Thursday, July 31, 2008

SORRY!

Pas tolak usaha tubuh kerajaan campuran Umno-BN

KUALA LUMPUR: Pas menolak sebarang usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada di peringkat pusat atau negeri, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Beliau berkata dengan keputusan itu, sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat terbabit tidak lagi berbangkit.

Abdul Hadi yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di ibu pejabat parti itu di sini bagaimanapun berkata, parti itu akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak jika ia demi kepentingan negara dan ummah.

ULASAN : ADAKAH KERANA IANYA BERSIFAT SEMENTARA? ENTAHLA...

Wallahualam...

ADAKAH INI "PRIMARY WEAPON" DSAI?


Tup tap tup tap....Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kecoh di Gombak, kecoh di Bandar Tun Razak, kecoh di Lembah Pantai, terbaru, hangat di Kulim.....dan akhirnya beliau kembali ke kubu kuatnya selama 30 tahun, PERMATANG PAUH. Keyakinan beliau cukup tinggi di sini. Punya penyokong yang setia dan juga penyokong lalang.

Namun, adakah ini "primary weapon" DSAI setelah beberapa tembakan beliau nampaknya seperti kurang berkesan. Mungkin "ya", mungkin ada lagi saki baki peluru yang masih tersimpan. Yang jelas BN di Permatang Pauh katanya sudah menjangkakan ini akan berlaku sejak sebulan yang lalu. So, adakah mereka sudah punya calon? Ataupun masih lagi dalam keadaan "shock!"

Dari pemerhatian Deseprado yang juga anak jati pengundi di kawasan Permatang Pauh ini, calon yang terbaik untuk masa ini masih lagi kabur. Mungkin disebabkan kekalahan yang teruk dalam PRU12 yang lalu menyebabkan ramai yang masih ragu-ragu untuk bertanding apatah lagi untuk berlawan dengan hero lama Matang Pauh ini. Siapa yang paling sesuai? Ezam? No...no...no...Matang Pauh memerlukan orang tempatan yang mereka lebih kenal dan tahu... mungkin juga Latif Mirasa? ataupun Datuk Musa Fadzir...? Segalanya mungkin...Apa yang pasti, tempoh 60 hari yang diperuntukan untuk melaksanakan Pilihanraya Kecil harus dipergunakan dengan sewajarnya bagi mencari calon yang benar-benar sesuai...

Adakah DSAI berasa selesa dengan "primary weapon"nya ini? Katanya kertas siasatan telah pun siap untuk dibentangkan kepada AG. Jika disabitkan kesalahan.....you know the answer...tapi dapatkah penyokong-penyokongnya menerima kenyataan ini? KONSPIRASI LAGI! Mungkin itulah yang akan terpacul dari mulut mereka. "Polis tangkap DSAI pasal tak mau bagi bertanding!", "Polis anjing kerajaan!", "Kerajaan tidak adil!"....sampai bila suasana ini akan berterusan...DSAI bukan nabi, beliau hanya manusia biasa yang juga melakukan kesilapan...

Wallahualam....semoga Tuhan memelihara keamanan negaraku!

p/s Kalau pilihanraya kecil bulan puasa?

GELANGGANG DAH KOSONG - WAN AZIZAH LEPASKAN KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH!

Wan Azizah lepas Parlimen Permatang Pauh

KUALA LUMPUR 31 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman dibuat pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini sebentar tadi.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.

WAN AZIZAH SAID (THE STAR):

"I have officially submitted my resignation as MP to the Parliament Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, to make way for my husband, Anwar Ibrahim, to contest as a candidate for Pakatan Rakyat in a by-election as soon as possible," she said.


ULASAN : BUKAN BANDAR TUN RAZAK, BUKAN LEMBAH PANTAI, BUKAN KULIM...HE IS BACK FROM WHERE HE CAME....

TING! TING! SAPA MAU MASUK GELANGGANG DULU?

DR OSMAN? DR HAMID? DR THAN AUNG?

SETIAP PLOT YANG DITIMBULKAN TELAH KINI DIRAGUI, SENJATA TERBAIK DSAI, SURAT LAPORAN DOKTOR, TELAH BERJAYA DI KOREK ASAL-USULNYA (KLIK SINI). RAKYAT YANG DIKEJUTKAN DENGAN LAPORAN TERSEBUT KINI DI HOYONG HAYANG KAN DENGAN PELBAGAI SPEKULASI. SIAPA SEBENARNYA DOKTOR MOHAMED OSMAN HAMID INI? DESPERADO PUN TAK KENAL...ORANG BUAT PRESS CONFERENCE, DIA PULAK BERCUTI...HEHEHEHE....COINCIDENCE KE?

DSAI NI TAK BLEH NAK CIPTA PLOT, PASAL SETIAP PLOT PUNYA KAITAN DENGAN DIRINYA. AL MAKLUM LAH, ORANG JALAN SATU DUNIA, SEMUA ORANG DIA KENAL, LEPAS TU SEMUA ORANG KENAL DIA...

NAK MINTAK TOLONG, KANTOI JUGE...KINI RAJA PETRA, HAIWAN PELIHARAANNYA PERLU MEMIKIRKAN STRATEGI BARU BAGI MENYAMBUNG SKRIP YANG HAMPIR TERKANTOI...

WALLAHUALAM...

Wednesday, July 30, 2008

DROP IT, DROP IT, I SAID DROP IT!

DSAI : DROP THE CASE!

PETALING JAYA, MALAYSIA - PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed that the medical report leaked on Monday confirmed that the sodomy allegations against him were baseless and were politically-motivated.

He urged the police to stop their investigation and to send the medical report to the Attorney-General's Chambers and classify the case under 'no further action.'

DATO SERI SYED HAMID SAID :

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said that the case won't be dropped based just on the medical report.

"This is just one aspect of the investigation. The police are piecing together evidence, let them do their job and complete their investigation," he said.

"As it is, they haven't charged Anwar with anything yet," he noted.

DESPERADO SAID :

Why do you want to drop the case? Don't worry Pak Cik Anwar, kita lawan! Stir it, blend it, add more spices into it....

lagipun nak drop apa? Syed Hamid kata belum ada tuduhan...so nak drop apa? Drogba ada la...main ngan Chelsea...

HE LOVES HIS DOG...

Semua kerja dia buatkan untuk DSAI....GOOD BOY!

R.P.K SAID....
The sad thing is, all those involved are Malays who profess the religion of Islam. And some are even from an Islamic political party. They talk about Islam until they foam at the mouth. They say that all Muslims are going to heaven, even bad Muslims who will of course have to serve a short term in hell to pay for their sins before they get transferred to heaven after their ‘sentence’ has been fully served. Good non-Muslims like Mother Teresa, never mind how good they may have been, will all end up in hell because they do not profess the religion of Islam.

DESPERADO SAID :
  • DSAI DITAHAN AKIBAT TUDUHAN LIWAT, RPK HENTAM KERJAAN....
  • DSAI BUAT STATEMENT SURUH DROP THE CASE PASAL RPK PHOTOSTAT SURAT DOKTOR....
  • PAS BERMUQABALAH DENGAN UMNO, RPK HINA DAN TERUS MENGHINA PAS....
  • NAJIB DITUDUH BERKOMPLOT KES ALTANTUYA PUN PASAL RPK BUAT SD
  • LAST SEKALI, PET PUN NAK JUMPA DENGAN RPK....HARIMAU MENULIS KATA PASAL DIORANG NAK AJAK MAIN FUTSAL...AGAKNYE LA...
p/s : kat masjid mana la RPK ni solat jumaat ye...kot kot jumpa bleh bertegur sapa. Harap-harap dia tak baca doa qunut subuh la waktu solat jumaat....wallahualam!

Tuesday, July 29, 2008

FINAL SCORE...

Hampeh betul! Bukan pasal Malaysia kalah, tapi pasal stesen TV berpiring yang gah dengan beratus siaran TV nya lansung tidak menyiarkan Siaran Secara Lansung! Tapi iklan berapi-rapi promote perlawanan ni...

Chelsea lawan team Hulu China tu nak pulak dia tunjuk...ini lawan dengan Malaysia...plup! apa pun tarak! Cipan tempang betul! NASIB BAIK bleh streaming...tapi...


Walaubagaimanapun....seperti yang dijangkalah...KALAH TETAP KALAH...cuma tindakan penyudah bila la Malaysia nak jumpa...udah depan gol! Apa boleh buat...lepas nie FAM kena fikirkan pasal pemakanan pemain-pemain la...


Gol-gol Chelsea dijarinkan oleh Nicholas Anelka pada minit ke 30 dan Ashley Cole pada minit ke 54.


RALAT

POSTING MERUNGKAI CAKAR AYAM SI DOKTOR TERPAKSA DI PADAM SEKETIKA ATAS NASIHAT ORANG YANG LEBIH ARIF SERTA MEMBERI LALUAN KEPADA POLIS UNTUK MENJALANKAN SIASATAN...KEPADA
YANG TELAH MEMBERI KOMEN,
TERIMA KASIH SERTA
MAAF DARI DES....

Monday, July 28, 2008

ONG KA CHUAN KATA TAK PERLU....


DALAM KEKALUTAN UMNO BERMUZKARAH DAN BERMUQABALAH DENGAN PAS, RAMAI PIHAK MELAHIRKAN PERASAAN MASING-MASING. ADA YANG SETUJU, ADA YANG MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA.

TERBARU, KARPAL SINGH MEMPERSOALKAN KEIKHLASAN PAS DI DALAM PAKATAN RAKYAT DEK KERANA PERTEMUAN TERSEBUT.

MEDIA TURUT MENSENSASIKAN LAGI SITUASI INI DENGAN BERTANYAKAN KEPADA PARTI KOMPONEN-KOMPONEN YANG SAMA ADA, ADA ATAU TIDAK YANG TERASA HATI DENGAN TINDAKAN TERSEBUT.

PARTI KOMPONEN KEDUA TERBESAR DI DALAM BARISAN NASIONAL, MCA, MENJADI SASARAN UTAMA MEDIA BAGI MENGETAHUI KEDUDUKAN MEREKA MENGENAI PERTEMUAN ANTARA UMNO DAN PAS.

DI SINI LA TEMAN RESPEK BEBENOR PADA SETIAUSAHA AGUNG MCA, DATUK SERI ONG KA CHUAN. SOALAN CEPU EMAS PERTAMA YANG DI TANYA OLEH PIHAK MEDIA, ADAKAH MCA AKAN MELAKUKAN PERTEMUAN BERSAMA DAP? DATUK SERI ONG KA CHUAN KATA :
"Saya tidak fikir perlu mengadakan pertemuan dengan DAP kerana yang lebih penting ialah perbincangan antara parti komponen untuk memperkukuh BN. Itu lebih baik daripada mengadakan perbincangan dengan parti lawan,"

DATUK SERI ONG KA CHUAN TURUT MENASIHATI AHLI-AHLI MCA YANG LAIN AGAR TIDAK SANGSI DENGAN PERTEMUAN TERSEBUT. BELIAU JUGA BERKATA BAHAWA INI BUKANLAH KALI PERTAMA UMNO BERBUAT DEMIKIAN. APA YANG PENTING SEKARANG IALAH KEKUATAN DALAMAN MCA BAGI MEMPERKUKUHKAN LAGI JENTERA BARISAN NASIONAL.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKARANG OLEH UMNO IALAH MEMBERI PENJELASAN SERTA PENERANGAN KEPADA PARTI-PARTI KOMPONEN YANG LAIN AGAR IANYA JELAS DAN DIFAHAMI OLEH SEMUA PIHAK.

I THANK YOU FOR THE UNDERSTANDING!

CHELSEA VS MALAYSIA

LUIZ FELIPE SCOLARI KATA (PENGURUS CHELSEA) :
'Tiga perlawanan pertama di Asia termasuk menentang Malaysia lebih kepada perlawanan untuk latihan sahaja"
B. STAHIANATHAN KATA (JURU LATIH MALAYSIA) :
"Jangan pandang tinggi sangat mereka. Yang penting dapat main dengan baik dan beri tentangan kuat kepada Chelsea. Buktikan pemain dari Malaysia juga ada kebolehan dan bakat besar dalam bola sepak"
NORHAFIZ ZAMANI MISBAH KATA (PERTAHANAN MALAYSIA) :
“Saya berharap pemain muda dalam skuad kebangsaan kini tidak akan terlalu menghormati lawan, apa yang penting kami juga harus menunjukkan kepada mereka kami mampu memberi cabaran kepada mereka”
DESPERADO KATA (CHELSEA'S FAN) :

"Gulp!........."


p/s : Di hati kecil hati ini tersimpan satu impian serta harapan ingin melihat pasukan bola sepak Malaysia di mata dunia. Kenapa? Kerana aku adalah generasi yang hanya mendengar cerita tentang kehebatan Mokhtar Dahari, So Chin Aun, entah sapa lagi hero bola sepak di era kegemilangan Malaysia tanpa dapat merasainya dengan sendiri di stadium. Aku kini tetap menanti dengan penuh harapan.....

APOCALYPSE


DAP selar Pas - Kerana berunding dengan UMNO atas nama perpaduan Melayu


KARPAL SINGH KATA :
“Pas ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada Pas patut terus dibenarkan menganggotainya,”

Desperado kata :
Kalau dengan PAS memang la atas perpaduan Melayu, takkan nak panggil perpaduan kaum pulak...satu je kaum dalam dua parti tu...

Sunday, July 27, 2008

KITA BENARKAN...


ULASAN : SATU DEMI SATU KELONGGARAN TELAH DIBERIKAN SEMENJAK PRU 12 BERLANSUNG. TERBARU, AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) TELAH DISEMAK SEMULA BAGI MEMBERI KELONGGARAN KEPADA MAHASISWA-MAHASISWA YANG KONONNYA BERJIWA PEMIMPIN INGIN BERSUARA.

SEBELUM TU, TEMAN ADA MENONTON RANCANGAN TERBITAN RTM PASAL AUKU NI. TEMAN CUKUP BERSETUJU DENGAN PENSYARAH DARI USM TU YANG MANA BELIAU MENEGASKAN BAHAWA AUKU TIDAK MENJANJIKAN SESEORANG PELAJAR ITU "THINKING OUT OF THE BOX". INI KERANA, MENURUTNYA LAGI, KEMAHIRAN BERFIKIR SESEORANG ITU ADALAH ATAS DASAR KEINGINAN SERTA INISIATIF DIRI PELAJAR ITU SENDIRI. KALAU SERATUS ORANG DATANG MEMBERI CERAMAH SEKALIPUN, KALAU HIDAYAH TAK TERCAMPAK KE DALAM HATI, NAK BERFIKIR DI LUAR KOTAK HAPA NYE...

SEPANJANG PENGAJIAN TEMAN DI UNIVERSITI, TEMAN JUGA BERGERAK AKTIF DALAM BERPERSATUAN. PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN HINGGA KE LUAR NEGARA PUN PERNAH DILAKSANAKAN. ISU AUKU HANYA AKAN TERBANGKIT APABILA TIBA PEMILIHAN PERWAKILAN PELAJAR DI MANA SEMUA ORANG SIBUK BERKEMPEN, YANG ITU DAPAT SPONSOR DARI SINI, YANG SANA PULAK DAPAT SPONSOR DARI SANA...LEPAS SIBUK MELAUNG-LAUNGKAN KERAJAAN MENYEKAT SUARA PELAJAR. TEMAN TENGOK, TAK ADA PULAK YANG DISEKAT, TERPEKIK TERLOLONG JUGA BAGI CERAMAH...BILA TENGOK RESULT YANG TERPEKIK TERLOLONG TU, HMMM...THREE POINTER PUN MECAKAR NAK DAPAT...

KINI KERAJAAN TELAH MEMBENARKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG UNTUK MASUK KE UNIVERSITI DENGAN TUJUAN MEMBERI CERAMAH MENGENAI AKADEMIK DAN PENGAJIAN MAHSISWA. SAMPAI BILA? 5 MINIT CERAMAH BOLEH LA BAGI NASIHAT, LAGI 45 MINIT....KULIAH SUBUH DI MASJID PUN BOLEH JADI MEDAN TEMPUR POLITIK....

TAK TAU LA APA NAK JADI DENGAN BEBUDAK U NI LEPAS NI. PAKAT-PAKAT PI DENGOR CERAMAH LA GAMAKNYA...BELAJOR NTAH KE MANA...YANG MANA TEKUN BELAJAR, ALHAMDULILLAH, YANG MANA MACAM LALANG...SIAP LA LEPAS NI...JANGAN SAMPAI SILAP MEMILIH RAKAN...

WALLAHUALAM..

JANGAN JOLOK?

Jangan uji Malaysia Singapura tidak patut buat tuntutan EEZ sekitar Batu Putih – Rais

JELEBU 26 Julai – Singapura diingatkan agar tidak ‘menjolok sarang tebuan’ dengan menimbulkan isu-isu sensitif terutamanya dalam hal berkaitan dengan tuntutan kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Putih.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Malaysia tidak akan bertolak-ansur dalam perkara berkenaan dan berharap republik itu lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan yang mampu menggugat hubungan dua hala.

Jelasnya, tuntutan berkenaan menunjukkan sikap tergopoh-gapah negara itu sedangkan penyelesaian secara teknikal antara kedua-dua pihak masih belum berjalan sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan hak kedaulatan Batu Putih kepada republik itu.

‘‘Nak berunding buat cara berunding, tidak payah cabul mencabul, tidak payah test market atau uji perairan kita,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Kelab Warga Emas dan Program Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan di Kampung Simpang Durian hari ini.

Tegas Rais, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kanan Singapura, Balaji Sadasivan adalah di luar daripada bentuk persefahaman yang telah tercapai selepas penghakiman Batu Putih oleh ICJ The Hague, Mei lalu.

“Sebelum ini kerajaan Singapura tidak pernah timbulkan isu EEZ, (kenapa) apabila mereka mendapat hak ke atas Batu Putih baru persoalan ini timbul. Jadi Malaysia berpendapat kenyataan berkenaan berlandaskan politik semata-mata,” katanya.

Menurut Rais, isu perairan wilayah dan EEZ adalah tertakluk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak memandangkan Batu Putih bukan sebuah pulau yang mampu menampung kehidupan ekonomi.

ULASAN : RAIS YATIM MEMBERI AMARAN KEPADA SINGAPURA AGAR "TIDAK MENJOLOK SARANG TEBUAN". JOLOK? SINGAPURA BUKANNYA MENJOLOK LAGI DAH, TINGGAL NAK BAKAR AJER LAGI TU...KERAJAAN TIDAK BOLEH LAGI HENDAK BERDOLAK-DALIK DENGAN IBLIS SELATAN NIE..

KALAU DI BIARKAN LAGI, DESPERADO AMAT PASTI, POKOK TEMPAT SARANG TEBUAN BERTAUT ITU PUN AKAN DITUMBANGKAN OLEH IBLIS SELATAN NI...

LAST ACTION HERO - PERAK BANGKIT


PERAK BANGKIT DENGAN POSTING RINGKASNYA....

DATUK SERI ABDUL HADI AWANG - HERO MALAYA
TIMBALAN PERDANA MENTERI in waiting....?


DESPERADO KATA : ADA BERANI? TUAN GURU BANYAK BERANI... TABIK SPRING TUAN GURU!

"BEKAS-BEKAS" JUGA YANG LOMPAT, "FRESH" PUNYA TAK NAK KE?


Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemasukan Fauzi yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam PKR. Beliau adalah antara tiga bekas pemimpin Umno yang dilaporkan menyertai PKR, selain bekas Ketua Umno Bahagian Kota Setar, Dr Abdul Hadi Derani dan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Mentakab, Datuk Mad Lazim Derani.

ULASAN : APASAL YANG NYOKONG DSAI NI ASYIK "BEKAS-BEKAS" AJE. DARI LUAR NEGARA SAMPAI DALAM NEGERI, SEMUANYE "BEKAAAAAAAAAAAAS" JER...
YANG "FRESH" PUNYA TAK TERINGIN KE NAK JOIN, BARU LA LAKU SIKIT NAK TUBUH KERAJAAN 16 SEPTEMBER NI. "BEKAS" TAK LAKU ATAS KERTAS....

Saturday, July 26, 2008

MAT ZENI DAN PEDRA BRANCA...

Semalam Mat Zeni datang jumpa teman, katanya nak rakam lagu nasyid.

Lupa teman nak cakap pasal Mat Zeni ni, Mat Zeni pandai main keyboard, memang handal orangnye, dengar lagu sikit jer, lepas tu terus boleh tiru dan mainkan balik lagu tu.


"Kome ade mase tak?" tanya Mat Zeni sambil menjenguk dari pintu bilik teman.


"Nape? Sibuk sikit nie, tapi boleh la," saja jual mahal sikit, tapi sebenarnya tak sabo nak sembang dengan Mat Zeni.

"Ni ha, ade ustaz sekolah agama petang nak mintak tolong," kata Mat Zeni sambil masuk ke bilik teman.


"Ape ke heenyer? Sampai ustaz nak mintak tolong ni, nak mintak tolong baca tahlil ke?" tanya teman berseloroh.


Luas mata Mat Zeni memandang teman, "Hish kamu ni! Ade ke situ pulak, teman setakat baca Ya Sin boleh la...alah, ni ha, dia mintak teman buatkan lagu nasyid nie, minus one pakai keyboard, luse nak bertanding,"

Teman pun sambut, "Laaa...ate, lagunye dah kamu rakamkan ke dalam keyboard tu?" tanyaku lagi.


"Dah, tapi ustaz tu nak due lagu, keyboard boleh rakam satu aje, kome rakam masuk komputer dulu satu, karang teman main lagi satu," terang Mat Zeni.


Teman pun bukak le laptop sambil Mat Zeni sibuk memasang keyboard. Sesambil tu sempat juge dia berceloteh ceghite pasal tanah la, ceghita pasal deghoyan la, yang paling best ceghite pasal Pedra Branca (Pulau Batu Puteh).

"Aku baca surat kabor dua hari lepaih, katanya Singapore nak tuntut berapa ratus batu kawasan ayor Pulau Batu Puteh tu? Betui ke?" tanya Mat Zeni sambil nekan kod C pada keyboard.

"200 batu nautika!" jawab teman, pendek.


"Uih, idak ke itu sampai ke Kolumpo?" bulat mata Mat Zeni terkejut.


"Entah, mane teman tahu, Singapore tetibe aje buat tuntutan tu," kata teman.


"Bior benar kome, kalau di kira dalam kilometer, ade le dalam 370 km, idak gitu?" tanya Mat Zeni sambil membilang jarinya.


"Hish!, tak tahu la teman, teman tak pandai la pulak mengira jarak laut dengan km, lagipun tak gheti teman nak bercakap pasal tuntutan tu, semuenye bahasa laut," jawab teman panjang pada Mat Zeni.

Mat Zeni membalas, "Itu la kome, kita kena amik tahu juge...,"

Teman terus potong cakap Mat Zeni, "Nak amik tahu macam mane, deme cakap bahasa lain, teman cakap bahasa lain."


Mat Zeni meneruskan pemasangan keyboard. Keyboard tu pun satu hal, kejap bunyi kejap tak bunyi. Mat Zeni terus menekan-nekan sambil membelek suis di dinding.


Mat Zeni berdiri depan teman, "Pulau Batu Puteh tu, yang teman bace le, dua tiga ketul batu besar yang timbul ajer kan? Boleh ke buat tuntutan sebagai pulau?"


"Ate kamu ni asyik menanyekan aku aje, mana aku tahu!" sergah teman pada Mat Zeni.


Mat Zeni tersengih, "Ate jangan le kamu marohkan aku,"


Mat Zeni menyambung sambil bercekak pinggang, "KALAU SINGAPORE MEMBUAT TUNTUTAN DENGAN MENGGUNAKAN BATU-BATU TERSEBUT, INI BERMAKNA, MALAYSIA PUN BOLEH BUAT TUNTUTAN JUGE!"


Terdiam teman, "Macam mana pulak? Kamu ni ade-ade ajer le..."


Mat Zeni duduk pulak sebelah aku, "ATE KAN KE MALAYSIA PUN DAPAT DUA TIGA KETOI BATU SEKITAR BATU PUTEH TU, IDAK KE PUN BOLEH KITA PUN CLAIM PERAIRAN SITU? APE KE NAME OMPUTIH NYER BATU-BATU TU?"


"Middle Rock dengan South Ledge!" jawab teman.


"Hah! Deme, Singapore dapat batu ajer, itu pun claim, takkan Malaysia dapat batu tak nak claim?! Bior rase kan si Singapore tu. Ape ingat die ajer boleh claim, aku pun boleh claim!" tegas Mat Zeni.


"Huh! Kamu nak claim ape?" tanye teman.


Mat Zeni tersengih, "Teman nak claim milage pegi mesorat minggu lepaih...hehehe!"


"Ceh, ingat tadi macam serius, memain pulak!" kata teman.

"Sesekali berseloroh dengan kamu! Tapi memang betui la, teman rasa Malaysia pun boleh buat claim..."


"Kome pegi la cakap kat Rais Yatim, teman tak reti undang-undang laut, tu dah siap ke belum?" teman memotong cakap Mat Zeni.


Mat Zeni tak menjawab. Dia terus menekan kod-kod lagu nasyid sambil memejam mata mecari irama lagu. Teman pun malas nak bercakap pasal tu lagi. Bior la deme menyelesekan dengan cara deme sendiri. BOLEH PAKAI KE IDEA MAT ZENI?

ISU PENGAMPUNAN TERAKHIR PATI DI SABAH

Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita semakin berserabut serta bercelaru untuk ditangani. Kedatangan mereka bukan sahaja membimbangkan masyarakat setempat, malah memeningkan kerajaan untuk memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasinya. Kehadiran PATI juga bukan sahaja mengundang ke arah peningkatan gejala sosial, malah penyebaran penyakit-penyakit berbahaya turut mengancam keselesaan msyarakat setempat.

Namun begitu, disebalik kehadiran mereka yang sanggup meredah lautan dengan bot-bot kecil, berhimpit di dalam kontena yang sempit hingga mengancam nyawa mereka sendiri, tujuan mereka hanya satu di sini, untuk mencari rezeki. Ini adalah disebabkan oleh situasi negara masing-masing yang tidak stabil serta mengancam kehidupan mereka. Dan di Malaysia pula, banyak-banyak peluang-peluang pekerjaan yang terhidang untuk mereka bagi mencari rezeki.

Penulisan kali ini tidaklah menyokong kehadiran PATI ini secara 100 peratus total dengan kehadiran mereka ke tanah air kita yang tercinta. Tetapi hanya sekadar bermuhasabah diri melihatkan suasana politik yang berserabut sekarang.

Desperado terfikir, jika Tuhan Yang Maha Kuasa itu menterbalikkan situasi ini, dan terkena pula pada rakyat negara kita Malaysia, bagaimana pula kita akan mengatasinya. Maksudnya di sini ialah, jika negara Malaysia menjadi huru-hara akibat ketidaktentuan politik serta ekonomi, dan rakyat terpaksa berhijrah ke negara luar untuk mencari rezeki. Berhijrah dalam erti kata terpaksa menjadi PATI di negara-negara jiran sebagaimana yang terjadi kepada PATI-PATI yang sedang berada di Malaysia. Pastinya kita akan berasa betapa siksa dan sengsaranya mereka yang berhijrah secara haram ke negara kita. BERNAMA ada melaporkan tentang 3 orang rakyt Malaysia yang menjadi PATI di sana. (Klik sini untuk baca selanjutnya)

Isu kebanjiran warga asing perlu ditangani dengan bijak tetapi serius demi kesejahteraan dan kedaulatan negara ini. Satu pelan jangka panjang perlulah dirangka semula oleh kerajaan demi keselamatan rakyat tempatan. Kerajaan telah memperuntukan hampir RM 50 juta (klik untuk baca selanjutnya) sebagai kos untuk mengusir PATI-PATI yang berada di Sabah serta akan menjalankan operasi secara besar-besaran (klik untuk baca selanjutnya) pada Ogos ini.

Kemudian sebuah NGO, Badan Kebajikan Islam (Nebisa) telah mencadangkan agar PATI-PATI ini diberi pengampunan terakhir (klik untuk baca selanjutnya) untuk mereka pulang dengan sukarela dan secara tidak lansung kerajaan dapat menjimatkan wang. Cadangan tersebut turut mendapat sokongan sebuah lagi NGO, Borneo Heritage Foundation. Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bersetuju bagi mempertimbangkan cadangan tersebut. Tindakan memberi pengampunan adalah salah satu langkah yang lebih berperkemanusiaan daripada menangkap serta mengusir terus PATI-PATI ini. Di sinilah kita harus berfikir, jika situasi ini terjadi kepada kita, adakah kita juga akan diusir seperti anjing kurap? Desperado kali ini amat menyokong program pengampunan yang dicadangkan oleh NGO tersebut agar kita lebih bertindak seperti seorang manusia dan bukan haiwan.

Friday, July 25, 2008

BATAL JUGE...

INGATKAN TAK LEPAS DI JOHOR, KL LEPAS...TAK LEPAS JUGAK!
SORRY INUL...NEXT TIME KAY...

AKHIRNYA...LULUS JUGA!

Terengganu boleh guna kereta rasmi Mercedes

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata isu pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta selesai dan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan boleh menggunakan kenderaan baru itu.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi kebenaran itu semalam.

"Masalah kereta dah selesai. Saya dah berbincang dengan Pak Lah dan Datuk (Seri) Najib," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Badan Amal Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi, di sini, hari ini.

ULASAN : SERONOK SELALU, BULANG DEPANG JANGAN LUPA BELI HELIKOPTER PULOK, LAGI CEPAK NOK MASUK HUTANG!

THIS NEWS JUST COMING IN....

Terengganu tidak dibenar guna Mercedes: PM

Wan Hazmir Bakar dan Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata Kerajaan Terengganu perlu akur dengan arahan penggunaan kereta Perdana V6 Eksekutif untuk kegunaan Exco Kerajaan Negeri. Bercakap kepada pemberita di sini, Perdana Menteri berkata, disebabkan kerajaan negeri terbabit sudah membeli 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta, ia akan digunakan untuk kegunaan tetamu kerajaan negeri itu.

Awal hari ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, isu pembelian kereta Mercedes itu sudah selesai hasil pertemuannya dengan Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Kuala Lumpur, semalam.

MINTOK MAAP LA....

THE THREE STOOGES PUN SOKONG ANWAR...

AFP - Friday, July 25

PARIS (AFP) - - Malaysia should drop its sodomy charges against opposition leader Anwar Ibrahim, said a joint statement by three former leading figures on the international stage.

"We have heard with deep concern the charges filed against the honorable Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim," said the statement by former Canadian prime minister Paul Martin, ex-World Bank chief James Wolfensohn, and Michel Camdessus, the former head of the International Monetary Fund.

They said the charges were brought "in spite of the fact that similar unsubstantiated charges filed 10 years ago against him were overturned by the Supreme Court."

They therefore hoped that "the government of Malaysia will ... demonstrate, by dropping the charges... an exemplary sense of respect for the rights of the individual which are so important to the international standing of Malaysia."

The three reiterated their "full confidence in his (Anwar's) moral integrity."

ULASAN : "THREE STOOGES" PUN SOKONG DSAI. SIAPA MEREKA INI? NAK KENAL LEBIH LANJUT MAKHLUK ASING TIGA EKOR NI...SILA KLIK SINI

1. BEKAS PERDANA MENTERI KANADA - PAUL MARTIN

2. BEKAS 'CHIEF' BANK DUNIA - JAMES WOLFENSOHN

3. BEKAS 'KEPALA' INTERNATIONAL MONETARY FUND - MICHEL CAMDESSUS

SEMUANYA BEKAS-BEKAS BELAKA, TERMASUK DSAI YANG JUGA BEKAS MENTERI KEWANGAN SERTA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA. ANY CONNECTION? MANGKUK HAYUN TIGA EKOR INI SIAP HANTAR SURAT LAGI, MEMINTA KERJAAN MALAYSIA MENGGUGURKAN KES LIWAT DSAI...BELUM BICARA LAGI DAH MINTAK GUGUR...KEPALA HOTAK DEPA!
AIDC MENGATAKAN :

Dekad lepas telah menyaksikan penyangak matawang antarabangsa cuba mengawal melalui "serangan" atas pasaran modal beberapa negara, termasuk Asia Tenggara dan UK.

Kenapa pemimpin pemimpin dunia ini begitu berkeras ingin mempertahankan Anwar, walaupun belum betul betul dibukti atau bebaskan, melalui proses undang undang secara komprehensif, mengenai tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan (yang mana memang adalah jenayah dalam Perlembagaan Malaysia)?

Apakah dalam persimpangan dan ambang krisis ekonomi peringkat global yang dijangkakan tidak berapa lama lagi, pemimpin tertutama kewangan awam peringkat antarabangsa begitu kuat memberikan tumpuan pada Anwar memberi indikasi sesuatu, seperti peranan Anwar (langsung atau tidak) dalam konspirasi dalam agenda Neo Conservative dan Yahudi antaranbangsa menjahamkan ekonomi dunia dan penjajahan New World Order melalui ekonomi bermula?

RICE VS RAIS

US urges Malaysia to follow rule of law in dealing with Anwar sodomy case

SINGAPORE (AP) - U.S. Secretary of State Condoleezza Rice on Thursday urged Malaysia to be transparent and follow the rule of law in dealing with the sodomy accusation against opposition leader Anwar Ibrahim.The comment is likely to irk the Malaysian government, which earlier this month accused the U.S. of meddling in its domestic affairs when a State Department spokesman made similar comments on Anwar's case.
The United States has long spoken and will continue to speak up about cases that we think need to be thought about in terms of the political circumstances, said Rice, who is here to attend a regional security conference.We want to see transparency and for rule of law to be completely followed here, she told reporters just before going into the 27-nation meeting. "We are always going to speak up on human rights cases, political cases, but we do so in a spirit of respect for Malaysia".Government leaders have denied trying to frame Anwar.
Rais Explains Anwar's Case To Condoleezza Rice

The United States respects Malaysia's legal procedures and did not refute the explanation given on the alleged sodomy case involving Anwar Ibrahim, according to Foreign Minister Dr Rais Yatim.Rais said he had briefed US Secretary of State Condoleezza Rice Thursday on Malaysia's laws and the legal procedures pertaining to Anwar's case."Rice did not dispute the explanation,"
Desperado said to Rice : KEPALA HOTAK DIA!

Thursday, July 24, 2008

ADA YANG BANGGA...

Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri Pulau Pinang:
  • Beliau sendiri bukan anak jati Pulau Pinang. Lim Guan Eng memulakan pendidikan awalnya di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, dan kemudianya di Batu Pahat Montfort Primary English School. Pada pendidikan menengahnya pula, beliau belajar di Batu Pahat High School dan Melaka High School.
  • Lansung tak ada heart connection dengan Penang.....macam pemain import main untuk pasukannya, semangat kenegerian kurang...

Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng ambil contoh Khalifah Umar Abdul Aziz:
  • Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai rujukannya dalam memerintah negeri.
  • Semuanya modal untuk berpolitik. Kenapa harus Khalifah Umar, kenapa tidak mahu terus mencontohi Rasulullah, agaknya susah nak sebut kot...tak pasal-pasal bila taip pada Google, Khalifah Umar, terus ada approximate result dengan Lim Guan Eng...getik aku!
Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng sebab naik kapal terbang kelas tiga
  • YAB Mr. Lim, you have my deepest respect. You have made history by being the first Chief Minister in this country to sit in Economy Class whilst in office as Chief Minister. You really mean what you say when you talk about cost-cutting. Sir, you have shown me leadership by example. Ning Baizura
  • Memang la naik kelas ekonomi, pasai firts class dah penuh. Lim Guan Eng pegang berapa kerusi, satu Parlimen, satu lagi DUN, travel kena selalu, sampai kadang-kadang lupa nasib rakyat di seberang, naik first class selalu, tokey balak pun terlondeh kain pelikat!
Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng pasal pertikaikan DEB
  • Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.
  • Bagus la, bangsa dia semua kaki berniaga, Melayu di Pulau Pinang baru nak bertatih berniaga. Kontraktor kelas F di Pulau Pinang mula garu kepala dengan sistem terbuka. Kononnya, healthy competition....nasib la!
Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng menyokong Papan Tanda Bahasa Cina
  • A group of Gerakan members has put up six road signs in Chinese here to tell the DAP that it has to come up with such road signs since the party is now helming the state. In what appears to be a tit-for-tat move, former Penang Municipal councillor Dr Thor Teong Ghee, who is a Penang Gerakan Youth committee member, said such road signs were now vital as George Town had been listed as a World Heritage Site by Unesco.
  • Mangkuk ayun ni dulu masa DAP bubuh semua orang marah. Lepas dapat Penang dia sendiri yang pegi pasang. Alasan UNESCO...UNESCO suruh letak papan tanda tulisan Cina ka? Bahlul!
Ada yang bangga dengan Lim Guan Eng pasal menang DUN dan PARLIMEN
  • Pada pilihan raya umum 2008, Lim Guan Eng berjaya memenangi kerusi parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang. Beliau berjaya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, selepas kejayaan DAP menumbangkan penguasaan daripada Barisan Nasional.
  • Tahniah la diucapkan, tapi sempat ke terkejar-kejar, kejap ke Parlimen, kejap ke DUN, bila masa yang nak jengok pengundi-pengundi setia anda. Lagi satu hal, siapa yang menguruskan Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang yang semakin nazak, sampai terpaksa memohon jasa baik penonton untuk dibayar gaji mereka...untuk pengetahuan Lim Guan Eng, Penang baru kena belasah dengan Kedah, 2 - 6, untuk saingan Piala Malaysia 2008!

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang melalui timbalan presiden dan anggota majlis persatuan sedang menjalankan kutipan derma untuk membantu pemain Pulau Pinang, presiden dan juga belia yang sudah berberapa bulan tertunggak gaji disebabkan kehabisan dana.

Pihak persatuan memohon jasa baik peminat ,orang perseorangan ataupun pihak sektor swasta membantu kewangan persatuan yang sekarang ini dalam keadaan kritikal.

Diharap sedikit sebanyak derma yg diberi dapat meringankan beban yang ditanggung pemain2 tempatan yang masih berjuang dipadang walaupun tidak menerima gaji.

Semua derma boleh disalurkan secara tunai ataupun cek kepada Persatuan Blasepak Pulau Pinang di jalan scotland.

Keprihatinan anda dihargai


Desperado tak bangga apa-apa lansung...cuma terguris hati bila Melayu di Pulau Pinang bergolak...

MENANG SORAK....


" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."

Masih terngiang-ngiang di telinga aku, suara budak KeAdilan ketika di meja panas, N11 DUN Penanti, di depan SMK Guar Perahu, di depan jalan pintu masuk untuk ke tempat mengundi. Budaknya masih muda, tua sedikit dari aku, awal 30 an mungkin, "smart", baju tuck in, pakai topi siap payung kecik lekat kat atas, menunggu pengundi-pengundi turun dari kereta untuk merayu supaya mengundi mereka.Di depan pintu masuk tersebut, bukan sahaja ada budak-budak seperti ini, malah makcik-makcik, kakak-kakak yang setia berkhidmat dalam apa jua situasi.


Situasi yang pada mulanya tenang dengan sedikit pekikan-pekikan sinis dari pemandu, kini mula menjadi kecoh apabila, salah seorang dari budak KeAdilan ini mengejek salah seorang dari perayu undi dari Barisan Nasional (wanita lingkungan awal 50 an) dengan cara yang sinis. Beliau tanpa segan silu datang merapati wanita tersebut sambil mengulangi kata-kata ini :

" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."

" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."

" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."


Wanita tersebut pada mulanya bersabar sambil tidak mempedulikan kata-kata budak tersebut akhirnya mencapai payung yang sedang dipegang lalu cuba memukul dan menghalau budak tersebut, namun tindakannya telah mendapat mendapat respon yang cukup menakutkan untuk seorang wanita berumur sepertinya. Sekumpulan budak-budak KeAdilan yang cuba di halaunya tadi datang dengan mengherdik beliau....bayangkan lah seorang wanita yang boleh dikatakan sebaya dengan umur ibu-ibu mereka diherdik dan dicaci. Mujurlah ada pihak-pihak yang meleraikannya. Budak-budak keAdilan tersebut terus mengherdik sambil menyanyi beramai-ramai dari jauh, aku hanya memandang sambil mengelengkan kepalaku,


" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."
" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."

" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..." (Fade out)

Hampir 4 bulan berlalu


Kini, keAdilan, PAS dan DAP telah berjaya menawan Pulau Pinang. Mungkin budak-budak keAdilan yang bersorak pada hari tersebut tidur lena, senang hati dan berbangga dengan usaha mereka ketika hari mengundi tersebut telah membuahkan hasil.


Namun, antara mereka yang bersorak pada hari mengundi tersebut pastinya tidak menyedari atau pun sedar apa yang telah terjadi pada hari ini di Pulau Pinang. Mereka sangka, lompatan mereka, sorakan beruk mereka pada hari mengundi tersebut hanyalah untuk dikawasan N11 sahaja. Mereka lansung tidak fikirkan kesan jangka panjang perbuatan mereka. Mereka juga tidak sedar bahawa di Pulau Pinang, mereka adalah golongan minoriti yang bakal merempat jika bangsa lain yang memegang tampuk pemerintahan....
Kini terbukti, lihat sahaja bagaimana dengan perlahan-lahan golongan minoriti akan dirempatkan oleh golongan pemerintah. Terbaru sms yang ku terima, (sebijik copy)
Dasar perumahan bumi di penang akan di gubal. Tiada lagi kuota rumh bagi melayu. Mungkin ramai cha ya nun alif akan tinggal di p. pinang dan org melayu terpaksa cari rumah di negeri lain. Maklumat ini dihantar oleh agen kita yg terlibat dlm menyiapkan draf untuk pembentangan dlm persidangan dewan negeri pada minggu ini oleh EXCO Pakatan Rakyat.sebarkan.......t.k.zb
Sebelum-sebelum itu, papan-papan tanda juga telah berjaya ditambah dengan tulisan mandarin. Kononnya untuk UNESCO. UNESCO my arse! Suppose kita kekalkan apa yang ada sebab ianya peninggalan sejarah. Lakukan penambahbaikkan bukan menokok tambah papan tanda.

Siapa Melayu yang nak membela nasib melayu di Pulau Pinang. ADUN N11, Mohd Fairus? Dia sendiri terkedu berhadapan dengan sepet-sepet yang lain. Portfolio yang dipegang mungkin sudah berhabuk sekarang. Kenapa? Sudah lah gaji pemain bola sepak Pulau Pinang tak terbayar, kebajikan pemain lansung terabai. Dialah wakil kesayangan budak-budak keAdilan yang mengejek pada hari mengundi,

" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."

" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."

" Cik Mah, dok menang sorak, kampung tergadai kot..."


Pasti kini ada yang gembira atau yang mengeluh dan mungkin ada yang menyesal.

KINI SIAPA YANG MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI?

BAHASA INGGERIS DI DALAM SAINS DAN MATEMATIK...

Pengajaran dan Pembelajaran di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik akan ditentukan nasibnya hujung tahun ini....sebelum itu...ada berani mau debat?

PERDANA VS MERCEDES

ADA YANG MENYOKONG...ADA YANG MEMBANTAH... BERIKUT ADA LA DUA TIGA KOMEN SOKONGAN DAN BANTAHAN YANG DAPAT DIKUMPULKAN...

YANG MEMBANTAH :

SMS DARI UTUSAN MELAYU

APAK

KALAU servis kereta Perdana pun beratus ribu ringgit, cuba bayangkan servis untuk Mercedes. Tolonglah fikirkan bebanan yang rakyat tanggung sekarang.

HANAN

SIASATAN terperinci perlu dibuat ke atas kos senggara sebuah Perdana V6 yang terlalu mahal dan tidak masuk akal itu.

ABD. YAMIN

JIKA terbukti kotak gear Perdana V6 mudah rosak serta kos penyenggaraan terlalu tinggi, Proton perlu tingkatkan usaha dan strategi dalam meningkatkan kembali keyakinan pengguna terhadap kereta nasional.

013-7009XXX

MEMANG kita orang Melayu mudah lupa. Kenapa menghina kereta nasional kita sendiri? Nak bergaya pun biarlah bertempat.

DIN SAYUR KODIANG

MB Terengganu guna Mercedes untuk jalan jauh dan cepat. Kalau macam itu elok beli 14 buah helikopter sahaja lagi cepat. HELIKOPTER?!!!


YANG MENYOKONG

SUARA SUKJ

Sebagai seorang yang pernah menggunakan Perdana V6, saya menyokong alasan Menteri Besar Terengganu yang menyatakan kualiti Perdana V6 amat mengecewakan serta sentiasa memerlukan penyelenggaraan yang mahal dari masa ke semasa.

Cuma yang saya tidak setuju ialah tindakan Menteri Besar Terengganu memilih waktu yang kurang tepat untuk membeli Merce E200 Kompressor untuk kegunaan Exco dan Peg Kanan Kerajaan Negeri Terengganu. Selain dari itu kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi hingga mencecah ratusan ribu ringgit juga boleh dipersoalkan?

Berikut saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya yang pernah menggunakan Proton Perdana V6:

1) Saya beli 'brand new' model tahun 2001 - WJR 6198
2) Harga - RM106,000
3) Masalah yang selalu saya hadapi ialah bila break...tayar bergegar. Bila hantar ke pusat servis Proton saya tetap kena bayar walaupun baru beli?
4) Kereta baru tapi...bunyi sana...bunyi sini...sana longgar...sini longgar? Bila bawa mesti sakit telinga dan sakit hati.
5) Jika kita bediri 50m ke 100m dihadapan Perdana V6, kita akan nampak seolah-olah ada satu objek terlerai kebawah iaitu penutup bahagian bawah enjin. Bila saya bawa ke pusat servis Proton minta objek tersebut di skru atau dikunci supaya tidak terlerai kebawah....mereka beritahu benda itu memang dah macam tu tak boleh dibaiki lagi? (baca selanjutnya)

MB AHMAD SAID SENDIRI

Proton Perdana V6 Executive yang digunakan anggota Exco dan pegawai kanan sekarang sering menghadapi masalah kerosakan kotak gear dan cakera brek.

Katanya, keadaan tersebut menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian akibat kos penyelenggaraan tinggi sehingga mencecah RM30,000 bagi setiap kali kenderaan itu dihantar ke pusat servis.

"Lebih membimbangkan, masalah ini (kotak gear rosak) sering kali berlaku dan semalam saya mendapat maklumat lengkap menyatakan kita terpaksa keluarkan belanja sebanyak RM69,000 untuk satu kenderaan yang diselenggara dalam tempoh dua tahun hanya kerana perlu tukar kotak gear.

"Ini baru satu buah kereta. Bayangkan kebanyakan Proton V6 Executive yang dimiliki Terengganu turut menghadapi masalah sama dan kita terpaksa keluarkan belanja ratusan ribu ringgit dalam tempoh singkat semata-mata untuk penyelenggaraan saja," katanya. (baca selantjutnya)

ULASAN : DESPERADO? SETUJU? TAK SETUJU? ENTAH LA...DEME ADA DUIT, DEME BELI LA...LEPAS NI JANGAN LUPA ORDER HELIKOPTER PULAK!

MB - Menteri Besar

or

MB - Mercedes Benz

BATU PUTEH DILANGGAR TODAK!

Kelmarin, Menteri Kanan Singapura, Balaji Sadasivan dilaporkan berkata, republik itu mempunyai kawasan perairan wilayah hingga maksimum 12 batu nautika dan ZEE yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai UNCLOS pada 10 Disember 1982.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim bagaimanapun mempersoalkan tindakan Singapura mengumumkan tuntutannya itu sebelum berbincang di peringkat Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan bersama bagi menyelesaikan isu berkaitan.

ULASAN : BUAT APA NAK BERKIAS-KIAS PULAK...NAK AMIK JOHOR CAKAP JER LA... BAGI PENERAJANG BUDAK "BALACI" SADASIVAN NI BARU TAHU.

TEMAN SOKONG BEBENOR PENULISAN HARIMAU MENAIP...JANGAN MEMAIN DENGAN SINGA SEKOR NI...BAHAYA...!

Wednesday, July 23, 2008

RUNTUH LAGI...

REPAIR LA BALIK....LAIN KALI PAKAI ATAP NIPAH AJE LA!

11 JAHANAM BERJAYA PUJUK GERAKAN!

UMNO minta papan tanda jalan dalam bahasa Cina diturunkan

PULAU PINANG 23 Julai — Umno Pulau Pinang mahu supaya papan tanda nama jalan bertulisan Cina yang dipasang oleh Pemuda Gerakan di beberapa jalan di sekitar bandar raya Georgetown sejak Isnin lepas diturunkan segera.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau telah menghubungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk Zainal Rahim Seman meminta MPPP mengarahkan pihak yang memasangnya supaya menurunkan papan tanda itu.

“Jika mereka enggan, Datuk Zainal sudah memberi jaminan yang mereka (MPPP) akan menurunkannya sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Penaga mengulas bantahan Pemuda Umno negeri terhadap tindakan anggota Gerakan yang memasang papan tanda dalam bahasa Cina berkenaan.

Pemuda Umno turut mendesak supaya papan tanda nama jalan dikekalkan dalam satu bahasa saja iaitu bahasa Malaysia.

Isnin lepas, salah seorang anggota jawatankuasa Pemuda Gerakan, Dr Thor Teong Ghee bertindak memasang papan tanda itu di enam lokasi iaitu di Lebuh Pantai, Jalan Burmah, Jalan Macalister, Lebuh Carnavon, Lebuh Chulia dan Jalan C Y Choy.

ULASAN: NAMPAKNYA 11 JAHANAM TELAH BERJAYA MEMBUATKAN DR THOR TEONG GHEE DARI PARTI GERAKAN, CAIR DAN MENGIKUT APA SAJA CADANGAN YANG DICADANGKAN OLEH KERAJAAN NEGERI. GERAKAN PULA BEGITU GALAK MENCARI PENGARUH DARI PENGUNDI CINA YANG TELAH MEREKA HILANGKAN KETIKA PRU 12...JANGAN BERMAIN DENGAN API...NAK MAIN JUGAK, MAIN LA TAKRAW, TAK PA... WELCOME TO MALAYSIA'S HONG KONG!

Tuesday, July 22, 2008

PENIRU YANG KANTOI...!

Adun DAP ciplak soalan bekas Adun BN

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat, Ong Thean Lye terkejut apabila mendapati tiga soalan bertulisnya - yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu - diceduk oleh seorang Adun Pakatan Rakyat untuk dikemukakan pada persidangan kali ini.

Bercakap dalam sidang akhbar di luar persidangan hari ini, Ong berkata ayat yang digunakan oleh Adun Pakatan Rakyat berkenaan adalah sama dengan ayat dalam soalannya sebelum ini.

Soalan Ong terkandung dalam buku Susunan Urusan Mesyuarat semasa persidangan pada 19 November tahun lalu, sementara soalan Adun Pakatan Rakyat itu terkandung dalam buku Susunan Urusan Mesyuarat bagi penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 yang bermula semalam.



ONG THEAN LYE - ADUN DATO KERAMAT (YANG DI TIRU) KATA :

"Saya terkejut apabila mendapati soalan saya tahun lalu diambil bulat-bulat oleh Adun itu."

"Adun itu nampaknya meniru ayat yang sama dengan soalan saya itu. Jika ada yang berbeza pun hanya pada kata sambung 'dan' yang digantikan dengan noktah."

"Bagaimanapun saya bangga soalan itu ditiru kerana ia membuktikan bahawa soalan saya itu adalah berkualiti"

KOID TENG GUAN - ADUN SG. PINANG (SI PENIRU) KATA:

"Saya cuma memberikan senarai isu yang hendak diajukan dan selebihnya dilakukan oleh pembantu saya. Jadi saya tidak mengetahui perkara ini,"


DESPERADO KATA :


SEBELUM KATA APA-APAMARI KITA GELAK BERAMAI-RAMAI DAHULU......

11 JAHANAM YANG MEMANG MENJAHANAMKAN KERAJAAN...(GELAK BALIK)..!
BUAT MALU KOMPENI SAJA, HARAP RAMBUT SIKAT BELAH TEPI, PERANGAI MACAM BUDAK DARJAH 4, BUAT KERJA RUMAH SALIN KAWAN-KAWAN PUNYA, LEPAS TU KANTOI....(KETAWA BALIK)..!

LEPAS TU SALAHKAN KAWAN DIA PASAI KANTOI....

NI, NAK HABAQ MAI KAT CEK, NAK JADI WAKIL RAKYAT, BUKAN SAJA KENA MENJENGOK RAKYAT, TANYA HABAQ, TAPI KENA LA PANDAI MENGARANG...TULIS SOALAN, TULIS JAWAPAN...KALAU PEMBANTU BUAT SILAP PUN...TAKKAN LA CEK TAK PI BUAT SEMAK DULU, NI MAIN HANTAQ TERUS SAJA KA, NASIB BAIK PEMBANTU CEK TU LURUS BENDUI, KALAU DIA PUN PANDAI KONA, DIA BUBUH SURAT PAJAK GADAI...BAGHU HANG TAU.....AKAI ADA KA?

SIAPA "GERUDI" SIAPA?


INUL DARTISTA KATA :

"Saya harus bersyukur kerana masih diberi peluang membuat persembahan pada 27 Julai di Bukit Jalil dan saya harus hargai peluang itu. Air mata saya yang tertumpah tidak sia-sia dan apa yang telah terjadi bukan kesilapan saya mahupun penganjur. Tak sangka juga tiba-tiba timbul masalah sebegini tapi kami harus akur dengan ketentuan ini.

"Saya juga masih bangga kerana masyarakat Malaysia amnya dan orang Indonesia di sini sangat menyokong. Teman media di Malaysia begitu memberi dorongan dan sokongan kepada saya. Niat saya melakukan persembahan ini sekadar menghibur dan memberi mesej yang positif kepada rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia supaya bekerja dengan baik dan tidak menimbulkan huru-hara di negara orang. BACA SELANJUTNYA...

HERMAN SHAMSUDEEN (KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS WILAYAH) KATA :

"Semasa konsert berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun beliau berjanji tidak melakukannya.Jadi adakah ada lagi mana-mana pihak boleh menjaminkan perkara yang sama tidak berlaku?"

"Walaupun apa jua alasan yang dilontarkan, Pemuda Wilayah mengingatkan bahawa rakyat tempatan menolak konsert ini. Rata-rata penonton yang hadir pada siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau ditanahair sendiri." BACA SELANJUTNYA...

DESEPRADO KATA:

BATAL...LULUS...BANTAH, DESPERADO TAK BERAPA SANGAT DENGAN DANGDUT NI...ADA SESAPA NAK KOMEN? ROSLAN AZIZ...MAU KOMEN LAGI KA? FREDDIE FERNANDEZ...HOW BOUT YOU? NASIB LA HAJJAH INUL OII...KAMU DATANG SILAP HARIBULAN NIE... SEKARANG TENGAH GAWAT NI...WADUH!

ANAK SEDARA DAJAL DITANGKAP!


BELGRADE: Bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic (gambar), yang dituduh menjadi perancang utama jenayah perang, termasuk di Eropah, ditahan petang semalam selepas diburu lebih 13 tahun.

Menurut Presiden Serbia dan Tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Karadzic, penjenayah perang utama di dunia berdepan dengan tuduhan membunuh beramai-ramai yang disidatkan tribunal itu sebagai 'gambaran seperti di neraka dan paling ngeri dalam sejarah kehidupan manusia'.

Dituduh merancang pembunuhan 8,000 orang Islam pada 1995 di Srebrenica ketika Perang Bosnia, Karadzic menjadi orang paling dikehendaki lebih satu dekad. BACA SELANJUTNYA...

ULASAN : FUH...! LEBIH SEDEKAD MENCARI DAJAL NI...AKHIRNYA! SIAP LA NGKO!

ANALSIS MUZAKARAH...

Ketika isu bermuzakarah antara PAS dan UMNO sedang hangat diperkatakan, ramai yang membuat pelbagai andaian serta analisis tersendiri mengenai "outcome" dari sidang tersebut.
MSO sendiri di dalam blognya mengulas, PAS kini terbahagi kepada dua kumpulan yang tegar.


MSO menulis :
MENELITI dan mengkaji ‘dong ding dong’ berhubung cadangan muzakarah antara Umno dengan Pas menjelaskan wujud dua kumpulan tegar dalam Pas. Satu kumpulan yang telah menguncikan pintu hatinya dan satu lagi yang telah membuka jendela keinsafan dan bijak memerhati realiti semasa. Kumpulan yang tidak mahu itu, menolak apa juga alasan dan meletakkan Umno begitu buruk dalam kepala mereka. Tidak ada secebis pun kemanisan dalam Umno seolah semuanya ditenggelami kesyumulan Pas yang kadang-kadang brhiasa retorik! Itulah tanggapan ahli Pas yang taksub dengan pantun seloka sebilangan pemimpinnya. Baca Selanjutnya...
Rakan-rakan Pakatan Rakyat juga sekarang sudah panas bontot dengan tindakan PAS, terutamanya Karpal Singh yang hari ini meminta pemimpin Pas memberi penjelasan kepada sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berhubung tiga pertemuan parti itu secara senyap dengan pemimpin UMNO.Karpal yang melahirkan rasa kurang senang dengan pertemuan tersebut berkata, DAP langsung tidak dimaklumkan mengenai tindakan Pas itu.Sebaliknya, kata Karpal, beliau hanya mengetahui perkara berkenaan daripada laporan media.

Katanya, Pas sepatutnya memaklumkan tindakan itu kepada PKR dan DAP selaku parti dalam pakatan pembangkang mengenai pertemuan itu dengan pemimpin UMNO kerana ia membabitkan isu-isu besar.

Karpal Singh berkata :

"Sepatutnya, tiada sebarang rahsia antara DAP, PKR dan Pas yang membentuk kerjasama sebagai pakatan pembangkang.

"Semua parti dalam pakatan itu sepatutnya dimaklumkan mengenai pertemuan ini kerana ia membabitkan isu utama. Kami (DAP) tidak diberitahu dan hanya tahu mengenai menerusi media.

"Selain itu, setiap parti dalam pakatan juga patut tahu apa yang mereka (Pas) buat sekiranya ia melibatkan isu besar. Tindakan Pas ini tidak betul" Baca Selanjutnya...
Siapa Karpal untuk mempersoalkan muzakarah antara PAS dan UMNO? Pakatan Rakyat masih tidak mempunyai ketua untuk diikuti serta dipatuhi, yang ada pun cuma syok sendiri, sibuk berceramah mencari sokongan.

Tuan Guru Nik Aziz pula masih
lagi utuh pendiriannya yang tidak mahu hadir serta berbincang dengan UMNO tetapi masih tidak menghalang Hadi dari terus bermuzakarah. Mungkin parut lama masih lagi terasa sakit terpahat di hati beliau. Hendak diikutkan pepecahan, Barisan Alternatif rasanya dulu tidak juga berjaya, tetapi muzakarah kali ini melibatkan UMNO, mungkin kerana ada yang bernama UMNO, TGNA masih lagi tidak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Wallahualam...

Monday, July 21, 2008

DAP BUAT HAL LAGI...


11 Adun DAP berpakaian barat pada perasmian Sidang DUN

PULAU PINANG: Sebelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP memilih pakaian barat dan bukan pakaian rasmi istiadat pada majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.Persidangan hari pertama DUN itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.



Sebelas orang daripada 19 wakil DAP itu memilih memakai pakaian barat iaitu sut dan seluar gelap kecuali lapan yang memegang jawatan Exco kerajaan negeri, termasuk Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Bagaimanapun, rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat iaitu sembilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari Pas mengenakan pakaian istiadat itu.

Pulau Pinang mempunyai 40 Adun iaitu 19 dari DAP, sembilan a PKR, seorang wakil Pas dan 11 orang mewakili Barisan Nasional (BN).


DATUK AZHAR IBRAHIM (BN-PENAGA) KATA:


“Tindakan mereka adalah tidak wajar kerana ini adalah hari perasmian sidang DUN dan sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, mereka seharusnya menghormati protokol yang telah diamalkan selama ini”
DATUK JASMIN MOHAMED (BN-SUNGAI DUA) KATA:


Tindakan Adun berkenaan sebagai “tidak kena pada tempatnya”.
TAN CHEONG HENG (DAP - PADANG LALANG) KATA:


"Wa punya baju aaa, itu tailor sudah balik Hong Kong! Bulum siap!"
ENG WEI EIK (DAP - KOMTAR)
" Itu Tun Abdul Rahman Abbas talak kata apa-apa pun, lu bising apa pasai?"
ABDUL HALIM HUSSAIN (SPEAKER DUN)

"Tindakan 11 Adun DAP itu tidak menjadi satu
kesalahan kerana peraturan Dewan hanya menyebut mereka dikehendaki memakai baju kebangsaan atau pakaian barat pada persidangan dewan. Pakaian istiadat itu merupakan tradisi bagi kerajaan tetapi Adun boleh memilih sama ada mahu memakainya atau tidak. Pada saya ini bukan satu isu"

TUN ABDUL RAHMAN ABBAS (YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG) KATA :
Dia tak kata apa-apa...

DEPSERADO KATA :

DAH AGAK DAH...MEMANG DEPA NIE TAK BOLEH NAK DI BAWAK KE MAJLIS. MEMANG LA PERATURAN DEWAN ADA MENYEBUT PAKAIAN YANG PERLU DIPAKAI IALAH PAKAIAN KEBANGSAAN ATAU PAKAIAN BARAT. TAPI INI MAJLIS RASMI, BAGI LA PENGHORMATAN PADA YANG DIPERTUA NEGERI TU.


DEPA KATA TUN ABDUL RAHMAN ABBAS TAK KATA APA-APA.....MEMANG LA, TAKKAN LA BENDA SENANG MACAM NIE PUN NAK KENA TEGOQ (tegur), AKAI ADA KA? DAH TUA BANGKA PUN NAK KENA ORANG TEGOQ LAGI KA? NAK KENA HALAU BARU NAK BUAT! TUN ABDUL RAHMAN TU ORANG YANG PROFESIONAL, DIA TAK MAU LA NAK HALAU HAMPA KELUAQ, SATGI MALU KAT RAKYAT...

LAGI SATU, MENGIKUT KENYATAAN AKHBAR BERITA HARIAN, SAMDOL-SAMDOL YANG TAK PAKAI PAKAIAN RASMI UNTUK PERASMIAN NI DEPA PAKAI SUIT SERBA HITAM. APA DEPA INGAT NI MAJLIS PENGEBUMIAN MAK SEDARA DEPA KA? PAKAI HITAM-HITAM...INGAT ADA ORANG MATI KA?

SABAQ...SABAQ...SABAQ...ISTIGHFAR.... WALLAHUALAM..

KEPERCAYAAN SIAPA YANG KIAN TERHAKIS?

Anwar dakwa tiada siapa lagi percaya sistem perundangan negara

BATU PAHAT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa tiada siapa lagi yang kini percaya dengan sistem perundangan negara ini.

Katanya, ketidakpercayaan itu timbul dan dapat dilihat selepas terbongkarnya kes pita video V K Lingam.

“Saya tidak mahu lagi tertipu dua kali,” katanya ketika berceramah pada kira-kira 3,000 penyokong parti itu di Parit Raja di sini, malam tadi.

ULASAN : 27 JUTA PENDUDUK DI MALAYSIA, 10.5 JUTA PENGUNDI YANG LAYAK, ADAKAH SEMUA KINI TIDAK LAGI PERCAYA KEPADA SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA? ADAKAH KERANA SISTEM PERUNDANGAN TIDAK MEMIHAK KEPADANYA MAKA, DSAI DENGAN LANTANG MENUDUH TIADA SIAPA LAGI YANG MEMPERCAYAI SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA...Berita Harian

DATUK IBRAHIM ALI PULA MENGGESA DSAI AGAR MEMBERI KERJASAMA KEPADA PIHAK POLIS KERANA KEPERCAYAAN RAKYAT (YANG MASIH PERCAYA LE...) TERHADAP BELIAU AKAN MULA TERHAKIS JIKA TERUS BERDOLAK-DALIK ATAU PUN BER "FLIP-FLOP" SEPERTI BAHASA BLOGGERS SEKARANG...Malaysiakini

DSAI BERKATA :
Beliau berpuas hati kerana dapat memberi bukti dakwaannya bahawa ada pemalsuan maklumat oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam kes mata lebamnya, pada 1998. Malaysiakini
TETAPI BELIAU MENGATAKAN TIADA SIAPA PUN YANG MEMPERCAYAI SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA WALAUPUN BELIAU AMAT-AMAT BERPUAS HATI DENGAN BPR YANG MENGAMBIL SERTA MENCATAT SEGALA KETERANGAN BELIAU...

BPR TU BUKAN SALAH SATU DARI BADAN KERAJAAN (TAK LAMA LAGI JADI SURUHANJAYA DAH) YANG CUBA MENEGAK SERTA MENYOKONG SISTEM PERUNDANGAN NEGARA JUGAK KE? SELEPAS SIASATAN BPR, KE MANA NAK PERGI? MAHKAMAH JUGA YANG NAK MENGADILINYA...

YANG DSAI BERPUAS HATI SANGAT TU KENAPA?!!!

Sunday, July 20, 2008

KERIS WARISAN DIJULANG LAGI...TAPI...

KERIS KERAMAT...

KERIS INI JUGA YANG MENYEBAKAN DATO SERI HISHAMUDIN TUN HUSSIEN TERPAKSA MEMOHON MAAF KEPADA KEPADA SEGELINTIR MASYARAKAT YANG KONONNYA TERASA TERGURIS PERASAAN DENGAN JULANGAN YANG TELAH DIBUAT....

IDEA POSTING KALI INI ADALAH BERSUMBERKAN DARI MAKCIK ANGKAT MELAYU YANG DESPERADO INGAT, KES JULANG KERIS INI TELAH DISENTUH DUA KALI OLEHNYA...

KALI INI JULANGANNYA TIDAK LAGI DI DALAM NEGARA KITA, MALAH MEMBAWA MALAYSIA KE MATA DUNIA...



MAKCIK ANGKAT MELAYU KATA
"Tidak ada sesiapa pun yang bising bila Miss Levi Li, yang mewakili Malaysia dalam aturcara sedunia yang disaksikan mungkin ratusan juta penduduk dunia melalui siaran secara langsung itu, mengenakan lengkap pakaian tradisional Melayu menghunus keris di udara. Tidak terdetik satu bantahan pun, terutama dari mereka yang amat marah bila DS Hishamuddin menghunusnya. Ingat tak dulu, kecoh isu ini??"

DESPERADO KATA, LAWA BUDAK NIE...

KULIAH SUBUH OLEH MB NIZAR

SULTAN AZLAN SHAH BERTITAH:
"Demi menjamin perpaduan ummah, beta sama sekali tidak membenarkan masjid dan surau dijadikan pentas untuk menjalankan kempen-kempen politik kepartian"
BERITA PENUH DI SINI
MB NIZAR KATA (DALAM KULIAH SUBUH DI MASJID PENGANDANG BARU, KUALA TERENGGANU) :
"Kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat yang cuba di gugat oleh pembangkang (parti UMNO) cuba membeli dan menawar ganjaran yang lumayan..."
ARTIKEL PENUH DI SINI

DEPERADO KATA :

ISH! MACAM MANA NIE? HARI TU, KATANYA JANGAN GUNA MASJID UNTUK TUJUAN POLITIK, TAPI MB NIZAR BAGI KULIAH SUBUH SIAP BERCERITA PASAL SITUASI POLITIK DI NEGERI PERAK PADA MAKMUM YANG ADA...BOLEH KE KALAU MACAM ITU? ATAUPUN DISEBABKAN MB NIZAR BAGI KULIAH SUBUH DI TERENGGANU DAN BUKAN DI PERAK, MAKA IANYA DIBOLEHKAN....ATAU PUN HANYA CERAMAH POLITIK SAHAJA TIDAK DIBENARKAN, JIKA KULIAH SUBUH TETAPI DISELITKAN SERBA SEDIKIT POLITIK, MAKA IANYA JADI BOLEH...

TAHNIAH DR HALIM MOHD ALI...!

Teknologi hydrofuel jimat petrol 29-50 peratus

PUTRAJAYA 18 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Sebagai permulaan, teknologi yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd. (HFI) itu dipasang pada 100 buah teksi Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi, Limosin dan Kereta Sewa Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kajian dan penyelidikan awal menganggarkan pengguna yang memakai teknologi tersebut pada kenderaan mereka, berupaya menikmati penjimatan kos petrol antara 29 hingga 50 peratus.BERITA PENUH DI SINI

ULASAN : KERETA PAKAI AIR? SOUNDS WEIRD...BUT THAT IS THE FACT! SEBELUM ITU TAHNIAH DIUCAPKAN PADA DR HALIM MOHD ALI SERTA PASUKANNYA YANG BERJAYA MENEMUI TEKNOLOGI INI DI KALA RAKYAT SEDANG BERTARUNG MENGIKAT PERUT HANYA KERANA MINYAK PETROL...

INILAH YANG SEPATUTNYA DIPUPUK DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI TERUS MENGHENTAM KERAJAAN DENGAN PELBAGAI TOHMAHAN. KITA HARUS PUNYA INISIATIF BAGI MENINGKAT SERTA MEMPERBAIKI TARAF HIDUP YANG LEBIH BAIK. BUKAN DENGAN HANYA MENYALAHKAN SATU PIHAK TANPA MENCADANGKAN ALTERNATIF BAGI TUJUAN MEMPERBAIKI APA YANG CACAT.

JANGAN PULA NANTI HANYA KERANA PAK LAH YANG MENGGALAK DAN MERASMIKAN PELANCARAN HYDROFUEL INI, ADA PULA YANG BERBISIK-BISIK, PAK LAH DAN BUDAK TINGKAT 4 ADA SHARE....DAH BORING LA DENGAR TUDUHAN MACAM NIE...BUAT TUDUHAN, KEMUKA BUKTI...I'LL SEE YOU IN COURT...OK?

ANYWAY, PROMOSI HYDROFUEL INI HARUS DIPERLUAS DERTA PENERANGAN YANG LEBIH LANJUT PERLU DIBERIKAN BAGI MEMANTAPKAN LAGI PEMAHAMAN MASYARAKAT MENGENAINYA...!

ANYWAY...CONGRATS DOC!

PESANAN YANG PENUH HARAPAN...


Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:
1) Apabila engkau sedang solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2) Apabila engkau berada dirumah orang lain, maka peliharalalah pandanganmu.
3) Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4) Apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.
5) Ingatlah kepada Allah.
6) lupakan baik budimu kepada org lain.
7) lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.
8) Ingat kepada mati.

Pesanan Desperado kepada anaknya :

1. Andai kau menjadi ketua darjah...
Jagalah anak-anak buahmu, patuhilah peraturan sekolah, jangan engkari arahan gurumu dan selalu bersedia menerima arahan...

2. Andai kau menjadi ketua pelajar...
Jagalah peribadimu, jangan kau melobi untuk jawatan lain paling tinggi kerana jawatan tersebut adalah yang paling tinggi di dalam sekolah untuk pelajar, jangan kau bodek guru-guru untuk kepentingan peribadimu...

3. Andai kau menjadi ketua persatuan...
Perjuangankanlah apa yang benar, jangan kau memperjuangkan kepalsuan, janganlah kau gunakan kedudukan untuk mengorat anak-anak dara orang kerana ianya bertentangan dengan prinsip kepimpinan yang sihat...

4. Andai kau menjadi ketua di organisasi...
Kautlah keuntungan dengan kebijaksanaanmu, jangan kau lupa halal dan haram dalam mencari rezeki, jangan kau mengambil kesempatan ke atas orang-orang bawahanmu terutama setiausaha yang setia berusaha disampingmu, gaji mereka mereka jangan lupa kau bayar kerana mereka juga punya anak bini dan keluarga yang disara...

5. Andai kau menjadi ketua keluarga
Jadilah suami yang setia dan beriman, jadilah ayah yang bertanggungjawab dan pembimbing kepada ahli keluargamu, jika teringin nak berbini dua, pandai-pandailah engko! Abah tak nak campur! Pastikan kau mampu...

6. Andai kau menjadi ketua Negara
Jadilah ketua negara yang beriman dan patuh pada perintah Allah, jangan kau jadi ketua yang asyik kena kutuk oleh rakyat, jangan kau jadi ketua yang melakukan rasuah, jangan main belakang, jangan letupkan orang, dengar rintihan dan keperluan rakyat, mantapkanlah sifir untuk mencari formula-formula penting yang dapat meringankan beban rakyat, jangan selalu buat press statement tapi kerja tak jalan...


Siapapun yang akan kau jadi...ingatlah, kau masih HAMBA padaNYA....patuh pada arahannya, INSYALLAH...KITA SELAMAT...

Wallahuallam...

Saturday, July 19, 2008

MANA SATU PULAK NI?


DATO SERI ANWAR IBRAHIM KATA:
"Saya buat pemeriksaan seluruh badan saya, kemaluan saya termasuk mengukur
apa yang perlu dan saya ikut semua. Sudah tentu saya menolak diambil gambar
kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya
boleh percaya sistem sedia ada!"
DATO DR. ZAININAH MOHD ZAIN (PENGARAH HKL) KATA:
"Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur
klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak
pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh
pemeriksaan itu"

DESPERADO KATA : DSAI BERCAKAP SEOLAH-OLAH BELIAU MEMBENCI TEKNOLGI YANG BANYAK MEMBANTU KEMPEN BELIAU SEPANJANG PRU12 YANG LALU. YOUTUBE JUGA YANG DIGUNAKAN OLEH PIHAK-PIHAK PEMBANGKANG DENGAN BERTUJUAN MENYEBARKAN PROPAGANDA SERTA SUNTINGAN VIDEO YANG SENGAJA DIBUAT-BUAT ATAS TUJUAN POLITIK....

"DIBOGELKAN" DAN "DITELANJANGKAN", ADAKAH INI SATU UNGKAPAN YANG BERBEZA DARI SEGI MAKSUDNYA? DSAI MENYATAKAN BAHAWA BELIAU DIBOGEL DAN DIUKUR MANA YANG PATUT, HKL MENAFIKANNYA DENGAN MENYATAKAN DSAI TIDAK DITELANJANGKAN, TETAPI DIPERIKSA MENGIKUT PROSEDUR PERUBATAN SAMBIL MENGHORMATI TATATERTIB SERTA KESOPANAN. TETAPI, KETIKA DIPERIKSA, ADAKAH DSAI MASIH BERPAKAIAN? DAN JIKA TIDAK BERPAKAIAN, ADAKAH DSAI DIPAKSA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN? ATAU KEDUA-DUA AKHBAR INI CUBA MEMUTARBELITKAN FAKTA SERTA MEMENINGKAN PEMBACANNYA?

WALLAHUALAM...

HERO YANG TIDAK TAHU HUJUNG PANGKAL...


Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa beliau dikasari pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.Beliau membuat laporan polis ditumbuk di bahagian mata kanan ketika majlis pecah tanah di Desa Mentari, Petaling Jaya pukul 3 petang semalam. Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek."

ULASAN: BARU SEMALAM DESPERADO ADA MENULIS PASAL YB KANTOI INI, HARI NI DAH KELUAR LAGI BERITA PASAL DIA...KALI INI LAGI BEST! KENA TUMBUK BAI...! TERSENGIH TEMAN BACA SURAT KHABOR HARI INI...

CERITA SEBENAR DISEBALIK KEJADIAN INI BOLEH DILAYARAI DI BLOG ROSLAN SMS - Insiden di Desa Mentari: Ahli Parlimen yang “buta haluan" YANG KETIKA ITU TURUT BERADA DI SITU.

ITU LA, LAIN KALI, KALAU NAK JOIN THE PARTY, KENA LA TAHU SIAPA PENGANJUR, SIAPA TETAMU, SIAPA JIRAN SEBELAH, DATANG KE MAJLI KENA PAKAI BAJU APA, BUKAN MAIN TERJAH SAMBIL BAWAK KAMERA AJE...SEKALI KENA CEPUK DAAA....KENA CEPUK PULAK DENGAN MEMBER SENDIRI...NAMPAK SANGAT RAMAI YANG MELUAT DENGAN YB NI, TINGGAL TUNGGU MASA DAN KETIKA SAHAJA UNTUK DI "DUSYUM"KAN. KALAU NAK JADI HERO....PILIH LA ATTIRE YANG SESUAI!

UNCLE SAM STRIKES AGAIN!!!

Let's not have a repeat of 1998, says US senator

PETALING JAYA
: A United States senator has urged Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi not to repeat mistakes of the past and to stop political attacks on PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Foreign Relations Committee chairman Joseph R. Biden said charges against Anwar closely mirrored those levied against him in 1998.

He said Anwar’s mistreatment and imprisonment a decade ago had discredited Malaysia in the eyes of the world community and tarnished former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s reputation.

JOSEPH R. BIDEN SAID :

"Then too, politically motivated allegations were made against Anwar at the precise moment when he seemed poised to challenge a sitting Prime Minister. I am shocked and disheartened by the arrest of Anwar Ibrahim. This action appears to be motivated by political considerations"

DESPERADO SAID : DON'T INTERFERE WITH OUR POLITICAL SITUATION!...WIPE YOUR ASS, AND GET THE HELL OUT OF HERE..

GOOD BYE...

Wanita UMNO kecewa Dr. Tan Yee Kew keluar parti

KUALA LUMPUR 18 Julai – Pergerakan Wanita UMNO kecewa dengan tindakan bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew mengumumkan keluar daripada parti itu setelah berada dan berjuang dalam MCA untuk selama 20 tahun.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah meninggalkan parti pada saat ia menghadapi krisis adalah tidak tepat.

“Dalam perjuangan parti, kita bukan bersama-sama rakan berjuang pada masa senang sahaja tapi sama-sama menghadapi cabaran. Terutama perjuangan dalam Wanita BN. Masa ini kita kena beri kekuatan, bukan kita tinggalkan parti, tinggalkan BN.

“Saya berasa sedih dan kecewa apabila mengetahui tindakan Yee Kew untuk meninggalkan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Usahawan Wanita anjuran Biro Ekonomi dan Keusahawanan Pergerakan Wanita UMNO di sini hari ini.

ULASAN : KELUAR LA...BUKANNYA DIA AHLI PARLIMEN PUN!

Friday, July 18, 2008

MR PENDAPATAN? MR CAMERAMAN? MR BISU?.....


DESPERADO TERTARIK DENGAN PENULISAN TUAN HUSIN LEMPOYANG MENGENAI YB GWO BURNE YANG KEBANYAKAN MASANYA DI HABISKAN BERSAMA KAMERA YANG TERGANTUNG DI LEHER.

PADA MULANYA, DESPERADO SENDIRI TIDAK MENGENALI YB MUDA INI SEHINGGALAH TUAN HUSIN
MELAPORKAN DI DALAM BLOGNYA. YB INI JUGALAH INDIVIDU YANG TERLIBAT DI DALAM RAKAMAN VIDEO LINGAM...BARU DESPERADO KENAL MUKENYE.. KALAU TIDAK, TAHU NAMA JE...

BANYAK TOPIK PERBINCANGAN SERTA KOMEN DITER
IMA KETIKA PENULISAN ARTIKEL PERTAMA OLEH TUAN HUSIN MENGENAI BELIAU. TAK SANGKA MAMAT NIE BEGITU AKTIF DENGAN KAMERANYA HINGGAKAN TIDAK PERNAH BERCAKAP DI PARLIMEN. DAN PADA TANGGAL 15 JULY, BELIAU TELAH MENGELUARKAN SUARA EMASNYA YANG PERTAMA, ITU PUN MAMPUS KELUAR PELUH JANTAN BERINA HABIH TU!...Kelana Jaya MP finally makes maiden speech. PERSOALANNYA, BAGAIMANA RAKYAT YANG BEGITU BIJAK MEMILIH PERSONALITI SEPERTI BELIAU? ADAKAH KERANA BELIAU BERJAYA BERJAYA MERAKAMKAN PERBUALAN LINGAM DAN TERUS MENDAPAT SIMPATI UNDI RAKYAT? TEMAN PETK SIKIT CARA CONTOH UCAPAN BELIAU DARI MALAYSIAN INSIDER:
"I don't have much to say because my other colleagues have already touched a lot on the subject"
UCAPAN JENIS INI BUKAN DARI SEORANG PEMIMPIN...PEMIMPIN SEHARUSNYA PUNYA IDEA SENDIRI, JIKA SAMA PUN IDEANYA, ULASANNYA PASTI BERBEZA. JAWAPAN MACAM BUDAK DARJAH 4, "Dia amik jawapan saya cikgu!", "Jawapan saya sama la dengan dia,""Saya nak cakap tadi, tapi dia dah cakap dulu!". ISH! KALAU AKU CIKGU DIA, DAH LAMA KENE LEMPANG NI..

KEMUDIAN BELIAU SENDIRI MENGAKUI JARANG BERBAHASA MELAYUNYA!!! PATUT LA "PENDAPAT" PUN JADI "PENDAPATAN"! PANTANG BETUL TEMAN KALAU ORANG MALAYSIA TAK GHETI CAKAP MELAYU....PENGUNDI DI KELANA JAYA BUKANNYA ORANG KAMPUNG, SEMUA ORANG TERPELAJAR, DAH PANDAI MENILAI...TAPI KENAPA PILIH PEMIMPIN SYOK SENDIRI MACAM INI?

Desperado : Macam Tuan Husin Lempoyang juge...teringin nak tengok YB Gwe Burne nie bahaskan Rancangan Malaysia Ke 10 untuk tahun 2010....

SYED HAMID LAGI...

Anwar minta Syed Hamid henti buat kenyataan

KUALA LUMPUR 18 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kes liwat melibatkannya kerana ia boleh menjejaskan siasatan polis.

Peguamnya, R. Sivarasa berkata, selagi Syed Hamid terus mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mencampuri siasatan polis ia mungkin boleh mengganggu siasatan.

“Kenyataan beliau (Syed Hamid) semalam bahawa anak guam saya tidak perlu takut menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik) dan boleh guna doktor sendiri jelas mencampuri siasatan polis.

ULASAN : ANWAR KATA KA? R.SIVARASA KATA KA? CHE DO, AKU TAK MAHIR DALAM BAB PERUNDANGAN, KENYATAAN "TAK PERLU TAKUT" BOLEH MENGUCAR-KACIRKAN SIASATAN POLIS KA? KALAU YA, MACAM MANA? POLIS AKAN KONFIUS? ISH TAK PAHAM LA...POSTER YANG AKU EDIT PUN AKU TAK PAHAM....

MAGIC FORMULA

Ku Li kata :
"Pada pendapat saya, ia barangkali boleh diturunkan, tetapi kena cuba saya dulu lah, bila tiba masanya saya akan beritahu. Tuhan telah berikan kita otak, gunakanlah sebaik mungkin, lagipun terdapat ramai cerdik pandai di negara ini yang boleh digunakan untuk memberikan idea bernas bagi membantu kerajaan"
DESPERADO KATA : KENAPA LA TETIBA SAJA SEMUA ORANG JADI TERER BIJAK SIFIR NIE....HARI TUH TAKDER PUN..

FORMULA YANG SATU HARI TU NAK KURANG 50 SEN, YANG INI TAK TAU LA...DIA KATA, NAK BARANG, KENA LA PADA HARGANYA! SO KENA BAGI LALUAN DULU...BARU BAGI TAU RAHSIA...ALAHAI...BAGI TAHU AJE LA..BOLEH GAK TOLONG KERAJAAN...KOT-KOT MENJADI...CONFIRM KEYAKINAN RAKYAT MENINGKAT... INI KALAU BAGI LALUAN, BENDA TAK JADI...TAK ORANG MAKI HAMUN PULAK NANTI...NAYA AJE...

TINDAKAN NI TAK UBAH MACAM, "OK, SAPA NAK DENGAR ABG NYANYI? TAPI KENA TEPUK TANGAN DULU...." KORANG TAU KAN KESUDAHAN ABG YANG NAK NYANYI NI...!

WALLAHUALLAM

MENCONTENG ARANG

Anggota polis dituduh rogol, buat seks oral terhadap pelajar

PETALING JAYA 18 Julai - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua tuduhan, merogol dan memaksa seorang pelajar melakukan seks oral terhadapnya dalam bilik maklumat Balai Polis Putra Heights dekat sini.

Konstabel Jamil Abdul Sah, 27, didakwa melakukan dua perbuatan itu antara pukul 6 dan 7 pagi, 18 Jun lalu. Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun.

Hakim Balqis Aini Mohd. Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh akan dibicarakan mulai 22 Oktober ini. Dia kini ditahan kerja. - Utusan

ULASAN : GAMAKNYA, INILAH SEBABNYE DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENYANGGAH KREDIBILITI PIHAK POLIS DI DALAM NEGARA KITE.
BUEK MALU ORANG KAMPUNG AJO...SEKOR KERBAU LALU...HABIH SEMUO TERPALIT LUMPO!!!

Thursday, July 17, 2008

DNA LAGI...



DO WE REALLY NEED A BLOOD IN ORDER TO IDENTIFY THE DNA? OR JUST A LITTLE BIT OF HAIR IS ENOUGH? MAYBE THE COPS ALREADY DID THE PROCESS WITHOUT DSAI AWARE OF IT...

WALLAHUALAM...

COURT ORDER FOR MY DNA - DS ANWAR IBRAHIM

DATO SERI ANWAR IBRAHIM KATA :
...membenarkan polis mengambil sampel DNA darinya jika mahkamah memerintah demikian...
SANKARA NAI KATA :
...Terdapat satu kes yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah
yang tidak membenarkan polis memaksa sesiapa memberi contoh darah atau contoh
dari badan...

LATHEEFA KOYA KATA :
...Apa yang kami bimbangkan ialah laporan polis tersebut dimanipulasikan selepas
polis mengambil kenyataan Anwar...

GIL GRISSOM (CSI : LAS VEGAS) SAID : CALL BRASS, GET A COURT ORDER FROM THE JUDGE!

DESPERADO KATA : SOMEBODY STILL NEEDS TO GO TO THE JAIL...

NO Deoxyribonucleic acid (DNA) PLEASE...!!!


DATO SERI ANWAR IBRAHIM KATA :
"Saya berikan beberapa alasan atas nasihat peguam dan pakar-pakar DNA dalam dan luar negara. Pertama, simpanan DNA memang ada dalam tangan polis. Kedua, yang dituduh dalam simpanan polis. Apa saja mungkin berlaku. Apa perlu DNA daripada saya?

GIL GRISSOM (CSI : LAS VEGAS) SAID:
"I think we got a case here, Catherine!"

DESPERADO KATA:
Wallahualam....

SEKSYEN 377CA ATAU SEKSYEN 377B? - PERAK BANGKIT


Dipetik dari perakbangkit.blogspot
Bodohnya pemahaman Wartawan Malaysiakini

Sumber Malaysiakini:
Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu
Kenapa mesti 377C – Adakah Anwar akan didakwa melakukan seks menggunakan sex toys? Bukankah Persetubuhan Luar Tabi’ie 377B? Click here to read more

ULASAN :DESPERADO TAK PANDAI NAK MENGANALISIS CRIMINAL PROCEDURE CODE, YANG POLIS SELALU-SEBUT TU...TAPI KALAU SEBUT DIRECT TO THE POINT, INSYAALLAH BOLEH FAHAM LA SIKIT-SIKIT...

PERAKBANGKIT MUNGKIN LEBIH PROFESIONAL DALAM HAL INI, MUNGKIN BELIAU TELAH TERBIASA DENGAN KANUN-KANUN, SEKSYEN-SEKSYEN DAN BANYAK LAGI DALAM SISTEM PERUNDANGAN KITA.

PERAKBANGKIT TELAH HIGHLIGHTKAN SATU KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH MALAYSIAKINI.COM MENGENAI SEKSYEN 377C YANG MENYATAKAN seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

KENAPA MALAYSIAKINI.COM QUOTE KAN SEKSYEN 377C INI? BUKANKAH POLIS TELAH MENAHAN DSAI DI ATAS SEKSYEN 377B? MENGAPA TIDAK GUNAKAN SEKSYEN 377B YANG MENYATAKAN melakukan kesalahan seks luar tabii, atau liwat.

JIKA IANYA BENAR SEPERTI DINYATAKN OLEH PERAKBANGKIT DI MANAKAH KREDIBILITI MALAYSIAKINI YANG SEMINGGU DUA INI GAH DENGAN POPULARITINYA YANG MENJADI TUMPUAN SURFER DI INTERNET? KESILAPAN MENULIS TIDAK HARUS TERJADI KERANA IANYA MENJADI TATAPAN MASYARAKAT. MASYARAKAT TIDAK HARUS TERKELIRU DENGAN MEDIA-MEDIA ALTERNATIF SEPERTI INI.

WALLAHUALAM...

Wednesday, July 16, 2008

SALAHUDIN BAGI LAMPU MERAH....

Jangan terpengaruh khabar angin perhimpunan
KUALA LUMPUR 16 Julai – Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub meminta semua penyokong pakatan pembangkang supaya bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin kononnya akan diadakan perhimpunan membantah penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, khabar angin sedemikian tidak boleh dipercayai kerana sebarang arahan mesti dikeluarkan oleh pemimpin atasan pakatan berkenaan.
"Saya menyeru atas nama pakatan pembangkang supaya ahli-ahli dan penyokong bertenang melihat perkembangan yang berlaku dan sebarang arahan mestilah datang daripada pemimpin atasan,'' ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas penahanan Anwar oleh polis pada pukul 1.05 petang ini sebelum dibawa menaiki kenderaan pasukan itu ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.- Utusan

ULASAN : SALAHUDIN AYUB KATA TUNGGU DULU...JANGAN BUAT PERHIMPUNAN LAGI...TAPI DESPERADO DENGAR-DENGAR, BACA-BACA, DAH ADA YANG NAK BUAT PERHIMPUNAN UNTUK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM...
DESPERADO RASA, KALAU ADA YANG DATANG PUN, MAYBE PENYOKONG-PENYOKONG FANATIK DSAI, TAPI MENGIKUT PIGGY SINGH (MY REGULAR COMMENTATOR), WAKTU DSAI KENA TAHAN TADI, DIA KATA TAK RAMAI YANG DATANG MACAM TAHUN 1998 HARI TU...
AHLI PAS NAK DATANG KE? KALAU DATANG NANTI, KOT MELANGGAR ARAHAN....

WALLAHUALAM...

RAJA SMS VS RAJA PETRA

Isu baju polis: Mawi gagal hadir di Bukit Aman
KUALA LUMPUR 16 Julai – Penyanyi terkenal, Asmawi Ani atau Mawi hari ini gagal hadir ke Bukit Aman untuk menjelaskan tindakannya memakai pakaian uniform polis baru-baru ini.
Mawi dan wakil KRU Film yang menerbitkan filem Jin Notti, dipanggil oleh Cawangan Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ekoran tindakan penyanyi itu menggayakan pakaian polis dalam sesi fotografi baru-baru ini.
Beliau dijadualkan hadir di unit berkenaan pada pukul 1.30 petang tetapi sehingga pukul 5.50 petang ini, Mawi dan wakil KRU Film langsung tidak muncul.
Sekumpulan wartawan menunggu ketibaan penyanyi itu di Bukit Aman sejak pukul 1 tengah hari.
Difahamkan, Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman juga meminta Mawi dan pihak KRU Film hadir untuk diberi taklimat berhubung peraturan pemakaian uniform polis oleh orang awam.
“Mawi dipanggil untuk diberi teguran, kami bukan mahu ambil tindakan (undang-undang) terhadapnya, ini perkara biasa,” kata seorang pegawai Cawangan Perhubungan Awam itu. - Utusan Online

ULASAN : GELI HATI DESPERADO BACA BERITA TERKINI NI...INGATKAN RAJA PETRA AJA YANG YANG KENA WARAN TANGKAP...RAJA SMS PUN KENA DATANG KE BALAI POLIS...ORANG TENGAH SIBUK-SIBUK DENGAN KES-KES POLITIK, ADA PULAK DARI DUNIA HIBURAN MENCELAH...

ITU LA, KALAU NAK BUAT KERJA, KENA LA BERTANYA, JANGAN MAIN BUAT MEMBUTA TULI...SESUATU PERBUATAN, ADA CARA DAN ARAHAN YANG PERLU DIPATUHI...BILA ORANG DAH PANGGIL PERGI BALAI...PERGI...BUKAN KENA TANGKAP, ORANG NAK BAGI CERAMAH TEGURAN...KARANG DEME KELUARKAN WARAN...NAYA SAJA!!!

TKM PENANG WANTS TO QUIT? -TRANUNGKITE.NET

POSTING FROM TRANUNGKITE.NET
Assalamu'alaikum...

Petang tadi dapat SMS dari sorang rakan yang baru balik dari Pulau Pinang.dalam SMS nya mengatakan bahawa ada sumber rapat dengan salah seorang ADUN PKR Pulau Pinang bagitau Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang YB Tuan Mohammad Fairus bin Khairudin akan meletak jawatan dalam masa terdekat ni.

Dikhabarkan juga alasan TKM 1 Fairus ialah tak mampu nak jalankan tugas seperti yang diamanahkan & kemungkinan besar jawatan tersebut akan diserahkan kepada wakil PAS yang menang di Pulau Pinang. - Click here to read more
FROM BERITA HARIAN
GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin hari ini menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan kerana tidak sehaluan dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mohamad Fairus menyifatkan dakwaan itu tidak berasas dan beliau sudah meminta polis mengesan pihak yang menyebarkannya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) itu.
ULASAN : HMMM...MACAM-MACAM HAL...TU LA PERUZ, HANG BUAT REJA KA DAK? HANG TAK BUAT REJA NIE, TU PASAI DEPA DOK BUAT BISING...TURUN-TURUN LA AREA KAMPUNG TU...TAKKAN DUDUK KOMTAR TAK MAU TURUN BALIK SEBERANG DAH...

PAS TIDAK ANGGAP ANWAR MEWAKILI PAKATAN RAKYAT DALAM DEBAT...?

Bukan wakili pembangkang
KUALA TERENGGANU 15 Julai - Pas tidak menganggap penyertaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai mewakili pakatan pembangkang.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Anwar bertindak sebagai individu iaitu mewakili dirinya sendiri dalam debat berkenaan yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen berbayar Astro dan TV9.
''Debat ini adalah antara dua individu. Anwar bertindak di atas dirinya sendiri, bukannya wakil pakatan pembangkang. Tapi Shabery tidak tahulah kalau beliau mewakili kerajaan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai delegasi Pas mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Tingkat 16, Wisma Darul Iman di sini hari ini.

ULASAN : KENAPA DATUK MUSTAFA ALI BERKATA SEDIMIKIAN? KETIKA DALAM PERDEBATAN, ACAPKALI ANWAR IBRAHIM MENGULANG KATA, "JIKA PAKATAN RAKYAT BERKUASA DAN MEMBENTUK KERAJAAN...bla..bla...bla...",
  • DIA BERCAKAP MEWAKILI SIAPA?
  • ADAKAH DATUK MUSTAFA TAKUT, JIKA ANWAR IBRAHIM BERDEBAT MEWAKILI PEMBANGKANG, SECARA TIDAK LANSUNG ANWAR DI LIHAT DAN DI LABEL SEOLAH-OLAH DI ANGGAP SEBAGAI KETUA PAKATAN?
  • ATAUPUN ADAKAH KERANA PERDEBATAN ANWAR SEMALAM TIDAK SAMPAI OBJEKTIFNYA?
  • ADAKAH INI MENUNJUKKAN DATUK AHMAD SHABERY ITU LEBIH BAGUS DARI DSAI SEHINGGAKAN DATUK MUSTAFA TIDAK MAHU MENGAKUI BELIAU MEWAKILI PAKATAN?
BERUSAH PAYAH LA DSAI TU TAK KELUAR RUMAH, NAK CARI KILLER POINT UNTUK BERDEBAT BAGI MENGUKUHKAN PENDIRIAN PEMBANGKANG, DATUK MUSTAFA TELAH DENY PENGORBANAN BELIAU SEBAGAI PEMBANGKANG...KASIHAN...

KALAU SEKADAR MEWAKILI INDIVIDU, BUAT APA SUSAH NAK BERDEBAT SAMPAI ADA TAYANGAN LIVE DI TV...BAIK BALIK BERDEBAT DEKAT KEDAI KOPI...

DESPERADO : KAWAN KETAWA BERSAMA-SAMA RAMAI...KAWAN YANG NAK TANGGUNG MALU, MENANGIS, KENA KUTUK....SENDIRI MAU INGAT LA........

Tuesday, July 15, 2008

DEBAT DAH ABIH...


TO DATUK AHMAD SHABERY : YOU DID A GOOD JOB AND YOU CAN KEEP YOUR POST!

TO DATUK SERI ANWAR IBRAHIM : DON'T FORGET YOUR APPOINTMENT WITH THE POLICE TOMORROW, BEFORE 2.00 PM!

TO PAK LAH : DO YOU REALLY WANT TO CONSIDER THE IDEA?

TO PETRONAS : KEEP DIGGING AND DRILLING......

TO MALAYSIAN CITIZEN : YOU JUST LISTENED FROM BOTH OF THEM, MAKE YOUR OWN DECISION...NO SMS, NO POSTCARDS, JUST YOUR BRAIN AND A LITTLE BIT OF THINKING...



TO ME : GO TO SLEEP, WAKE UP EARLY TOMORROW, FILL UP YOUR TANK, DRIVE TO WORK....AND REMEMBER...HUNDREDS ARE WAITING FOR YOUR KNOWLEDGE.....

THE CLOCK IS TICKING...


Anwar diberi tempoh hingga 2 petang esok

KUALA LUMPUR 15 Julai - Polis hari ini memberi tempoh 24 jam iaitu sehingga pukul 2 petang esok kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir memberi keterangan atau berdepan tindakan penahanan.

Waran tangkap ke atas Anwar telah dikeluarkan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Waran tangkap ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun dikeluarkan dan polis kini pada bila-bila masa boleh menahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Waran tangkap ke atas Anwar itu dinyatakan dalam satu surat ke pejabat peguamnya, S. N. Nair petang ini.

Nair dalam sidang akhbar di rumah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Segambut di sini hari ini memberitahu, surat bertajuk “Menyerah diri untuk membantu siasatan bersangkut Travers Report..4360/08.” itu diterimanya pukul 1.06 ini.

Katanya, ia ditandatangani oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pereira yang juga pegawai penyiasat kes liwat membabitkan Anwar.

“Surat itu meminta Anwar untuk hadir memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pukul 2 petang esok.

ULASAN : HMMM..DAH MACAM DRAMA CSI PULAK...NASIB BAIK TAK TANGKAP HARI NI...KALAU TIDAK NTAH APA LAGI TANGGAPAN MASYARAKAT...POLIS KASIK CAN NAK BERDEBAT MALAM NIE TUH! DEBAT DULU, LEPAS TU BARU PIKIR NAK USUNG KATIL PULAK KA, TILAM KA...

INGAT! PEGI CEPAT, SETTLE CEPAT, KALAU TAK SALAH, KEPALA HOTAK BOLEH REHAT, RAKYAT TAK PAYAH FIKIR TERKULAT-KULAT....

INGAT, PUKUL 2.00 PETANG!!! BUKAN PUKUL 2.00 PAGI...

CHELSEA ON...LIQUOR...SORRY!


Pas Youth: Don't serve liquor at Chelsea events!

"We have nothing against them coming but we do not want liquor to be served at functions attended by Muslims.

"This will not only involve Pakatan Rakyat leaders and Selangor residents, it will also be done on state premises."

He said Pas Youth hoped the state government would study the programmes planned for the English football club before allowing it to come for the friendly match.
"We urge the state government to cancel several of the programmes, which are against the tenets of Islam."

Sallehin said Pas had no issue with the football match as the party looked at it as a healthy activity.

"Since the match is with an international club, this would establish a good relationship at an international level. However, we do not want events conducted prior to the match to have liquor."

ULASAN : HUH! DENGOR TU MB, SIAP CAKAP OMPUTEH LAGI SI SALLEHIN, KALAU TAK PAHAM JUGE, JANGAN JADI MB! "TIGER SHOW" JUGA TIDAK DIBENARKAN! APATAH LAGI NAK BUAT KONSERT TUNJUK BONTOT!
KESIAN KAT PAS, TERPAKSA PULAK NAK MEMBIMBING RAKAN-RAKAN PEMIMPIN YANG AGAK CETEK ILMU AGAMANYA...TAKPE LA DAPAT PAHALA!

NASIB BAIK LA AVRAM GRANT DAH KENA PECAT DEK ROMAN ABRAMOVIC, KALAU TIDAK SATU HAL PULAK NAK BAWAK YAHUDI NAK MASUK KE MALAYSIA. KENA BUAT DEMONSTRASI LAGI...TAPI SI BEN HAIM TU RASANYA ADA LAGI DALAM TEAM...AGAKNYA TAK DATANG LA KOT!


JOM TENGOK CHELSEA LAWAN MALAYSIA! ARAK JANGAN BAWAK! TIKET MAHAL GILER...MINAT PUNYA PASAL AKU TAK PEDULI! GO THE BLUES!

DIA BUKAN ANAK ISTIMEWA...SYED HAMID

Anwar ingkari polis * Gagal hadir beri keterangan kes liwat * Boleh kena tangkap

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal tampil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan liwat terhadapnya oleh bekas pembantu beliau.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, polis mesti mengambil tindakan susulan kerana kes itu melibatkan tuduhan jenayah yang serius.
Katanya, Anwar bukan seorang yang istimewa sehingga membolehkannya terkecuali daripada peraturan dan undang-undang.
“Takkan Anwar mesti menjadi anak istimewa yang terkecuali daripada peraturan dan undang-undang?
“Kita suruh dia datang semalam, dia kata akan datang hari ini pukul 2.30 petang. Bila kita kata okey, dia tak datang,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.
ULASAN : "ANAK ISTIMEWA?" MACAM OKU (ORANG KURANG UPAYA) PULAK BILA DATO SERI SYED HAMID KATA GITU. BUT WHATEVER HAPPEN...MAKE SURE HE WILL BE THERE TONIGHT, AT DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA...FOR THE DEBATE...NO MORE EXCUSES! NO MORE BULLSHITS!

Monday, July 14, 2008

KE MANA MENGHILANG?

Polis akan bertindak selepas Anwar gagal hadir

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Penasihat PArti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, petang ini, berhubung kes dakwaan liwat bekas pembantunya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata polis sudah menyerahkan notis secara rasmi kepada Anwar mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah (CPC) yang mengarahkan beliau hadir untuk merekodkan keterangannya mengikut Seksyen 112 CPC.

"Polis kini mempunyai tiga atau empat pilihan (tindakan selanjutnya) ke atas Anwar. Jadi, beri kita masa," katanya pada sidang media di IPKKL di sini.

PEGUAM DSAI KATA :

Polis "mengganggu" kakitangan dan ahli keluarganya semalam walaupun Anwar bersedia hadir secara sukarela.

"Tindakan (polis) ini sama sekali tidak diperlukan memandangkan kami telah menyatakan dalam persetujuan awal bahawa anak guam kami akan hadir di IPK Kuala Lumpur jam 2 petang hari ini," kata Sankara, dalam satu kenyataan ringkas pagi ini.

"Anak guam kami membantah tindakan tidak wajar polis itu dan telah mengirim surat menyatakan bantahan itu kepada polis semalam jam 5 petang."

ULASAN : "Gangguan" polis itu - setakat ini belum jelas jenis gangguan yang didakwa Anwar - sewaktu pihak berwajib cuba menyerahkan arahan hadir memberi keterangan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah. TOK GHIMAU KATA, TAK GENTLE, DESPERADO SETUJU SANGAT KALAU KENA PADA BATANG HIDUNG PAK CIK NI. SAPA PULAK YANG DOK PI SKODENG (GANGGUAN) FAMILY PAKCIK NIE? JANGAN LA KACAU DIA, HILANG SATGI...JENUH CARI PULAK! ADA ORANG KATA, POLIS DAH KEPUNG SATU KL, TAK MAU BAGI PAK CIK NIE LARI...ISH..MACAM-MACAM LA ORANG KATA, DESPERADO TAK TERKATA-KATA LAGI...KALAU DIA PI BAGI STATEMENT CEPAT...ORANG SIASAT CEPAT...NAK TANGGUH-TANGGUH LAGI PULAK DAH....SETTLE KES CEPAT....CEPAT LA PEGIII!!!

USUL DITOLAK...!

Usul undi tidak percaya terhadap PM oleh pembangkang ditolak (Utusan Online)

KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Penolakan usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Parlimen Pembangkang yang kemudian bertindak keluar dewan.

Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar Amin itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan, beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak usul tersebut dan tidak perlu memberi sebarang alasan melakukan penolakan tersebut.

Semua Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan (Berita Harian Online)

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Sidang Dewan Rakyat kerana membantah keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar pembangkang.

Mereka bertindak demikian jam 12.10 tengah hari sebaik dimaklumkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dikemukakan Khamis lalu, ditolak Pandikar Amir.

Mereka sebelum itu turut merayu Speaker menimbangkan semula usul itu, tetapi Pandikar Amir Mulia tetap dengan keputusannya.

Massive jams, Syed Hamid says sorry (The Star Online)

KUALA LUMPUR: Police roadblocks leading into the city caused massive jams throughout Monday morning, with Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar issuing an apology to the Malaysian public but reiterating that the police operations were undertaken in the interest of public security.

Usul Ditolak, MP Pakatan Rakyat keluar dewan (Harakah Daily)
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Seperti dijangkakan, speaker telah menolak usul ketidakpercayaan yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Tindakan speaker yang menolak untuk dibawa ke dewan usul tersebut telah menyebabkan Ahli-ahli Pakatan Rakyat bertindak bangun dan keluar dari persidangan yang sedang berlangsung.

ULASAN : USUL DITOLAK...NAK KENA RIOT KA? DENGAR2 CERITA DAH BERKUMPUL... LAAA.....PEGI LA LUNCH DULU KA...MASUK KERJA BALIK KA...

BERSYUKURLAH...

SHAH ALAM 14 Julai - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan hak penjagaan kekal anak kepada Siti Nadzirah Mohd. Nasir selepas mendengar ibu muda yang nekad melarikan anaknya, Arman Khan dari Pakistan, melafazkan sumpah istizhar.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad memutuskan demikian, dalam keadaan defendan Fazal Azim Abdul Ahad, 24, tidak pernah hadir ke mahkamah meskipun pihak kedutaan Malaysia di Pakistan telah menyempurnakan penyampaian saman kepadanya.

Menurut hakim itu, sepanjang perbicaraan, defendan tidak pernah hadir dan mahkamah terpaksa bergantung kepada keterangan plaintif semata-mata.

ULASAN : ALHAMDULILLAH...LEPAIH NI...SITI JAGE LA ANAK SITI TU ELOK-ELOK, KOT NAK BERLAKI LAGI, CARIK LA ORANG-ORANG MELAYU KITA UDAH LE...HIDUNG TAK MANCUNG PUN TAK PER...TAPI CARI YANG NORMAL...BANYAK DAH YANG PALSU SEKARANG...

KEPADA YANG SUKE "MEMBUAT BAYI" LEPAIH TU DIBUANG PULAK BUDAK TUH, HAYATILAH PENGORBANAN SITI NI...SIAN DIA...NAIK TURUN COURT PASAL NAK DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK DIE..KOME SENANG-SENANG BUAT, LEPAIH TU TEGHEBAN KE LONGKANG...APA PUNYE MANUSIA LA...

NEHI...NEHI...NEHI...!



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen esok.

"Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini),"

SALAHUDDIN AYUB KATA :

"Pada mesyuarat tersebut, kami memutuskan bahawa perkhabaran mengenai perhimpunan tersebut adalah satu khabar angin yang tiada kesahihannya,sekiranya terdapat sebarang perhimpunan di bangunan Parlimen sebagaimana yang diuar-uarkan, ia bukan anjuran Pas,"

DESPERADO KATA :

ATE..SAPE PUNYE KEGHOJE NI? HABIH JALAN SESAK NIE!...NAK BUAT GIMIK PUN JANGAN LA SAMPAI NYUSAHKAN MASYARAKAT YANG NAK PEGI CARI REZEKI...

Sunday, July 13, 2008

PAS BUAT KAJIAN...?


Pas kaji kedudukan dalam Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 12 Julai – Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP semakin retak apabila Pas dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang itu.

Difahamkan langkah Pas tersebut berikutan beberapa perkembangan politik yang berlaku terutamanya tindak-tanduk PKR dan DAP yang dilihat sering membelakangi Pas dalam membuat keputusan.

ULASAN : MANA TIDAKNYA, AJAK BUAT DEMONSTRASI...TAPI BILA BAB TUNJUK BONTOT, PAS KORANG TAK FIKIR..SIAN DEME MENGGANTUNG POSTER KOME! BAIK DEME PEGI TENGOK KONSERT ELLA DENGAN MAS IDAYU....

Malah menurut sumber, usul tidak percaya yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pada Khamis lalu dikatakan turut tidak mendapat restu Pas.

ULASAN : USUL NI, APA-APAHAL KITA TENGOK BESOK...

Turut mendorong Pas mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat ialah timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti itu yang melihat pakatan berkenaan hanya memperalatkan Pas bagi mendapat kuasa tetapi tidak menghargai sumbangan mereka selepas pilihan raya.

ULASAN : KOME BUAT PAS MACAM BALACI, MEMANG LA, YANG DATANG NAK DENGAR CERAMAH RAMAI PENYOKONG PAS, TAPI KEADILAN TUMPANG SEKAKI, DAPAT LA AUDIEN PERCUME...

Ini jelas apabila di Perak dan Selangor, PKR dikatakan hanya ‘berkongsi’ dengan DAP dalam membuat keputusan biarpun Pas turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Mingguan Malaysia diberitahu, pemimpin-pemimpin Pas juga sudah mencapai kesepakatan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan dakwaan liwat yang dihadapinya secara bersendirian tanpa perlu melibatkan Pas.

ULASAN : SENDIRI BIKIN, SENDIRI TANGGUNG LA...

Selain itu, demi perpaduan Melayu dan kepentingan Islam, Pas juga telah memberi ‘amaran’ kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP agar tidak menghalang sebarang usaha untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.

Pendirian Pas itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.

ULASAN : HAJI HADI KATA,

"Bukan dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan."

Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan."

"Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya,"

Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua.

Kenyataan itu menurut sumber parti berkenaan, secara jelas membuktikan bahawa Pas tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai ketua atau pemimpin utama Pakatan Rakyat.

‘‘Abdul Hadi membuat kenyataan berkenaan kerana melihat Anwar acap kali menonjolkan diri sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat sedangkan tidak pernah ada kesepakatan berhubung perkara itu.

“Bagi Pas, kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan kerjasama kolektif dan bukannya sesiapa menjadi ketua,’’ kata sumber berkenaan ketika dihubungi.

ULASAN : HAJI HADI KATA LAGI,

"Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat."

"Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno,"

Mingguan Malaysia juga difahamkan, ketegasan Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan Pakatan Rakyat adalah berikutan desakan kuat generasi muda Pas yang beranggapan kehadiran parti itu dalam pakatan berkenaan hanya membantutkan usaha mereka memperjuangkan Islam.

Selain itu, mereka berpendapat, Pas perlu mengadakan rundingan dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan Islam yang kini dikatakan semakin tergugat.

“Beberapa pemimpin Pemuda Pas juga sudah menyuarakan hal ini dengan lantang, mereka tidak mahu Pas terlalu hendak mengejar kuasa sehingga sanggup mengorbankan matlamat perjuangan parti itu untuk menegakkan Islam,’’ kata sumber itu lagi.

Pas juga kata sumber itu, yakin jika mereka hendak mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam, ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama UMNO dan bukannya bersama PKR.

“Ini bukan bermaksud Pas akan bergabung dalam BN atau sebaliknya tetapi sekadar bermuzakarah bagi mencari titik persamaan dalam memperjuangkan kedua-dua perkara berkenaan,’’ kata sumber itu.

ULASAN : KALAU BERGABUNG PUN APA SALAHNYA...KAUM KITA JUGA...TAPI MENGIKUT MAT SAMAN KATI, NOMBOR PAS DENGAN NOMBOR UMNO TAK SAMA...SO SUSAH NAK BERGABUNG! MAT SAMAN KATI RUJUK BUKU TAJUL MULUK....TAPI TUHAN PUNYA KUASA SAPA TAU?

WALLAHUALAM...

PAGAR MAKAN PADI...?

Ramai akan ditahan * Timbalan KP Imigresen pula direman * BPR kenal pasti saki baki sindiket
Oleh AZIAN AZIZ dan WAN NAJIB WAN DAUD (UTUSAN ONLINE)

BANTU SIASATAN... Yusof Abu Bakar (dua dari kanan) dan Munir Mohd. Hamid (kiri) diiringi pegawai BPR dibawa ke Mahkamah Majistret di Klang untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah terhadap mereka, semalam.
KUALA LUMPUR 12 Julai – Selepas menahan reman Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don semalam, Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini menahan timbalannya pula dan agensi itu menegaskan, ramai lagi yang akan ditahan untuk siasatan kes rasuah mempercepatkan pengeluaran visa pekerja asing.
Di Klang, kurang 24 jam selepas Wahid direman petang semalam, pagi ini BPR mendapat perintah reman ke atas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (Bahagian Kawalan), Yusof Abu Bakar, 54, bagi membantu siasatan kes tersebut.
Turut ditahan reman ialah abang ipar Yusof, Munir Mohd. Hamid, 59. Mereka berdua dibawa serentak dengan tangan bergari oleh empat pegawai BPR ke Mahkamah Majistret Klang di sini, pukul 11.20 pagi ini.

ULASAN : MEMANG PATUT LA PAK LAH KATA BANYAK KERJA DIA BELUM SELESAI...KENAPA? PASAI MALAUN SERTA JIBRAUN DI ATAS LA...RASUAH YANG MENJADI DARAH DAGING DALAM DIRI, REZEKI HARAM, LEPAS TU BAGI ANAK-ANAK PULAK MAKAN DENGAN REZEKI TU, NAUZUBILLAH...!

MACAM MANA NAK JADI MASYARAKAT BERMARUAH TINGGI KALAU PERANGAI MACAM INI? PATUT LA RAMAI BEBENOR PATI YANG BERMAHARAJALELA DI NEGARA KITA...KALAU TAK SILAP DESPERADO, JUMLAH KINI MELEBIHI JUMLAH MASYARAKAT INDIA, MASYARAKAT MAJORITI KETIGA TERBESAR DI NEGARA KITA... UDAH BOLEH JADI GOLONGAN MAJORITI NIE...BUATNYER PAKATAN RAKYAT PERINTAH, MAHUNYER DIE BAGI KERAKYATAN DEKAT DEME, UIH....GERUN MEMIKIORKANYE...

KEPADA BPR, PASTIKAN "THE BIG FISH" ITU TIDAK TERLEPAS! TAHNIAH KEPADA BPR...

EZAM...OH...EZAM!

EZAM KATA :

"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar."

EZAM JUGA PERNAH BERKATA :

Dia ada 6 kotak rahsia...kotak kasut ka kotak tisu...tak tau la..kotak tempat simpan setem dia gamaknya...

Ezam, tidak ada yang istimewanya beliau di dalam UMNO, hanya sekadar mempunyai sejarah silam yang agak perit dan kini kembali semula sebagai ahli biasa, itu sahaja. Namun beliau bijak bermain kata-kata, bijak mencipta teka-teki, pandai menyusun strategi, tapi untuk siapa? Mungkin saudara Ezam sendiri lebih memahaminya. Desperado tidak menuduh Ezam sebagai "Trojan Horse" ke atau apa-apa sahaja sikap negatif yang ada padanya. Mungkin kerana ucapan beliau yang sering dilontarkan sentiasa mempunyai perkataan "RAHSIA"!

Saudara Ezam, kalau sekali ianya dilafazkan, mungkin akan suspens orang mendengarnya, kalau dua kali mungking orang akan tertanya-tanya, kalau tiga kali mungkin orang membuat andaian, tapi kalau kali ke empat, mungkin bangku serta meja akan dihumban....ingat cerita Ali Baba Bujang Lapok, sekali buka tiga kali saja...kalau lebih....bertelur dahi nanti...

DESPERADO KATA :Jangan sesekali mempermainkan perasaan audien anda...

Saturday, July 12, 2008

SIAPA YANG "RETAK MENANTI BELAH"?


MINGGU INI DESPERADO BANYAK MEMERHATIKAN POSTING YANG DIBUAT OLEH HARAKAH DAILY MENGENAI "RETAK MENANTI BELAH". NAMUN BEGITU, PENULISAN DI HARAKAH DAILY BANYAK DIPENGARUHI OLEH PAKATAN RAKYAT SECARA KESELURUHAN DAN KES-KES BERKAITAN DSAI SECARA KHUSUSNYA. HANYA POSTING-POSTING TERBARU SEHARI DUA INI BANYAK BERKISAR MENGENAI PERKARA POKOK YANG BAKAL DIPERKATAKAN SEBENTAR LAGI...

"RETAK MENANTI BELAH", ITULAH TAJUK POPULAR DI HARAKAH UNTUK MINGGU INI DAN MINGGU SEBELUMNYA. RAMAI TOKOH MEMPERKATAKN TAJUK INI DAN SECARA LANSUNG MENGAITKANNYA DENGAN BARISAN NASIONAL. ADAKAH IANYA BENAR-BENAR BERLAKU?

JIKA KITA PERHATIKAN DARI SUDUT KESERABUTAN DALAMAN PARTI, HANYA UMNO YANG BOLEH KITA JADIKAN CONTOH. IANYA BERTITIK TOLAK DARI KEJATUHAN BEBERAPA BUAH NEGERI KEPADA PAKATAN RAKYAT KETIKA PRU12 YANG LALU. NAMUN BEGITU, PERALIHAN KUASA YANG BAKAL DILAKSANAKAN OLEH DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI, MERUPAKAN SALAH SATU LANGKAH BAGI MEMPERKUKUHKAN LAGI UMNO ITU SENDIRI. (WELL, I KNOW SOMEBODY WOULDN'T AGREE FOR THIS PART...BUT IT'S JUST A MATTER OF TIME) . SO, IANYA MASIH JAUH MENYIMPANG JIKA TUDUHAN KE ATAS BARISAN NASIONAL YANG TELAH "RETAK DAN MENANTI BELAH". PARTI-PARTI KOMPONEN LAIN TIDAK MEMPUNYAI MASALAH YANG SERIUS, CUMA ADA BEBERAPA PARTI YANG MEMPUNYAI SEDIKIT PERGOLAKAN, TETAPI IANYA TERLALU BIASA BAGI DUNIA POLITIK. OLEH YANG DEMIKIAN, BARISAN NASIONAL MASIH LAGI KUKUH UNTUK MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN.

JIKA KITA IMBAS PULA DENGAN KEINGINAN SAPP YANG MENGUSULKAN UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA PM, BUT THEY ARE STILL IN PARTY. KALAU PUN MEREKA KELUAR DARI BARISAN NASIONAL, KEDUDUKAN BN MASIH LAGI MAJORITI DI DALAM TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA.

SEKARANG KITA LIHAT PULA DARI SUDUT PARTI PEMBANGKANG ITU SENDIRI. KITA LIHAT PAKATAN RAKYAT SECARA KESELURUHAN, PAKATAN RAKYAT TERDIRI DARIPADA 3 PARTI KOMPONEN YANG BESAR IAITU, PKR, PAS DAN DAP. YA, KITA MEMANG TAHU, KETIGA-TIGA PARTI INI, JIKA KITA LIHAT DARI SUDUT INDIVIDU, MEREKA MEMANG TIDAK PUNYA MASALAH PERGOLAKAN YANG BESAR. TETAPI JIKA LIHAT DARI SEGI KOLEKTIFNYA PULA, IKATAN KETIGA-TIGA PARTI INI KINI SEMAKIN GOYAH. BANYAK SEBAB SERTA KES-KES KONTROVERSI YANG MENYEBABKAN INI SEMUA TERJADI...ANTARANYA
  • KES TUDUHAN LIWAT KE ATAS DSAI
  • KES HIMPUNAN PROTES YANG DICEMARI DENGAN AKTIVITI YANG BERTENTANGAN DENGAN IDEOLOGI POLITIK MASING-MASING
  • MB YANG TERPAKSA BERKONGSI KUASA BERSAMA EXCO YANG BERLAINAN PERJUANGAN MANIFESTONYA
  • PAKATAN RAKYAT ITU SENDIRI MASIH BELUM MEMPUNYAI "SURAT NIKAH" ATAU PERLEMBAGAAN YANG SAH
  • PAKATAN TIDAK PUNYA KETUA (ADA PULA YANG PERASAN JADI KETUA)
  • SEMANGAT SETIAKAWAN YANG KURANG MENYEBABKAN SATU PIHAK LAIN MERASAKAN MERAKA TERABAI
  • PELAKSANAAN DASAR-DASAR YANG MEMBUATKAN RAKYAT KINI MULA BERFIKIR DUA KALI UNTUK MENGEKALKAN MERAKA PADA PRU YANG AKAN DATANG
  • BANYAK LAGI (PIKOR LA SENDIRI)
KEMUDIAN, KITA LIHAT PULA LEBIH TERPERINCI DENGAN MENGULAS BEBERAPA KERAT UCAPAN DARI DATUK SERI ABDUL HADI AWANG...BELIAU KINI SEOLAH-OLAH SUDAH "GIVE UP" DENGAN SITUASI SEKARANG. APA YANG DAPAT DIRASAKAN OLEH HADI SEKARANG SEOLAH-OLEH PAS TELAH DIABAIKAN SERTA DINAFIKAN HAK.
"orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan."
"PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya umum ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain."Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh!
Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya,"
DISEBABKAN KETIADAAN KETUA UNTUK MENGEMUDI PELAYARAN PAKATAN RAKYAT INI, MEREKA KINI TERUMBANG AMBING. TERUTAMANYA DI NEGERI PERAK APABILA DAPAT DILIHAT MB NIZAR SEOLAH-OLAH DIBAYANGI OLEH AHLI-AHLI EXCO YANG LAIN YANG MAJORITNYA DAP. WALAU BAGAIMANAPUN BELIAU TETAP MENYANGKAL TUDUHAN TERSEBUT WALAUPUN ABANG KANDUNGNYA SENDIRI YANG MEMBUAT KENYATAAN... NAH! SEKARANG YANG MANA LEBIH "RETAK MENANTI BELAH"? YANG MANA LEBIH TERGUGAT? YANG MANA LEBIH BAHAYA? JIKA SATU PARTI KOMPONEN DARI PAKATAN RAKYAT INI KELUAR ATAUPUN MEMBAWA DIRI....SECARA AUTOMATIKNYA, PAKATAN TERSEBUT AKAN TERBUBAR DENGAN SENDIRINYA.... WALLAHUALAM...

Friday, July 11, 2008

MANA GANJARANNYA....MB NIZAR?


Utusan Online...Noryzah berkata, semasa meminta bantuan petugas kaunter di pekarangan bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu untuk berjumpa dengan Exco Pendidikan Perak, Nga Kor Ming, dia dan bapanya diminta pulang dan melupakan hasrat untuk mendapatkan wang ganjaran tersebut.

``Kata petugas itu mana ada ganjaran sedemikian dan tidak perlu buang masa jumpa Exco berkaitan,'' katanya di sini hari ini.

ULASAN : KALAU TEMAN KATA MUNAFIK, DEME MAROH KAN TEMAN...KATA TEMAN NIE MULUT JAHAT LE, MULUT TAK TAHU DIAM LE...ATE..! KOME YANG MULE KAN DULU...

KOME NIE, MB NIZAR, MALAM TU TEMAN NENGOK BEGHITE, BUKAN MAIN LAGI MIKE BERJANJI NAK BAGI AIR PERCUME DENGAN GANJARAN RM 1000 KEPADA PELAJA-PELAJAR YANG LAYAK KE IPT...TEMAN INGAT LAGI TARIKH KOME BERJANJI, 7 JULY 2008, SKAGHANG NI, BAGHU 10 JULY 2008...TIGA HARI BERJANJI TAK KAN LUPE KOT?

TEMAN GERAM BETUL DENGAR STATEMENT ADIK NORYZAH YANG BELIAU DI HALAU DAN HANYA MEMBUANG MASE JIKA BERTEMU DENGAN EXCO YANG BERKENAAN. HAI..BARU JADI KERANI SAMBUT TETAMU KAT KAUNTER DAH BERLAGAK NAK MAMPUS...KEMUDIAN KATANYA LAGI "MANA ADA GANJARAN SEDIMIKIAN!". PERNYATAAN TADI DIBUAT SAMA ADA ADIK NORYZAH NIE SILAP BUKAK SIARAN TV MALAM TU....ATAUPUN PEKERJA KAUNTER DIPEJABAT DAP TU YANG BANGANG NAK MAMPUS...

SABAR LA NORYZAH YE...INSYALLAH, ADA REZEKI ANAK-ANAK KITA NIE...

WALLAHUALAM...

ALHAMDULILLAH...SAUDARA BARU...



"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam.

Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.

Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak.

Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan.

Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun.

"Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada Agendadaily semasa berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam.


ULASAN : ALHAMDULILLAH...SAMPAI JUGA SERU HIDAYAH....PADA DR MUHAMMAD LEO TOYAD, TAHNIAH DAN SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT, DARIPADA PILIHAN ANDA 08 - Desperado

AHMAD SHABERY PERTARUHKAN JAWATANNYA...


DATO AHMAD SHABERY KATA:
“Sekiranya saya gagal, saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan masa depan (sebagai menteri), Sekiranya saya gagal melaksanakan tugas, saya serah pada pucuk pimpinan untuk mencari Menteri Penerangan yang lebih baik untuk menerangkan dan mempertahankan dasar kerajaan. Saya serius dengan perkara ini,”
DATO SERI ANWAR IBRAHIM KATA (DENGAN BONGKAKNYE):

"Saya keberatan ikut serta dalam debat tersebut kerana hanya melibatkan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek. Saya telah mencadangkan supaya PM Abdullah atau Timbalan PM Najib atau kedua-duanya menyertai debat tersebut.

Walaubagaimanapun jika mereka keberatan, inshaAllah saya bersedia. Saya perlu menjelaskan kaedah perlaksanaan cadangan Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak. Perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan - PAS, DAP dan KeADILan di rumah saya minggu lalu. Saya telah meminta Sdr Saifuddin Nasution merundingkan prosedur debat. "

DESPERADO KATA : HAMPA DUA ORANG KALAU NAK BERDEBAT JANGAN DOK KONA KOT LAIN...BERDEBAT BIAQ PASAI HARGA MINYAK SAJA, MINYAK NYOK, MINYAK TANAH, MINYAK SENYONYONG, TAIK MINYAK HAMPA TAK DIBENARKAN, HANYA HARGA MINYAK YANG RAKYAT NAK ISI DALAM KERETA, LORI, MOTOR DAN KENDERAAN-KENDERAAN LAIN SAHAJA DIBENARKAN...

HAMPA CEGHITA PASAI LIWAT, PASAI LOMPAT PARTI, PASAI NORA DANISH BERCERAI...DUA DUA AKU HUMBAN KE LAUT...BIAQ KENA MAKAN DENGAN JERUNG!
COMPRENDE!

23 MONTHS............AND COUNTING....

Peralihan kuasa beri peluang kepada Najib buat persediaan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menamatkan spekulasi berhubung proses peralihan kuasa dalam kepimpinan parti dan kerajaan apabila mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada pertengahan 2010 dengan menamakan Datuk Seri Najib Razak sebagai penggantinya.

Sehingga tempoh itu, Perdana Menteri dan Najib masing-masing akan mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti, Disember ini.

Mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dan taklimat khas bersama Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam, Abdullah berkata:


“Saya memaklumkan kepada MT bahawa saya sudah mencapai kata sepakat dengan Najib bahawa saya tidak akan memimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Bermakna satu peralihan kuasa perlu diwujudkan dan ia bermula dengan apa yang diumumkan hari ini iaitu saya bercadang menyerahkan jawatan kepada Najib untuk ambil alih jawatan parti pada Jun atau pertengahan 2010.”

ULASAN : Desperado ucapkan tahniah pada Dato Seri Mohd Najib atas promotion yang telah dipersetujui....(walaupun kena tunggu lagi dua tahun or 23 months.....721 hari untuk lebih spesifik lagi, makasih pada Dr. Minda Intelek Melayu sebab tolong kirakan harinye...)

Ramai di antara bloggers yang bengang...tak setuju, ada yang setuju, ada yang menerima dengan hati terbuka...apa-apa pun, peralihan tersebut tetap akan berlaku. So kepada Pak Lah, selesaikanlah apa yang Pak Lah kata nak selesaikan waktu ucapan hari tu...siap-siapkan la mana yang patut...kot lepas nie nak join Che Det, bukak blog pulak ka...

Desperado - Waktu Tun Dr. Mahathir umum nak letak jawatan, semua terkejut, terengang, menangis, merayu....bila Pak Lah pulak umumkan untuk berundur, satu dewan bangun bertepuk tangan...harmoninya pemimpin-pemimpin negaraku...

Wallahualam...

Thursday, July 10, 2008

Kampung Boy (Ein Frechdachs Auf Malaysia)


Datuk Mohd Nor Khalid (right) explaining some of the illustrations in 'Kampung Boy' to
Institut Terjemahan Negara Malaysia
chief executive officer Mohd Khair Ngadiron and Horlemann Verlag's Michael Adrian.


KUALA LUMPUR: Lat's Kampung Boy, a favourite of millions of readers in Southeast Asia, will hit Germany in October during the Frankfurt book fair.

The illustrated book by Datuk Mohd Nor Khalid, better known as Lat, will be translated into German and sold at E9.90 (RM50.95).

Yesterday, publishing company Horlemann Verlag signed a contract with Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) to publish the book in German. They willl also market the book.

ITNM was represented by its chief executive officer, Mohd Khair Ngadiron while Horlemann Verlag was represented by Michael Adrian. Also present were Lat and Goethe-Institute Malaysia president Prof Dr Volker Wolf.

Adrian said Kampung Boy should interest Germans as the book depicted the culture of Malaysia and gave a glimpse of kampung life.
"Germans will also be amazed with the durian, which is featured in the book, as most have never seen the fruit," he said.

ULASAN : SEBENARNYE, TEMAN NAK NGUCAPKAN TAHNIAH PADA DATO LAT NIE LAME DAH. ATE...APE TIDAKNYE...ASAL TEMAN NAK MENAIP TAHNIAH PADA DATO LAT AJER, DATANG KES LOMPAT PARTI LA, ELOK REDA SIKIT, KES ANWAR NYONTOT BONTOT PULAK, TAK SEMPAT NAK MENAIP MENGUCAPKAN TAHNIAH PADE DATO LAT NIE...

HAA..NIE DAH OK SIKIT..COOL DOWN..SEBENARNYE TEMAN JE MEN"COOL DOWN" KAN DIRI SENDIRI, KAT LUAR TU MACAM RIBUT LAGI...BOLEH LA NAK MENAIP BAGI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA DATO LAT KERANA KARYA KAMPUNG BOY NYE TELAH KE MEGHATE DUNIE..YANG TERBARU NIE GERMAN... JERMAN PUN NAK GHASE MACAM MANE MANDI BOGEL DALAM SUNGAI GAMOKNYER...

TEMAN BACA BUKU KAMPUNG BOY NI, 20 TAHUN YANG LALU...TERPENGARUH JUGE LE, SEDIKIT SEBANYAK...TERUTAMA WAKTU MASUK ASRAMA...SEMUE KENANGAN LAME...APE-APE PUN..TAHNIAH SEKALI LAGI DIUCAPKAN DARI KRU-KRU PILIHAN ANDA 80

Corat-coret : Khir Ngadiron...teman pernah belajar bawah die dulu...huhuhu..Jowo nie...

BARU SIKIT...DAH KECUT?!!!

DAP Perak buat laporan BPR terhadap Pengerusi BN Perak

IPOH 10 Julai — DAP Perak hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pada satu majlis tertutup di sini Sabtu lepas yang mendakwa pakatan pembangkang Perak akan tumbang sebelum atau pada 31 Ogos ini.

Laporan itu dibuat anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Wong Kah Woh yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Perak, ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan seorang anggota DAP, Ray Ng di Pejabat BPR Perak di sini.

Mereka juga meminta BPR menyiasat kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor pada sidang akhbar selepas majlis tertutup itu bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu perlu dipandang serius.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Kah Woh berkata BPR perlu menyiasat kenyataan itu sama ada ia mempunyai kaitan dengan pendedahan baru-baru ini oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa lapan wakil rakyat DAP telah ditawarkan untuk ’melompat’ ke BN.

Tajol Rosli yang juga ADUN Pengkalan Hulu membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis `Sepetang bersama Ezam Mohd Nor’ di Bangunan UMNO Perak di sini pada Sabtu lepas.

ULASAN : HEK ELEH...BUAT REPORT KAT BPR KONON...BUAT APA REPORT KAT BPR, REPORT LA PADA TOK KADI...(KATA SARIP DOL DALAM SENIMAN BUJANG LAPOK!)

BARU SIKIT GERTAK DALAM UCAPAN..., DAP DAH KECUT TELURNYER...BARU SEBUT TARIKH 31 OGOS, BELUM SEBUT BERAPA JUMLAH LAGI...DAP DAH KELAM KABUT PASAL MB TUNGGANGAN MEREKA BAKAL DITUKARKAN...

DATO SERI ANWAR IBRAHIM PUN MENYALAK-NYALAK SATU MALAYSIA JUGA PASAL KES LOMPAT PARTI NI...BARISAN NASIONAL TAK SIBUK-SIBUK PUN NAK REPORT SAMA BPR...MIKE MEMANG GELABAH LA...MACAM DE FACTO TU JUGAK...

MEMANG ITU LA KERJA PEMBANGKANG...MEMBANGKANG DAN MENSENSASIKAN BERITA, SUPAYA PENTADBIR TURUN KE PADANG, SUPAYA PENTADBIR TAK SENANG DUDUK, SUPAYA PENTADBIR MAKAN TAK KENYANG, TIDUR TAK LENA, MANDI CONFIRM BASAH...!

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 83 - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


PILIHAN ANDA 08 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KEPADA TUN DR MAHATHIR YANG KE 83...HUH! OTAI TU..SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI...

TECK LEE TUDUH BN PECAH BELAHKAN SAPP...

CHUA SOON BUI KATA:
Partinya tidak akan lagi meneruskan hasrat mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

MAJIMBUN KATA :
"Mungkin."
"Bila tiba masanya nanti. Kita kena tengok senario yang sesuai."


RICHARD YONG KATA:
"Kita tidak mahu usulkan undi tidak percaya sekarang kerana bimbang pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan menuduh SAPP bersifat perkauman.
"Ia juga kerana keadaan politik di negara ini yang tidak menentu kebelakangan ini dengan pelbagai isu yang mengelirukan rakyat."
"Kenyataan Chua Soon Bui disalah tafsir oleh media. Soon Bui tidak pernah menyatakan yang SAPP akan menarik balik keputusan untuk mengemuka usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri"


YONG TECK LEE KATA:
"Sepanjang tempoh 30 hari itu BN akan berusaha untuk mempengaruhi dua pemimpin tertinggi SAPP supaya tidak menyokong saya selaku presiden parti dan seterusnya menyisihkan saya."
"Ini adalah usaha senyap mereka untuk memecahbelahkan parti. Pada mulanya saya hairan mengapa SAPP diberi tempoh selama 30 hari tetapi selepas itu barulah saya baca taktik BN Pusat.
"Sebelum ini saya sudah pun memberitahu Soon Bui supaya berhati-hati apabila berhadapan dengan pemimpin-pemimpin BN di Kuala Lumpur, dia boleh diibaratkan berenang dengan jerung. Saya bimbang ketika berada di sana, mereka mempengaruhi Soon Bui dan Raymond Tan dan seterusnya mereka akan menyisihkan diri daripada saya,"
"Selepas BN menyingkirkan USNO daripada gabungan itu, tidak lama selepas itu BN kalah teruk dalam pilihan raya umum pada tahun 1985 kepada USNO dan Parti Bersatu Sabah (PBS)."

DESPERADO KATA: GET YOUR ASSES OUT OF HERE!!!

KANGAROO PUN BUAT TAK TAHU...

Anwar selar Rudd membisu soal hak asasi manusia di Malaysia

CANBERRA 9 Julai – Pemimpin pembangkang dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Perdana Menteri, Kevin Rudd membelakangkan prinsip hak asasi manusia untuk tujuan politik berasaskan realiti.

Menurut Anwar, sejak Rudd memenangi pemilihan November lalu, beliau hanya membisu terhadap isu-isu hak asasi manusia di Malaysia.

“Saya perlu katakan, pada tahun 1998, beliau (Rudd) sangat membantu.

“Kadang-kadang, di sesetengah negara, mereka menunggu sehingga anda dipukul, barulah mereka menunjukkan simpati,” katanya dalam rancangan televisyen “Dateline” di sini hari ini.

Anwar yang menghadapi tuduhan baru meliwat, berjanji untuk menentang dakwaan tersebut, ketika Rudd bersiap sedia untuk melawat Malaysia.

Rudd dijadual melawat Malaysia Khamis ini untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan sokongan Kuala Lumpur mengenai idea penubuhan komuniti Asia-Pasifik yang diutarakannya.

ULASAN : APE LA PAKCIK NUAR NIE, AMERIKA TU LAGI LA TERUK SOAL HAK ASASI MEREKA, WALAUPUN DEME MEMPERJUANGKANNYA BAGAI NAK RAK! TAPI PAKCIK NUAR DIAM PULAK...MENTANG LA AMERIKA SUPPORT PAKCIK YE...SI AUSTRALIA NIE PLAK, BILE DEME BUAT DIAM, PAKCIK NUAR HENTAM PULAK...JANGAN MEMAIN PAKCIK NUAR...KENA PENENDANG KANGAROO, TAK PASAI-PASAI TERLENTANG....

Wednesday, July 9, 2008

SOLAT LIMA WAKTU UNTUK NAIK PANGKAT?

Nik Aziz - "Kita akan tapis orang ini... sembahyang atau tidak, lebih-lebih lagi sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita ketika sesi rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Omar Osman - "Ini kerana hanya mereka (pekerja beragama Islam) bersembahyang lima waktu dan Jumaat. Macam mana dengan pekerja atau individu menganut agama lain? Adakah mereka ini tidak berpeluang bekerja atau naik pangkat langsung. Walaupun cadangan mereka bagus bagi memelihara ketelusan kakitangan awam di negeri itu, tetapi kena fikirkan kesesuaian terhadap bangsa lain," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

ULASAN : BARU-BARU INI TUAN GURU NIK AZIZ KEMBALI DENGAN IDEA-IDEA YANG "UNTHINKABLE" YANG TAK TERFIKIR OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN LAIN. DEK KERANA SITUASI FITNAH JUGA BERLELUASA, SESUAI LA DENGAN CADANGAN BELIAU UNTUK MEWAJIBKAN KENAIKAN PANGKAT SERTA PERLANTIKAN KE JAWATAN BARU PEGAWAI-PEGAWAI DI NEGERI KELANTAN DIMESTIKAN (NAK TULIS WAJIB, MEMANG DAH TUHAN KATA WAJIB, KOT ADA YANG TAK BUAT, TAK TAHU LE TEMAN...) MENUNAIKAN SOLAT LIMA WAKTU SERTA SOLAT JUMAAT.

CADANGAN TUAN GURU TERSEBUT MEMANG BERNAS BAGI TUJUAN MEMBIMBING SERTA MEMASTIKAN PEGAWAI-PEGAWAINYA SENTIASA BERIMAN DAN PATUH KEPADA PERINTAH ALLAH. INI DAPAT MENGELAKKAN GEJALA-GEJALA SEPERTI RASUAH SERTA FITNAH SECARA UMUMNYA.

NAMUN BEGITU, DESPERADO TERFIKIR, BAGAIMANA PULA MEKANISME TERSEBUT HENDAK DIPANTAU...PERKARA INI TURUT DIBANGKIT OLEH CUEPACS. (SAYANGNYE, BANGSA LAIN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM BELUM BERKATA ATAU MENGULAS APA-APA PUN MENGENAI KENYATAAN TUAN GURU) APABILA OMAR OSMAN MENGULAS, JIKA PERKARA INI DILAKSANAKAN, BAGAIMANA PULA NASIB DENGAN ORANG YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM?

MUNGKIN TUAN GURU MELIHAT, GOLONGAN INI SEBAGAI GOLONGAN MINORITI...SO KENAIKAN PANGKAT MEREKA MUNGKIN MENGIKUT SALURAN BIASA. GOLONGAN YANG BERAGAMA ISLAM PULA MUNGKIN AKAN MENGIKUT SALURAN BIASA, TETAPI JUGA AKAN DINILAI DARI SEGI SAHSIAH DIRI APABILA TIBA PENILAIAN TERAKHIR. TETAPI DI SINI MASIH LAGI TERGANTUNG PERSOALANNYA,
  • BAGAIMANAKAH KITA HENDAK MENILAI SESEORANG ITU BERSOLAT ATAU TIDAK?
  • DESPERADO TAKUT, NIAT PEGAWAI YANG AKAN DILANTIK AKAN TERPESONG PULA NANTI, TAKUT JADI SOLAT 5 WAKTU PASAL NAK NAIK PANGKAT...
MUNGKIN TUAN GURU LEBIH ARIF, DESPERADO SENTIASA MENYOKONG PERKARA BAIK YANG DICADANGKAN OLEH TUAN GURU (WALAUPUN KITA BERLAINAN IDEOLOGI POLITIK). JADI TERSERAHLAH KEPADA TUAN GURU UNTUK MELAKSANAKAN PERATURAN TERSEBUT. KEPADA CUEPACS, TERIMA KASIH KERANA MEMPERJUANGKAN NASIB PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM, TAPI JANGAN LA CEPAT MELATAH SANGAT, TERMALU TEMAN SEKEJAP, YANG BUKAN ISLAM TAK MELOMPAT PUN PASAL ISU NI TAPI....PEPAHAM JE LA...

WALLAHUALAM

Tuesday, July 8, 2008

BUKAN CHE GU PRAKTIKUM...

Hari ni teman baru start keje...semalam cuti pasal anak nak kena cucuk iminusasi untuk kali ketiga. Tak sabor teman nak ke tempat keghoje pasal nak jumpa kawan teman...nak tanye ape pandangan nyer pasal "karnival" protes semalam.

Mat Zeni namanye. Ramai yang berkate pada teman, tak payah dengar sangat temberang si Mat Zeni tu, ceghite ajer lebih...entah betul, entah tidak, tapi teman tak peduli, pasal teman suka sembang ngan dier, nak dengar padangan die, percaya ke tidak, itu perkara nombor sebelas, yang penting dengor aje dulu...

Awal pagi lagi teman dah tunggu die dekat kantin, dan seperti dijangka die muncul dengan tersengih...

"Mana kome pegi semalam? Pergi Protes ke?" tanya Mat Zeni pada teman.

Teman tersengih jer,

"Buat hapenye teman nak ngabihkan minyak, tol pegi berimpun situ, bukan ada pekdah pun, siap kena tunjuk ponggong lagi ade le...! Teman antor anak ke klinik..."pancing teman, saje nak dengar respon dier.

Mat Zeni sengih lagi, tapi kali ni lebih serius,

"Itu la, kome dah cakap, deme tu bukan boleh buat tunjuk perasaan kat stadium, kat stadium orang buat konsert, main bola...deme kena tunjuk perasaan kat tepi jalan jugak, kena sembur air campur gas pemedih mata lagi, baghu deme rasa syok! thrill! kena kejar pulak dengan FRU, lawan baling botol la, batu la...itu yang deme nakkan! Bukannyer brhimpun secara terhormat macam gini..." hujah Mat Zeni panjang lebar.

Teman senyum aje, betul jugak kata Mat Zeni ni, kalau berimpun gitu, apa thrillnya...sapa pun tak kacau...selalu kena sembur...ini kena tunjuk ponggong pulak...ehehehe..
Mat Zeni menyambung hujahnya,

"Lagi satu hal pulak, datang pulak mamat buat konsert tunjuk ponggong, bodoh betul la PKR nie...penat kawan PAS deme tu berjuang mati-matian tak nak bagi Ella dengan Mas Idayu buat pertunjukkan, sekarang mana Pemuda Pas nak letak muka, lepeh tu, Hishamudin Rais mintak maaf sambil nangis-nangis...nak buat ape? Benda dah jadi..."

Teman mengumpan lagi Mat Zeni,

"Ala, biasa la...dah berimpun ramai-ramai, sementara nak tunggu cukup satu juta, kena la ada nyanyi-nyanyi..." kata-kata teman mati di situ sambil di potong oleh Mat Zeni,

"Tak ade le, kalau nak nyanyi sekalipun, panggil la geng-geng nasyid ke...ini budak terlondeh seluar dipanggilnyer...mahu orang tak marah! Tahu la si Hishamudin Rais tu background dia pengarah filem, penulis...tapi pikiorle same, sape yang datang menonton tu, ake (akal) singkat!"

Mat Zeni sambung lagi,

"Kome tahu, latar belakang pemimpin PKR ni, lansung takde ketokohan politik. Yang ade cume Anwar Berahim, tapi telah disalah gunekan pulak...Bini die, bidan terejun...Anak die...hmmm, pendek kata Parti Keadilan Rakyat ni, terbentuk ATAS DESAKAN SITUASI SERTA SUASANA SEMASA, BILA RASA BENCI PADA SESEORANG...BERTERUSAN BENCINYE...TAK DER PIKIR PANJANG, KALAU BANGKANG, TERUS AJE BANGKANG SEUMUR HIDUP...dulu deme membangkang senang la, sekarang bile tiba giliran deme memerintah..huh kelam kabut."

Teman leka dengan hujah Mat Zeni, tapi sempat menyampk juge,

"Ala, biasa la tuh, semua orang dah tahu deme tahu membangkang aje..." Mat Zeni sekali lagi potong cakap teman,

"Betul! memang deme pandai membangkang ajer, lepas tu takder plan, nak buat ape-ape pun kena ade plan. Kalau kita tengok UMNO, deme ada cawangan, senang nak melantik ketua-ketua peringkat akar umbi, skarang nie, bile deme memerintah, kawasan tempat teman, PAS dengan PKR takde cawangan, susah nak buat keroje, terpakse pule tanya pada geng UMNO yang sekarang nie pembangkang..."

Teman mencelah lagi,

"Kot memang deme tak bajet nak menang kot,"

Mat Zeni jawab,

"Menang atau tidak, itu bukan pokok pangkei nye, yang penting perancangan, asyik bangkang aje...lama-lama jadi bengkang le mike wei..! Lepas tu sememangnya latar belakang politik pulak kurang, pengalaman tak ade....baghu nak belajor, nak memimpin negara bukan ada praktikum macam che gu sekolah, lingkup kepimpinan, lingkup la kerajaan tu...teman harap PAS dapat le berpikior panjang nak teruskan Pakatan Rakyat nie...udah merapu bebenor sangat dah..." jelas Mat Zeni sambil mengunyah karipap berintikan kentang dan ayamnya.

Teman senyum lagi, Mat Zeni orang lama dalam politik, selalu ikut pemimpin-pemimpin besar, pasal tu kekadang ade aje yang dengki dengan die...dier cakap, peduli apa dengan deme, kome, kome punya hei (hal) le..Mat Zeni juga beli barang tak pernah berhutang, semua cash, dalam slip gaji pun tak der potongan, ada duit baghu beli...itu prinsip die...
Itu telah Mat Zeni, rakan sembang politik teman...
Mat Zeni....esok kita sambung ceghita...teman nak sambung keroje...
Wassalam...

Monday, July 7, 2008

DI MANAKAH PRINSIP RUKUNEGARA KITA SEKARANG...


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak :

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ;
dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ULASAN : DIPETIK DARI BELAKANG BUKU KERJA MURID SK SG TENGI, FELDA SUNGA TENGI, HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.DESPERADO KALI INI INGIN MENGUPAS DI MANA LETAKNYA PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA YANG SELAMA INI KITA HAFAL DAN HORMATINYA.

SEBENARNYA KESEDARAN INI TERCETUS SETELAH MENONTON BERITA SEBENTAR TADI, KETIKA UCAPAN PM UNTUK PERHIMPUNAN BULANAN DI PUTRAJAYA. DESPERADO FAHAM KEPADA YANG ANTI PAK LAH, MELUAT PADANYA, TAPI KEADAAN INI SAMALAH MACAM MANA KITA BENCI KEPADA BARAT TAPI MASIH MAKAN KFC, BERUS GIGI GUNA COLGATE. POKOK PANGKALNYA, KITA AMBIL YANG BAIK, KITA TINGGALKAN YANG BURUK.

