditetapkan PAS sebagai langkah awal untuk menjaga kebajikan rakyat dan melaksanakan aktiviti parti.


ULASAN: MACAM MANA LA DIA KATA NAK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT, NEGERI MACAM ITU JUGAK, ANAK-ANAK TEMPATANNYA LARI KERJA KAT LUAR, ELAUN TU DI POTONG NAK BERSEDIA MENGHADAPI SETIAP PILIHANRAYA YANG MENDATANG, KALAU TIDAK, MANA NAK DATANG MODALNYER...

Kata beliau juga Menteri Besar dan anggota Exco di Kelantan tidak mempunyai banyak elaun keraian seperti dinikmati jemaah menteri.
Malah katanya, elaun mesyuarat anggota Exco sebanyak RM100 bagi setiap kali mesyuarat tidak pernah diambil anggota Exco di Kelantan sejak dahulu lagi.
Ini kerana kita berpendapat sudah menjadi tugas setiap anggota Exco menghadiri mesyuarat dan ia tidak perlu lagi dibayar elaun, biar pun tidak diamalkan di negeri-negeri lain,katanya.
Beliau juga memberitahu elaun bulanan wakil rakyat di Kelantan tidak dinaikkan sejak beberapa tahun lalu, biar pun Parlimen dan negeri lain sudah dua kali menaikkan kadar elaun bulanan.
Timbalan Menteri Besar berkata, biar pun ada suara-suara supaya kerajaan negeri menimbangkan semula kadar baru elaun setiap Adun, namun cadangan itu tidak dipertimbangkan kerana memikirkan kebajikan rakyat.

ULASAN: INILAH YANG DIKATAKAN PEMBANGKANG, KITA BUAT BENDA BETUL PUN DI KATAKAN KITA NI KETINGGALAN ZAMAN LA, BUAT PEMBAHARUAN PUN DIKATAKAN MENYIMPANG...

ELAUN YANG 18 TAHUN DULU DIPOTONG SEBAB NEGERI DIORANG DAH MEMANG TAK BERDUIT, NAK BUAT CERAMAH POLITIK PUN ADA YANG MENGUSUNG SONGKOK MINTAK DERMA WAKTU CERAMAH..BILA NAK MEMERINTAH, KENA LA ADA DUIT, GAJI DAN ELAUN TERUS JALAN, KORANG POTONG PASAL KORANG TAK BERDUIT, KERAJAAN POTONG ELAUN PASAL NAK MERINGANKAN BEBAN RAKYAT...

Sunday, June 8, 2008

SIAPA MAHU AIR PERCUMA?


Pemberian air percuma seperti dijanjikan
SHAH ALAM 5 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor memberi jaminan rakyat di negeri itu akan menikmati kemudahan air percuma bagi 20 meter padu pertama bermula bulan ini seperti yang dijanjikan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang permasalahan antara pihak-pihak berkaitan berhubung pemberian air percuma yang timbul sebelum ini telah diselesaikan.
"Kita berjaya menemui kaedah penyelesaian berhubung masalah yang timbul sebelum ini.
"Mulai esok semuanya selesai dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan mengenakan potongan untuk 20 meter padu pertama air pada bil pengguna," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek sumbangan Piala Sultan Selangor 2008 yang dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.
Bermula 1 Jun, kira-kira 1.5 juta pengguna meter individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada manifesto yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya umum lalu...


ULASAN: AIR BAGI FREE...MINYAK CAMNER? BANYAK LAGI JANJI BELUM TERTUNAI NI...

Saturday, June 7, 2008

HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG


DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
semoga kedaulatan negara terus disanjung dan dijaga...

Thursday, June 5, 2008

PETROL...KESEDARAN TINGGI DIPERLUKAN...


SEMUANYA UNTUK ANAK CUCU DI MASA HADAPAN...

