Saturday, August 9, 2008
Friday, August 8, 2008
LAGI DEBAT MENANTI...
Satu lagi debat menarik dijangka dijalankan di Pulau Pinang atau di Jurucakap parti Gerakan memberitahu Bernama Rabu malam bahawa debat anjuran portal berita, Agenda Daily yang dijangka dipanaskan dengan menyentuh isu-isu semasa terutama Pulau Pinang, merupakan kali kedua antara Koh dan Lim.
Ia pernah diadakan 10 tahun lalu ketika kedua-dua mereka merupakan pemimpin pemuda parti masing-masing.
Katanya portal berita itu sedang menyediakan format, lokasi dan tema debat, yang telah diperkatakan sejak minggu lepas. (READ MORE HERE)
TAN SRI KOH TSU KUN KATA :
"Lim telah bercakap kepada media terlalu banyak dan telah mengelirukan rakyat. Sekarang, ini peluang Gerakan untuk bertindakbalas terhadap propaganda DAP, kami akan membiarkan orang ramai untuk memutuskan sama ada Lim hanyalah tin kosong yang sekadar membuat bunyi bising,"LIM GUAN ENG KATA:
"Apa yang rakyat mahu tahu adalah berkenaan penyelewengan tanah. Jika anda mahu berdebat mengenai isu-isu lain, ia tidak mencapai matlamatnya"DESPERADO :
GUAN ENG, RAKYAT NAK DENGAQ KA...HANG YANG NAK DENGAQ? BUAT MODAL NAK BERKEMPEN....
HAMPA BERDEBAT BAHASA MELAYU...AKU PUN NAK DENGAQ JUGAK!
ANAK MENANTU
Isu menantu: Nik Aziz sedia bantu siasatan BPR KOTA BHARU 6 Ogos - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia memberi kerjasama penuh jika Badan Pencegah Rasuah (BPR) mahu menyiasat pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Beliau berkata, kerajaan pimpinannya mengamalkan sikap terbuka dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada BPR untuk menjalankan tugas menyiasat sebarang salah laku terhadap sesiapa sahaja.
"Tak apa, saya terbuka kepada BPR untuk siasat saya sendiri, menantu, anak dan pegawai, cuma kita berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan media hari ini bahawa BPR mungkin menjalankan siasatan tentang pelantikan seorang pegawai kanan PMBK.
Pengarah BPR Kelantan, Mohd. Jaafar Hussein berkata, pihaknya menerima surat layang yang turut disebarkan kepada pihak media berhubung perkara itu dan sedang mengkaji kebenaran isi kandungannya yang menyentuh mengenai kronisme serta salah guna kuasa sebelum mengambil tindakan lanjut.
SEBELUM INI...
Ia turut mempertikaikan pendirian Pas yang sebelum ini bersungguh-sungguh menentang pembabitan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dalam syarikat milik kerajaan (GLC).
ULASAN : UDAH MALEH TEMAN NAK NGULEH...SAME AJE! DUA KALI LIMA! DUA-DUA MAU KASI TUKAR!Thursday, August 7, 2008
FIND ME GUILTY
SANKARA NAIR (PEGUAM DSAI) KATA:"Ini adalah kuasa mahkamah. Kali ini mahkamah mengambil keputusan yang kuat dan adil. Keputusan jaminan hari ini adil."DESPERADO KATA :
"Kita ada alibi. (Perkara) ini telah diberitahu kepada polis apabila kenyataannya (Anwar) dirakam pada 16 Julai di balai (ibu pejabat polis Kuala Lumpur).
Jadi, kami tidak faham kenapa dakwaan terhadap Anwar dibuat"
MACAM NI PUNYA LAWYER PUN ADA KA? DOUBLE STANDARD...BILA KEPUTUSAN MAHKAMAH TIDAK MENYEBELAHI PIHAK DIA, DIA HENTAM, DIA KUTUK, DIA MARAH, MAHKAMAH TIDAK ADIL LA, SISTEM KEHAKIMAN CORRUPT LA, HAKIM MAKAN RASUAH...MACAM-MACAM LAGI...BILA MAHKAMAH BERI KEPUTUSAN YANG MENYENANGKAN KEPALA LUTUT DIA...PUJI MELAMBUNG-LAMBUNG...
LEPAS TU BUAT-BUAT TANYA, "KAMI TIDAK FAHAM KENAPA DAKWAAN TERHADAP ANWAR DIBUAT...." TADI KATA MAHKAMAH ADIL...TAPI TAK PAHAM KEPUTUSAN YANG DIBUAT MAHKAMAH...MACAM MANO JADI PEGUAM NI...TEMPELENG JUGAK AKU LAWYER NI...
MAHKAMAH SUDAH KASIK CHANCE NAK BERTANDING LA TUH...
Wednesday, August 6, 2008
CALON WANITA?
Calon wanita paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana ia mudah diterima oleh pengundi termasuk golongan lelaki.Semalam, bekas ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Ahmad Saad mendakwa Umno ketandusan calon yang sesuai untuk menentang bekas timbalan perdana menteri itu. (READ MORE HERE)
Datuk Jahara Hamid (Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang) kata :
Hah! Wanita dah bersuara...ada berani mau letak ka? Kalau ikut jalan ceritanya... lelaki memang mudah tewas dengan wanita...Ustaz Pirdaus pun kalah dengan wanita (Wan Azizah) dua kali! Tapi Uncle Anwar ni, ngan wanita mau ke dia....... mengalah?
Wallahualam...
26 OGOS 2008 - HARI PENENTUAN
Umno Permatang Pauh mahu ketua bahagian tanding pilihan raya kecil BUKIT MERTAJAM: Umno Bahagian Permatang Pauh mencadangkan ketuanya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Keputusan itu dibut pada satu mesyuarat khas jawatankuasa bahagian itu di sini pada malam Isnin lalu, kata Setiausaha Bahagian, Ahmad Sahar Shuib pada mesyuarat jentera pilihan raya Umno yang dihadiri ketua cawangan dalam bahagian itu di sini malam tadi yang turut dihadiri Abdul Jalil. (READ MORE HERE)
Pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos
PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos. Pengumunan tarikh pilihan raya itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuaratnya, di sini, tengah hari ini.
ULASAN : MENGIKUT SUMBER YANG SAHIH, SEMUA JENTERA KERAJAAN NEGERI TELAH DIKERAHKAN BERSEDIA, RUMAH-RUMAH KOSONG TELAH SIAP DIJADIKAN MARKAS, HOMESTAY-HOMESTAY DI SEKITAR MENGKUANG TITI PUN HABIS DI SEWA, SEMUANYA TELAH BERSEDIA...PEMBANGKANG (BN) BILA MAU PUTUSKAN SIAPA CALON SECARA RASMI?
P/S: DATUK ABDUL JALIL TELAH DICADANGKAN SEBAGAI CALON KALI INI OLEH UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH. KATA PUTUS HANYA DARI PUSAT...TUNGGU...
MENGGEMPUR PERMATANG PAUH!

PAS kerjasama dengan KeADILan, DAP bantu Anwar
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - PAS akan berganding bahu dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP untuk mempastikan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat bertanding di Permatang Pauh.
SALAHUDDIN AYUB KATA :
KALAU BOLEH TOLONG NASIHATKAN MANGKUK-MANGKUK AYUN YANG DOK BERKEMPEN SURUH TERBALIKKAN BENDERA MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN NI...KALAU NEGARA NAK HURU-HARA PUN PASAL DEPA NI LA...
Tuesday, August 5, 2008
JALUR GEMILANG...KAU DIKHIANATI....

BANGSA MALAYSIA KONON...BENDERA SENDIRI NAK DITERBALIKKAN... DI MEDAN PEPERANGAN, ITULAH YANG PERLU DIPERTAHANKAN...
KOYAK BENDERA ITU, JATUHNYA BENDERA ITU, TEWAS LAH ENGKAU DI MEDAN PERJUANGAN.... LANSUNG TAK ADA HORMAT, NILAI-NILAI PATRIOTIK DALAM DIRI, KEMUDIAN MENGAKU ANAK BANGSA MALAYSIA! BULLSHIT!
SO TAK HERANLAH...ADA YANG PERNAH SAMPAI BAKAR BENDERA...ADA YANG CAKAP INTERNATIONALLY ACCEPTED...! KONONNYA DIA HEBAT, BERPENGARUH BESAR (BADAN AJE BESAR, OTAK KECIK, SINGKAT!) DAN TERPELAJAR, BLOG DIKUNJUNGI BERJUTA-JUTA ORANG, SO HE THINK THAT HE CAN INFLUENCES EVERYBODY TO FOLLOW HIM, YEAH, I THINK THERE WILL BE A FOLLOWER, WHO?...THE NERDS ANF THE FAGS! (PODAH! TAK SEMBAHYANG PUNYA ORANG!)
PKR WANITA CHIEF...AGREED WITH HKL
It’s okay to be stripped for medical check, says PKR Wanita chiefKUALA LUMPUR: First, PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim complained of being stripped while being examined at the KL Hospital. Yesterday, PKR Wanita chief Zuraidah Kamaruddin said that it is “okay” if a person is stripped to check for medical evidence.
“If the doctor asks you to open your mouth so that he can inspect it, then you must open your mouth.
“If stripping was a part of the procedure, then it should be done,” she said, adding that one must follow procedure.
She also expressed hope that HKL would uphold its integrity in doing its job.
“We hope the hospital will carry on showing professionalism in its work without fear or favour, or discriminate by race and religion,” said Zuraidah.
ULASAN : AT LAST...MASALAHNYER, PENASIHAT HAJJAH BUAT STATEMENT SEMACAM MENGHINA PROSEDUR HOSPITAL..MACAM HOSPITAL NAK SANGAT "UKUR" DIA PUNYA...TAK PA LAH HAJJAH...TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA...
JURUGAMBAR DISERANG...
BUKIT MERTAJAM: A Guang Ming Daily photographer was allegedly assaulted by a group of people on Sunday night as she was leaving Seberang Jaya Expo after covering the ceramah by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.Loh Hoay Hoon, 25, who lodged a police report at 2am yesterday, said the PKR supporters had tailed her to the carpark after the public forum around midnight and surrounded her.

She said she was kicked, choked and hit on the head there.
“Someone had pulled my camera strap when I took photographs of Anwar. I shouted ‘jangan tolak’ (don’t push) and pulled back my camera because I was scared it would fall.
“After Anwar left the area, a man wearing a PKR vest shouted at me, saying I was not allowed to take pictures at such close range.
“I told him that I was just doing my job and did not want to quarrel with him. He moved towards me as though he was going to hit me,” she related at her office here yesterday.
The crowd then pulled the man aside and Loh ran towards the carpark.
Then she heard shouts of ‘Jangan bagi dia pergi. Tahan dia’ (Don’t let her leave. Stop her) and suddenly she felt someone kick her leg.
“Next thing I know, a group of men had surrounded me and someone grabbed me and pulled my T-shirt.
“Suddenly, I felt someone’s hand on my throat, choking me. I pushed as hard as I could to get away. As I was trying to escape, I felt a painful blow to the back of my head,” said a still-dazed Loh as she showed the bump on her head. (READ MORE HERE)
ULASAN : KESIAN PHOTOGRAPHER NI...APE BOLEH BUAT, KERJA PUNYA PASAL, NASIB LA TERPAKSA PERGI DENGAR CERAMAH SAMSENG...
ITU BARU CERAMAH, KALAU PILIHANRAYA BESOK..MAU ADA YANG PATAH TANGAN KAKI...
TEMPAT DESEPERADO DULU PUN LAGI TERUK, MENCARUT TU PERKARA BIASA LA, TAPI TANG KENA SERANG INI DAH KIRA UPGRADE SIKIT LA...SAMSENG-SAMSENG YANG SINGKAT AKALNYA NI DAH RASA BONGKAK SANGAT LA TU...
Monday, August 4, 2008
BRING IT ON!
Koh to Guan Eng: Bring it onGEORGE TOWN: Former Penang Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon is prepared to debate the land scam issue with his successor Lim Guan Eng if the latter issues a formal challenge.
However, Dr Koh is setting two conditions.
"The first is to ensure a truly fair debate. The other is meant to protect the interest of the state in a pending court hearing on the case," he said on Monday.
He requested that all files and documents pertaining to the case in the Chief Minister's office and the various state departments be declassified and made available to him so he could prepare for the debate.
"Such information is needed by both sides to prepare for arguments in the debate. It will not be fair if he has access to information and I don't," he said. (READ MORE HERE)
DIA TAK PEDULI!
Anwar bertanding biar dari lokapDatuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan meneruskan pertandingan pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh walaupun beliau berada ditangkap polis.
Beliau berkata, dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, lapor Bernama.
"Saya tidak tahu sama ada saya akan dibenarkan berkempen atau tidak selepas ini.
"Sama ada saya masuk lokap atau tidak, saya tetap akan bertanding di Permatang Pauh," katanya pada ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.
Desperado : Lepas tu....
TUGU NEGARA

Dr. Asri kata (Mufti Negeri Perlis) :
"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
"Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.
"Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?"
Desperado kata :
Saya memohon maaf atas ulasan saya sebelum ini. Terima kasih saya ucapkan pada rakan Harimau saya yang sempat menegur kesilapan saya. Nampaknya saya telah dikaburi oleh media yang menjadi rujukan ramai orang di alam siber ini, kalau dulu kita mula membenci media prima dari TV dan Surat khabar, kini media alternatif pula cuba merosakkan minda masyarakat dengan menambah- nambah kenyataan yang tidak pernah ada.
Perenggan merah di atas tidak terdapat di dalam kenyataan Dr. Asri di website beliau, www.drmaza.com, tapi ketika saya membaca kenyataan di dalam Malaysiakini...ada pulak...ko biau betul bab agama ni...
NO TIGA SAJA...
Muhyiddin umum pertahan jawatan Naib Presiden KUALA LUMPUR 3 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keputusan berkenaan dibuat atas kesedaran dan prinsip menjamin keutuhan parti serta akur kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti yang menetapkan pelan peralihan kepimpinan secara tersusun dan berhemah.
BERSYUKUR NEGARAKU MAKMUR...
Kesengsaraan mereka harus kita jadikan tauladan untuk menjaga kemakmuran negara kita...
Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.
Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!
Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!
Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan. :-(
sehari dalam kehidupan mayarakat disana
harga2 barang di pasar zimbabwe,
Barangan keperluan harian
Harga bagi sayur-sayuran
Telur ayam
Harga untuk membeli seekor Ayam Hidup...
Wang yg diperlukan untuk makan sekeluarga di kedai makan....
dan sebotol bir
setiap bulan bila terima gaji...kena sewa teksi atau lori le gamaknya....
'pengemis' yg boleh dianggap 'kaya' sbb dapat juta2 setiap hari...hihihi....
kalau anak org kaya jgn cakap laa....
kalau susah nak bawak duit banyak2 tukarkan ke USD...dapat sekeping je...
kilang buat wallet ngan handbag tepaksa tutup bisness sbb org x guna lagi dah....
SHE WANTS TO LEAVE...2009
PM terkejut keputusan RafidahKUALA LUMPUR 4 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan keputusan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mahu melepaskan jawatannya pada pertengahan tahun 2009.
Abdullah berkata, beliau menerima keputusan tersebut dan telah mendapatkan persetujuan daripada Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini untuk tidak bertanding melawan Rafidah pada pemilihan hujung tahun ini.
Sementara itu, Rafidah pada sidang akhbar selepas Majlis Wanita Bersama Pemimpin berkata, beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Shahrizat dan berharap tiada pihak yang cuba merebut dua jawatan tertinggi pergerakan itu pada pemilihan akan datang. - Utusan
Desperado: Bye..bye...Kak Pidah...jaga cucu elok2 dan banyakkan beribadah...Kalau boleh...cover2 la rambut yang ikal mayang tu...
Sunday, August 3, 2008
DARI PERMATANG PAUH...
Desperado baru saja pulang dari kampung halaman, Permatang Pauh atas urusan keluarga. Di samping itu, sempat juga meninjau-ninjau perkembangan terbaru dunia politik di sana selepas perletakkan jawatan oleh Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkan merangkap kerusi Parlimen Permatang Pauh. Antara tinjauan yang sempat diikuti dan diperhatikan ialah program perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Penyatuan Melayu Pulau Pinang yang diadakan di Politeknik Seberang Perai. Perhimpunan ini telah berjaya menghimpunkan hampir tujuh ribu hadirin (tidak termasuk penonton-penonton FUTSAL KOSMO, yang turut diadakan sama pada hari tersebut, kalau campur mau 10 ribu...).
Program seperti ini, pada pandangan Deseprado, amat begitu relevan di Pulau Pinang khususnya. Sebagai golongan yang paling hampir terpinggir, masyarakat Melayu Pulau Pinang telah terbahagi kepada tiga kelompok dek kerana pegangan politik masing-masing. Antara pemidato-pemidato yang turut terlibat ialah, Datuk Jins Shamsudin, Datuk Dr. Malip Munip, dan tidak ketinggalan, saudara Trojan Horse, Ezam Mohamad.
Kesimpulan ringkas daripada pidato-pidato yang telah laungkan, Desperado merasakan pidato dari Dr. Malik Munip telah berjaya memberi sedikit kesedaran kepada masyarakat Melayu, khususnya kepada Melayu Pulau Pinang. Beliau turut menyentuh bagaimana penjajah telah berjaya menjajah minda masyarakat Melayu hingga sukar bagi kita untuk membuang pemikiran tersebut. Turut dibincangkan bagaimana penjajah juga berjaya memanipulasikan peribahasa melayu supaya ianya disalah tafsirkan oleh masyarakat Melayu itu sendiri.Sempat juga Desperado menjeling beberapa hadirin yang menitiskan air mata taktala lagu Warisan dilagukan ketika tamat pidato dari Datuk Dr. Malik Munip. Terharu melihat bangsanya dipermainkan dek kebodohan diri sendiri.
Kesimpulan pidato-pidato lain banyak berkisar mengenai politik, mungkin kerana suasana semakin hangat dengan pilihanraya kecil yang bakal diputuskan tarikhnya pada hari Rabu ini. Pidato dari Trojan Horse kebanyakannya seperti biasa banyak menghentam bos lamanya. Beliau turut menjelaskan rumus yang mengatakan bahawa beliau akan bertanding di Permatang Pauh.
Katanya, "Bukan saya yang menawarkan diri untuk bertanding di Permatang Pauh, tapi media yang datang tanya pendapat saya, takkan saya nak jawab saya takut dan tak bersedia, mesti la saya jawab saya telah bersedia untuk "berperang" bila-bila masa, bab nak bertanding di sini, bukan urusan saya, itu pihak tertinggi Barisan Nasional yang tentukan...." begitula lebih kurang.
Antara cakap-cakap di kenduri kawin serta kedai kopi, ada juga yang berbisik-bisik mengatakan PAS tidak begitu mengambil berat tentang pilihanraya kecil kali ini. Desperado juga sempat mem"browse" MSO punya artikel terbaru mengenai situasi ini. Terbukti juga memang ada cakap-cakap belakang mengenainya walaupun belum ada pengesahan yang sah. Mungkin luka lama masih terasa.
Pada malam ini turut diadakan Ceramah mengenai Pilihanraya Kecil oleh DSAI ditapak EXPO Seberang Jaya. Desperado tak sempat untuk menjenguk kerana terpaksa pulang atas urusan kerja pada esok hari. Confirm panas kempen pra-pilihanraya kecil ini, kerana di dalam masa yang sama turut diadakan perhimpunan Melayu di Kepala Batas.
Apa yang ditunggu-tunggu sekarang ialah siapakah calon yang bakal menghadapi DSAI (Kalau sempat, kot ditangkap, Kena cari orang lain la pulak).
Mengikut pengalaman politik di sini (Permatang Pauh aje ye...) penentuan calon kadang-kadang hinggakan ke akhir jam tarikh tutup...hmmm...terpaksa la main teka-teka dulu...Dengar-dengar cerita Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) pun nak hantar wakil....betul ke?Itulah serba sedikit cerita terbaru dari Permatang Pauh, next week kita tengok pulak apa perkembangan tebaru....
"UMNO UMPAMA BAHTERA PERJUANGAN YANG MENGHIMPUNKAN SELURUH MELAYU DI DALAMNYA, JIKA ADA PERSELISIHAN, TAMPALLAH IA, PERBAIKILAH IA, BETULKANLAH IA AGAR IA DAPAT BELAYAR KEMBALI TANPA TENGGELAM, DAN JANGAN SESEKALI ENGKAU HANCURKAN BAHTERA TERSEBUT, NESCAYA SELURUH PENUMPANG DI DALAMNYA AKAN MATI KELEMASAN...." Datuk Dr. Malik Munip memetik dari kata-kata Zaaba.
Friday, August 1, 2008
MAT ZENI DAN PILIHANRAYA KECIL...
Sedang teman leka menaip keghoje dalam bilik, muncul pulak si Mat Zeni.
"Nah!" hulur Mat Zeni sambil tersengih.
Mat Zeni hulurkan RM 100 pada teman. Ah! Sudah, duit ape pulak ni?
"Ape ni?" tanya teman.
"Duit upah hari tuh!" kata Mat Zeni.
"Upah apa?" balas teman balik.
"Kome ni banyak tanye la, ndak ke idak? Itu duit CD nasyid yang kite buat untuk Ustaz sekolah agame petang hari tu, deme dapat nombor due!" jelas Mat Zeni.
"Oh, ye ke, ish, banyak ni Mat, berape kamu mintak kat Ustat tu," tanya teman balik.
"Mana ade aku mintak, dia yang bagi, aku amik aje, dia bagi dua ratuih, kamu seratuih, aku seratuih! Ok?" kata Mat Zeni.
Lantak la Mat Zeni, lepaih minyak keta teman. Teringin teman nak bertanyekan pasal kes naik pangkat tu. Segan pulak rasenye, takut Mat Zeni naik hangin dengan teman pulak. Tiba-tiba Mat Zeni bukak ceghita politik luar. Ape lagi, pasal Pakcik Anwar la dengan Wan Azizah la.
"Wan Azizah udah lepaih kan kerusi Parlimen Permatang Pauh, ate nanti kamu kena balik la yek nak ngundi semule?" Mat Zeni membuka kata.
"Nampak gayenye, gitu la!" pendek aje teman menjawab.
"Kalau mengikut pengiraan, silap-silap, bulan puasa mengundi tuh! Takde la deme nak mengutuk-ngutuk waktu berkempen, maklum la, bulan puase..." Mat Zeni meneka-neka tarikh pilihanraya kecil.
"Ala, tempoh 60 hari, bile-bile boleh jadi tu," balas teman.
"Tapi Anwar ni bijak la..." kata Mat Zeni.
"Aik? Memuji nampak, bukan ke kamu orang kuat Najib?" tanya teman.
"Nanti la, aku belum habih cakap kamu dah potong, maksud aku, Anwar ni bijak memanipulasikan suasana politik tanah air ni," jelas Mat Zeni.
Teman tanye lagi, "Macam mane pulak tu?"
Mat Zeni menyambung, "Iye la, sekarang ni die akan bertanding di Permatang Pauh, tempat kamu kan? Haa, kes liwat die pulak dah masuk fasa akhir, tapi belum ade tuduhan ataupun penahanan dibuat."
"Betul, tapi ape yang bijaknye?" tanye teman lagi.
"Anwar pule dah umumkan dia akan bertanding Pematang Pauh, mengenai kes liwat pulak, kalau terbukti ada kes, Anwar pasti akan ditahan, dan teman pasti penahanan ni akan tetap berlaku, jadi, semua orang, terutamenye penyokong-penyokong Anwar akan mula menyerang kerajaan, dengan tuduhan, kerajaan menahannya kerana tidak mahu dia bertanding di situ," panjang lebar Mat Zeni menerangkan.
"Abih tu, pilihanraya kecil?" tanya teman.
"Pilihanraya kecil tetap kene diadakan pasal Azizah dah lepaskan kerusi tu. Sape nak bertanding, itu teman tak tahu la, Anwar pula hilang kelayakan dan berkemungkinan dibicarakan. Benteng Anwar apa lagi, mestilah penyokong-penyokong fanatik beliau, boleh kacau bilau negare dibuatnye, alah, semua idea ni dah ada dalam poket teman, semua orang tahu bende ni confirm akan jadi," jelas Mat Zeni lagi, bangga macam betul.
Teman terkebil-kebil bertanya pada Mat Zeni lagi, "Kira konspirasi lagi le ni?"
Mat Zeni menyambung, "Pandai pun kamu. Anwar akan kata, ini semua konspirasi kerajaan untuk menghalangnye bertanding di Permatang Pauh. Padahal, dia dikehendaki untuk siasatan kes liwat tu. Mase tuh rakyat akan terabai seketike dari kes liwat, pasal sibuk dengan kempen!"
Konspirasi lagi, bile le gamoknye cerita macam ni nak habis. Mat Zeni tadi dah keluar pegi kantin. Sempat juge teman bertanyekan pasal kes naik pangkat tu, Mat Zeni kata konspirasi jugak....tapi dia kata dia tak peduli sangat. Kalau pasal nak gaji banyak bila naik pangkat, memang Mat Zeni tak peduli sangat, ade aje sumber duitnye, baru-baru nie baru beli VIVA, untuk bapak mentua katanye.........