PAK LAH ADA MENGULAS TENTANG PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA YANG KINI KIAN TERABAI DEK SITUASI POLITIK YANG TIDAK KETAHUAN INI. DESPERADO PUN CUBALAH SENARAIKANNYA SAMBIL MENGINGATKAN KEMBALI APA PERISTIWA YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN PENGABAIAN YANG DIMAKSUDKAN BELIAU...


1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

ALHAMDULILLAH SETAKAT INI, APA YANG DILIHAT, MASYARAKAT DI MALAYSIA KITA MASIH LAGI BERPEGANG KEPADA AMALAN-AMALAN AGAMA MASING-MASING TANPA MENCAMPURI URUSAN AGAMA YANG LAIN. NAMUN PERTELINGKAHAN DUA PEMIMPIN BESAR SEDIKIT SEBANYAK MENCUIT HAL-HAL KEPENTINGAN AGAMA. DAN JIKA IANYA DI SALAH TAFSIRKAN BERKEMUNGKINAN BESAR, AKIDAH MASING-MASING AKAN TERGUGAT. OLEH ITU, DEPERADO RASA, PERKARA INI, BIARLAH MEREKA YANG LEBIH ARIF MENILAIKANNYA...


2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

INILAH PERKARA YANG BANYAK DIBANGKITKAN SEMENJAK SELEPAS PRU 12 BERAKHIR. TAMATNYA TAMPUK PEMERINTAHAN BEBERAPA NEGERI OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL, MENYEBABKAN SATU KEJUTAN KEPADA RAKYAT YANG MEMBUANG UNDI MEREKA. LANTAS ADA CUBA MENCARI KESILAPAN MASING-MASING SAMBIL MENUDING JARI. APABILA SUASANA SEMAKIN TEGANG, INSTITUSI DI RAJA PULA MENJADI MANGSA AKIBAT KEALPAAN MEREKA YANG MENGEJAR KUASA PEMERINTAHAN. LIHAT SAJA PARTI PEMBANGKANG PADA AWAL PEMERINTAHAN MEREKA, MEMBOIKOT MAJLIS PERLANTIKAN MENTERI BESAR, KEPUTUSAN PM SENDIRI BERCANGGAH DENGAN PILIHAN SULTAN DAN BERMACAM-MACAM LAGI SITUASI LAIN YANG MEMBABITKAN INSITITUSI DI RAJA. SEHARUSNYA, INSTITUSI INI DIPELIHARA AGAR NASIB RAKYAT TERBELA KERANA INSTITUSI DIRAJA ADALAH KUASA MUTLAK YANG TERAKHIR DI DALAM PERLEMBAGAAN KITA.


3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

SALAH SATU DARI PRINSIP RUKUN NEGARA KITA YANG DIJUGA DICABAR OLEH RAMAI PIHAK SETALAH TAMATNYA PRU12. INIKAH YANG KITA MAHU? PERLEMBAGAAN YANG DISUSUN BEGITU KEMAS, DIADUN MENGIKUT KEPERLUAN SETIAP BANGSA, AGAMA DAN MASYARAKAT DI DALAM MALAYSIA KINI DIPERTIKAIKAN , TERUTAMANYA PERTIKAIAN "KETUANAN MELAYU" YANG TELAH TERTULIH DI DALAM SEJARAH. MENGAPA ISU-ISU SEPERTI INI DIBANGKITKAN. KELUHURAN PERLEMBAGAAN KINI DICABAR...


4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KINI TURUT DICABAR. SISTEM KEHAKIMAN DI CONDEMN, PIHAK POLIS YANG SENTIASA MENEGAKKAN KEADILAN DAN MEMBANTERAS JENAYAH DI KATAKAN TIDAK TELUS DI DALAM PENYIASATAN, KETUA POLIS NEGARA SENDIRI DITUDUH BERSUBAHAT DALAM KONSPIRASI, TIDAK KETINGGALAN JUGA PEGUAM NEGARA. MEGAPA INI TERJADI? KENAPA KITA TIDAK LAGI MENGHORMATI PRINSIP RUKUNEGARA YANG KE EMPAT INI? JIKA YANG DI TUDUH BERSALAH, MASYARAKAT TIDAK MAHU PERCAYA, KE MANA LAGI KITA HENDAK PERGI, KEPADA SIAPA LAGI KITA HENDAK MENGADU? AMERIKA SYARIKAT? NAK MAMPUS?


5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

PRINSIP YANG TERAKHIR INI ADALAH PRINSIP YANG PALING MUDAH BAGI MENUNJUKKAN KITA INI MASYARAKAT YANG BERTAMADUN. BUKAN LAGI MASYARAKT YANG TINGGAL DI DALAM GUA. TETAPI MALANGNYA, PRINSIP YANG TERAKHIR INI JUGA TELAH DICABULI. LIHATLAH BAGAIMANA TINGKAH LAKU ANAK-ANAK MUDA SEKARANG (TIDAK SEMUA), WALAU AYU BERTUDUNG, JANGAN DISANGKA AIR YANG TENANG TIADA BUAYA. KEMUDIAN KITA LIHAT PULA KE ARAH PEMIMPIN-PEMIMPIN KITA, BAGAIMANA PELBAGAI TUDUHAN YANG DILEMPARKAN KE ATAS SESAMA MEREKA HINGGA MENGELIRUKAN RAKYAT YANG DIPIMPIN. KEPADA SIAPA LAGI RAKYAT INGIN MENGAMBIL CONTOH TAULADAN SELAIN DARI PEMIMPIN. TAK KAN NAK AMBIL CONTOH PENYANYI (TIDAK SEMUA) YANG MENAYANGKAN BONTOT KURAPNYA KEPADA PENONTON UNTUK SEBAGAI TAULADAN YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA YANG BAKAL MENERAJUI MASA HADAPAN. INILAH PRINSIP YANG PALING ASAS DAN PALING BANYAK DICABULI OLEH SEMUA PIHAK...

DESPERADO BERPESAN KEPADA DIRI SENDIRI SERTA RAKAN-RAKAN YANG LAIN AGAR BERFIKIR SEJENAK KE MANA HALA TUJU KITA SEBENANRNYA. GUIDELINES TELAH DISEDIAKAN, BUKAN MUDAH UNTUK MENCIPTA SESUATU RUKUN, TERPAKSA BERGELUMANG DENGAN DARAH SERTA PERSENGKETAAN UNTUK PENGHASILANNYA. MAHUKAH KITA WUJUDKAN LAGI PERSENGKETAAN BAGI MENCIPTA SATU RUKUNEGARA YANG LAIN...FIKIR-FIKIRKAN LAH...


WALLAHUALAM...

DEBAT ON!

Sumber : Agenda Daily
Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad malam umum dalam ucapannya di depan 30,000 orang di Stadium Kelana Jaya beliau sedia sertai debat anjuran Agendadaily dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Katanya pada Himpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga minyak, kalau boleh beliau nak berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau dengan setengah kabinet sekali pun tak apa.Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' yang dicadang disiarkan secara live di televisyen itu akan diadakan pada malam 15 Julai ini di Dewan Bahasa dan Pustaka,KL.Ahmad Shabrey sebelum ini telah menyatakan persetujuannya untuk berdepan dengan Anwar dalam debat itu.Ini adalah kali pertama debat sesuatu isu negara antara dua tokoh pembangkang dan kerajaan akan disiarkan secara langsung di televisyen.

ULASAN : ELOK BENAR LA TU...MENYAMPAH DAH DENGAR CERITA BEROMEN NIE...NAK DENGAR CERITA YANG ADA KENA MENGENA DENGAN DIRI DESPERADO DAN RAKYAT MALAYSIA PULAK...ASYIK CERITA KES DEME AJE...MACAM MANA NASB RAKYAT NAK TERBELA, PATUT BINCANG MASALAH NEGARA, INI BINCANG MASALAH "ATAS KATIL" DEME AJE...NAK MUNTAH DAH WEII..!

MEMULANYA, KOME INGAT TAK JADI NAK BEDEBAT, PASAI KES SUNDAL BOLONG HARI TU, HAA...SEKARANG MACAM DAH CONFIRM AJE...JANGAN LA ADA YANG GATAL-GATAL BUAT REPORT KENA SULA BONTOT PULAK LEPAS NIE, DESPERADO TAK PEDULI, DESPERADO NAK JUGA MENDENGAR APA CADANGAN YANG "BERNAS" DARI DATO SERI ANWAR IBRAHIM YANG TAK TERFIKIR DEK PAK LAH DAN RAKAN KABINET YANG LAIN...

PERSOALAN YANG DESPERADO HARAPKAN TERJAWAB PADA MALAM DEBAT TERSEBUT IALAH :

1) BENARKAH HARGA MINYAK DAPAT DIKURANGKAN TANPA MEMBEBANKAN KEWANGAN KERAJAAN DI MASA HADAPAN?

2) ADAKAH KERAJAAN HARUS MENGGUNAKAN SEMUA KEUNTUNGAN PETRONAS UNTUK MENGELAKKAN KENAIKKAN INI?

3) JIKA SEMUA KEUNTUNGAN PETRONAS DIGUNAKAN, ADAKAH GENERASI MASA HADAPAN TIDAK AKAN TERJEJAS DEK AKTIVITI PADA MASA KINI?

4) ADAKAH PERBANDINGAN HARGA MINYAK NEGARA KITA DENGAN NEGARA LAIN RELEVAN, TANPA MENGIRA BERAPA KAPASITI PENGELUARANNYA SETIAP HARI, BERAPA RAMAI JUMLAH PENDUDUKNYA, BERAPA BANYAK JUMLAH RESERVENYA DAN LAIN-LAIN FAKTOR LUARAN....

5) KALAU DAPAT DITURUNKAN...BERAPA HARGANYA? RM 0.20/L? RM 1.20/L? RM 1.50/L? BERAPA? TAK PAYAH NAK CERITA FORMULA...BUKANNYA RAKYAT FAHAM DAN NAK DENGAR PUN...STRAIGHT TO THE POINT!


SEBENARNYA, BANYAK LAGI PERSOALAN YANG INGIN RAKYAT DENGAR PADA MALAM TERSEBUT, DAN DIHARAPKAN IANYA BERJALAN LANCAR. KOT, SESAPA YANG TERZIARAH KE BLOG NIE, DAN SUDAH MEMPUNYAI LENGKAP SEMUA JAWAPAN DI ATAS...BOLEH LE KONGSI-KONGSIKAN!

WALLAHUALLAM...

PROTES...SHORT 975, 000 ORANG...

GANAS...

ALAK terlentang di atas lantai selepas dibelasah penyokong parti pembangkang ekoran tindakannya cuba melondehkan seluar di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya petang semalam.



Gara-gara cuba melondehkan seluar dan menonggeng ke arah penonton sambil menjerit perkataan ‘jilat, jilat’ ketika menyanyikan lagu Mari Nyanyi Menjilat, vokalis kumpulan underground Carburetor Dung dibelasah penyokong parti pembangkang yang menyaksikan persembahan mereka pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang semalam.

Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.

Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.


ULASAN : PADAN DENGAN MUKA HANG...HANG PI BUAT GIG SALAH TEMPAT...BODO PUNYA BUDAK! AKAI ADA KA? YANG HISHAMUDDIN RAIS NIE PUN SATU, PI BAWAK MASUK BUDAK TIGA SUKU NIE BUAT APA, DARIPADA BAWAK BUDAK-BUDAK SINGKAT AKAL MACAM NI, BAIK ENGKAU TARIK MASI IDAYU DENGAN ELLA DATANG SINI...MANA TAU KOT DEPA PUN NAK TAYANG JUGAK...

PENONTON YANG MAI PROTES NI BUKAN BUKAN SEMUA BOLEH TERLONCAT-LONCAT MACAM BERUK, TUNJUK BONTOT KURAP MACAM HANG...DEPA MAI SINI NAK BAGI CUKUP KORUM SATU JUTA...TAPI SHORT LAGI....
PASTI
PEMUDA PAS YANG BEGITU BERKOBAR-KOBAR MENENTANG KEHADIRAN ELLA DAN MAS IDAYU MALU DAN TEBAL MUKA DENGAN TINDAKAN BODOH DAN DILUAR KAWALAN OLEH CARBURETOR DUNG TERSEBUT...!

DESEPERADO DAH HABAQ DAH DULU, MAKHLUK-MAKHLUK PKR NIE BUKANNYA BOLEH DIBUAT KAWAN BERPOLITIK...ENTAH APA-APA UNSUR LAGI YANG AKAN DIMASUKKAN NANTI...BUAT MALU BANGSA AJA..PERJUANGAN YANG BLUR...

Saturday, July 5, 2008

TUKAR BANNER LAGI DESPERADO NI...

TERPAKSA TUKAR LAGI! DAH MENYAMPAH PULAK TENGOK MUKA-MUKA ORANG KAT ATAS. SERABUTKAN MINDA RAKYAT, MEMENINGKAN KEPALA, MENYENTAK JIWA DAN MENGHIRIS PERASAAN, NAK MUNTAH PUN DAH ADA SIKIT-SIKIT....KEJAP TUKAR, KEJAP PINDA, SD1, SD2, DIA TUDUH ENGKAU, ENGKAU TUDUH DIA...SO KENA TUKAR LAGI BANNER KAT ATAS...
PLEASE...PLEASE DO NOT GAMBLE OUR NATION
WITH ALL THESE POLITICAL HORSESHIT...!

PEGI MASJID, ANGKAT SUMPAH SEPERTI DISARANKAN...
KITA TENGOK SIAPA YANG KENA PANAH KILAT LEPAS TU...


TUAN GURU CADANG GANTUNG SAMPAI MATI...


ULASAN : BULETIN SEBENTAR TADI MENAYANGKAN BERITA MENGENAI NIK AZIZ MENYOKONG JIKA KERAJAAN MENGGUBAL UNDANG-UNDANG TERHADAP PENYELUDUP-PENYELUDUP YANG BERMAHARAJALELA DI NEGARA INI.


WAY TO GO, TUAN GURU! AMBO SOKONG SELALU...NIK AZIZ JUGA MENYATAKAN BAHAWA PENYELUDUP INI JIKA DIBIARKAN BERLELUASA AKTIVITI MEREKA, IANYA BOLEH MELINGKUPKAN EKONOMI NEGARA. OLEH ITU, JIKA NAK HAPUSKAN MALAUN SERTA JIBRAUN SIAL NI DARI TERUS BEBAS BERGERAK, HUKUMAN YANG PALING BERAT HARUS DIKENAKAN SUPAYA MEREKA INI TIDAK TERUS WUJUD DIMUKA BUMI...

BERANI KERANA BENAR...KINI TERBUKTI

ULASAN : LAGI STATUTORY DECLARATION DISEBUT-SEBUT...KALI GILIRAN AHLI MAJLIS MPAJ YANG BAKAL MENDAPAT WATIKAH PERLANTIKAN MASING-MASING. TERDAHULU, KES INI TELAH DIBANGKITKAN OLEH SEORANG PENDUDUK AMPANG YANG MENULIS SURAT KEPADA MB SELANGOR, SERTA EDARAN KEPADA MEDIA, BAHAWA 2 ORANG AHLI MAJLIS YANG BAKAL DILANTIK, SEORANG TELAH MEMPUNYAI REKOD JENAYAH LAMPAU DAN SEORANG LAGI DARI LUAR KAWASAN.

DAN DI ATAS DESAKAN MASYARAKAT SETEMPAT, MB TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGARAHKAN BAKAL-BAKAL AHLI MAJLIS INI MEMBUAT STATUTORY DECLARATION ATAU AKUAN BERSUMPAH BAGI MEMBUKTIKAN YANG MEREKA INI BERSIH. (DUA TIGA HARI KEBELAKANGAN INI ASYIK MENAIP STATUTORY DECLARATION JE...NAK BERBELIT LIDAH DAH...)

DAN PADA HARI INI, KERJAAN NEGERI SELANGOR TERPAKSA MENGGUGURKAN SALAH SEORANG YANG TERSENARAI SEBAGAI AHLI MAJLIS KERANA GAGAL MEMBUAT AKUAN BERSUMPAH BELIAU. ALASANNYA MUDAH, "TIDAK BERMINAT!". MUDAH BETUL MEMBERI ALASAN, SEDANGKAN KETIKA DITAWARKAN, PASTINYA PERASAAN ITU MELUAP-LUAP. PASTINYA BELIAU TAHU, JIKA BELIAU MEMBUAT AKUAN BERSUMPAH, DAN KEMUDIANNYA DI SIASAT, SEGALA REKOD JENAYAHNYA PASTI TERBONGKAR. MUJURLAH ADA YANG PRIHATIN DENGAN APA YANG BERLAKU DI SELANGOR DI SEBALIK KEKECOHAN YANG MELANDA ANWAR IBRAHIM DAN NAJIB. JIKA TIDAK, PASTI MAJLIS PERBANDARAN DI HUNI OLEH PEGAWAI YANG MEMPUNYAI REKOD JENAYAH.

WALLAHUALAM...

BAPAKU, SEORANG PATRIOT

Sekadar gambar hiasan. Tidak ada
kena mengena dengan bapa Desperado
yang sebenar. Ini gambar Mel Gibson...


ULASAN : JOURNAL KALI INI MENGISAHKAN TENTANG BAPA DESPERADO YANG PALING DESPERADO "RESPECT" PERJUANGANNYA. PENULISAN INI TIDAK BERMAKSUD INGIN MENINGGIKAN DIRI ATAU PUN MANZAHIRKAN PERASAAN BONGKAK DI DALAM DIRI, TETAPI SEBAGAI TELADAN UNTUK KEINSAFAN DIRI SENDIRI.

BELIAU MERUPAKAN SEORANG AHLI POLITIK DI PERINGKAT AKAR UMBI YANG BEGITU AKTIF PADA ZAMAN KEGEMILANGANNYA. KETEGASANNYA DALAM MEMIMPIN CUKUP DIHORMATI OLEH MASYARAKAT, MALAH ADA YANG MENGATAKAN "ISH! KALAU TAK DAK HAJI LA, TAK DAPAT MASJID KITA NIE DIBESARKAN," DAN PELBAGAI LAGI. TETAPI TIDAK SEMUA MEMAHAMI PERJUANGAN BELIAU, MALAH ADA JUGA YANG MASIH MENGATA DIBELAKANG, "LEBAI PUTIH KURANG AJAR, ADA JANGGUT TAK BOLEH PAKAI!", PETIKAN DIALOG KETIKA KEMPEN PILIHANRAYA KE 12 DI MEJA PANAS...WELL, APA PUN YANG DIPERKATAKAN KEPADA BELIAU, DESPERADO BEGITU BERBANGGA MEMPUNYAI BAPA YANG SEBEGINI. MENDIDIK ANAK DENGAN CARA TERSENDIRI, ROTAN DAN PENAMPAR ADALAH PERMAINAN BIASA KAMI KETIKA KANAK-KANAK.

BELIAU TIDAKLAH MEMPUNYAI KELULUSAN YANG TINGGI, HANYA SEKADAR SIJIL DARI ISTITUT PERTANIAN DAN JUGA TIDAK MEMEGANG JAWATAN YANG TINGGI, HANYA SEKADAR KERANI JURUTEKNIK BIASA. NAMUN BEGITU, KETOKOHAN BELIAU SERING DIKAGUMI LAWAN MAHUPUN LAWAN. TIDAK PERLU TERJERIT-JERIT DI DALAM ARAHANNYA, HANYA SEKADAR SINDIRAN TAJAMNYA MEMBUATKAN SEMUA KERJA BERJALAN LANCAR.

PENGLIBATAN POLITIKNYA BERMULA DENGAN ABIM DAN BELIAU ADALAH PENYOKONG KUAT ANWAR IBRAHIM KETIKA ZAMAN KEGEMILANGANNYA. DESPERADO SENDIRI PERNAH BERTEMU SENDIRI DENGAN DSAI KETIKA MASIH LAGI DIDUKUNG OLEH BONDA. BAPA SERING MEMBAHASAKAN DSAI SEBAGAI PAKCIK ANWAR HANG, PAKCIK ANWAR INI, PAKCIK ANWAR ITU JIKA MENCERITAKAN SESUATU MENGENAI DSAI KEPADA KAMI, ANAK-ANAKNYA. NAMUN SETELAH TRAGEDI 1998, KETIKA DSAI MENGHADAPI TUDUHAN LIWAT KALI PERTAMA, DESPERADO DAPAT MELIHAT KEGELISAHAN BELIAU. SERING TERMENUNG PANJANG MERENUNG SAWAH DI LUAR RUMAH. RUPA-RUPANYA, JAUH DILUBUK HATINYA, TERPENDAM RASA KECEWA YANG AMAT SANGAT DENGAN KEJADIAN TERSEBUT. BONDA PERNAH MENTENTERAMKAN BELIAU KERANA BELIAU HAMPIR-HAMPIR INGIN MELETAKKAN SEMUA JAWATANNYA DI DALAM AKAR UMBI UMNO KETIKA ITU. NAMUN, PEMIKIRANNYA TIDAK SESINGKAT ITU, BELIAU SEDAR, JIKA BELIAU KELUAR ATAU MENINGGALKAN PARTI YANG TERCINTA ITU, MASYARAKAT DI SEKITAR YANG SERING MENGHARAPKAN BANTUAN DARI KERAJAAN PASTI AKAN MENGALAMI KESUKARAN UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN. BELIAU TELAH BERJAYA MEMBUANG SIKAP PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN KEKAL BERSAMA PARTI HINGGA KINI. WALAUPUN ADA PENGGAL YANG TIDAK DIMENANGI BARISAN NASIONAL KETIKA ITU, BELIAU MAMPU MENCARI DAN MENCADANGKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DARI KERAJAAN KEPADA MASYARAKAT KETIKA ITU. MUNGKIN INILAH BERKAT PERJUANGAN YANG TIDAK BERSANDARKAN INDIVIDUALISTIK OLEH BELIAU.

KATA-KATANYA MASIH LAGI TERNGIANG-NGIANG DI TELINGA "KITA DI PULAU PINANG NI BUKAN GOLONGAN MAJORITI YANG BESAQ, JANGAN DOK BERKELAHI, TAK GUNA, MENANG SORAK, TANAH TERGADAI...BIAQ PI LA NEGERI LAIN, DEPA ADA MAJORITI MELAYU RAMAI, KELANTAN TU TAK PAYAH KACAU PUN TAK PA...BUKAN ORANG LAIN...SEDARA SEBANGSA JUGAK...NI, YANG DOK KENA JAGA LA NIE PULAU PINANG..." (ECHO)

KINI BELIAU SUDAH PUN BERSARA DARI KERJA BIASA YANG DILAKUKAN. BANYAK MASA DIHABISKAN DI SURAU, MEMBANTU ADIK DESPERADO YANG BERKELULUSAN IZAJAH PERTANIAN (IKUT LANGKAH BAPA SEBIJIK...TAPI NOT IN POLITICS) YANG MENGUSAHAKAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG SECARA KOMERSIAL DAN KERJA-KERJA AMAL YANG LAIN.

BILA DESPERADO BERTANYA TENTANG PERKEMBANGAN-PERKEMBANGAN TERKINI YANG BERLAKU, DI HANYA TERSENYUM...MUNGKIN MALAS UNTUK BERFIKIR LAGI...
"DSAI PUNYA KES MACAM MANA ABAH?", JAWABNYA RINGKAS, "TAK TAU LA AKU!"
THAT'S IS MY FATHER

HAJI ABD. MALEK BIN MOHD SHARIF PJK, PJM, PKT, AMN

LUV U DAD....

MEREKA BERJAYA...

ULASAN : SKANDAL YANG TERCIPTA PADA MINGGU TELAH BERJAYA ME"SUSPENSE"KAN SELURUH NEGARA...KELIBAT PEMIMPIN ATASAN BEGITU MENDEBARKAN HATI SETIAP RAKYAT YANG MENONTON DAN MENGIKUTI KES TERSEBUT. PENCERITAAN SKANDAL INI JUGA SEDIKIT SEBANYAK MENGAJAR KITA MENGENAI BETAPA BAHAYANYA ANDA BILA BERADA DIPUNCAK DAN MENJADI SEORANG PEMIMPIN...NAMUN BEGITU, DISEBALIK KEJADIAN DI ATAS, RAMAI MASYARAKAT TELAH BERJAYA DIPESONGKAN PEMIKIRANNYA DARI MEMIKIRKAN MASALAH LAIN-LAIN YANG SEBELUM INI BEGITU HANGAT DIPERDEBATKAN.

SKANDAL INI TELAH BERJAYA:
1) MENYERABUTKAN FIKIRAN RAKYAT DENGAN BERFIKIR SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH...
2) MELUPAKAN SEKETIKA TINDAK TANDUK PEMIMPIN YANG LAIN YANG JUGA MENCETUSKAN KONTROVERSI....
3) MENGABAIKAN SEBENTAR MASYARAKAT UNTUK BERFIKIR TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK DAN MAKANAN...
4) MENUTUP SEKETIKA PERDEBATAN JUMLAH GAJI YANG DITERIMA OLEH MENTERI-MENTERI...
5) MENGALIHKAN PANDANGAN MASYARAKAT DARI HIRUK PIKUK YANG BERLAKU DI DALAM PARLIMEN...
6) MENCURI PANDANGAN MASYARAKAT DARI TERUS MENGANALISIS PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI DI BAWAH PEMERINTAHAN PEMBANGKANG
7) MENGABAIKAN SEKETIKA ISU LOMPAT PARTI, PEMBELOTAN PARTI, PERBINCANGAN PARTI ANTARA PARTI...
DAN LAIN-LAIN LAGI...

BOLEH LA KALAU SESIAPA YANG INGAT LAGI ISU-ISU MENARIK YANG TELAH TERLEPAS PANDANG AKIBAT MASING-MASING MEMIKIRKAN SIAPA YANG SALAH DAN SIAPA YANG BENAR MENAMBAH DI RUANGAN KOMEN NANTI...DESPERADO SENDIRI TERABAI DIBUAI PENCERITAAN SKANDAL INI...

SAMA-SAMA KITA MENILAI SEMULA, SIAPA KITA, DI MANA KITA...WALLAHUALLAM

Friday, July 4, 2008

TAHNIAH...

ULASAN : SEKADAR MEREHATKAN MINDA DARI BERFIKIR TENTANG SUASANA POLITIK YANG RIBUT...

RAMAI JUGAK FRUST MENONGGENG NIE...APA BOLEH BUAT DAH JODOH...DENGAN CIKGU MAT SALEH OMPUTEH...SESIAPA YANG BERNAMA CIKGU MAT SALLEH MENGAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN TERKECUALI DAN DIHARAP BERSABAR YE...

SELAMAT PENGANTIN BARU MAYA KARIN...

DON'T FORGET TO WRITE STATUTORY DECLARATION OF YOUR WEDDING, SENANG NAK FIGHT KOT ADA ORANG DENGKI...ISK..BETUL KE AYAT AKU NIE..LANTAK LA!

AKHIRNYA...BELIAU BERSUARA!

ULASAN : AKHIRNYA BELIAU BERSUARA...SEKIAN LAMA MEMERHATI DARI JARAK JAUH, MEMANTAU PERKEMBANGAN DEMI PERKEMBANGAN...TIDAK BANYAK DIPERKATAN, NAMUN SEKADAR PENAMBAH PERISA KEKALUTAN YANG SEDANG BERLAKU...

Saya tidak hendak komen berkenaan dengan kes liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang baru kerana saya ingin lihat samada taktik Anwar kali ini sama dengan dahulu - iaitu menuduh ada konspirasi (pakatan) untuk menghalang perjuangan politiknya.

Tetapi oleh kerana ramai yang meminta komen saya dalam blog maka saya akan beri pandangan awal saya.

Saya terkejut dengan orang yang pertama menyuarakan pandangan yang tak masuk akal berkenaan dengan kes liwat yang baru ini. Kononnya Anwar sengaja menyuruh Saiful buat laporan dia diliwat oleh bossnya supaya Anwar boleh cari perlindungan daripada percubaan membunuhnya. Dengan itu kononnya orang ramai akan bersimpati dengannya.

Jelas yang budak yang di suruh oleh bapa mertuanya hantar passport kepada Anwar, yang amat gembira dengan pembebasan Anwar dan dipercayai terlibat dengan usaha membebaskan Anwar, masih kuat kepercayaannya kepada Anwar dan mencuba menolak tuduhan terhadapnya.
READ MORE HERE ANWAR

BALA YANG MENGUNDANG "BALA"!

Balasubramaniam tarik balik beberapa perenggan dalam akuan sumpahnya

KUALA LUMPUR 4 Julai - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, hari ini menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya berkaitan hubungan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Balasubramaniam menarik balik akuannya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri mempunyai hubungan seks dengan wanita Mongolia itu.

ULASAN : NI YANG BUAT DESPERADO BENGANG NI...KALAU DESPERADO JUMPA YAHUDI DAN BALA, DESPERADO MEMANG TEMBAK BALA NI DULU...(KAUM INDIA YANG LAIN HARAP MAAF, JIKA ADA YANG MEMBACA TULISAN DESPERADO..TIDAK BERTUJUAN MENGHINA KAUM ANDA, CUMA GERAM PADA MAMAT NI SEORANG SAJA, YANG LAIN-LAIN TETAP RAKAN MAJMUK DESPERADO).

INI SOAL MARUAH, KESELAMATAN, POLITIK, PENTADBIRAN NEGARA, BUKAN BOLEH MAIN-MAIN..DAH DITARIK BALIK BEBERAPA PERENGGAN, BUAT APA TARIK PERENGGAN, TARIK LA BALIK SEMUA. ALASANNYA, BELIAU DIUGUT OLEH SESEORANG UNTUK MENGINDAHKAN LAGI PENULISAN STATUTORY DECLARATIONNYA...MALAS NAK TULIS, COPY DARI AGENDA DAILY JE...
Perenggan yang ditarik ialah dakwaan dalam akuan bersumpah yang didedahkan oleh Anwar semalam yang menyebut Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada tertuduh kes bunuh wanita itu, Abdul Razak Baginda.Selain itu, beliau juga menarik balik dakwaan kononnya Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya. Katanya, beliau menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya itu kerana dipaksa membuat akuan seperti yang didedahkan oleh Anwar hari Khamis. “Saya ingin tegaskan bahawa saya menarik balik akuan saya yang pertama. Saya ingin tegaskan bahawa saya diugut untuk membuat akuan bersumpah bertarikh 1 Julai itu,”
DESPERADO DAH MACAM TERBAYANG JE WAJAH YANG MENJADI TUKANG EDIT SD "BALA = DISASTER" NI. TAPI MALAS NAK FIKIR DENGAN LEBIH MENDALAM. BUAT SAKIT ARI-ARI JE..SEMALAM BARU JE DESPERADO TULIS PASAL ANWAR DAPAT MENARIK NAFAS LEGA UNTUK SEKETIKA...KEMUDIAN MEMPERSOALKAN BERAPA LAMA KELEGAAN BELIAU (DSAI) DAPAT BERTAHAN...HMMM TAK SAMPAI 24 JAM PUN...DSAI, YOU CARI MODAL LAIN LA PULAK NAK ATTACK ORANG, SILAP PILIH ORANG KALI INI....



DESPERADO : Apalah ugutan yang diterima oleh Bala @ Disaster ni terima sehingga sanggup mereka-reka beberapa perenggan dalam SD beliau....ADAKAH BELIAU DIUGUT UNTUK DISONTOT....Tuhan sahaja yang mengetahui...!


LA...STATUTORY DECLRATION LAGI...

Pembohongan dahsyat Tuduhan Balasubramaniam usaha Anwar alih perhatian umum – Najib

NAJIB Razak semasa sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan termasuk dari media asing di pejabatnya di Parlimen, semalam. Pada sidang akhbar itu, Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mengenali atau pernah bertemu wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah penyiasat persendiian, P. Balasubramaniam.- Gambar RASHID MAHFOF

KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat.

Timbalan Perdana Menteri yakin perakuan terbaru itu merupakan usaha terdesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengalih perhatian umum daripada tuduhan liwat yang dihadapinya.

Najib sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan wanita Mongolia yang disebut dalam perakuan bersumpah itu.

‘‘Oleh itu, akuan bersumpah berkenaan saya anggap sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat, rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan mencemar imej saya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini lewat petang ini. Sidang akhbar selama kira-kira 10 minit itu dihadiri oleh wakil media tempatan dan asing.

ULASAN: ISH...ISH...SUKA BENAR DEMA NIE BUAT SUMPAH...MAKAN DEK SUMPAH BARU TAU...
CERITA DAH JADI TUNGGANG TERBALIK DAH NIE...PLOT SEMAKIN BERSERABUT... DESPERADO GERAM TENGOK SI MAMAT ESTATE NIE BUAT SD. HARI KENAPA DIA TAK BUAT SD NIE HABIS-HABIS KETIKA KES ALTANTUYA MASIH PANAS...KALAU NAK TUDUH, TUDUH BAGI HABIS, SOMEBODY NEEDS TO GO TO THE JAIL!

YANG SI DATO SERI MOHD NAJIB NIE PUN SATU, CERITA TAK HABIS JUGAK! HARI TU TAKDER PULAK CERITA SI SAIFUL JAMBU NIE JUMPA DIA, CERITA PASAL KENA SONTOT LA, CERITA PASAL MINTAK BIASISWA LA...

DATO SERI ANWAR IBRAHIM KINI BOLEH MENARIK NAFAS LEGA UNTUK SEKETIKA KERANA KESNYA KINI MENDAPAT RATING KEDUA SELEPAS KES NAJIB. TAPI SAMPAI BERAPA LAMA BOLEH BERTAHAN KELEGAANNYA...BANYAK CERITA-CERITA SENSASI DAN KONTROVERSI TENTANG BELIAU BERJAYA DI BAYANGI OLEH KES DSMN.

SELEPAS INI SIAPA PULA YANG AKAN BUAT SD? TUN MAHATHIR...DON'T YOU WANT TO SAY SOMETHING ABOUT THESE CRAZINESS!!!

DESPERADO MENDOAKAN AGAR NEGARA KITA TIDAK DITIMPA BALA ALLAH S.W.T AKIBAT FITNAH (KALAU BETUL FITNAH LA... TAPI KALAU IANYA SATU KEBENARAN, MAKA MAKSIAT TELAH BERLAKU DIKALANGAN PEMIMPIN KITA...)YANG SEMAKIN BERLELUASA...AMIN...

Thursday, July 3, 2008

PENJENAYAH JADI AHLI MAJLIS?

Penduduk Ampang Jaya dakwa individu dicadang ada rekod jenayah, orang luar

SHAH ALAM: Dua orang yang bakal dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagai ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada Sabtu ini dikatakan mempunyai rekod jenayah, manakala seorang lagi berasal dari luar kawasan itu.

Pelantikan ketiga-tiga individu itu dikatakan disokong Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin.

Pendedahan itu dibuat seorang penduduk Ampang Jaya dalam surat yang dialamatkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan salinannya diedarkan kepada pemimpin PKR serta media, semalam.

Abdul Khalid yang ditanya mengenai perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini bagaimanapun berkata, pelantikan ahli majlis itu akan tetap diteruskan dan aduan berkenaan akan diselesaikan kemudian.

"Proses penyemakan akan dibuat dalam tempoh enam bulan selepas mereka menjadi Ahli Majlis di MPAJ. Aduan ini tidak akan menghalang kerajaan negeri daripada meneruskan pelantikan Ahli Majlis di MPAJ.

"Kami akan melantik mereka terlebih dulu sebelum menjalankan proses terbabit dan jika kami mempunyai alasan serta bukti kukuh yang mereka ada rekod jenayah, kami akan membatalkan pelantikan mereka," katanya.

ULASAN : BAGUS MB! KITA LANTIK DULU, KEMUDIAN BARU BUAT SIASATAN. NIE CERITA NAK TUNGGU NASI DAH JADI BUBUR BASI BARU NAK BERTINDAK LA NIE...JANGAN MAIN-MAIN MB...KALAU DAH DILANTIK NANTI, INDIVIDU-INDIVIDU TERSEBUT AKAN MENDAPAT AKSES YANG PENUH DALAM PENTADBIRAN MAJLIS, SEMPAT LA DEME MEREMBAT SEJUTA DUA SEBELUM KENA "SACK"!

Dalam surat yang menamakan penulisnya sebagai 'Penduduk Ampang Yang Hampa' itu, pengadu mendakwa dua daripada lelaki yang bakal dilantik itu mempunyai rekod jenayah dan pernah terbabit dalam pertubuhan kongsi gelap.

Sumber polis yang dihubungi mengesahkan seorang daripada individu itu mempunyai rekod jenayah termasuk terbabit dalam kes samun berdasarkan semakan kad pengenalannya, manakala rekod seorang lagi tidak dapat disemak kerana nombor kad pengenalannya tidak diperolehi.

ULASAN: POLIS SENDIRI DAH CONFIRM INDIVDU TERSEBUT MEMANG ADA REKOD JENAYAH...KES SAMUN PULAK TU..MAMPUIH LA MAJLIS NANTI! BUKAN LA KITA MEMANDANG HINA ORANG YANG ADA REKOD JENAYAH NI, TAPI BIAR LA LANTIKAN TERSEBUT KENA PADA ORANG YANG LEBIH SESUAI, BERKALIBER, BEBAS DARI SEBARANG REKOD JENAYAH. MAYBE INDIVIDU TEREBUT DAH INSAF KOT, TU PASAL LA YB KHALID TERIMA TU..

Penulis surat itu mendakwa individu pertama juga pernah dibuang daerah pada 2003, sementara seorang lagi yang juga ahli perniagaan turut memiliki rekod jenayah tetapi dilantik sebagai Ahli Majlis berdasarkan kedudukannya dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Dia juga adalah kenalan rapat kepada seorang ketua bahagian parti yang menyertai Pakatan Rakyat. Individu ketiga pula berasal dari Puchong dan aktivis sebuah NGO yang tidak dikenali penduduk Ampang," katanya.

ULASAN: KESIAN PENDUDUK AMPANG, NTAH SAPA-SAPA LA YANG DATANG MENTADBIR NANTI. PERKARA NIE BUKAN BARU, LIM GUAN ENG SENDIRI BUKAN BERASAL DARI PENANG, TAPI SIAP PEGANG PARLIMEN DENGAN DUN LAGI KAT SANA...KOME YANG MENGUNDI...NAK BUAT CAMNA? TERIMA JER LA KOT...

Penulis surat itu mendesak Menteri Besar mengkaji semula pelantikan mereka kerana yakin penduduk Ampang akan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat jika ketiga-tiga individu terbabit dilantik.

ULASAN DESPERADO : MASA REHAT KERJA TADI DESPERADO ADA BERSEMBANG DAN BERBINCANG DENGAN RAKAN MENGENAI AHLI-AHLI SERTA PENYOKONG DARI PKR INI. BELIAU BERTEGAS (NASIB BAIK TAK TUMPAH AIR KOPI AKU!) AHLI-AHLI PKR NIE KEBANYAKANNYA BERSIKAP SAMSENG DAN KURANG ADAB BILA BERBICARA DAN BERKEMPEN. DESPERADO PUN TANYA LAGI, "KOME CAKAP NIE, ATAS NAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN DEME KE, ATAU PENYOKONG-PENYOKONG DEME?". "PEMIMPIN DENGAN PENYOKONG SAME JE!" JELAS RAKAN DESPERADO. "KENAPE KOME CAKAP MACAM ITU?". "MANA TIDAKNYA, KEBANYAKAN PENYOKONG DAN PEMIMPIN PKR INI ADALAH TERGOLONG DARI MEREKA YANG MEMPUNYAI BISNES, TAK BEKERJA, BEKERJA SENDIRI, BERJUANG HANYA DENGAN EMOSI, MEMAKI HAMUN, SEPAK TERJANG POLITIK LANSUNG TAKDER PENGALAMAN... DAN ADA DI ANTARANYA HANYALAH BIDAN TERJUN YANG MENJUNAM KE DALAM ARENA POLITIK..., TU PASAL LA TEMAN CAKAP MACAM GITU..."

DESPERADO PERNAH MENULIS DI AWAL PENERBITAN BLOG PILIHAN ANDA INI MENGENAI LATAR BELAKANG PEMIMPIN SERTA PENYOKONG PKR INI. PENULISAN TERSEBUT DITULIS KETIKA HAMPIR SEBULAN TAMPUK PEMERINTAHAN BEBERAPA NEGERI JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG.
MEMANG LATAR BELAKANG MEREKA INI AGAK MENGGERUNKAN. BUKAN SAHAJA DI SELANGOR, MALAH DI TEMPAT DESPERADO SENDIRI, N11 PENANTI. LATAR BELAKANG YANG KELAM KABUT, SEPERTI DIBUANG DAERAH (SAMA MACAM WAKIL MAJLIS AMPANG YANG AKAN DILANTIK), PENGEDAR VCD LUCAH, MAIN JUDI MALAM BULAN PUASA ETC.... KITA SEKAMPUNG, MANA BOLEH TAK KENAL...

ALHAMDULILLAH DESPERADO BERJAYA MENGAWAL DIRI AGAR TIDAK TERJERUMUS SAMA BERSAMA MEREKA, MALAH BERJAYA JUGA MEMBIMBING RAKAN-RAKAN YANG LAIN AGAR MELAKUKAN AKTIVITI YANG LEBIH SESUAI DAN BERFAEDAH YANG LAIN....BUKAN NAK BERBANGGA DENGAN DIRI SENDIRI TETAPI KECEWA DENGAN SEGELINTIR MEREKA YANG KUSUT PEMIKIRANNYA....

PESANAN BONDAKU KARTINI...


Salam anakandaku...mulakan awal bulan rejab esok dgn berpuasa, sesungguhnya ibadat pada malam awal rejab adalah sama dengan malam israk dan nisfu syaban dan paling istimewa ianya sama dengan malam lailatul qadar...rebutlah bonus dari Tuhan terutama untuk memohon ampun drNYA...

Wednesday, July 2, 2008

PEMUDA PAS SETUJU...MACAM MANA DENGAN DAP?

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, muncul antara pemimpin pembangkang yang awal menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Washington tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal Malaysia termasuk siasatan terhadap dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia, beliau tetap bersikap konsisten dan dalam isu ini sewajarnya negara luar tidak perlu campur tangan dan cuba untuk mengajar negara ini.

“Biarlah kita di Malaysia yang menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata mereka (orang luar) tidak perlu campur tangan, dan biarlah rakyat Malaysia sendiri berjuang untuk keadilan jika berlaku ketidakadilan.

ULASAN : TAHNIAH KEPADA SALAHUDIN YANG TURUT BERTINDAK MENIDAKKAN TINDAKAN AMERIKA SYARIKAT YANG CUBA MEMPERTAHANKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM. PUNYA JAUH BERIBU BATU...

Semalam, jurucakap Jabatan Negara Amerika syarikat Tom Casey berkata negara kuasa dunia itu menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.



Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata kenyataan Jabatan Negara AS itu sekadar untuk menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan Anwar, selepas apa yang berlaku terhadap kes liwat Anwar pada 1998 yang akhirnya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan ia bermotifkan politik dan konspirasi.

“Kerajaan jangan lupa bahawa kita sedang diperhatikan oleh negara lain. Kita bukannya terpencil. Banyak negara lain yang sedang memerhatikan kita,” katanya.

ULASAN : YA YB KARPAL, MEMANG MEREKA PRIHATIN...SELURUH DUNIA KALAU BOLEH MEREKA NAK PRIHATINKAN DIRI MEREKA! DESPERADO PINJAM COMMENT MAKCIK ANGKAT MELAYU TENTANG KEPRIHATINAN AMERIKA SYARIKAT TERHADAP DUNIA...
Look at Guantanamo Bay, they treated the Muslims inmates worse than animals and now they not only warn us but want to teach us how to treat Anwar Ibrahim!!

Look at how the turn Iraq upside down and until today the Iraqi are living in the far worse situation then they were under Saddam Hussien.

Look at Afghanistan, Palestine, everywhere in the world. Most of the Sufferings in the Muslims world originate with the US and we just cant understand WHY ON EARTH would anyone in the right frame of mind want to run to them for any help!!
ADAKAH KITA MENUNJUKKAN KPRIHATINAN KITA TERHADAP KES POLITIK MEREKA? ADAKAH TUN MAHATHIR PERNAH PERGI MEMBUAT KENYATAAN MEDIA TENTANG SKANDAL BEKAS PRESIDEN US BILL CLINTON DENGAN MONICA LEWINSKY? (SKANDAL NI SEDAP LA SIKIT...KALAU ANWAR YANG BERLAGA MISAI NI...ISH! GELI AKU WEH!)

Karpal berkata kenyataan Tom Casey itu tidak wajar dilihat sebagai cubaan untuk campurtangan dalam hal ehwal negara lain tetapi sekadar mengulas apa yang berlaku di negara lain.

Desperado belum dengar sepatah kata lagi pun dari Tun Mahathir pasal kes nie....teringin juga nak dengar...

DATO SERI ANWAR IBRAHIM DIBURU BAYANGNYA SENDIRI...


ULASAN : SEPULUH TAHUN YANG LALU SEMEMANGNYA DSAI TELAH DITUDUH MELAKUKAN LIWAT...DIULANG TAIP YE..DITUDUH...SEKALI LAGI..DITUDUH! TAPI KALI INI...TAKDER SESIAPA PUN MENUDUH BELIAU...ALIH-ALIH BUDAK JAMBU TU YANG BUAT REPORT. SAMPAI SEKARANG TAK ADA SESIAPA PUN YANG MENUDUH BELIAU MELAKUKAN PERKARA KEJI TERSEBUT. TIDAK PAK LAH, TIDAK NAJIB, TIADA PEMIMPIN TERTINGGI LAIN YANG MEMBUAT TUDUHAN...NAMUN APA YANG BERLAKU SEBALIKNYA IALAH, DSAI PULA YANG MENUDUH ORANG LAIN CUBA MENJATUHKAN BELIAU...SEKALI LAGI DIULANG...BELIAU SENDIRI YANG MENUDUH ORANG LAIN CUBA MENJATUHKAN BELIAU...APA CERITA? ORANG LAIN PULAK YANG TERPAKSA DEFEND DIRI SENDIR AKIBAT TUDUHAN DSAI...TERBALIK NIE...SAPA YANG DISONTOT..DAN SAPA YANG MENYONTOT? SELALUNYA...KALAU SESEORANG ITU MELAKUKAN KESILAPAN...LATAHANNYA AKAN BERBEZA DARI ORANG TIDAK MELAKUKAN KESILAPAN...ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN KESILAPAN, SELALUNYA TIDAK MUDAH PANIK MACAM DSAI...INI PANIK SEMACAM JE...MANA ADA SESIAPA YANG MENUDUH BELIAU MENYONTOT...TAK ADA PUN..CUMA YANG ADA HANYA LAPORAN BUDAK JAMBU TU JE...PUNYA GELABAHNYER DSAI SAMPAI MEMBUAT KENYATAAN ANCAMAN BUNUH KE ATASNYA, MENGUMUMKAN ADA AHLI YANG AKAN LOMPAT PARTI, LEPAS TU BERTANDING PILIHANRAYA KECIL LA...NTAH HAPA-HAPA LAGI PANIC STATEMENT DARIPADA DSAI. LEPAS TU, BILA SUASANA DAH COOL SIKIT, TUKAR PULAK TOPIK...TAK JADI PILIHANRAYA...KENA CARI TARIKH LAIN PULAK...

SHAH ALAM 1 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdolak-dalik mengenai hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil dan dakwaan kononnya empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai pakatan pembangkang.

Ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 penyokong PKR di Stadium Melawati di sini malam ini, Anwar berkata, pengumuman tersebut terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Penangguhan itu dibuatnya dengan alasan keadaan politik ketika ini tidak sesuai kerana beliau bimbang ada pihak tertentu akan menyekat peluangnya untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi berjanji akan membuat pengumuman berkenaan apabila sudah bersedia.

"Buat masa ini, saya akan tumpukan kepada isu-isu semasa seperti kenaikan harga minyak, makanan, ekonomi negara termasuk laporan polis yang mengaitkan saya dengan kes liwat.

"Biar keadaan ini reda dahulu... barulah kita akan buat pengumuman kerana saya tidak mahu nanti ada pihak yang cuba merancang untuk menghalang saya daripada berbuat demikian,'' katanya.

TAK KONSISTEN BETUL LA DSAI...HABIH SEMUA ORANG NAK DISIASATNYER...PADAHAL ORANG BUAT REPORT ATAS DIA...TAPI DIA PULAK NAK ORANG SIASAT KETUA POLIS LA, PEGUAM NEGARA LA... KEPADA YANG MENYANJUNGI DSAI...ADAKAH ANDA BOLEH MENERIMA JIKA TERBUKTI BELIAU MENYONTOT BONTOT BUDAK JAMBU SAIFUL BAHRI TU? DESPERADO RASA TIDAK...PASTI PENYANJUNG-PENYANJUNG DSAI INI AKAN MENGATAKAN "AAHH! INI SATU KONSPIRASI!!!" KALAU INI LAH KATA-KATA YANG TERKELUAR DARI HATI TUAN-TUAN...MAKA TUAN-TUAN TELAH MELETAKKAN NYA SEBAGAI SEORANG YANG TERLALU TINGGI TEMPATNYA HINGGA KAN BELIAU TIDAK BOLEH MELAKUKAN APA-APA KESALAHAN SEKALIPUN...FIKIRKANLAH SEMULA...