Desperado juga agak terkejut dengan kenaikan yang agak mendadak yang diumumkan oleh PM pada petang semalam. Namun begitu, ianya sudah dijangkakan. Rakyat kini mula mengelabah dan kelam kabut dengan kenaikan harga minyak. Ramai yang tidak bersetuju dan ramai juga yang menerimanya dengan perancangan masa hadapan yang lebih teratur.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang sedang menuju ke arah negara maju harus sedar tentang keperluan kerajaan melakukan sesuatu keputusan. Kerajaan tidak akan membuat keputusan yang terburu-buru tanpa memikirkan impaknya kepada rakyat. Kita juga seharusnya perlu menjangkakan situasi ini akan tetap berlaku, it just a matter of time...sampai bila kerajaan akan menanggung subsidi tersebut dengan mengabaikan pembangunan negara demi mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 kelak.

Desperado juga berasa agak geli hati apabila seorang rakan yang lebih dikenali sebagai Awie (bukan nama sebenar) menghantar mesej dengan menghentam kerajaan sambil mengatakan segala keuntungan subsidi minyak hanya masuk ke poket pemimpin UMNO. Tanggapan peribadinya juga mengatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang mengeluarkan minyak. Oleh itu, apabila harga minyak seluruh dunia meningkat, pastinya keuntungan PETRONAS berlipat kali ganda dan harga minyak seharusnya lebih rendah dari negara-negara lain.

Apa yang harus dinilai sekarang ialah, sejauh mana PETRONAS dapat menampung keperluan minyak dalam negara? Minyak dari PETRONAS juga dijangka habis disedut sekitar tahun 2014. PETRONAS sendiri terpaksa mengimport minyak untuk kegunaan di masa hadapan kelak. Ke mana keuntungan PETRONAS yang berjumlah hampir RM 250 juta? Ada juga cadangan yang diberikan, bahawa senang sahaja kita ambil LABA PETRONAS, keuntungan PETRONAS. Apa susah, kita ada minyak. Tapi, itu akan merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, sebab PETRONAS pun bukan akan mendapat untung selama-lamanya melalui minyak. Tahun 2014, habis dah. Kita tak jadi exporter lagi. Jadi, kita harus menguruskan keuntungan dan pendapatan PETRONAS dengan sedemikian rupa, supaya generasi yang akan datang, supaya anak-anak kita, cucu-cucu kita, cicit-cicit kita dapat keuntungan. Kalau kita teruskan dengan sistem subsidi yang ada sekarang, yang kita bagi kepada 10 orang yang kaya, ini tidak akan dapat memberi faedah kepada negara dalam jangka masa yang panjang. Jadi, kerajaan telah memutuskan bahawa perkara ini harus dilihat dengan kadar yang segera. Kini, kerajaan sedang menstrukturkan subsidi, dengan tujuan untuk memastikan bahawa dana yang ada diuruskan dengan sedemikian rupa supaya dapat menjana ekonomi dalam tempoh masa yang panjang tapi dalam masa yang sama, golongan berpendapatan rendah, golongan miskin, dapat bantuan yang banyak dari kerajaan. Tapi, mereka yang mampu bayar, kena bayar...


Kalaupun boleh, kita ambil keuntungan PETRONAS dan memberi subsidi kepada rakyat, supaya harga tak naik. Satu, pendapatan PETRONAS tidak akan bertahan. Akan tahan hanya 6 -7 tahun. Lepas itu, PETRONAS perlu import minyak. Kedua, bukankah tanggungjawab kita untuk menggunakan 250 million bagi setiap dolar kenaikan harga itu untuk menggunakan dengan sedemikian rupa supaya dapat pendapatan dan income yang dapat menjana ekonomi untuk masa depan anak-anak kita, cucu-cucu kita. Memang kita boleh, kita ingin buat, kita boleh bagi. Kita boleh teruskan subsidi, tapi kerajaan berpendapat bahawa keuntungan PETRONAS sepatut di gunakan untuk masa depan negara dan juga anak-anak dan cucu-cucu kita.
(Petikan dari Forum Bersemuka Bersama Menteri - Tan Sri Mohamed Nor Yakcop)

Klik link dibawah untuk sessi perbualan penuh

PETROL DAN DIESEL NAIK...

Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43
(Utusan Online)
PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin